boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Mustafa Ali. Show all posts
Showing posts with label Mustafa Ali. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Rasa-rasanya macam dah menang 1-0 buat Dato Husam Musa...

Nampaknya kena layan balik blog ni, terpaksalah.. bantu sesama saudara jemaah yang memerlukan, walaupun beliau tidak memintanya,, aku sekadar nak menyampaikan apa yang Dato Husam nukilkan yang aku rasa cukup BERSENI...

Aku Copy Paste balik, tanpa apa-apa edit..


Sunday, April 28, 2013

PRU 13 - Bukti umno jadi dalang video sex Mustafa Ali

Patutlah Mustafa Ali berkeras dan sanggup menghadapi saman umno dimahkamah diatas kenyataannya yang umno terlibat sebagai dalang video sex..


Saturday, December 24, 2011

Giliran Hasan Ali pulak membelasah Mustaffa Ali... Ambik ko..

Aku rasa baru lagi aku tulis mengenai Hasan Ali dengan saudaranya Mustaffa Ali, klik cukuplah-dato-mustaffa-alibiarlah-dr.


Sekarang nampaknya perkara ni semakin mencabar kepada parti PAS sendiri jika tiada apa-apa tindakan sewajarnya... klik MustafaAli minta adakan pertemuan dengan pemimpin UMNO

Kami dah muak dah dengan perangai 2-3 orang ni sebagai mahkluq perosak parti,,, di harap pimpinan di atas sana segeralah membuat sesuatu keputusan yang dapat menjaga nama baik imej parti.

kalau aku yang membuat keputusan,,, Hassan Ali, Mustafa Ali dan Nasharudin Mat Isa, ketiga-tiga orang ni aku singkirkan dari parti.. ada yang setuju.........




Thursday, December 22, 2011

Cukuplah Dato Mustaffa Ali...Biarlah Dr Hassan terjun dengan motivasinya..

Rasa-rasanya semua ahli dan penyokong PAS dah tahu sikap sebenar siapa Dr Hassan Ali yang terkenal dengan skim MLMnya sebelum ini,,, Kemudian kecoh pula dengan bermacam-macam cerita, sampai berbuih blogger Tulangbesi (Malaysiawave) membuat laporan....


Kami tahu Dato sebagai SUA PAS, layak memberikan penerangan walaupun PAS ada Ketua Penerangan, sebab Dato ialah Otai dalam PAS....

Tetapi demi survival PAS untuk PRU13 ni, sudah-sudahlah Datuk,, biarlah Hasan Ali tu nak pi kemana pun,, biarkan dia,, tak payahlah nak dok pi buka cerita dia macam-macam,,,

Nanti kang kalau dia pulak dok buka cerita Dato bersama-samanya dulu kan susah,,,, PAS nak lawan dengan UMNO dan BN,,, bukan nak lawan dengan Hassan Ali.... Klik SINI/


Monday, May 30, 2011

Kesian Ketua Pemuda PAS .....

Salam Sejahtera,

Semalam bukan main hebat dapat liputan sepenuh muka akhbar MM, hari ini lain pulak cerita, sesama geng perpaduang bantai dia balik, apakah ini betul-betul bukan lakonan atau sebaliknya...

Apa pun bila dah dok minat dengan UMNO, sedikikit sebanyak perangai yang dok ada dalam UMNO dah berjangkit nampaknya...
.

POLITIK

Pengacau: Mustafa sanggah kenyataan Nasruddin

KUALA LUMPUR 29 Mei - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyanggah kenyataan Ketua Dewan Pemudanya, Nasruddin Hassan yang mendakwa terdapat 'pengacau' yang mahu menganggu proses pemilihan parti itu minggu depan.

Menurut Mustafa, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan itu kerana proses pemilihan serta muktamar parti yang bermula sejak beberapa minggu lalu kini berjalan lancar seperti dirancang.

"Semuanya berjalan seperti biasa kerana saya tidak nampak wujud golongan pengacau seperti didakwa berdasarkan tiada sebarang laporan yang diterima pihak saya sehingga kini.

"Malah, kempen pemimpin yang bertanding berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kerana semua pihak menghormati di antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Nasruddin tentang wujudnya golongan 'pengacau' dalam pemilihan Pas kali ini yang berhasrat merosakkan parti berkenaan.

Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, kata Nasruddin, gelaran 'puak Erdogan' serta 'golongan ulama' sebenarnya diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan mencetuskan polemik dalam parti.

Mustafa menambah, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh terdapat golongan pengacau dalam Pas pada musim pemilihan kali ini selagi ia tidak dilaporkan dengan disertakan bukti kukuh.

"Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatankuasa pemilihan Pas dan pejabat saya tidak ada menerima sebarang aduan mengenai 'pengacau' dimaksudkan," ujarnya.


Wednesday, April 27, 2011

Dah tua - perangai macam budak-budak tadika..

Salam Sejahtera,

Pertama sekali aku minta maaf kalau berita yang tersiar di muka depan UM ini tidak benar atau fitnah dari UM....


Namun kekadang terfikir juga tak kan betul, dah banyak kali dah UM asyik dok saman berita fitnah, banyak sangat kah duit UM dok bayar saman,, dalam suasana tahap penjualan paling merosot...

Tak tahulah pulak kalau ini semua kerja arahan UMNO yang mahukan Pakatan rakyat berpecah.....

Tetapi kalaulah benar cerita yang ditulis didalam Utusan malaysia ni,, maka memang bernasib malanglah PAS........

BERITA UTAMA

Mustafa balas ‘serangan’ Azmin

KUALA LUMPUR 26 April – Selepas tiga hari mengunci mulut meskipun ‘diserang’ secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.

“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.

Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian.”

Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia,” ujarnya.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari