boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 16, 2014

Semalam Mat Said TERLANJUR, Hari ini Najib TERLEWAT..

Inilah trend yang ada pada pemimpin umno,,, standard gampang memperlingkup harta negara..


BAHASA   

Mungkin sudah terlewat untuk selamatkan MAS selepas MH370, kata Najib


Situasi bangkrap adalah salah satu pilihan sebagai satu cara untuk menyusun semula Malaysia Airlines selepas bertahun mengalami kerugian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mei, 2014.Situasi bangkrap adalah salah satu pilihan sebagai satu cara untuk menyusun semula Malaysia Airlines selepas bertahun mengalami kerugian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mei, 2014.

Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) daripada keadaan terkini, sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berjuang untuk terus bertahan berikutan kehilangan pesawat MH370.
Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, perdana menteri berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh.
"Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan  para pekerja dan orang awam," kata Najib kepada WSJ.
MAS berkata semalam, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Malaysia.
Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat  MH370 pada 8 Mac.
Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS.
Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober- Disember 2011.
MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu.
"Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak," kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis.
"Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS," katanya.
WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan.
"Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial," katanya.
Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia.
Ketua kesatuan itu, Alias ​​Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya.
"Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami.
"Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan," katanya.
Penganalisis  bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan “jalan keluar yang pahit”, walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu.
"Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan.
"Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal," kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor . – 16 Mei, 2014 .

Setiap tahun rugi...rugi,,rugi,,, apa tindakan Najib selaku menteri kewangan, dimana penasihat ekonomi, dimana menteri lantikan Idris Jala...
Kalau negeri Pakatan Rakyat sedap mulut keluar kenyatan pembangakan tak pandai nak mengurus ekonomi negara... 
Ini umno pandai mengurus...sampai dah jadi bangkrap...

5 comments:

  1. ini lah cara mencuri era baru .buat kejutan bermacam macam certa kemudian gunakan dana rakyat yang tidak boleh persoalkan lansung .moga lakhanat mereka semua keturunan mereka serta orang yang bersengtongkol dengan mereka amin

    ReplyDelete
  2. Panggil balik Deris Jala jadi CEO la. Mesti untung

    ReplyDelete
  3. BOROS DAN SALAHGUNA KUASA ........ itulah puncanya .... mentang-mentanglah ia syarikat milik kerajaan ......!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Korang bising2 ni pehal.. Br1mkan Tr1m Kr1m Sl1m St1m ape lg ekk...ahhhh r1m2 laaa kah kah kah kah kah.jgn lwn kera jaan.durhaka.pee blik negara asal kamu.brengsek lu kata mat jahit.

    ReplyDelete
  5. dah pakat songlap sorang sikit... apa tak rugunya.... dah habis ambil tak bayar...nak kata apa..
    dah tak ada tmpat lain.. duit bank rakyat pun ambil juga tanpa faedah...pa ni..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari