boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, January 31, 2011

Tahniah Pengundi BN DUN Tenang.. Minyak Naik Lagi ..

Salam Sejahtera...

Terima kasih banyak-banyak kepada pengundi-pengundi BN terutama kepada Melayu-melayu Felda. tindakan anda mengundi BN membuat rakyat 1malaysia terpaksa membayar 10 sen lagi tambahan setiap seliter RON97...

Terima Kasih.... Terima Kasih... Terima Kasih... Khakh.. Ptuih...


RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Sunday, January 30, 2011

Tahniah UMNO - Gambar Najib tak pakai seluar dalam (spenda)

BerTenang, walau pun hangpa dah menang...
Ini sebagai hadiah tanda dah menang... wakaka...

Perhatikan kain kaki seluar sebelah kanan tu,, selalunya kalau tak pakai selaur dalam selepas duduk dari kerusi dan bangun kedudukan kain kaki seluar begitulah keadaannya, tak balance...,,

Kenapalah kelam kabut sampai macam tu sekali,, he he heh hensem juga dengan berpakaian begitu,, bersalam pulak dengan tok arah... Ya sheikh...!!!!.



Saturday, January 29, 2011

PRK N05 Tenang - Belum tentu lagi, keputusan sebenar malam besok..

Salam sejahtera...

Tinggal 1 1/2 jam dari sekarang buat buat petugas-petugas PR dan PAS berusaha mencari undi dari pengindi-pengundi DUN Tenang, kerana selepas jam 12.00 tgh malam tiadak ada lagu kempen-kempen PRK.

Dalam waktu tengah berjuang menentang UMNO, tetiba sahaja keluar pulak kenyataan dari Ilham Centre dengan memberikan ramalan yang BN akan
memenangi PRK DUN Tenang besok dengan majoriti 3000 undi setelah mereka mebuat kajian..

Memanglah, kalau dilihat dari hukum zahir, kemenangan akan berpihak kepada UMNO, biasalah kubu kuatnya, ditambah lagi yang peneroka-peneroka Felda setiap keluarga mendapat imbuhan sebanyak RM3 ribu,

Padanlah, tidak perlu lagi janji-janji projek juta-juta di DUN Tenang, rupanya pengundi tetap mereka dan kekenyangan, apa mereka nak peduli lagi Islam, ke tidak,
Yang mereka dok nampak depan mata ialah ringgit Malayisa, siapa nak jadi calon di DUN mereka apa yang untung dan tiada juga yang rugi, melainkan peneroka-peneroka yang berakal waras..

Apa yang boleh kita dapat selepas PRK ini ialah, tunggu sajalah, harga barang-barang keperluan semakin meninggi, sentiasa diselaraskan...

Walau apa pun, masa masih ada lagi, sama-samalah kita berdoa kepada Allah, sebagai senjata akhir buat umat Muhammad, iaitu memohon pertolongan kepada Allah, moga-moga Allah dapat membolak balik hati-hati manusia yang akan mengundi besok hari dengan mengundi Cikgu Mala,

Ya Allah, kau berilah kemenangan kepada umat Muhammad yang mahu menegakkan hukum Al-Quran dimuka bumi Malaysia ini Ya Allah, Bantulah perjuangan parti Islam Ya Allah, kurnialah kami kemenangan, moga-moga dapat memberi kekuatan untuk pertemuan di DUN Merlimau Melaka pula Ya Allah,,, Bantulah kami Ya Allah,,

Kami ini lemah Ya Allah, Hanya Zat dan kuasa mu yang dapat memberikan kepada kami YA Allah,, Amin Ya Rab bal alamin.. .

Berita Berkaitan : SINI

Friday, January 28, 2011

Interlok - UMNO tak ada telur..


Salam sejahtera...

Kesian kepada para sasterawan-sasterawan negara, Nilai hakcipta hasil dari karyawan mereka dah tiada nilai lagi dan tidak berharga..

Siapa sangka boleh sampai ke tahap ini jadinya, mantan PM Dr Mahathir pun baru nak bersuara, DI SINI.

Sedangkan waktu ia berkuasa dalam eranya, khak.... ptuiih....., sama juga dengan yang dok ada sekarang ni,, bila dah tak berkuasa baru nak bersuara. sedangkan Dr Mahathirlah segala puncanya....

Ini menunjukkan UMNO dah lemah, UMNO dah sampai tahap menopause dah, tiada ubat atau suppliment yang berupaya nak membantu menguatkan kembali UMNO,, kenapa... sebab UMNO tolak Islam, mana mungkin Allah nak membantu bila hukum-hakamnya dipermainkan,, dan inilah satu dari bala akibat kelemahan UMNO..

Sedangkan terbukti sudah dalam Pakatan Rakyat, PAS berjaya memberi kefahaman kepada rakan-rakannya terutama sekali dari parti DAP, mereka sudah boleh memahami Islam, mereka sudah tahu yang judi itu haram dan tak sesuai untuk manusia, pimpinan DAP lebih faham isu sosial dari pimpinan UMNO, kalau isu besar boleh diselesaikan, Insyaallah setakat isu sejarah dah tentu tak ada masaalah ,

Wahai saudara-saudara ku umat melayu sekelian, isu Interlok ni, aku bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir dari segi faktor sejarah, lagi satu pandangannya mengenai sistem beraja berkuasa mutlak., he he kira Mahathir ni penderhaka jugalah ya...

Cuma di sini aku nak peringatkan, hari-hari yang berlalu mereka dah pertikaikan isu azan di masjid-masid, isu buku Sastera Interlok yang menyentuh perasaan dan sentivity mereka, tidak mustahil di masa akan datang mereka akan pertikai ayat-ayat suci alquran supaya jangan di baca atau ditulis makna ayat dalam bahasa Malaysia,, terutama sekali surah al-ikhlas...

Kepada siapa kita nak mengharapkan untuk mempertahankan ini semua... UMNO... phoooorah......

PRK N05 Tenang - Debat antara Calon...Berani ka..

Salam sejahtera..
Ish,ish, dah tak kerja lain ke depa ni, asyik nak ajak debat, debat,, berani ka.., kalau Presiden sendiri bermacam dalih dan seribu alasan,,

,

Jangan Cabar saya,,, nanti demam...


BERITA

Bloger Ajak Calon BN, PAS Berdebat

LABIS: Kumpulan Bloger-Bloger Bebas (KUBID) pada Khamis menawarkan diri untuk menganjurkan satu debat antara kedua-dua calon yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azhar Ibrahim daripada Barisan Nasional dan calon PAS, Normala Sudirman

Menurut jurucakap KUBID, Sharifuddin Abdullah majlis tersebut diadakan bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan dan masalah rakyat di DUN Tenang.

“Sesi debat atau diskusi ini kita adakan bagi membolehkan pengundi mengetahui dan menilai usaha serta hala tuju yang cuba dibawa setiap calon dengan lebih jelas serta berkesan terutama menjelaskan isu-isu yang didakwanya disembunyikan.

"Hasrat kami adalah mahu melihat amalan politik baru iaitu politikberpengetahuan yang subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara ini.

“Hanya dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus antara calon yang bertanding," katanya pada sidang media di Markas PAS di sini pada Khamis.

Jelasnya, berdasarkan pemantauan KUBID sepanjang lima hari berkempen, kedua-dua calon lebih banyak menjurus kepada kempen-kempen yang bersifat populis dan 'kosmetik' yang bertujuan mengaburi mata pengundi di DUN Tenang.

“Kami mempersoalkan tentang kewibawaan dan integriti calon-calon yang bertanding.

“Di manakah letak kewibawaan calon itu sekiranya kempen-kempen yang dijalankan lebih menjurus menyerang peribadi antara satu sama lain? Di manakah etika dan moralnya?" katanya.

Sharifuddin berkata, KUBID beracadang untuk mengadakan debat tersebut esok pada 9 malam di satu tempat yang akan ditetapkan setelah persetujuan dicapai antara kedua-dua calon.

