Sepatutnya kalau secara anak jantan hujah lawannya hujah, TGNA sendiri bersedia nak berhujah dangan alim ulama UMNO yang sibuk siang malam pagi petang hidupnya menjilat UMNO..
Tetapi nampaknya memang UMNO ni jenis pengecut umpapan teok yang dah kena kepit tak sanggup nak bertemu muka, maka digunakanlah profesor kangkung pula untuk melepaskan salakan mereka...maka pakat-pakatlah menyalak hingga terjelir lidah...
Tak cukup dengan itu pagi ini mereka adakan demontrasi pulak, kalau baca dalam UM Online DI SINI melaporkan ada 1000 orang yang berdemontrasi, tetapi bila aku terbaca di Mkini DI SINI pula menyatakan beratus-ratus sahaja, tak tau yang mana satu betul.
Kenapakah TGNA perlu letak jawatan!!!, apakah kesalahannya terhadap rakyat Kelantan, menerima tajaan ke Mekah, beliau dah tolak!, Kes PMBK, beliau dah arahkan Menantunya letak jawatan, OK mengenai PMBK aku nak ulang balik, TGNA hanya bersetuju apabila ada seorang EXCO yang mencadangkan menantunya jadi CEO, tak payahlah aku sebut nama EXCO tu, kang Tulang Besi dengan Panglima Kuntau marah lagi kat aku, cukuplah dengan tuduhan TB mengatakan aku bersama Aduka Taruna diberi jemputan dan kemudahan transpotasi serta kediaman tempat tinggal di Kelantan disamping janji-janji kononnya. Baca DI SINI .
Demi Allah tahun 2009 ini yang hampir ke penghujungnya kedua tapak kaki berserta 10 anak jari aku belum lagi menjejaki bumi Kelantan. Mereka juga menuduh aku mandapat maklumat dari PinkTurle, betul aku mengaku yang aku mendapat dari Pink Turtle, tetapi maklumat mutakhir yang aku dapat bukan dari Pinkturtle, ini dari hamba Allah yang berlainan, beliau bukan blogger, bukan orang politik dan bukan orang korporat, beliau adalah orang profesional dan terlibat dengan ekonomi negeri kelantan, malah beliau tidak mengenali Pinkturtle dan begitu juga sebaliknya.
Dan satu maklumat mutakhir yang aku dapat isu PMBK ini dilakukan adalah untuk menutup isu royalti minyak, malangnya TGNA dapat bertundak dengan lebih baik, UMNO dan alhi PAS yang ketagih UMNO jadi terkedu, di buatnya pulak isu doa mohon bala!!!, Ooo bila dah kena doa macam tu baru nak ingat persaudaraan Islam, kalau dah bersaudara mana hak rakyat Kelantan..
Demontrasi yang berlaku hari ini adalah kesilapan dari pimpinan PAS Kelantan sendiri, kenapa ada yang tak mau dicalonkan jadi pengganti MB, tapi sokong Timbalan MB jadi Pengganti, dan ada juga yang sorang lagi mengatakan setuju apa yang EXCO cadangkan Timbalan MB jadi pengganti. Manakala Anak lelaki TGNA pulak mengatakan jangan halang ayah saya bersara!! Bila ayahnya sebut nak bersara......Kenapa ucapan sedemikian yang keluar!!!!!!!!!
Alangkah lebih baiknya suara-suara di atas tadi berbunyi, " KAMI SEMUA ANGGOTA PAS KELANTAN MASIH MEMERLUKAN TGNA MENJADI MB KELANTAN SEHINGGA AKHIR HAYAT!. Susah sangatka!!..
he,he..setelah lebih 20tahun baru pemimpin kelantan nampak yang negeri mereka penuh dengan permata!
ReplyDelete