boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, April 30, 2011

Video Sex Anuar - PAS dipelawa keluar PR bersama UMNO..

Salam Sejahtera,

UMNO lahir dari istana, sebab itu UMNO parti keramat,, Nasib baik TV yang siar berita ni TV Hotel Jelai...

Aku baru saja sampai Sg Koyan 2, setelah 4 jam lebih dalam kereta, merentasi dari Tapah ke Ringlet, terus ke Pos Betau dan sampai ke Koyan, besok rumah Pak sedara aku kenduri kahwin anaknya yang bongsu, disebabkan rumahnya dah penuh dengan kaum suku sakat suku dari Kedah, bisan-bisannya, jadi aku mengambil keputusan menginap di Hotel Jelai, hotel yang cukup murah...

Disinilah aku sempat menatap Najib berucap di Manir Terengganu,,, dengan muka tak malu, dok memujuk PAS kalau nak buat kerja Islam, keluar PR, bersatu dengan UMNO, dengan DAP tak boleh.. pulak dah...
Setelah lamarannya DAP tolak dengan muka tak malu,, ajak-ajak ayam PAS pula.... memang jenis tak tau malu..

TERKINI

Najib minta Pas keluar pakatan pembangkang

30/04/2011 3:40pm

KUALA TERENGGANU 30 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Pas keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang),” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"UMNO lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)”. Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?,” kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk “T” atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN,” katanya. - Bernama.

Video Sex Anwar Ibrahim - Jom Tengok.. memang jelas wajah Anwar !!!!

Salam Sejahtera,

Hebat melayu Malaysia, Salam Takziah buat semua....
,

Cakap dan nasihatalim ulama dan tak berguna, sebabnya RM yang berkuasa, siapa RM... Ringgit Malaysia atau Rosmah Mansur... Dua-dua pun boleh kira....

Hebatnya melayu mengalahkan Cina dan India yang bukan Islam agamanya, apa nak dikata, sejak zaman Hang Tuah kerajaan Melaka sehingga zaman 1Malaysia tak ada beza...

Apa yang boleh aku kata kan... Yang Allah, makbulkan segala permintaan sumpah laknat hambamu itu, tunjukkanlah mana yang benar, mana yang salah, moga-moga menjadi pengajaran buat umat manusia... manusia melayu yang tak mau dengar kata...

Nak tengok wajah Anwar dalam video tu... dahlah... pakat-pakat pi tengok Quran........ baca, dan fahamilah terjemahannya...

Esok kita buka lain cerita pula....

Friday, April 29, 2011

Maharaja Britain tak ikhtiraf First Lady Malaysia...

Salam Sejahtera,

Kita lihat siapa yang kena.... Sebelum ini bila kes FLOM ditanya di dewan Parlimen, maka Nazri Aziz berbuih mulut mempertahankan Bik Mama sebagai FLOM....

Namun apa yang terjadi sekarang.... Siapa yang kena jemput...mana pi FLOM...


Oppppsss ....................................................................................



Prime Minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor (second from left) singing the Kolej Tunku Kurshiah song along with other participants at the launch of the 'Datin Seri Rosmah Mansor Lecture Series' at Putrajaya today. Also present was the president of the Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu Kolej Tunku Kurshiah, Puan Sri Fauzah Mohd Darus (left). -- Bernama Photo
Apr 29, 2011 4:44 pm

OOO ada FLOM,, sibuk rupanya,, tengah nak album agaknya... lagu apa tu... Selimut Putih ka....

Blogger ISA dengan Aduka Taruna boleh jadi agen album ni nanti.... ngeee...

Berita ini patut disiasat balik...

Salam Sejahtera...

Cuba baca cerita dibawah..

Bahasa

Video seks: Majlis kecoh, angkat sumpah laknat ‘Datuk T’ batal

TERKINI @ 02:59:04 PM 29-04-2011
April 29, 2011

Datuk Shazryl Eskay Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 April — Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang “Datuk T” — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan “Datuk T” itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.

Ketika dihubungi, beliau berkata: “Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik.”

Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.

The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Amru al-As.

MENYUSUL LAGI


Komen aku....

Kenapalah bodoh sangat Ketua AM tu, yang dok pi kacau daun si mangkok tu nak bersumpah,, tetapi siapa Ketua AMK tu,,, jangan main taruh saja...!!!

Betulkah kumpulan yang membantah itu terdiri dari penyokong PR,,, susah beb nak percaya.dunia moden macam-macam boleh jadi...

Yang paling aku hairan mangkok hayun yang nak bersumpah tak ada kat masjid tu pun, kononnya ia sembahyang kat masjid lain... sahih dah kena kencing dah..silap-silap mangkok ni sembahyang pun tak reti....

Dan yang paling kelakar sekali bila simangkok ni sanggup nak mewakili 2 lagi mangkok,,, oii kalau macam tu,,, bini pun bolehlah suruh wakil kat orang lain untuk bagi bagi nafkah batin.... bukan aku kata ni,,, Dr Wahab yang kata........


Kenyataan yang membuatkan UMNO panas.....

Salam Sejahtera,

Cuba baca pandangan bakal calon Timbalan Presiden baru PAS, satu kenyataan yang membuatkan gerombolan UMNO dengan gerombolan PAS yang meminati tak senang duduk...

Cantik pandangan Bang Mat tu... aku setuju...tak semestinya Anuar Ibrahim sahaja yang boleh mengetuai PR, ramai lagi,, paling koman pun kalau dah tak ada sangat,, Lim Guan Eng pun boleh,, yang penting jangan dok cenderung ke UMNO....

Mat Sabu: PAS perlu kekal dalam Pakatan
Salhan K Ahmad
Apr 29, 11
2:19pm

Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau berpandangan bahawa parti Islam itu perlu kekal bersama Pakatan Rakyat walau walau apa saja nasib yang bakal menimpa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, keputusan berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan tidak harus dibuat secara bersendirian oleh mana-mana pemimpin PAS tetapi dibuat oleh parti.

Katanya, isu melibatkan tayang video lucah oleh trio Datuk T itu juga masih dalam siasatan dan beliau perbincaraan kes Liwat II juga masih berjalan.

"Saya berharap ada siasatan menyeluruh kemudian selepas itu barulah kita berbincang.

"Setakat apa yang berlaku sekarang ini, (ia) bertaraf spekulasi dan kita tidak mahu komen atas spekulasi.

"Siasatan yang berwibawa mesti datang daripada pakar dan sebagainya dan hasil siasatan itu kita akan bincang sama ada hendak terima atau tidak," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, parti itu juga tidak akan membuat pendirian rasmi kerana isu berkenaan setakat ini masih dilihat sebagai satu spekulasi.

"Kita tidak akan membuat pendirian selagi perbincangan rasmi tidak dibuat di peringkat parti dan di peringkat hukum.. kita akan tunggu di peringkat majlis syura ulama.

"Kalau (pandangan dibuat) di peringkat peribadi dia tidak secocok dengan pandangan jitu yang akan dibuat oleh majlis ulama," katanya.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam sidang media sama turut menyatakan bahawa beliau setakat ini masih sedia untuk bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan pada Jun.


.

Jom...Kita minum dulu....

Salam Sejahtera.

Apa nak kata.....
,

Gambar ni aku dapat dari Bangi Tropper

Thursday, April 28, 2011

Renungan malam jumaat...Antara mereka berdua siapa lebih popular..

Salam Sejahtera,
Peratikan gambar dibawah....


Dahi kedua-dua jendul, dua-dua pakai spec mata, dua-dua bermisai tanpa janggut, yang berbeza sorang dah beruban, sorang lagi masih hitam, umur pun masih muda lagi, bodoh pun nampaknya lebih dari cerdik......

dalam seminggu dua ni antara mereka siapa yang lebih popular menjadi bualan buah mulut manusia....

Lagi satu, agak-agaknya lah, antara mereka berdua ni siapa yang mati dulu, @#$%^&*()|}{...





Bodo-bodoh cerdik mengenakan si Bangang...

Salam Sejahtera,

Walau macam mana jahat sekali pun umat Melayu Islam, kekadang tu masih lagi takut akan hukuman Allah, walaupun sebelum cakap berdegar-degar....

Jadi nak mengelak diri dari kena laknat dari Allah, maka dipekenakan si bahlol wal bangang muallaf Siam, he he nasib ko... boleh pula main wakil-wakil... hukum kaedah mana depa pakai,,, ijtihad dari Ostad Kazim kut....

Rahim wakilkan Eskay sumpah laknat bagi semua
Jimadie Shah Othman
Apr 28, 11
3:12pm
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

NONEBagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

'Atas nama Allah, Rasulullah'

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya.

Beliau yang mengakui mengenali Anwar secara peribadi juga berkata, "atas nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita", beliau dan rakan-rakannya bertangungjawab sepenuhnya atas pendedahan itu.

VIDEO | 2.23 min

Zambri tak tahu atau tak diberi tahu...

Salam Sejahtera

Tak tahu atau tak mahu ambik tau atau pun juga tak diberi tahu..... Baru-baru ini bilang sidang, Bila di soal YB Nizar mengenai seorang Exco Kanan yang disiasat oleh SPRM selama 2 jam,, pun tahu juga, SPRM tak bagi tahu...

Isk,isk betul ka tak tahu, tak tahu sebab tak dibagi tahu,, kenapa tak dibagi tahu?...Agaknya masyarakat warga negeri Perak masih was-was lagi ku siapa MB Perak yang sebenar....




MB, Exco ‘terkejut’ MoU firma HK lombong nadir bumi di Bukit Merah

April 28, 2011

KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan meminta penjelasan daripada sayap pelaburan kerajaan negeri ekoran laporan bahawa satu perjanjian telah dibuat dengan firma dari Hong Kong untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu baru-baru ini — perkembangan yang menimbulkan kebimbangan baru selepas tragedi Bukit Merah.

Menteri Besar (gambar) menekankan bahawa perjanjian dibuat itu hanya satu memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong.

Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Lumut ini, PKNP seharusnya telah memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai.

“PKNP sewajarnya telah memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif, berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam.

“Saya akan mengarahkan (PKNP) supaya memberi penjelasan kepada saya terlebih dahulu esok,” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat semalam.

Sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak dilaporkan telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu - perkembangan terbaru di sebalik kontroversi loji pemprosesan Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.

Pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham Hong Kong menunjukkan CVM Minerals Limited telah mengumumkan yang ia telah menyertai MoU dengan PKNP untuk menjalankan projek itu di Bukit Merah dekat Ipoh.

Syarikat Hong Kong itu, menerusi subsidiari CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon kepada pejabat tanah dan galian negeri satu lesen untuk menerokai kawasan seluas 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan RM300 juta.

Semasa dihubungi, Exco Kerajaan Negeri bagi perindustrian dan pelaburan Datuk Hamidah Osman juga berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai projek itu.

Zambry yang juga Pengerusi PKNP menambah, sebarang projek nadir bumi di negeri itu akan tertakluk kepada standard sama, yang diperlukan oleh kerajaan persekutuan, yang dikenakan ke atas loji Lynas ekoran protes penduduk tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan sejak beberapa bulan lalu.

Kata Zambry, ekoran tumpuan ramai selepas krisis nuklear di Jepun selepas bencana berganda bulan lalu dan isu loji Bukit Merah, beliau tidak gembira kerana PKNP tidak memaklumkannya mengenai MoU dengan CVM.

Aktivis alam sekitar menimbulkan kebimbangan akan sisa radioaktif yang bakal dikeluarkan dan disimpan di kompleks loji pemprosesan Lynas di Gebeng, dengan merujuk kepada nasib yang menimpa Asian Rare Earth milik, yang dikaitkan lapan kes leukemia termasuk tujuh kematian.

Ibu pejabat CVMSB ditubuhkan pada 2007 untuk melombong dolomit dan mengeluarkan ketulan magnesium di Malaysia.

Ia beroperasi di Perak sejak Jun 2009 dan juga menerokai perlombongan bijih besi, arang batu dan mangan.

Pengerusi CVM, Goh Sin Huat merupakan bekas ketua pegawai eksekutif Ho Wah Genting Berhad.

Ho Wah Genting, yang turut mempunyai pegangan dalam CVM juga dilaporkan mahu menyertai perlombongan timah untuk memperluaskan asas perolehan.

Syarikat itu juga berkata, pemeteraian dengan sayap pelaburan Perak belum selesai lagi.

“Sehingga tarikh pengumuman, tiada perjanjian sahih diputuskan antara syarikat dan PSDC dalam mewujudkan perkongsian,” kata CVM dalam maklumannya.

PSDC mengumumkan ia juga berminat untuk membeli 135.3 juta saham CVM iaitu kira-kira 4.73 peratus daripada keseluruhan saham syarikat itu

Star Online sama-sama bersubahat...

Salam Sejahtera,

Apa lagi yang ada pada media-media pro UMNO dan BN, mereka sama-sama saling bantu-membantu untuk menjayakan projek fitnah kepada Ketua pembangkang...,

Bila kita layari Staronline, membuka sesuatu tajuk, seperti digambar bawah, cuba perhatikan tajuk PKR menipu rakyat, selepas nama penulis berita,,,,




Bila klik saja pada tajuk tu... maka keluarlah paparan seperti dibawah.....




Bagaimana sebuah akhbar yang mempunyai etika melaporkan sesuatu boleh sama-sama bersubahat dengan memberikan link blog pencacai UMNO di medianya.....,

Wednesday, April 27, 2011

Pesalah yang TAK BERSALAH.!!

Salam Sejahtera,

Inilah beruntungnya bekerjasama dengan UMNO laknatullah...
,

Perkara yang dah tentu salah,,, tapi lihat sajalah ... apa tindakan polis... noheeennnn......................,

Kereta Proton pulak - Macam mana nak beli kalau rupa ini..

Salam Sejahtera,

Sebelum ni kereta produa punya cerita... kini Proton pulak.... aduhai...

,

PUTRAJAYA – Kegembiraan seorang pegawai tadbir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memandu sebuah kereta Proton Persona 1.6 baharu, berkecai apabila ia mengalami kerosakan tidak sampai 24 jam digunakan.

Nur Wahida Nazli, 26, berkata, kereta tersebut dibelinya daripada syarikat Pelangi Inovative Sdn. Bhd. yang beroperasi di Taman Connaught, Cheras dekat sini pada tahun lalu.

Katanya, kereta berharga RM53,900 itu diserahkan kepadanya pada 22 Disember setelah membuat tempahan kira-kira dua minggu.

“Setelah membawa pulang kereta tersebut, saya baru menyedari bahawa lampu depan kereta dan lampu belakang sebelah kanan tidak menyala malah lampu isyarat enjin juga sentiasa menyala.

“Kesemua kerosakan itu saya kesan pada hari yang sama saya menerima kereta tersebut,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kereta Perodua Terbaru - Luar Tabiee...

Salam Sejahtera,

Entah macam mana terbaca, kisah gambar dibawah ni,,, ,


Cuba perati Mamat sekoq tu sebelah TPM,, orang dok sibuk angkat 1jari 1Malaysia, dia dok guna ibujari (good)... apa raaa.....

Lalu teringin nak tengok macam rupa kereta terbaru tu.... cari kat goggle... ooo macam ni....


Kereta aku tak berapa nak berkenan sangat,, tetapi penumpang kat dalam tu OK jugak...



Ni yang luar tabiee ni,, cuba tengok streringnya tu,, tak seperti kereta-kereta lain... macam empat segi sikit..... OK ker rupa tu....
.

Tahniah Pengundi Sarawak - Berbaloikah RM200.00.....

Salam Sejahtera.
Macam-macam cerita, sebelum ini selepan sahaja PRN, petrol susah di dapati, kemudian kes balak, SPRM dan Polis tak ambik kisah....

Tetapi kali ini memang berita gumbira, selepas era kemenangan BN Sarawak....
,

Sekadar RM200.00 jika nak dibandingkan dendan apa yang Taib Mahmod dapat.....
.
He he he lu fikirlah sendiri...........




Dah tua - perangai macam budak-budak tadika..

Salam Sejahtera,

Pertama sekali aku minta maaf kalau berita yang tersiar di muka depan UM ini tidak benar atau fitnah dari UM....


Namun kekadang terfikir juga tak kan betul, dah banyak kali dah UM asyik dok saman berita fitnah, banyak sangat kah duit UM dok bayar saman,, dalam suasana tahap penjualan paling merosot...

Tak tahulah pulak kalau ini semua kerja arahan UMNO yang mahukan Pakatan rakyat berpecah.....

Tetapi kalaulah benar cerita yang ditulis didalam Utusan malaysia ni,, maka memang bernasib malanglah PAS........

BERITA UTAMA

Mustafa balas ‘serangan’ Azmin

KUALA LUMPUR 26 April – Selepas tiga hari mengunci mulut meskipun ‘diserang’ secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.

“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.

Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian.”

Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia,” ujarnya.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari