boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010... Hadiah buat 1Malaysia..

Salam Sejahtera...

Sempena tahun baru 2010, besok ada hadiah buat rakyat 1Malaysia...


Gula naik 20 sen mulai esok


PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.


Komen...


Tahniah UMNO.. rakyat diutamakan..Terima Kasih BN... Sekilo dua kupang...sekilo tiga kupang lima duit..banyak tu....,,,,.

Wednesday, December 30, 2009

Sindrom Poligami di Malaysia..

Salam Sejahtera...

Hanya di Malaysia Darul Boleh..,
Bermula dari Ahli Parlimen Kinabatangan Bung&Zizie, yang akhirnya mengaku dan bernikah, selamat pengantin bahru..., ahli politik UMNO dengan artis, kemudian diikuti pula artis Raisudin Hamzah dengan wanita muda 20han (sebaya dengan anaknya Sarah Raisudin) yang mendapat perintah Mahkamah kena berpisah, turut tumpang glamour bersama Raisudin ialah Dr Rosli Ilani (Bekas KPPP Kelantan) juga kena berpisah....

Dan yang terbaharu sekali timbul pula Sultan Kelantan yang sedang sakit, pun rupanya kawin dua juga, hebat YOB, Malaysia Boleh...,,,

Kenapa aku pertikai semua ni, tak bolehkah nak kahwin dua, Bukan pasai tak boleh, aku pun kalau boleh teringin juga...., tetapi apa yang berlaku di Malaysia ini, kebanyak kaum lelaki Islam Melayu, bermula dari Sultan, Putera Mahkota, Menteri, ahli politik tak kira apa dasar politik masing-masing, kalau bab menikah dua selalunya dilakukan senyap-senyap, kenapa ini berlaku.

Cuba kita bayangkan kes Sultan kelantan semalam, betapa sedihnya isteri kedua beliau nak ziarah suami sendiri pun tak boleh, salah siapa ini... bagi aku 100% pihak laki-laki yang salah, kahwin nak, tapi penakut nak istihar...

Cuba kita lihat Sultan Brunai Darul Salam, baginda menikah dengan pengara TV3, secara terang-terangan, OK aja... tak ada apa-apa masaalah pun, tapi di Malaysia rupanya Sultan Kelantan pun menikah diam-diam, hanya segelintir pihak saja yang tau..., Kata kahwin lebih naik ikut sunnah nabi, tapi bila kahwin senyap-senyap, sedangkan Nabi suruh hebahkan dengan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing, supaya masyarakat dapat mengetahuinya.

Bila dah berlaku sesuatu perkara yang kurang sedap didengar, dah jadi keliru, terpaksa hidup macam pelarian, lari dari pandangan masyarakat, isteri kedua tidak mendapak haknya terhadap suami dan berbagai lagi.

Satu masa dulu, kumpulan Al-Arqam, tak ada masaalah sesiapa ahlinya yang ingin poligami, cuma yang satu tak berapa syok sikit, bekas bini guru-guru anak murid boleh ambik alih, guru cari yang baru .. itu dah kira ...., entahlah...bahkan aku dengar ada ahli-ahli yang isterinya sendiri tolong carikan calun isteri kedua buat suami, kenapa boleh, mungkin tarbiyah penerangan dari pimpinan mereka kepada ahli-ahli wanita Al-Arqam berkesan.

Ada juga pimpinan PAS yang bernikah dua, tapi itulah, seperti yang aku katakan tadi, semuanya senyap-senyap belaka, makan sorang..., cubalah tarbiyahkan Dewan Muslihat biar mereka faham kebaikan berkongsi kasih suami, banyak kerja amal dapat dilakukan, kenapa perkara ini tidak dipraktikan secara syumul, berapa banyak andartu-andartu diluar sana, tidakkah kita mengasihani mereka itu...

Teringat aku kepada satu keluarga besar yang heboh seketika di media, di Terengganu, peniaga ubat-ubat herba yang bininya empat orang, fuiyo... macam mana nikmay hidup yang beliau dapat, rumah pun besar, berbelas bilik, bini keempat-empatnya duduk sekali dalam satu rumah.. boleh tak ada masaalah.

Sebagai satu jemaah Islam, PAS sepatutnya bab nikah dua tiga ni kena ambik perhatian, bila terjadinya kepada Dr Rosli, dah jadi isu sedikit sebanyak nama parti dikaitkan juga...sedangkan kahwin dua itu tidak salah, pelaksanaannya tu perlu diperbetulkan, kalau tidak terjadilah seperti ADUN Melor tu, bekas isteri tuntut 3 juta, heboh lagi... nama PAS dikaitkan juga... sedangkan yang buat tu segelintir darinya....

BUBAR DUN Perak - UMNO dah mula berkempen..

Salam Sejahtera...

Mungkin pihak UMNO mengetahui apa akan berlaku seterusnya mengnai situasi politik negeri Perak... Dengan atas apa nama sekali pun, program-program yang mereka anjurkan ini adalah atas dasar tujuan kepentingan politik mereka...




Pandu Bas Melulu..

Salam Sejahtera...

Pandu Bas Melulu ... itu lah yang ditulis sebagai tajuk utama kepada pemandu Bas 2 tingkat yang kemalangan 3 hari lepas.

Sebelum ini pemandu tresebut telah mengaku ia terlelap yang mana telah menyebabkan kemalangan. Bagi pendapat aku itu adalah satu pengakuan yang cukup ikhlas dan benar.. kenapa ? Sebab terlelap ni kita tak boleh jangka, tambahan pula jikalau keadaan badan yang cukup letih, suasana yang membosankan dan banyak lagi.

Aku nak tanya, malam tadi sapa boleh bagi jawapan dengan tepat, pukul berapa dia mula tidur... tak ada sapa boleh bagi, kecuali anak kecil yang tidur dalam buai yang didodoi oleh emaknya....

Memanglah disebabkan terlelap tadi menyebabkan kemalangan dengan 10 nyawa melayang, kenapa begitu ramai yang terkorban.. Jawapan paling tepat dan mudah sememangnya ajal mereka dah ditentukan begitu..

Bas 2 tingkat ni selalunya kita dok tengok digunakan oleh negara-negara maju seperti UK, tetapi sebagai pengangkutan shuttle, atau jarak dekat... bukan jarak jauh.. di Singapura pun dah lama Bas 2 tingkat digunakan, aku sendiri dah merasa naik bas tersebut dari Sembawang ke Woodlands sewaktu aku dalam service tahun 1984 dulu...

Tetapi di Malaysia Darul serba boleh ni Bas tersebut digunakan untuk jarak jauh, kenapa pihak LPKP boleh meluluskan Bas tersebut..., bila kejadian sebegini berlaku yang menyebabkan kematian seramai 10 orang hanya pemandu yang terima beban..., kemudian barulah nak kaji balik sesuai atau tidak bas tersebut digunakan untuk jarak jauh...

Inilah bijaknya kerajaan UMNO memerintah negara, bukan baru sekali ini saja yang menyebabkan kematian melalui kemalangan kenderaan awam, dah berpuluh kali..., nyawa rakyat yang terkorban pun dah beratus nyawa, namun yang bersalah pemandu bas, keadaan fizikal bas tidak diambil kira...., apakah cukup dengan sekadar ganti rugi akan dibayar kepada waris yang terlibat..., itu pun sekadar janji pihak syarikat empunya bas.. entah ditunaikan entah tidak belum pasti lagi....

Tuesday, December 29, 2009

RM10 Juta VS RM 100 Juta..

Salam Sejahtera...

Kenapa boleh jadi sebegini, apakah satu daripada trend rakyat Malaysia, "hang saman,,, aku saman balik hang.., apakah dengan tindakan saman masing-masing dapat kepuasan dengan ertikata "Puat hati aku, padan muka hang....

Kalau sebelum ini, yang banyak saman menyaman ni selalunya artis dengan penerbit, ahli politik dengan penulis... tetapi nampaknya di zaman muktahir ini orang-orang berpendidikan agama pun dah turut sama saling saman menyaman.

Kalau dah orang beragama pun sama turut saman menyaman, orang-orang awam seperti mana aku ni,, mana nak tau sapa betui atau sebaliknya.

Mengapakah asyik nak memberi jawapan balas pada wartawan-wartawan surat khabar yang belum tentu beritanya sahih kecuali keputusan TOTO dan 4Digit sahaja yang betul.. Bila dah terkeliru sebegini yang mengambil keuntungan surat khabar lagi,

Apakah pula pandangan orang bukan Islam terhadap pertelagahan sebegini... walau apa pun aku tetap memberi sokongan aku pada Dr Asri dalam hal ni, cuma aku cadangkan adalah lebih elok diadakan pertemuan atau mesyuawarah kedua belah pihak, atau pun lebih baik lagi bersemuka dan berdebat secara anak jantan... ada berani ka yang sorang lagi tu, jangan asyik berani disebabkan tempat anda bertugas tu namanya JAKIM....

DUNN Perak Bakal Bubar..

Salam Sejahtera..

DUN Preak akan dibubar.. Betulkah begitu.. Mengikut seorang sahabat blogger Mamamat keputusan Mahkamah Nizar menang 4 - 1. Lepas Nizar akan membubarkan DUN Perak, itulah harap UMNO, Itu maklumat dari Mamamat.

Tetapi sumber dari agendadaily. BN pun dah buat persiapan melalui program Gerakan Mesra Rakyat dan Pendaftaran Pengundi Baru Sekretariat Pilihan Raya BN Perak peringkat Parlimen Bagan Serai, hari Isnin. Mungkinkah ini sebagai persediaan Pilihanraya semula Perak?....

Sama-sama kita tunggu dan lihat.., sampai mana permainan politik taik UMNO......





Monday, December 28, 2009

Isu Calon Luar PAS

Salam Sejahtera..

Dua tiga lepas kecoh sekejap hal kononnya Kelantan pada PRU13 akan menutup pintu kepada calon luar dari Kelantan..

Aku masih ingat dalam tahun 90han lagi selepas Kelantan di tadbir oleh Kerajaan PAS, TGNA ada menyebut yang Kelantan akan dijadikan Universiti Politik Malaysia.

Memang benar, bila kita imbau kembali sejarah, Kelantanlah banyak melahirkan ahli Politik dari luar untuk dibawa ke Parlimen, tetapi pada waktu tersebut masyarakat umum memang tidak mengenali apa itu PAS.

Berbeda dengan sekarang, dengan slogan PAS for All, dan macam-macam lagi, PAS sudah dikenali, bahkan di Kubu kuat UMNO iaitu Johor pun PAS dah boleh mendapat 2 kerusi, dan tak ada lagi calon PAS yang hilang wang pertaruhan sewaktu PRU, inilah hasil yang umat Islam dapat dari Universiti Politik Kelantan.

Jadi aku berpendapat memang eloklah kita bukan sahaja digalakan menggunakan barangan tempatan, malah kalau boleh wakil-wakil rakyat pun sudah sampai masanya menggunakan calon tempatan.

Buat ahli-ahli Parlimen luar di kelantan, sepatutnya mana-mana yang belum dikenali, cubalah membiasakan diri dikenali ramai seluruh pelusuk negara, sebagai contoh TH Mat Sabu, beliau mula menjawat ahli Parlimen pun di Kelantan selama dua penggal, selepas itu bertanding di Kuala Kedah, menang namun bila PRU 11 2004 beliau tewas, itu pun disebab pengaruh Gelombang biru Islam Hadhari, kemudian yang terakhir 2008 beliau bertanding di Kuala Terengganu, beliau tewas cuma 600 undi sahaja, itu pun disebabkan calon bebas Tok Mun.

Mari kita ambik contoh parti DAP, lihat saja Lim Kit Siang dan anak nya Lim Guan Eng, Karpal Singh, KulaSegaran dan ramai lagi.. mereka tidak bertanding di satu kerusi tetap, kebanyakan mereka berani mengambil risiko beralih kerusi, kecuali AP Wanita DAP Batu Gajah sahaja yang sikit timbul konterversi tidak mahu ditukarkan kerusi.. dengan secara tidak langsung DAP berjaya meluaskan pengaruh politik mereka.

Bagi calon PAS pula yang aku dok nampak ada potensi sepertimana calon DAP selain dari Mat Sabu ialah DS Ir Nizar, beliau pun sudah dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia, jadi adalah lebih baik pada PRU13 nanti untuk kerusi DUN DS IR Nizar boleh berubah kerusi ke tempat lain, sebagai contoh dikawasan bandaraya Ipoh yang mana calon PAS tewas bawah dari seribu undi..

Oii hangpa jangan ingat aku tak suka kat dia pulak, kita kena ambik dari kontek nak melebarkan pengaruh PAS, lagi satu hal adalah cukup membebankan DS Nizar, jika selepas ini PR Kembali berkuasa, beliau akan menjawat kembali jawatan MB Perak, kan lebih mudah jika kawasan DUNnya yang berhampiran.

Mungkin ada pembaca mengatakan, Pegawai Khasnya kan ada, tetapi adalah lebih baik jika ADUN itu sendiri sentiasa bersama pengundinya, paling tidak pun ADUN tersebut dah mengenali semua penduduk di kawasan DUNnya.

Adalah cukup cantik jika disetiap DUN-DUN yang ada diwakili dari calon anak tempatan, atau pun sekurang-kurang menetap di DUN tersebut, dan buat bakal-bakal calon anak tempatan tu, kenalah bermula dari sekarang, masa dah tak lama lagi yang ada...., Insyaallah, jika anda semua ikhlas dalam perjuangan, kemenangan pasti akan tercapai...

Sunday, December 27, 2009

Woi.. banyaknya.. RM370 billion semua sekali...

Salam Sejahtera...

Penulis Barry Wain dalam bukunya mendakwa Mahathir telah pelingkup wang hak rakyat RM100 Billion, Apa pun Mahathir tak puas hati, mana boleh dia sorang aja yang kena... ini tak adilll

Maka tersembur najis-najis shit dari mulut Mahathir pula mengatakan Pak Lah pun perabis juga wang rakyat.. lagi banyak dari Dr Mahathir, RM 270 billion.. Baca di SINI

Apa cerita semua ni.. sikit duit ka yang lingkup.. tak tau berapa banyak kalau nak bilang tu... kalau not RM100 disusun sekeping-sekeping atas jalan raya PLUS dari pintu masuk Bukit Kayu Hitam Kedah sampai tol Sekudai Johor pun aku rasa berlebih berlambak-lambak lagi,

Itulah bagi lagi kuasa kepasa golongan-golongan yang menolak hukum Allah, apa mereka pedulu.. duit sapa.. yang penting temolok kaum kerabat depa penuh sampai termuntah-muntah.....


Saturday, December 26, 2009

Pengakuan Dr Mahathir Tak sampai 10 billion..

Salam Sejahtera...

Dr Mahathir menyangkal apa yang ditulis dalam buku yang negara Malaysia semasa pemerintahannya rugi 100 billion, tetapi apa yangbeliau mengaku tak sampai 10 bilion, kalau tak sampai 10 billion bererti 9.99 pun tak tak sampai 10...

Bagi aku tak kiralah 10 billion ka berapa, dengan ini menunjukkan Mahathir yang UMNO dok bangga-bangga selama ini yang kononnya pandai mentadbir negara nampaknya dengan secara tak langsung telah mengaku kesilapannya, yang sebelum ini siap nak saman penulis buku, Lim Kit Siang dan Malaysiakini..

Secara tidak langsung perbuatan tersebut telah merugikan wang rakyat, kesannya akibat dari era Mahathir sampai sekarang, rakyat miskin dan sederhana sekarang ni bersengkang nyawa nak meneruskan kehidupan dalam suasana ekonomi yang semakin menjunam.

Nampaknya benarlah telahan-telahan dari cerita-cerita orang UMNO sendiri, yang Mahathir sekarang ni cuba nak menunjukkan hanya dia sahaja yang mampu mentadbir negara dengan jayanya selama 22 tahun, selepas dia bersara dengan jelas ia mengkucar-kacirkan pemerintahan Pak Lah, bersara orang tua tu..., kini Mahathir cuba nak mengganggu gugat Najib pulak, ini disebabkan ada cerita yang mengatakan Najib telah menemui Anwar Ibrahim berbincang beberapa perkara untuk mengukuhkan sokongan PR kepada Najib, itu yang membuat Mahathir dah goyah, manakan tidak saman Anwar kat Mahathir akan didengar semula...

Maka cubaan pertama mereka nak memalukan Najib bila berlakunya kes waktu pengundian bajet di parlimen, 66-63, rancangan Mahathir telah berjaya.. Najib dah semakin celaru..., mana satu kawan, yang mana pulak lawan dalam parti UMNO sendiri, sekarang kita lihat Mahyudin pun dah semakin galak melakukan sesuatu, seolah-seolah jawatan no 1 dah ada dalam tangan..

Tak cukup kes parlimen, ditambah pulak dengan laporan kehilangan enjin jet F5e, mulanya satu, tup-tup dua pulak, inilah satu-satu negara dalam dunia yang kita dengan laporan enjin pesawat boleh dicuri dan dijual kat Amerika Selatan. Khabarnya Amerika dah mula bising dengan kejadian tersebut, mana tidaknya, enjin itu terlepas ke Amerika Seltan, mungkin dah sampai kat musuh ketatnya Russia.

Memang benarlah.. Mahathir lah yang membuat banyak perubahan, sebelum itu UMNO banyak dipelopori oleh guru-guru, bila Mahathir jadi PM, UMNO telah di monopoly oleh golongan koporat, dari sini politik wang telah bermula dengan begitu berluasa sekali, Mahathir jugalah yang mula-mula membawa Senator dilantik menjadi menteri dengan bermulanya Daim Zainudin sebagai Menteri Kewangan, dan zaman Mahatihir jugalah ada undi bonus apabila dilantik untuk pertandingan jawatan dalam UMNO, dan zaman Mahathir juga perhimpuan Agung yang ada pemilihan jawatan boleh ditangguh dari yang sepatutnya 2 tahun sekali.

Itu hak dalam UMNO, hak dalam pemerintahan kerajaannya tak usah nak kira, berbilion juga banyaknya, namun kita semua sepatutnya kena berbanyak terima kasih kepada Mahathir, kerana dengan tindakan semasa Mahathirlah UMNO semakin hampir menuju kehancurannya..

Berita berkitan : agendadaily.


Maka Benarlah Berita ini...

Salam Sejahtera..

Pepagi tadi bila aku buka komputer terkejut juga bila aku membaca berita dari blog otai penarikbeca. Bukan aku tak percaya akan cerita dari blog Bakaq tu, tetapi terkejut dengan sikap UMNO Selangor itu, yang semakin terdesak...

Bila aku terbaca pulak dari harakahdaily. maka bertambah terkejut betui..., kenapa boleh jadi begini... aku tak mau nak tulis banyak.. dalam suasana politik Malaysia yang sebegitu teruk, aku nampak permainan UMNO begitu licik sekali.

Apa tidaknya, dalam politik PAS Kelantan, UMNO diam relak senang hati, tak payah kecoh-kecoh dan sibuk sama..., rupanya ada sebab disebalik itu...rupanya nak buat baik dengan PAS Selangor...

Dalam masa UMNO buat kecoh di Selangor banyak perkara negatif boleh berlaku pada Pakatan Rakyat yang terjalin beberapa hari lalu. UMNO tetap akan mengaut untung yang tinggi nilainya dalam survival politik mereka...

Dengan mencipta isu baru, selepas isu siapa Pengerusi BN Pulau Pinang dan kes hilang enjin jet dan berbagai lagi, isu besar seperti kes PRK Kota Seputih boleh KIV dulu, kes Keputusan Mahkamah Persekutuan Menteri Besar Perak pun KIV dulu, Kes SETPOL Najib dengan MP Wee Chee Keong senyap, kes Teoh Beng Huat VS SPRM senyap,.. dan banyak lagi isu-isu yang besar tenggelam kerana UMNO bijak main isu, yang silapnya kita sendiri terikut-ikut dengan rentak permainan UMNO...

Apa pun aku harap ada kekawan yang boleh senaraikan kes-kes yang melibatkan UMNO supaya bilanya ada piliharan raya keci atau PRU13 nanti, awal-awal boleh kita ulang tayang kepada rakyat... sebab orang melayu memang mudah luoa...

Friday, December 25, 2009

Keputusan Mahkamah Persekutuan - Kes Siapa MB Perak - Akan Diumum pada tahun 2011..

Salam Sejahtera...

Sebentar tadi sempat aku sembang dengan jiran sebelah rumah, bekerja di Pejabat Tanah ..., saja dok sembang sementara nak tunggu masuk waktu magrib..

Dalam dok sembang tu tersentuk bab kes DS IR Nizar, aku tanya dia.. menurut beliau, apa yang dia dengar dari kekawannya di Pejabat SUK semalam, memang Dato Seri Ir Nizar menang, dengan keputusan 3 - 2..

Namun demi nak menjaga air muka Najib yang semakin merudum akhir-akhir ni, keputusan kes ini akan ditangguh sehingga tahun 2011. lalu aku tanya dia balik kenapa lama sangat, lagi setahun baru nak umum.. ni apa cerita...

Jawabnya, bila keputusan diumumkan, Nizar yang menang dah tak boleh nak bubar DUN untuk PRK lagi, sebabnya dah tempoh PRU13 kurang dari 2 tahun, Akta SPR tiada lagi PRK..., cerdik juga puak-puak UMNO ni ya... sanggup tebai muka dari nak tanggung malu dari kekalahan lagi....

Enjin Jet Hilang - Berita ini memang benar..

Salam Sejahtera...

Hangpa baca berita ni, dari Utusan Meloya...memang benar dan tepat... tapi .......

Pemberhentian Brig. Jeneral, anggota sebab tidak cekap

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini memaklumkan pemberhentian seorang pegawai berpangkat Brigadier Jeneral dan beberapa anggotanya sebelum ini adalah berkaitan dengan ketidakcekapan dan pretasi kerja.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Perhubungan Awam TUDM di sini hari ini, tindakan itu diambil sebelum kejadian kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E diketahui berlaku.

"Semua tindakan yang yang diambil itu adalah langkah-langkah biasa untuk mencegah daripada berulangnya perkara tidak diingini," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, TUDM berharap agar semua pihak tidak mempunyai sebarang spekulasi dan apa-apa andaian yang bercanggah daripada fakta sebenar untuk mengelakkan kekeliruan.

TUDM buat masa ini, kata kenyataan itu, tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana ia dalam proses siasatan dan pendakwaan.

Dua enjin pesawat F-5E serta beberapa peralatan avionik berkaitan milik TUDM dipercayai hilang sejak 2007 dan dilaporkan dijual ke sebuah negara Amerika Latin melalui sebuah syarikat.

Komen....Betui memang betu berita ni tapi ayatnya tak habiss.... Brigadier Jeneral dan beberapa anggotanya sebelum ini adalah berkaitan dengan ketidakcekapan dan pretasi kerja ....sepatutnya ada tambahan...mencuri harta kerajaan......

Tiga Perkara Yang Merosakkan PAS

Salam Sejahtera...

Ada 3 perkara utama yang perlu diambil perhatian oleh pimpinan tertinggi PAS.. Kesimpulannya seperti dibawah..

Pertama, PAS tidak boleh menjadikan agenda Melayu sebagai asas perjuangannya,


Kedua, PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno. ‘Say no to Umno’.


Ketiga, PAS tidak boleh curang terhadap Pakatan Rakyat.


Nak baca ulasan secara penuh detail mengenai kesimpulan diatas silalah masuk ke bongkarsauh.

Thursday, December 24, 2009

Isu Sebat Kartika..Bila nak dilaksanakan..

Salam Sejahtera...

Kuliah magrib bulanan dari Ustaz Ramli Wahab dari Gopeng, memang aku tak lepas, banyak ilmu pengajaran yang aku dapat dari beliau...

Cuma aku nak quote sikit apa yang beliau sampai... soalannya kepada pendengar kuliahnya.. apa yang kerajaan BN laksanakan kerja-kerja Islam di malaysia ini...

Sampai nak jalankan hukum sebat kepada Kartika pun tak dapat dilaksanakan lagi, sedangkan Kartika dah rela untuk disebat, menurut beliau ada beberapa orang ternama sewaktu Kartika ditahan semasa minum arak.. mungkin orang ternama tu takut terlibat sama agaknya... itu yang hukuman sebat belum dilaksanakan.

Bila Ustaz menyoal apa yang kerajaan BN lakukan terhadapa arahan Allah, aku ingat nak jawab.. tapi kedudukan aku januh sangat ke belakang... jawapan aku hanya ada satu suruhan atau arahan dari Allah yang kerajaan UMNO laksanakan di Malaysia... iaitu Kutipan Zakat... hangpa boleh tengok, dalam TV ada dok siar iklan, kat billboard besar pun ada, semua suruh umat Islam bayar Zakat... pasai apa ya...sembahyang, puasa depa tak suruh macam tu pun..tolong bagi tau kat aku !!!

UMNO Derhaka Kat Sultan Perak.

Salam Sejahtera..

Mantan Pesuruhjaya PAS Perak yang juga bekas Naib Presiden PAS ustaz Ahmad Awang menulis dalam blognya UMNO derhaka kat Sultan Perak.. Banyak fakta dan hujah dari kacamata Ustas.. hangpa boleh baca di usahmadawang.

Memang apa yang diperkatakan oleh Al Fadhil Ustaz itu jelas dan terbukti bagi aku UMNO itu sama saja perbuatan mereka dengan sekelompok manusia dibenua Asia Barat yang sekarang ini sedang menzalimi saudara-saudara kita di Palestine.

Apa yang kita nak hiraukan dengan saudara kita yang fikrahnya hanya untuk perjuangan melayu.. kalau dah hukum Allah yang sedia termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah pun mereka langgar, inikan pula arahan Sultan...

Kalau betullah UMNO tu sebuah parti yang betul-betul parti pembela melayu dan Islam, masakan Tuan Guru Nik Aziz boleh mengeluarkan ungkapan yang cukup manis bermadu...
Pergi JahanamlahUMNO.....!!.

Anak Jantankah Mahathir..

Salam Sejahtera...

Semalam Dr Mahathir mengatakan ia berhak menyaman Lim Kit Siang, Penulis buku Barry Wain dan Malaysiakini...

Dr Mahathir ingat Lim Kit Siang pengecut sama seperti dirinya, berani dengan adanua kuasa sebelum ini... cakap dah terlepas kata nak saman...

Ancaman dan ugutan Mahathir disambut baik oleh Lim Kit Siang...
Beranikah Mahathir..... ingat kembali bila kes Mahkamah Anwar tahun 99 yang lalu, dipanggil peguam untuk perbicaraan mahkamah pun tak berani nak pergi, banyak sangat songelnya.... itu sewaktu jadi PM...mungkin Peguam Negara Ghani Patail dan Polis Negara Musa Hasan yang ada sekarang ini masih setia sehidup semati dengan Mahathir..

Jangan risau Mahathir... tunggu selepas PRU13 nanti, kalau panjang umur... nanti boleh lihat siapa yang nak saman dan siapa pula yang kena saman...

Berita Berkaitan :

Wednesday, December 23, 2009

Sumpah..

Salam Sejahtera...

Selalunya perkataan sumpah yang sering menggunakannya ialah anak-anak kita yang peringkat umur 6 - 8 tahun, selalunya waktu mereka bermain-main sesama mereka, bila ada kekeliruan yang tak puas hati maka bersumpah lah mereka...kononnya nak menegakkan yang bersumpah itu tak bersalah...

Budaya sumpah ini nampaknya telah diambik pakai demi kepentingan survival politik pemimpin UMNO, sebelum itu sehari sebelum penamaan calon PRK Permatang Pauh penghujung Ogos 2008, Saifol Bukhari yang dikaitkan dengan isu liwat telah dengan rela hati bersumpah didepan Imam/Jurunikah Ramlang Porigi..

Kemudian Najib sewaktu mengetuai kepala kempen BN di PRK Permatang Pauh pula bersumpah didalam Masjid di Permatang Pauh menafikan kes ia dengan wanita Monggolia Altantunya...

Hari ini budaya sumpah berlaku lagi, dengan lafaz “Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat,” Baca selanjutnya DI SINI.

Cuma ku nak tanya pembaca blog aku ni... hangpa percaya dengan penafian sumpah mereka itu... Kenapaaa!!! Tak Percayaaa kaa.!!...

Apaa Nama .. Apaa Nama... Saman Ajaa.

Salam Sejahtera..

Mula -mula Che Det dok cabar PM 1Malaysia buku mengenai kisah pemerintahan regimnya selama 22 tahun dibenarkan dijual di pasaran...

Kemudian berita tengahari tadi aku dok dengar Berita TV, Che Det akan menyaman Lim Kit Siang dan penulis buku Barry Wain.

Kalau dah suruh benarkan jual, lepas tu nak saman... serupa tak benarlah tu, bila dah adi kes mahkamah, tentu buku tersebut ditahan atas arahan mahkamah....

Sapa lah ya peguam yang dok menasihati Che Det ni ya...

Peguam Correct..correct... VK Lingam agaknya kut...

Berita Berkaitan : malaysiakini.

Kasihanilah Kat Tok Guru Nik Abd Aziz..

Salam Sejahtera...

Nampaknya aku tak boleh nak berdiam diri.. terpaksa jugalah aku lepaskan apa yang aku rasa.. lantak pi kat hangpa nak kata apa kat aku..

Malam tadi aku sempat juga lihat PC Dr Rosli Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan di Berita TV 9, tahniah aku ucapkan kepada Dr Rosli, kerana sayangkan imej parti beliau sanggup berkorban.

Selepas itu, TV cuba siarkan pula temuramah dengan Datuk Mahfuz Naib Presiden, seperti biasalah orang yang suka bercakap, bila dihulur mikrophone bercakaplah ia dengan maksud yang sama seperti tempohari.

Bagi aku cukuplah sekali, perkara dah berlalu, kenapa diulangkan lagi... Datuk bukan lagi sebagai Pemuda, pemuda boleh bersuara sebagaimana apa yang berlaku dua hari yang lalu.. sebab nama pun pemuda... Datuk dah Naib Presiden, bukankan lebih elok dicari penyelesaian secara musyawarah seperti mana Datuk Presiden dan beberapa orang lagi pimpinan di Kota Bharu, apakah susah sangat nak dapat peluang bertemu dengan Tok Guru untuk menyelesaikan masaalah, .....

Maaf Datuk... Ini luahan perasaan hati saya...

Tuesday, December 22, 2009

Penghinaan Zahid Hamidi terhadap Anggota LLP.

Salam Sejahtera..

Kes kehilangan enjin jet pesawat F5E TUDM yang sebelum ini dilaporkan sebiji, kemudian jadi dua biji, kemudian sebentar tadi Si Menteri Pertahanan dalam beritaTV 9 memaklumkan ada lagi barang-barang lain seperti alat ganti turut serta hilang.

Apa yang aku sedih ialah si Menteri lahabau menafikan yang pegawai-pegawai kanan yang terlibat, tetapi anggota LLP (Lain-Lain Pangkat) iaitu dari Sarjan ke Prebet katanya...Apakah angota-anggota Sarjan ke bawah tu kebulur nak buat kerja yang sebegitu hebat...

Kalau begitu yang dimaksudkan oleh Menteri tu, jadi apakah gunanya Senior Rank seperti Staff Sarjan dan Warrant Officer, itu LLP, dan bagaimana Pegawai-pegawai bermula dari Sub Leftenan, Leftenan, Major, Lt Kolonel, Kolonel dan Brig Jen... Apa kerja mereka tak memantau anak-anak buah dari Sarjan ke bawah buat kerja...

Sayang seribu kali sayang, dalam angkatan tentera segala penghinaan atau tohmahan sebegitu rupa terhadap anggota bawahan, tiada tindakan yang boleh diambil seperti nak mogok, tunjuk perasaan tak puas hati, perkara tersebut tidak ada, sebab dalam tentera tak ada kesatuan sekerja...., mungkin sesiapa yang berani dan ada wang berlebihan boleh menyaman kenyataan menteri tersebut, baru ada akai.. sedap mulut bercakap yang tak ada insurance.

Siapa ingat seorang dari PTU Lt Jen Tan Sri Mohamad bin Ngah Said, seorang yang suka bermotor besar waktu, setahu aku beliau pun ada kes yang agak tak baik, tak perlulah nak cerita perkara lama, Begitu juga dengan seorang Panglima Tentera Laut, Tan Sri Wahab bin Nawi, juga ada kes penyalah gunaan kuasa sewaktu melakukan majlis perkahwinan anaknya....

Apakah mereka itu semua baik-baik belaka.... phooorah... Kenapa bila sesuatu perkara yang tidak enak didengar kaum anggota bawahan yang dijadikan kambing hitam...ingat.. anggota bawahan pun ada marwah dan harga diri... mereka juga manusia.. cuma mereka dikurniakan Allah pangkat bawahan, tak ada anggota bawahan.. tak berfungsi apa itu Panlima-panglima....

RM870,000.00 Duit Rakyat Lesap

Salam Sejahtera..

Hakim Datuk Wan Adnan @ Addinan Muhamad dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Polis dan Kerajaan Malaysia membayar RM30,000 setiap seorang, seramai 29 peserta sidang Timor Leste. Berita sepenuhnya malaysianinsider.

Seringkali kita dengar akibat dari kegopohan polis menahan seseorang, bila di bawa ke s ke mahkamah selalunya pihak pendakwa akan memenangi kes saman tersebut.

Sayang sekali wang hak rakyat dihabiskan dengan membayar saman mahkamah... memanglah pihak polis boleh membuat sumbangan kepada kerajaan dengan menggunakan kuasa mereka untu menahan seperti perangkap laju dan berbagai kesalahan jalan raya, ini pun kalau difikirkan membebankan rakyat, kenapa rakyat bawahan sahaja dikenakan tindakan undang-undang jalan raya... sedangkan raja, pembesar, menteri, kenderaan mereka diringi polis, menggunakan jalan raya seolah-olah jalanraya tersebut mak bapa mereka yang punya, pengguna biasa habis dihalau ketepian jalan untuk memberi kenderaan khas pergi dahulu.

Apakah pemimpin sahaja yang perlu cepat, rakyat biasa tak perlu cepat.... dimanakan slogan rakyat diutamakan.... phoorahhh.

Ku Sangka Satu, Rupanya Dua..

Salam Sejahtera..

Jamil,... Jamil... Ku sangka dua rupanya tigaaaa.... ish..ish..., itu malam tadi punya cerita kat TV2, Madu 3..., tetapi ni ha... bab enjin pesawat ni... mula-mula itu hari kata satu aja... ni dah 2 pulak hilang..

Kut mana cerita ni..., sebelum tu dok cerita dalam akhbar seorang daripada pegawai tertinggi TUDM berpangkat Brigadier Jenderal telah dinasihatkan bersara, tetapi hari ni ada menteri menafikan pulak.. apa cerita semua....

Semasa selesai LIMA Langkawi, menteri pertahanan dok merapu kata pesawat MIG buatan Soviet Russia kalau dapat dijual kepada negara luar Malaysia dapat menjimatkan wang negara beratus juta ringgit, aku tak ingat figure sebenar berapa...

Tup-tup enjin F 5-E yang kena jual, hebat Tentera Malaysia, cuma hairan sikit, kenapa enjin pesawat hilang polis boleh siasat, tetapi bagaimana penggunaan bahan peletup C4 milik angkatan tentera dalam kes pembunuhan model wanita Monggolia tidak pula disiasat....sedangkan ini melibatkan nyawa manusia, melibatkan negara luar, cukupkah setakat menahan 2 orang anggota polis disabitkan kesalahan yang hanya mereka melaksanakan tugas yang diarahkan!!!!.

Berita berkaitan: mstar.


Ah Long Halal..

Salam Sejahtera...

Apakah ini salah satu nak mengelirukan pembaca dari ....

Sekali pandang seolah-olah ada kaitan tajuk di atas dan cerita selanjutnya dengan peristiwa bergambar di sebelah..

Cerita lanjut mengenainya DISINI.

Bukan maksud aku halal dari segi hukum syarakya... hanya halal dari segi undang-undang regim 1Malaysia..


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari