Nasional
Pesawat MH370 disembunyikan di suatu lokasi - Dr. Mahathir
pada 18-05-2014 03:05
SHAH ALAM: Pencarian MH370 yang masih tidak menampakkan hasil sejak 8 Mac lalu, menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad tampil dengan teori kontroversi baharu iaitu pesawat tersebut kemungkinan disembunyikan di suatu lokasi.
Dalam entri terbaharu kolum Chedet.cc, bekas Perdana Menteri itu berkata, Malaysia Airlines (MAS) dan Malaysia bukan pihak yang patut dipersalahkan ekoran kehilangan pesawat MH370, tetapi 'seseorang sedang menyembunyikan sesuatu.'
Ini kerana, dalam kes ini, beliau berkata, apa yang naik pasti akan turun.
"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas.
"Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," katanya merujuk kepada kehilangan pesawat berkenaan Dr Mahathir merujuk kepada pesawat MH370 yang kini sudah lebih dua bulan hilang.
Menurut Mahathir, terdapat peranan pihak tertentu dalam kehilangan tersebut dan adalah membuang masa mencari serpihan pesawat atau minyak yang tumpah atau 'ping' daripada kotak hitam.
"Ia nampaknya bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.
"Pesawat ini ada di satu tempat, boleh jadi bukan lagi dengan logo MAS pada badannya," tulis perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat itu.
Justeru, beliau menuntut Boeing menjelaskan apa yang dinamakan sebagai 'sistem pendaratan auto anti keganasan'.
"Saya tidak boleh bayangkan pilot mendaratkan pesawat ini di lautan yang bergelora dan tenggelam secara senyap bersama pesawat itu," katanya.
Tanpa menyebut siapa seseorang itu, bagi beliau, dengan alasan tertentu, media tidak akan menyiarkan apa-apa melibatkan Boeing yang menjadi pembuat pesawat ini dan juga Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.
Mahathir memberitahu, semua sistem komunikasi pesawat tersebut termasuk isyarat GPS telah dimatikan sepenuhnya hingga semua data penting tidak dapat diperolehi.
Katanya, Boieng sebagai pembuat pesawat tersebut termasuk melengkapkan kemudahan GPS dan alat komunikasinya tentu tahu bagaimana alat tersebut boleh dimatikan dengan mudah seperti itu kerana ia adalah sebahagian daripada aspek keselamatan penting pesawat.
"Pencarian di internet mendedahkan Boeing pada 2006 menerima paten Amerika Syarikat bagi sistem yang apabila sekali ia diaktifkan maka menghalang semua kawalan daripada juruterbang secara automatik untuk kembali ke lokasi mendarat yang ditentukan awal.
"Artikel The Flightglobal.com oleh John Croft pada 1 Disember 2006 yang ditulis di Washington menjelaskan lebih lanjut 'juruterbang automatik yang 'tidak boleh diganggu' boleh diaktifkan sama ada oleh juruterbang di dalam pesawat atau secara kawalan jauh menggunakan pautan satelit atau radio oleh agensi kerajaan seperti CIA jika pengganas cuba menguasai kawalan di dek pesawat," kata Mahathir.
Semasa pentadbirannya, Mahathir pernah tampil dengan teori konspirasi paling tepat apabila Malaysia menghadapi krisis kewangan iaitu beliau mendakwa George Soros adalah penyangak mata wang yang mengakibatkan nilai ringgit jatuh merudum.
Isu ni orang satu dunia duk bincang lama dah,, kenapa Dr Mahathir baru nak terperasan....
He he he,, panas beb,, Rosmah atur buah chess dah nak check mate dah... mana tahan....
Kalau MAS dah tak boleh nak diselamatkan lagi, kerana dah terlewat,, kena ishtihar bankrupt... habis lah sykt anak dia PETRON yang supply minyak dekat MAS...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHa...ha...ha....
ReplyDeleteDia bukan mcm tok guru ngko org! Abis buka mulut baru nak pikir....
Apa kelas! Dulu jadi Navy, mkn duit kerajaan bikin sara hidup anak-beranak, dah jadi boncit, kutuk balik kerajaan! Anjing lagi nulia beb!
Selagi umno memerintah ..MH370 akan terus hilang ..rakyat di dendangkan dengan irama merdu untuk lupakan mh 370 secepat munkin...ini lah hasil nya sejak ber PM kan pakar menghilangkan jejak altantuya ...
ReplyDeleteHahaha...bhai mm, kesian aku dgn lu pnya hati dan perasaan yg trlalu hitam..tk mustahil bhai suatu masa kerana hati dan rasa amarah yg amat2 hnga mmpu mmbuat lu sasau dlm meneruskn kehidupan dihari mndtg..
ReplyDeletebhai satu dunia tahu tntng kehilangan mh370 pun tak guna bhai..klu satu dunia tahu pun tak guna bhai klu satu dunia tk blh tunjuk dimana dan kenapa???...mnkin lu lbh bijak dari tun m atau dari mana2 manusia didunia ni yg mmpu tunjuk dimana dan kenapa!!! Aku respek bhai.. tp klu setakat mnjd pncetus provokasi dan spekulasi...hmm malang sungguh..
hahaha...petron pun jd dendam kemarahan lu..hahaha..klu petron dimiliki oleh ngeh nga atau lim atau ah chong, aku pasti lu tk rasa apa2 kn...yg tk boleh hnya 'MELAYU'kn..apa tah lg klu melayu tu 'dibantu 'oleh kerajaan atau umno mngikut kata2 dap..maka melayu msti didoakn trlingkup!!! Ttp jika cina apa pun blh..hahaha lps tu hrpkn melayu merayu utk dpt sekupang dua dari cina..tk gitu bhai mm, klu ikut pd info tntng lu yg suka caras rm dari supplier cina..klu camtu baru dikata mulia dan kemudian mnjd barua utk maki hamun kerajaan melayu bg pihak org lain...
semakin lama semakin simpati aku kpd belang dan wajah lu dlm mnjd blogger utk pas (betul ke!!! Sbb yg jelas dan nyata blog mm lbh kpd wajah liberal..prjuangan dap) hahaha semoga lu tak jauh tersasar dlm mmbnci melayu dan mnyayangi cina..bhai soalan aku adakh dap semulia2 parti semenjak lu kenal politik atau semenjak ujudnya PR...atau semenjak masyukkkk....
macam mabok ketum je ko komen ..adoiii .penat je aku baca...chehhhh
DeleteSelama ni mencebik mulut dan cakap merapu... aiiii lastnya ikut juga telahan orangramai. Bende beso jatuh takkan takde serpihan. My short comment.. pasal dah meluat dengar cerita Ce det dan MAS ni.
ReplyDelete