Pada sidang media itu, Sharifuddin menyerahkan surat jemputan kepada Naib Presdein PAS Datuk Mahfuz Omar untuk mempelawa calonnya, Normala menyertai debat itu manakala surat jemputan kepada calon BN akan dihantar selewat-lewatnya petang ini.

Thursday, January 27, 2011

Rela jaga kebun getah

Salam Sejahtera..
Malaysia negara ku , Kedah Aman sejahtera...
.
Cuma aku dok terfikir betui ka ni,, ish-sih ganas betul pencuri kat Felda Lubuk Merbau, sampai Pakcik yang nak motong getah siang hari pun kena jaga, biar betuii,

Lagi satu, tengah dok motong waktu tu, getah dok cayak belum beku lagi, si pencuri nak curi macam mana, biar betoi,

Apa pun yang aku dapat rasakan Ketua Rela tu nak juga glamer, mungkin Ahmad Maslan Timbalan Menteri yang dok jaga Felda dengan laporan sedemikian prestasi Felda akan naik KPInya,,
Nu,,,, Pengundi Felda di DUN Tenang perlu dibagi tahu..,,, ..


Ketua PAS Pandan dengan 9 tuduhan rasuah..

Salam Sejahtera.

Inilah kualiti kepimpinan yang ada didalam UMNO..... Kenapa boleh jadi begini... sebab yang no 1 dalam parti lagi hebat,.......


Tetapi itulah, baru menghadapi pertuduhan, itu pun tak tau kes ni dah berapa lama KIV dalam tray baru nak dibuat charge,, keputusan hakim belum tahu lagi, walaupun rakyat yang cerdik dah boleh agak apa keputusan hakim nanti...

Setakat Ketua Bahagian saja yang boleh kena, yang agak tinggi lagi, ... persepsi tu.. walau pun realiti... UMNO mana ada rasuah, orang UMNO semuanya wali-wali belaka, terutama didepan pengundi bila PRK berlaku...
Hebat UMNO,,, jangan cabar..... nanti demam...

Wednesday, January 26, 2011

Calon Ketua Pemuda UMNO... Aku sokong...

Salam sejahtera...

ADUN Kubu Gajah yang menang dengan majoriti berapa puloh undi sahaja, dah mula menjalankan kerja-kerja membodek moga-moga pada PRU13 akan datang akan tersenarai sebagai calun PRU nanti...




Bahasa

Pemuda Umno: MB Perak sesuai ganti Khairy, kata Raja Ahmad

January 26, 2011

IPOH, 26 Jan — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu.

Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional.

“Berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Dr Zambry, beliau mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan . . . Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya.

“Saya tidak mengatakan kita ketandusan pemimpin muda tetapi beliau (Dr Zambry) mempunyai ketokohan tersendiri dan mampu meraih lebih ramai sokongan daripada generasi muda,” katanya.

Katanya Menteri Besar Perak juga dilihat mampu bersuara lantang untuk kepentingan pergerakan itu.

Raja Ahmad Zainuddin berkata saranan yang beliau buat itu mempunyai pelbagai asas yang kukuh termasuk berdasarkan pengalaman Zambry sendiri yang berpengalaman dalam pergerakan berkenaan.

Beliau berkata selain itu kepimpinan serta kemampuan Zambry menerajui kerajaan negeri Perak dan mengharungi pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang.

“Ini juga bukan bermaksud kepimpinan Pemuda Umno sedia ada tidak berupaya menarik lebih ramai golongan belia menyertai parti sebaliknya pemilihan pemimpin berwibawa mampu memperkukuhkan pergerakan itu . . . saya mencadangkan sedemikian bukan untuk tujuan peribadi tetapi sekadar memberi pandangan untuk memperkasakan pergerakan Pemuda Umno sekaligus kepentingan Barisan Nasional secara keseluruhan,” katanya. — Bernama


Komen: Aku memang rasa berbesar hati jika MB Perak ada rasa sifat berani untuk menerima cadangan dan pencalonan tersebut,, nanti kita boleh tengok mantan PM Che Det menggelupok atau tidak....

Lagi satu, mana tahu, dengan pertandingan ini silap-silap haribulan, boleh ikut jejak mantan MB Selangor Khir Toyo...


Jangan cabar saya....nanti demam....

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak - Tak Payah lah....

DPPN Pk mendesak agar Badan Perhubungan Umno Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir menasihatkan kedua-dua tokoh daripada Negeri Perak ini....DI SINI...




Komen,, Kalau orang yang nak diharap tu pun 2 x 5, 5 x 2 juga,,, tak payah lah,, buang masa, buat membazir ayaq liok aja...banyak kerja lain lagiiiii......


1Malaysia semakin menyesatkan umat Islam..

Salam Sejahtera.
Sebelum ini umat Islam dikelirukan Islam Hadhari, cetusan idea Pak Lah,, tamat era Pak Lak, naik era Najib, satu lagi kurafat ciptaan baru 1Malasyia...



Secara kita sedar atau tidak, iklan diatas yang disiarkan oleh TV1, aku tak pasti kita umat Islam sedar atau tidak apa ucapan oleh Bhai tu,, malas nak cerita banyak slot dalam iklan tu,, hangpa nak tengok KLIK. ..



Dalam kubor bila kita dikebumikan, malaikat mungkar tanya soalan mudah kat atas dunia, siapakah saudara kamu, 1malaysiakah jawapan kita..., sebelum ini apa ugama kamu, Islam Hadhari jawapan mudah... Fikir sendirilah oii.. ..


Ini terletak dekat dengan taman aku, aku tau berapa ribu RM MPM habis belanja buat sebiji batu berhala atau batu nesan ni.....

Kalau yang ini tak apalah, memang hak kepercayaan orang Cina, tak perlu kita nak persoalkan, lagi pun, binaan ini semua atas kos inisiatif mereka sendir.......


Yang ini sebiji lagi, hari Isnin lepas 24 Jan 01 masih belum siap lagi, yang ini lagi besaq dari taman aku yang diatas.........


Yang ini pulak dekat Kampong Koh, pakat-pakat bergambar depan batu tu,, dah lah tu,, jari telunjok tangan kanan diangkat seperti tashahud dalam pembacaan tahiyat solat, apa ertinya semua ini...Yang Cina-cina tu lantak pilah,,, tu yang melayu dua tiga orang lagi tu apa cerita..

Tahniah buat Kerajaan Negeri Selangor yang dapat membersihkan negerinya dari kerja-kerja kurafat ini,,,,.


Tuesday, January 25, 2011

Satu tanggapan&penghinaan paling jahat dari UMNO...

Salam Sejahtera.
Kalau sebelum ini hanya blogger-blogger pencacai UMNO yang menjadikan TGNA sebagai modal seranah mereka, namun kini, nampaknya UMNO Perak sendiri turut memainkan peranan yang paling dahsyat sekali..

Mereka juga turut mengambil beberaya ayat suci Al-quran untuk menguatkan hujah mereka, tanpa mengira segan dan malu-malu lagi,,, baca DI SINI.
Cuma penulis yang menulis entri ni malu-malu nak mengenal diri, hanya sekadar menggunakan nama samaran Kelembai Bukit.......
.

OK, aku malas nak berhujah dengan puak-puak jahil murakab ni,, cuma aku cadangkan atau sarankan kembali,,, biarlah betul nak tulis tu, jangan sekadar nak menulis tanpa fakta, hujah dan dalil,
Kalau betul apa yang TGNA katakan tak betul, tak benar, OK,, datang dan jemputlah pimpinan-pimpinan PAS yang dok ada di Perak ni bertemu muka, tak payah dok nak aja TGNA, ia jauh sangat kat Kota Bharu sana,,
Bukan nak berdebat, hanya sekadar bertukat fikiran,, tetapi buatlah secara berdepan, secara anak jantan,.......
Bukan nak cabar... nanti ada pulak yang demam ..

Ulama Tukang Fitnah...

Salam Sejahtera..

Macam mana yang dikatakan fitnah, macam mana yang dikatakan umpat..aku pun tak faham sekarang ni, sebab banyak sangat tafsiran yang tak berpandukan Al-Quran dan Hadis, masing-masing keluar fatwa main ikut sedap mulut, nak lepas diri....
Cuma tengok tajuk akhbar yang bawah ni... .


Hairan juga aku sejak bila mamak sorang ni kena fitnah, hangpa tolong habaq mai kat aku..., dah lah tu,,, tengok ayat " Lebih menjengkilkan mereka dakwa diri sebagai ulama, sedangkan uloama sebenar berperibadi mulia. Saya ajak rakyat tolak mereka" ...

Bila disebut ulama, 99% ditujukan kepada parti PAS, siapa pemimpin PAS Perak yang dok mengaku ulama,,, tolong tunjukkan bukti, dan apa fitnah yang dibuat oleh pimpinan PAS tu, ceritalah fitnah tu, baru rakyat tau...

Jangan dok kata saya kena fitnah, penyebar fitnah pengecut,, dah penyebar fitnah pengecut, samanlah pemitnah tu, bagi hilang kecut bertukar jadi kembang..,, sebelum ni dah menang RM100 juta dengan akhbar Keadilan......

Jangan cabar saya....nanti demam...

Monday, January 24, 2011

Halal dan Haram....

Salam Sejahtera.
Tahniah buat Dato Lee Chong Wei diatas kemenangan semalam...
.


Cuma kita sama-sama perhatikan balik,, oii jangan ingat aku otak kuning pulak...
Kalau dah gembira sangat pun, cara Jurulatih Dato Misbun berpeluk dengan LCW tu kira betul lah...., apa kira pun boleh bernafaslah kawan tu....

Bukan dengan gambar sebelah tu, pi raup kaut macam tu,,, lemas kawan,,, nasib baik petang semalam tak kena,,, kalau tidak, tak boleh nak pi sertai kejohanan kat Korea malam tadi...

He he takut kes yang sama berulanglah tu,,, tu yang tangan dok tahan kat perut kawan tu,,, jangan,,, jangannnn.... kah kah kah,,,. .

Sunday, January 23, 2011

PRK N05 Tenang - Beri Limau rasuah atau tidak..

Ada yang memberi dan yang menerima,, siap ada saksi lagi tu haaa..



Nak dikategorikan apa ni,, kalau tanya SPR tak salah,,,, agak-agak kalau tak PRK sanggup ka nak turun pi bagi buah limau, kueh raya....

Gua tolong lu,,, nanti lu kena pangkah gua aaa....

PRK N05 Tenang - Ada yang tak kena dengan calon UMNO.

Salam Sejahtera...


Sengaja aku nak ajak kita sama-sama berfikir secara orang bodoh,, kalau cerdik tak payah nak fikir-fikir lagi dah...

Cikgu, atau pun juga kadang-kadang dikenali dengan guru, mana yang lebih afdal atau yang lebih aulad wallah huaklam, kalau dalam bahasa arah Ustaz.., gitulah lebih kurang ,

Cikgu semenjak aku dari mula ke bangku sekolah darjah 1 tahun 1968, waktu tu tak ada tadika macam sekarang, adalah satu nama panggilan keatas manusia tak kira lelaki atau wanita yang kita amat hormati selepas ibu bapa kita,, itu yang realitinya.

Kita terasa janggal,atau tak sedap telinga mendengarnya apa bila ada kata-kata murid lawan guru, itu beerti murid tersebut kurang ajar,, tak beradap,,, sebab kita sebagai manusia memang kena belajar dengan seseorang, tak kira ibu-bapa atau sesiapa sahaja, maka ia dikira guru atau Cikgu,

Yang paling hebat sekali ialah Rasullullah, ia belajar melalui gurunya ialah Malaikat Jibrail, kesimpulannya manusia tidak boleh hebat tanpa belajar, sedikit sebanaya ada faktor yang membantunya iaitu guru atau cikgu..

Jadi patutkah dengan tajuk di adalam akhbar diatas... ADO lawan Cikgu...
tak sedap dengar kan,, jadi nak sedap sokonglah Cikgu...

Yang Kedua...

Kat dalam gambar akhbar tu siapa yang bertanding, siapa pula yang minta restu suami!!!,, hairan sungguh aku,, lagi keliru....
tak mau keliru, tak mau nak susah dalam kepala,, Undilah Cikgu Mala.....




PRK DUN Merlimau - Siapakah Calon Popular UMNO..

Salam Sejahtera.

KM Melaka, Ali Rustam berkata BN Melaka akan menurunkan calon popular di kalangan mereka di negeri Melaka... Siapakan calon yang bertuah itu nanti...

Aku rasa dah dapat bayang dah.. Inikah calonnya. DI SINI

Tengok calon tu,, sapa ada anak dara tak cukup umur pun kena jaga ooo, eeii bahaya...

Kalau di Bagan Pinang tahun lepas boleh berjaya, tak mustahil di Melaka juga akan berlaku,, Malaysia boleh, Melaka Boleh...

TERKINI

PRK Merlimau: BN akan letak calon popular di kalangan rakyat

22/01/2011 8:08pm

PEKAN, 22 Jan. - Barisan Nasional (BN) Melaka akan menurunkan calon popular di kalangan rakyat bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Pengerusi BN Melaka itu berkata, BN negeri akan mengambil pendekatan yang disaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memilih calon yang boleh memenangi pilihan raya.

"Calon popular di kalangan rakyat boleh menang, kalau dulu popular dalam parti tetapi di luar tidak popular, undi susahlah sikit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dan perasmian Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) oleh Perdana Menteri di sini, hari ini. - Bernama.


Saturday, January 22, 2011

PRK N05 Tenang - Parti Mana Yang lebih Prihatin

Salam Sejahtera..

Bila dah mula rehat rasa malas dah mula mengancam dalam diri, tambahan pulak asyik dok melayan kerenah dalam facebook,,

Entah macam mana sekejap tadi dalam dok ziarah menziarahi terjumpa pula gambar ni.... adalah sikit point nak menulis untuk sama-sama kita berfikir...

Sebelum ini sering kita kita suara-suara dalam UMNO termasuklah Ketua Wanitanya sendiri mahukan peranan wanita perlu dimertabatkan ke tempat yang lebih tinggi, tetapi apa yang aku dok nampak martabat wanita yang diperjuangkan telah dirembat oleh first lady... dia yang dok bolot habis,, wanita-wanita lain yang dok dalam UMNO sorryler.... tunggu lah dulu, sabaq no!!...

Malah perananan Ketua Wanita selaku Menteri Wanita pun seolah-olah dah tak berfungsi akibat rampasan kuasa bini dari laki..

Jadi buat wanita-wanita pengundi DUN Tenang, tunggu apa lagi, tak payah dok fikir-fikir lagi, 30 haribulan nanti, kasi ajar itu UMNO dan BN, kasi dia tahu,, yang wanita pun ada peranannya... Bolehkan...

Sama-sama mengundi Cikgu Mala..., jangan fikirkan parti lagi, fikirkan martabat wanita..... Boleh.. Malaysia Boleh... Undi Cikgu Mala ya....





Friday, January 21, 2011

PRK N05 Tenang - Muhyiddin ! apa bidas-bidas ni.. DEBAT ajalah...

Salam Sejahtera.

Rasanya kepedihan atas kekalahan di PRK Parlimen Bukit Gantang yang lalu membuatkan Muhyiddin masih lagi terasa..

Tunggu peluang sahaja, dapat aja bola tanggung terus smash..., " Siapakah dia terus nak jatuhkan hukum".., kalau nak tau siapa dia,, aku cadangkan berdebat juga.,, jangan risau,, ada berani ke,, Nizar bukan berkelulusan agama,, serupa lu juga...., debatlah lu dua orang,, nanti kita boleh tengok siapa yang demam... Rosmah ke Najib....

TERKINI

Muhyiddin bidas bekas MB Perak

21/01/2011 8:52pm

LABIS 21 Jan. - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah haram, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi mengundi mana-mana parti pada pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Dia sudah banyak keluarkan fatwa, dulu kata haram wanita bertanding tetapi sekarang telan balik. Tak tahu fatwa atau asas agama apa yang dia gunakan. Ini adalah hak untuk rakyat membuat keputusan.” "Ini bukan hak Nizar untuk mengatakan haram. Siapakah dia hendak jatuhkan hukum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama Labis di sini hari ini. - Bernama

PRK N05 Tenang - Sistem Kasta Dalam UMNO..

Salam sejahtera...

Selain dari perkataan yang agak baik dan sedap mendengar dari Kasta apa dia.. aku semak dalam Kamus Dewan tak ada,, jadi Kastalah yang sesuai aku katakan buat UMNO,, kalau diperhati apa tidaknya memang banyak persamaan antara UMNO dengan MIC,, he heh, cuma nama dan agama yang tertera dalam kad pengenalan sahaja yang berlainan,

Kenapa aku kata ada Kasta... cuba perhatikan di bawah ni.. aku ambik dari Berita harian Online,,,, bukan pandai-pandai nak buat fitnah...

Nampak tak gambar sesiapa yang terlibat dalam tu semua,,, TYT Melaka, Menteri Pertahanan, KM Melaka... semua terlibat,, sebab yang meninggal ADUN.......

Bagaimana pulak gambar yang ini.......


Oleh sebab yang meninggal hanyalah setiausaha cawangan sahaja,, tak ada sesiapa yang ambik peduli, sampaikan Tok Imam pun tak ada....

Jadi saudara-saudara ku ahli UMNO, penyokong UMNO, yang masih rasa dok sayang-sayang lagi kat Parti Keramat tu,,, berhijrahlah,, jangan malu dan jangan segan.... tinggal UMNO tu, UMNO itu lahir dari Istana,,, ia hanya sesuai untuk golongan bangsawan, atau pun parti anak beranak, bapa dan jadi PM, anak pula lepas tu,, senarai anak-anak menteri masih ramai dok menunggu, kalau setakat menantu sorry, dok jauh-jauh bo layan la lu.... ,,

Dalam Islam tak ada semua itu,, yang ada kasta begini hanyalah dalam UMNO.. nak tunggu lagi ka dalam uMNO... sedaqlah sikit,, dah 53 tahun dok kena tipu, kena kencing........ oiii bau haring......

Najib Bongkak, bermulut capoi..

Salam sejahtera...

Sebagai renungan pagi Jumaat, cuba kita ingat kembali apa yang Najib ucapkan apa bila banjir kedua dijangka akan berlaku di Johor hujung tahun 2006,

"Kerajaan dah membuat cukup persediaan, tak perlu bantuan dari mana negara-negara luar", kita lihat lepas tu apa yang terjadi kepada Penduduk Bandar Kota Tinggi dan sekitarnya waktu tu!!!! Baca di SINI

Sampai sekarang masih ada yang fobia bila hujan yang agak lebat turun do Kota Tinggi.....


Dua hari lepas Najib mengulangi perangai sombong dan bongkaknya itu, walaupun kita semua tahu yang ia jenis spesis penakut!!!!

"Jangan cabar saya nanti ada yang demam" oii hebatnya Presiden UMNO ni,, dah umpama Tuhan rasanya dah, apa tidaknya boleh bagi manusia ditimpa penyakit, sedangkan kita tahu segala musibah dan penyakit adalah datangnya dari Allah... Hebat kan presiden UMNO bercakap,, tak ada sesiapa pun ulama UMNO yang nak tolong nasihatkan Presiden mereka dari bermulut capoi...

Nampaknya Allah bayar cash sekali lagi, Najib sekadar nak bagi demam, Allah terus ambik nyawa ahli UMNO yang juga ADUN Merlimau... Ambik ko Najib,, Tenang belum sempat nak bermula, di tambah pulak lagi di Merlimau...

Untuk pengundi-pengundi Tenang dan Merlimau yang juga bakal nak mengundi, sedarlah... Allah dah beri peluang untuk anda menggunakan kuasa memilih siapa yang anda rasa layak disamping dapat mengajar UMNO dan sekutunya BN yang tak habis-habis menyusahkan rakyat...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari