boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, December 3, 2009

Kuntau!! Ada cerita Kickdefella lagi..

Khas Untuk pengkomen @ Kuntau... dan yang seangkatan dan sewaktu dengannya...

Cerita di aku Cilok dari SINI

Thursday, December 3, 2009

Kickdefella Tidak Siarkan Komen Saya



Seperti yang saya jangkakan, blogger Kickdefella tidak akan melepaskan komen saya daripada disiarkan di dalam blognya berkenaan posting terbaru yang bertajuk "Sandiwara Di Kelantan". Saya menulis komen tersebut pada jam 11 pagi tadi. Berikut adalah komen saya yang tidak disiarkan di dalam blognya :


sudahla tu syed azidi a.k.a kickdefella. dulu serang ariffahmi, sekarang serang tok guru pula. kalau betul ariffahmi itu orang yg salah, apa pasal dari dulu lagi you tak bersuara? lepas dibuang dan ditendang barulah bising-bising macam perempuan gila meroyan. nampaknya khabar-khabar yang saya tahu sebelum ini berkenaan you tak buat kerja dan asyik makan gaji buta itu semakin benar. kebenaran semakin jelas. sepatutnya kalau you benar-benar teraniaya, dari dulu lagi you patut berkokok berkenaan si menantu tu.


Selepas puas menyerang menantu Tok Guru, kini Kickdefella menghalakan sasarannya kepada Tok Guru pula. Dia tidak puas hati jika mangsa yang menjadi sasarannya tidak dijatuhkan dan selagi kemahuan dia tidak dipenuhi. Kalaulah betul si Ariffahmi itu seorang yang korup, sepatutnya dari dulu lagi Kickdefella ini bersuara. Saya juga berasa sangsi mengenai komen-komen yang terdapat di dalam blog beliau. Komen-komen yang menghina dan mencerca Tok Guru Nik Aziz dilepaskan, dan
hampir kesemua komen itu merupakan komen yang menghentam tok guru.


Dan jika dilihat pada waktu yang terdapat pada setiap komen, jaraknya terlalu dekat. Beda sesuatu komen dengan komen selepasnya hanya beberapa minit. Mungkinkah benar seperti yang di dakwa oleh beberapa blogger bahawa yang membuat komen-komen itu adalah Kickdefella sendiri, dengan menggunakan nama samaran yang lain. Sanggup dia menghina tok guru, semata-mata kehendak dan kemahuan diri tidak tertunai. Dia jugalah dahulu yang memuji-muji tok guru, dan mengungkitkan cerita dia di zaman kecil, dimana dia duduk di atas riba tok guru Nik Aziz, dan tok guru menanyakan mengenai jarinya yang tercedera terkena kipas.


Kini semua perasaan hormat itu lenyap akibat daripada kesilapan dia sendiri. Adakah benar seperti yang didakwa bahawa Kickdefella berbulan-bulan tidak masuk pejabat dan hanya menerima gaji buta, dan setiap laporan diserahkan hanya kepada Husam Musa, orang yang dikaguminya.

reformisjalanan.

5 comments:

  1. MM,

    Dah hang tujukan kat aku, ni aku terpaksa lah nak kena jawab.

    Aku tak tau lah Syed Azidi tu in person, so aku nak jawab bagi pihak dia pun tak boleh la. Aku cuma boleh bagi pendapat secara umum saja lah.

    Aku dok tengok Sheih tu artikel dia dlm Kickdefella tu agak regular juga, dan ada isi, bukan setakat ulasan gitu-gitu saja macam hang atau Saynotomunafiqeen. Pendek kata bahan dia tu memerlukan groundworks macam contoh artikel berkenaan isu royalti minyak.

    Itu yg aku nampak dan aku baca. Yg aku tak nampak, macam kerja-kerja PR yg dia buat utk Husam tu dan mungkin kerja lain yg dia buat, siapa yg nak bayar? Kos dia bergerak sana sini, siapa yg tanggung? Kalau mamat tu nak kata Sheih makan gaji buta, tu tak patut sangat la.

    Pasal Ariffahmi tu, berita dia bagitau nak beri surat letak jawatan pada 24hb ni cuma keluar selepas Sheih keluarkan artikel dia pagi tadi. Habis tu, apa andaian yg boleh aku nak buat? Pada aku lah, memang la si Ariffahmi tu bongok. Tak reti nak menjaga airmuka TG Nik Aziz. Atau mungkin juga dia dok nak tunggu orang lupa?

    Sekarang ni disebabkan sikap bodoh Ariffahmi ni, membuka peluang orang nak mengutuk TG Nik Aziz. Hang nak salahkan Sheih ke atau Ariffahmi?

    Blogger macam reformisjalanan ni aku pun malas nak baca tulisan dia. Ulasan ikut sedap mulut saja, isi dia macam orang tak berfikir. Blog hang ni MM at least aku layan juga sebab hang tak banyak cakap. Tapi kalau hang tulis dgn hujah kritis yg boleh diterima, bagus juga.

    Hang jangan marah aku komen-komen ni. Kalau aku tak tegur, kalau pembaca lain tak tegur, hang tak akan tau macamana orang faham apa yg hang tulis.

    - kuntau

    ReplyDelete
  2. sama jugak aku.... byk komen aku si mat sheih tak siar kecuali komen aku yang neutral dan kearah sokong dia.

    ada aku sokong dia, ada aku bangkang...skang aku lansung takleh nak post komen dlm blog dia, hatta yg puji muji dia.

    setakat aku baca...siu royalti tu le dia buat keje sikit... kerja dia p amik/mintak laporan dari company2 yg buat keje carigali minyak kat kelantan tu.. lain2 idea seperti nak p skali lagi ekspidisi kali ke-2 n lain2 mmg idea bangang la..

    lately 2-3 dia tulis pun mcm le dia bijak sgt...baris pertama dia tulis pun dah tau apa cerita... dia takyah berkias-kias le. hanya budak2 melayu yg IQ rendah je sokong mat sheih ni, sebab tu si ariffahmi pada suatu ketika dahulu jadi kawan baik dia. sama-sama level. tahap ilusi dan imiginasi mmg tinggi. itu aje le...

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan MM, sekarang dah terang lagi bersuluh siapa Kickdefella tu. Udah=udahlah kita mempromosi tulisan sampah beliau tu.Memang kerja orang munafik nak meruntuhkan Islam. jadi janganlah pulak kita dok pi bantu dia,,..

    kalajengking09

    ReplyDelete
  4. BETUL JUGAK....

    AKU PON KOMEN KAT DIA.....

    TAPI DIA TAK SIARKAN PON....

    TAKKAN HENTAM SIKIT PON TAK BOLEH NAK SIAR KAN.....

    APA BARANG.....!!!!!!


    dari yang aku tengok sekarang ni.....

    dari 100 komen.... kesemua hentam tok guru....

    takkan takde yang yang membangkang.....

    PELIK JUGAK.....

    DA MACAM BLOG MADEY KUTTY JE.....


    GUA TETAP SOKONG ADUKA TARUNA......

    kah...kah...kah....

    ReplyDelete
  5. Pasal apa hit bolg tuan ni sangat rendah. Macamana nak compare dengan KF.
    Takkan le TGHH dan Dr Haron Din buduh sangat dengar KF sampai nasihat AF letak jawatan. Hang ni biar betul sikit. Tanya gak sikit banyak mana AF claim kat PMBK tu.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari