Hujung tahun, cuti semester akhir sekolah, dah jadi satu adat yang wajib kepada umat Melayu di Malaysia mengadakan bermacam-macam kenduri, yang utama sekali kenduri kahwin, kenduri doa selamat nak sunat anak lelaki bagi jadi dewasa dan berbagai lagi.
Besok Sabtu 5 Dec 2009, aku ada dapat dua jemputan kahwin dan satu jemputan santai bersama blogger Kawasan Lumut. Kenduri kahwin nampaknya bolehlah pergi.. balik kerja tengahari esok boleh pi terus, kena pegi tak boleh elak, satu kenduri belakang rumah aku betui, satu lagi kawan tempat kerja yang cukup baik, kedua-dua kena pi meraikannya.
Jemputan Santai bersama blogger ikut pada jadual jemputan jam 5.ptg esok, nampaknya dukacita dimaklumkan aku tak dapat hadir, sebab aku dah bercadang lepas makan kenduri tu, aku nak ziarah anak aku, yang masih berada di Sekolah kerana mengambil periksa SPM...,
Manakala hari Ahad pula 6 Dec 2009 aku dapat penghormatan tertinggi yang aku rasa, kerana dijemput menghadiri WACANA GEMPUR di Hotel Vistana Kuala Lumpur... fui Yo menjadi sejarah seumur hidup. Terima kasih kepada adik aku Blogger Perindu Syahid yang memaklumkan kepada aku, kalau tidak memang aku tak tahu pun. Baca DI SINI
Terima kasih kepada penganjur, kerana sudi menjemput aku seorang blogger Hampeih... aku seorang blogger yang telah dibeli kononnya bersama Aduka Taruna ketika aku di Kota Bharu. Apakah jemputan ini aku akan dibeli lagi lepas ini.. Huhh hebat sungguh aku, baru aku sedar sekarang ni, bila aku jadi blogger, diri aku boleh dibeli.. bukan Orang UMNO.... Orang PAS juga yang beli aku... hangpa tak ada yang teringin ka nak kena beli.....
Walau apa pun, ini pun dukacita juga dimaklumkan, kerana aku sememang tak dapat dapat hadir, kalau boleh aku ingin nak bersua muka dengan kekawan yang mengatakan aku ni dah kena beli, sebelum bertemu kat mahkamah Allah di mahsyar nanti....
Aku terpaksa balik ke kampong aku di Taiping pada pagi Ahad, kerana nak selesaikan masaalah anak angkat arwah kakak aku yang meninggal dunia pada hari Rabu 25 Nov yang lalu, sejak dari tarikh tersebut, banyak lagi perkara-perkara yang belum dapat diselesaikan...kerana aku rasa masa yang Allah kurniakan itu aku rasa terlalu singkat, dan update blogpun, aku main ambik ala kadar sahaja....
Akhir sekali buat blogger Lumut Selamat bertemu dan bersantai, begitu juga blogger penggempur kezaliman, selamat berwacana... apa itu wacana... aku sendiri pun tak tau... yang aku dok dengak sebelum ini KPP yang dok sebut Wacana Ilmu bersama pemuda UMNO yang gagal dilaksanakan... Selamat berwacana... jangan ada yang kena beli dah.....aku tetap macam mana seprti dulu juga, tidak ada nilai harga nak membeli diri aku ni....aku bukan barang dagangan.....
Allahu Akbar !!
ReplyDeleteMakan dalam tu kepada yang faham.
Yang "menuduh" dan yang "cuba membeli", sama jer.
Ana setuju. Harga diri kita bukan terletak pada hotel mana kita menginap dan di mana kita dibelanja makan.
Harga diri kita adalah iman dan iman itu bukanlah barang dagangan.