boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Minyak. Show all posts
Showing posts with label Minyak. Show all posts

Saturday, November 1, 2014

Memang ini dasar bersifat KEBABIAN Wal Khinzir..

Kalau binatang berama anjing, masih ada ruang-ruang yang boleh diguna pakai mengikut hukum fiqh Islam,,, tetapiii 

Friday, October 3, 2014

Jom kita semua lawan kenaikan harga pterol ?

Idea atau cadangan ni memang lama dah,, tetapi belum dipraktikkan oleh semua penggunaan kenderaan berenjin, aku sendiri dah lebih 20 tahun tak beli minyak ni.. Lantaklah, nak kata patriotik atau pun tidak,, 


Sunday, May 18, 2014

MH 370 - Dr Mahathir baru ilham nak buka mulut.. ada apa-apa ker?

Sudah nak menghampiri 100 hari tragedi kehilangan pesawat MAS, baru Dr Mahathir nak bersuara... agaknya baru nak dapat ilham...

Monday, December 16, 2013

Apa tindakan rakyat terhadap apa yang berlaku sekarang

Nampak gayanya tanpa ragu-ragu lagi, kita semua rakyat Malaysia akan menyambut tahun baru 2014 dalam beberapa hari saja lagi dengan suasana suram umpama cuaca mendung gelap nak hujan dalam musim tengkujoh...


Thursday, September 26, 2013

Jangan Percaya - Ini berita Fitnah dari Utusan Malaysia kepada DS Najib.

Jika benar berita ini seperti yang dilaporkan, maka aku ucapkan tahniah la kepada najib kerana tak gopoh,,, dia buat sikit-sikit dulu,, baru padan dengan muka hangpa....


Saturday, September 7, 2013

Kenapa lah polis-polis ni rajin sangat,,, dah tak ada tugas kain kut?..

Aku pun tak faham dengan pihak polis ni, Sepatutnya mereka kena berterima kasih kepada pejuang-pejuang untuk rakyat ini semua,,, sebab polis pun penjawat awam dengan kerajaan, yang dibayar gaji..., apa kah polis-polis dapat minyak percuma setiap kali menggunakan kenderaan ketika pergi pasar, hantar anak sekolah, cuti balik kampong?, ...

Tuesday, September 3, 2013

Ni ular ayaq atau Naga ...

Cekap la konon ketua Kongsi Cerah, hipokrit tahap gaban dia ni...


Tip bagaimana nak harga mintak petrol murah.

Harapan aku pagi ini rakyat Malaysia semuanya ceria belaka,,, jangan murung macam ayam berak kapoq pulaq kerana minyak naik dua kupang....
Cuba hangpa perati orang umno? relax aja... tau tak kenapa ?


Monday, September 2, 2013

Friday, February 15, 2013

Monday, August 29, 2011

Jom Kita Semua Sama-sama Memboikot…..

Esso Di Ambil Alih Syarikat Arak

Anda nak isi minyak kereta yang ada kena mengena dengan arak? Haram!!!!

image
image
image

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak teragak-agak untuk mengetuai tindakan memboikot minyak serta lain-lain produk Esso Malaysia Bhd. (EMB) berikutan penjualan sahamnya kepada San Miguel Corporation (SMC) dalam masa terdekat.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan itu penting bagi mengingatkan syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini supaya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan ekonomi tempatan yang telah menjadi pusat operasi mereka selama berpuluh tahun.

"PPIM akan mengetuai boikot ke atas Esso dan mengajak rakyat Malaysia supaya menggunakan minyak Petronas kerana tindakan ExxonMobil (Corporation) menjual EMB kepada SMC jelas tidak menjaga sensitiviti rakyat negara kita.

"Seperti semua maklum, SMC turut berkecimpung dalam pembuatan serta pengedaran arak dan walaupun itu bukan merupakan perniagaan utama mereka, ia tetap menjadi satu pertimbangan yang akan PPIM gunakan dalam pemboikotan Esso nanti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Setelah hampir dua minggu pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa ExxonMobil supaya tidak menjual pemilikan saham EMB kepada SMC, Naib Presidennya, Stafford T. Kelly dalam satu sidang akhbar hari ini menjelaskan penjualan itu tetap akan dibuat kepada syarikat berpangkalan di Filipina tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Penasihat Pengguna Malaysia (PPPM), M. Subramaniam berkata, keputusan ExxonMobil menjual saham EMB kepada SMC jelas menunjukkan ia tidak sensitif dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam.

Katanya, ExxonMobil perlu mengambil kira iklim sosiopolitik negara dan tidak hanya membuat tindakan berdasarkan keputusan perniagaan semata-mata.

"PPPM boleh menyertai tindakan boikot ke atas Esso tetapi ia tidak bermakna semua pengguna akan melaksanakannya (boikot).

"Bagaimanapun, jika majoriti pengguna Islam memboikot minyak Esso selepas ini, ia akan turut mempengaruhi rakan-rakan bukan Islam lain untuk turut sama menyertai boikot itu namun ia memang tertakluk kepada individu tertentu," jelasnya.


Komen - Dalam hal sebegini jangan fikir lagi hal-hal politik, walaupun masaalah ini berpunca dari pentadbiran UMNO, perkara sebegini seolah-olah negara kita yang diwarwarkan 54 tahun merdeka rasanya macam kena jajah semula... Cukuplah pemikiran kena jajah,, belum lagi merdeka,, ekonomi negara pun dah nak kena jajah....



Thursday, April 21, 2011

Tahniah Pengundi Sarawak - Hadiah permulaan hasil kemenangan BN..

Salam Sejahtera,

Belum pun seminggu lagi kemenangan semula BN mengekalkan kuasa mereka, namun inilah balasan atau hadiah yang rakyat Sarawak dapat,

Apa nak dikata,, sendiri yang pilih, sendiri tanggunglah...,

Tuesday, March 8, 2011

Sebelum dan selepas PRK Merlimau dan Kerdau...

Salam Sejahtera....

Tahniah aku ucapkan kepada pengundi UMNO BN di PRK Merlimau dan Kerdau, tahniaah,, anda memang bijak,,,, bijak sangat... kenapalah kecik-kecik du tak mampus...
Ko orang lihat ni ...

.
Suratkhabar muka depan sebelum PRK Merlimau dan Kerdau...


Hari ini pula...

EKONOMI

Harga RON95 perlu dikaji semula

KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.

Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.

Tambah Yeoh, diharap trend kenaikan harga pasaran minyak mentah global itu bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila krisis politik di Timur Tengah kembali reda.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi semasa ekoran kenaikan harga makanan dunia.

''Penganalisis ekonomi berpendapat, peningkatan harga makanan akan menyebabkan kadar inflasi tempatan melonjak melebihi tiga peratus pada tahun ini,'' jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini, Yeoh berkata, prestasi Malaysia adalah baik dengan pertumbuhan dijangka pada paras enam peratus.

''Pertumbuhan kukuh akan disokong oleh pemulihan dalam sektor eksport serta harga komoditi yang kukuh,'' tambah beliau.

Selain itu, prestasi pasaran saham tempatan juga kekal positif dan dijangka mencecah paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.


Sama-sama kita pakat-pakat tunggu bala yang sendiri tempah, sendiri tunggu dan terima...

Saturday, February 26, 2011

RM10.3 Billion nilai pembohongan UMNO..

Salam sejahtera,

Kalau tak berbohong bukanlah UMNO namanya..,


Siapa yang percaya dengan janji-janji RM10.3 billion tu,, Kalau ada yang yang percaya memanglah jenis manusia yang kurang akallah nampaknya..., cukuplah sesekali kita kena tipu. jangan sampai 2 kali,, kalau dah dua kali kena beerti kita ni tahap lembu atau kerbau dengan kisah sang buaya.

Buktinya pemimpin uMNO berbohong ..


Baru sangat lagi...., aku simpan lagi...., kalau rasa nak bagi UMNO pegang janji diatas,,, jangan bagi UMNO menang PRK di Merlimau dan Kerdau..

Kalau UMNO menang,, tunggu sajalah... jawapan-jawapan dari mulut menteri aku dah hafal dah..... .


Monday, January 31, 2011

Tahniah Pengundi BN DUN Tenang.. Minyak Naik Lagi ..

Salam Sejahtera...

Terima kasih banyak-banyak kepada pengundi-pengundi BN terutama kepada Melayu-melayu Felda. tindakan anda mengundi BN membuat rakyat 1malaysia terpaksa membayar 10 sen lagi tambahan setiap seliter RON97...

Terima Kasih.... Terima Kasih... Terima Kasih... Khakh.. Ptuih...


RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Monday, December 6, 2010

Berapa lama jangkamasa "Tempoh Terdekat"

Kenyataan mangkok hayun ni pada 2 Nov 2010..


Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat...

"Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," katanya.

Baca seterusnya DI SINI


Jam 12 tengahmalam 03 Dis 2010... RON 95 naik lagi lima sen menjadi seliter RM1.90....

Jaminan apa macam ni, Mesra rakyat begini. Nak kata Petronas rugi, ooohhh tidak, untung tahun ni RM56 billion,......

Inilah padahnya Yahudi jadi penasihat kerajaan UMNO, sentiasa nak menindas rakyat.......

Thursday, September 30, 2010

Nasib Golongan Miskin, Mudah berpenyakit, halal haram belum tentu...

Salam sejahtera...

Mungkin kita yang berpendapatan sederhana, mungkin tidak terlibat, namun aku sendiri sewaktu mula-mula kahwin dulu, pun sama juga, pi beli minyak masak kat pasar malam, pakai tong punya, memang murah,, rupanya bila dapat tau, minyak tu, minyak second hand, semenjak itu aku tak beli lagi, aku terus beli minyak yang packing botol, tak kira apa brand, janji goreng pon sodap....



Aku ingat kes ni dah selesai dah, rupanya semakin bertambah haru biru lagi,, di Melaka dan Negeri Sembilan heboh lagi bab minyak masak ni... Kesucian minyak_dipertikai.

Apa pun jangan ingat kita tak kena, sebab kita dok makan minyak beli kat supermarket botol punya, cap pisau, vee sawit dan sebagai nya, 100% kita makan kat rumah?!!!..., bini masak,..bibik yang masak,.....
Apa cerita yang dok makan kat warung, kat kantin, kedai mamak zambry 786, beli nasi bungkus...., yang jenis bawa mangkok tingkat (Sia) semua tu apa cerita, orang meniaga nak untung, makanan dijual nak kena murah, jual mahal orang tak beli nanti, nak tak nak, guna bahan-bahan masakan yang murah, yang penting sodap, besok orang mai beli lagi, halal haram belum tentu tau...






Monday, July 19, 2010

Minyak RON 95 - Masih Lagi Tak Adil..

Minyak RON 95 adalah minyak yang bersubsidi, kata Menteri yang minyak dan gula termasuk ayam berbulu..., pada 01 Ogos depan minyak tersebut dilarang jual kepada kereta negara asing,,, apakah hanya untuk kereta dari Thailand sahaja, manakala kenderaan negara Singapura masih lagi boleh membeli??!!!

Kemudian lagi satu, bagaimana kenderaan-kenderaan mewah di Malaysia seperti Merc, BMW, Camry, Honda Accord yang kuasa kudanya 2000 ke atas..., minyak bersubsidi untuk rakyat bawahan, kalau golongan kereta mewah atasan termasuk menteri-menteri pun tibai minyak subsidi, tak ada makna subsidi tersebut...






Tuesday, September 1, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. RON 95... RON 97..

Salam sejahtera...

Hadiah kemerdekaan kepasa rakyat 1Malaysia... minyak petrol RN97 dari RM1.80 naik RM2.00 bererti naik 20 sen seliter.... manakala RON 95 sebelum ini sewaktu diperkenal dah naik 5 sen.. tapi tak heboh pun.. sebab aku memang menggunakan RON 92 (ataupun minyak merah).. harganya RM1.70, bila dilancarkan RON 95 terus dijual RM1.75 sen seliter.... manakala sempena merdeka dan nak menyambut bulan puasa naik lagi 5 sen... DI SINI

Nampak sangat menteri bangang Ismail sabri nak berbohong kata naik 5 sen.. betui la hari ini naik 5 sen, tetapu sebelum tu dah 5 sen... oiii 5 sen pun duit juga tau...

Semalam waktu aku nak isi minyak di Shell jalan Kpg Koh, aku terkejut, di Kedai tersebut semua pumpnya jual RON 95, ia tak jual RON 97.. kemudian si tukang jaga pump itu memberitahu aku, kononnya minyak RON 95 lebih kurang juga dengan RON 97.. dan dia berkata Petronas Kpg Koh pun tak jual RON 97.. mereka juga jual RON 95 sahaja...

Apa yang aku rasakan, sedikit masa lagi satu lagi adegan wayang Cina akan berlaku... apa tidaknya.. nanti akan terjadi macam gula.... macam minyak diesel suatu ketika dulu, sehingga pengusaha bas sekolah terpaksa beratur berderet nak dapatkan disel... bila saja harga diesel dinaikkan.. maka masaalah diesel pun selesai...

Maka tak mustahil RON 95 akan terjadi begitu... maka keluarlah nanti kenyataan bekalan RON 95 tidak mencukupi, ada aktiviti penyeludupan ke negara jiran.. maka RON 95 tak ada dijual,,, pengguna yang perlu kenderaan bergerak nak ke tak nak gunalah RON 97.. yang harganya RM2.05 seliter...
Apa hangpa tak percaya... sama-sama kita tunggu... apa pun sama-samalah kita bedoa agar cepatlah mamposnya UMNO... AMIN..

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari