boikot
Segarkan ingatan anda...
Monday, January 4, 2016
Ni apa cerita ? Yang mana satu ni ?..
Banyak perkara kalau nak aku komen, cuma sekarang aku duk cari isu sendiri-sendiri pula.. ha ha ha ..
Thursday, December 31, 2015
Siapa lebih Istiqamah antara parti Pas dengan !.......
Monday, October 21, 2013
Siapakah yang arah ulama Fathul Bari bertemu Anwar Ibrahim..
Wednesday, September 18, 2013
Terkini - Ini dia jawapan buat TPM dan umno sekeliannya...
Sunday, June 16, 2013
Anwar Ibrahim bertemu Najib di Indonesia ! Ini kisahnya ...
Tuesday, May 14, 2013
Alhamdulillah - Pas akan kekal selamat dari gangguan parasit dan syaitan yang dikenali..
Terima Kasih Tok Guru...
Saturday, May 11, 2013
Mamat ni nak kena ludah ker?
Apa tidaknya, akibat mulut capoi Najib, "Orang Cina mahu apa lagi" parti komponen terbesar kaum Cina dak merajuk, letak semua jawatan,,,
Friday, October 28, 2011
Gambar-gambar Selebrity wanita yang di tindas oleh Kerajaan PAS Kelantan



Saturday, October 22, 2011
Hari ini Laporan Berita Harian (UMNO) berkata benar...

Himpunan Sejuta Umat gagal capai sasaran
2011/10/22
SHAH ALAM: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini.Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur.Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang.


Monday, May 30, 2011
Kesian Ketua Pemuda PAS .....
Pengacau: Mustafa sanggah kenyataan Nasruddin
KUALA LUMPUR 29 Mei - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyanggah kenyataan Ketua Dewan Pemudanya, Nasruddin Hassan yang mendakwa terdapat 'pengacau' yang mahu menganggu proses pemilihan parti itu minggu depan.
Menurut Mustafa, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan itu kerana proses pemilihan serta muktamar parti yang bermula sejak beberapa minggu lalu kini berjalan lancar seperti dirancang.
"Semuanya berjalan seperti biasa kerana saya tidak nampak wujud golongan pengacau seperti didakwa berdasarkan tiada sebarang laporan yang diterima pihak saya sehingga kini.
"Malah, kempen pemimpin yang bertanding berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kerana semua pihak menghormati di antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan Nasruddin tentang wujudnya golongan 'pengacau' dalam pemilihan Pas kali ini yang berhasrat merosakkan parti berkenaan.
Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, kata Nasruddin, gelaran 'puak Erdogan' serta 'golongan ulama' sebenarnya diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan mencetuskan polemik dalam parti.
Mustafa menambah, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh terdapat golongan pengacau dalam Pas pada musim pemilihan kali ini selagi ia tidak dilaporkan dengan disertakan bukti kukuh.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatankuasa pemilihan Pas dan pejabat saya tidak ada menerima sebarang aduan mengenai 'pengacau' dimaksudkan," ujarnya.
Friday, April 29, 2011
Kenyataan yang membuatkan UMNO panas.....

Apr 29, 11
2:19pm
Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau berpandangan bahawa parti Islam itu perlu kekal bersama Pakatan Rakyat walau walau apa saja nasib yang bakal menimpa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegasnya, keputusan berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan tidak harus dibuat secara bersendirian oleh mana-mana pemimpin PAS tetapi dibuat oleh parti.
Katanya, isu melibatkan tayang video lucah oleh trio Datuk T itu juga masih dalam siasatan dan beliau perbincaraan kes Liwat II juga masih berjalan.
"Saya berharap ada siasatan menyeluruh kemudian selepas itu barulah kita berbincang.
"Setakat apa yang berlaku sekarang ini, (ia) bertaraf spekulasi dan kita tidak mahu komen atas spekulasi.
"Siasatan yang berwibawa mesti datang daripada pakar dan sebagainya dan hasil siasatan itu kita akan bincang sama ada hendak terima atau tidak," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.
Tambahnya, parti itu juga tidak akan membuat pendirian rasmi kerana isu berkenaan setakat ini masih dilihat sebagai satu spekulasi.
"Kita tidak akan membuat pendirian selagi perbincangan rasmi tidak dibuat di peringkat parti dan di peringkat hukum.. kita akan tunggu di peringkat majlis syura ulama.
"Kalau (pandangan dibuat) di peringkat peribadi dia tidak secocok dengan pandangan jitu yang akan dibuat oleh majlis ulama," katanya.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam sidang media sama turut menyatakan bahawa beliau setakat ini masih sedia untuk bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan pada Jun.
Sunday, February 13, 2011
Perpaduan Melayu... Penyatuan pulak...

Saturday, January 1, 2011
Selamat Tahun Baru 201i- Tidak ada Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO...
Bab isu Kerajaan Perpaduan, tak larat dah nak dok tulis, bukan apa, takut dengan apa yang nak luahkan tak menepati dengan reality sebenar, aku pulak tak dapat tau dari sumber yang sahih, jadi biarlah,, lantak pi kat hangpalah…
Walaupun dua tiga yang lepas timbul balik lagi isu ni, nak kata takbetui, mula-mula MSO timbulkan cerita ni dib log dia, kemudian YB Abdul Fatah pun tulis dalam FBnya, kemudian di ulas pula oleh batuapi heboh seketika...
Apa pun aku bersependapat dan amat bersetuju dengan penulis lama iaitu Pak Subky, aku tak tau nak ulas apa lagi, sebaiknya hangpa baca balik apa yang dia tulis,, aku dah copy & paste...
Bersatu kerana benar, berpecah kerana benar — Subky Latif
January 01, 2011
1 JAN — PAS hari ini bersatu dengan DAP dan PKR. Itulah realpolitik masa ini dan masa mendatang.
Realpolitik ini tidak pernah diperkenan Tun Dr. Mahathir sebelum wujud Pakatan Rakyat lagi dan sejak beliau masih Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Apa yang dikatakan tsunami politik Mac 2008 itu adalah gambaran realiti realpolitik itu dan tidak perkenan Dr. Mahathir itu ada asas dan sebabnya. Sebabnya ia adalah ancaman politiknya dan politik Barisan Nasional termasuk Umno.
Maka reaksi Umno ialah memperleceh penyertaan PAS dalam muafakat Pakatan Rakyat itu dengan mengatakan konon PAS diperkuda dan diperalat DAP dan PKR. Lalu mereka menggambarkan publik amat wajar Umno dan PAS bersatu belaka. Pintu penyatuan itu kononnya dibuka lapang ketika PAS dan DAP memadu muafakat politik yang real itu.
Saranan Dr. Mahathir itu masuk ke kepala setengah budayawan dan pejuang bahasa yang terpesona dengan ketuanan Melayu hingga ada yang menulis betapa PAS perlu tegak sendiri.
Pejuang bahasa dan budayawan pun memuji Umno setinggi langit hingga lupa apa Mahathir buat terbahap Bahasa Melayu dan pengajaran yang bercempera sekarang. Digambarkan juga tentang adanya profasional Melayu dan ahli bijak pandai Melayu yang menyintai kedua PAS dan Umno amat keciwa d engan PAS yang dikatakan diperkuda DAP dan tidak tertarik dengan berpadu dengan Umno.
Mungkin juga ramai orang Melayu berfikiran begitu dan termakan dengan pelemah Umno itu, tetapi rata-rata pendukung PAS yang juga tebal Melayunya apa lagilah pegangan Islamnya, menerima pakai realpolitik yang direnangi PAS sekarang.
Dengan realpolitik itu PAS merasa menjadi Menteri Besar di Perak, memerintah Kedah, bersama mentadbirkan Selangor dan tidak pernah memperoleh 20 kerusi di Parlimen melainkan setelah bekerjasama dengan DAP dalam PRU 1999 dan PRU 2008.
PAS pernah bersendirian paling tinggi MPnya 13 orang tahun 1959. Lepas itu ia turun naik bahkan pernah ada satu saja tahun 1986. Sejak menjana politik baru sudah dua kali dapat lebih dari 20 kerusi, bahkan dalam tahun 1999 ia dapat lebih banyak dari DAP.
Bahkan dalam politik baru ini geger atau gegar juga kuasa di Putrajaya, suatu yang tidak pernah terbayang sejak pengalaman pilihan raya bermula tahun 1955.
PAS pernah tegak sendiri sejak mula. Ketika pengundi Melayu melebihi 85 peratus dan Tanah Melayu penuh dengan kawasan dominan Melayu, pengundi Melayu yang dibantu oleh pengundi Cina tidak mengundi PAS. Apabila peluang itu PAS tidak dapat raih dalam tahun 1955, maka
Tiap-tiap
Tetapi apakah PAS terus begitu diperlakulan oleh Umno ibarat tikus dipermian kucing sebelum kecing mekakannya? Membiarkan Umno memerintah rakus telah menjahanamkan negara, orang Melayu dan segala saki baki milik Melayu. Lagi dibenarkan ia berkuasa, sama seperti membiarkan tikus membaiki labu dan membiarkan nasi menjadi bubur.
Bersatu itu benar. Orang-orang yng mengasaskan PAS juga mulanya bersatu dalam Umno. Tetapi sejak dari mula tidak nahi munkar iaitu tidak mencegah kemungkaran. Ia bercadang menaja judi loteri bagi menjada dananya dan ia menggalakkan pesta hiburan yang ada judi. Lalu penentang maksiat itu membentuk PAS. Ia seolah-olah membuka perpecahan. Tetapi berpecahkan dengan Umno yang pro maksiat itu adalah benar juga. Itulah namanya bersatu kerana Allah dan berpecah kerana Allah.
Sejak itu Umno tidak pernah sukakan PAS dan jauh sekali untuk bercakap demi kepentingan ummah. Semua orang PAS dalam jawatankuasa masjid dan surau dibuang oleh pengaruh kuasa Umno.
Bila Umno sayang pada PAS? Bila ia terdesak seperti 13 Mei, 1969. Ia cari PAS. Bila ia berpecah dengan penyokong Tengku Razaleigh tahun 1987 dan bila ia berpecah dengan penyokong Anwar tahun 1997.
Masa 13 Mei itu Tun Razak menghantar menteri Tan Sri Hamzah Abu Samah mengambil Dato Asri dengan helikopter. Umno mengajak PAS berpakat. Dato Asri pun bersetuju. Dalam PRU 1974 berpuluh kerusi dimenangi BN tanpa bertanding kerana PAS bersatu dengan Umno dalam BN.
Lepas Umno merasa ia sudah pulih ia tendang PAS dan rampas Kelantan dari PAS. PAS lumpuh selumpuh-lumpuhnya, mengambil masa bertahun untuk pulih hingga Dato Asri, Yang Dipertua Agung PAS terpaksa diketepikan dari parti.
Ia berbaik dengan PAS rupanya hendak menelan PAS.
Umno menggunakan polis bagi menyekat PAS bermuafakat dengan Team B Umno pimpinan Tengku Razaleigh. Apa hak polis bertanya PAS, mana lebih baik PAS bekerja dengan Teak A atau bekerjasama dengan Team B Umno? Minatnya pada PAS masa itu takut PAS dan Team B boleh mengalahkan Umno.
Demikian juga bila penyokong Anwar membentuk kumpulan
Yang Umno tiba-tiba rasa sayang pada PAS mengapa? Natijah PAS berkawan dengan Ku Li, Kelantan hilang semula dari Umno. Gara-gara PAS berbaik dengan penyokong Anwar dan DAP, PAS berkuasa di Terengganu, beroleh hampir 30 kerusi
Bersatu untuk kepentingan ummah itu adalah benar. Justeru itu Dato Asri membawa PAS berbaik dengan Umno dan Anwar Ibrahim terjun dalam Umno. Tetapi Dato Asri dan Anwar yang ada jasa pada Umno telah dikhianati oleh Umno.
Maka bagaimana PAS dapat memikirkan bersatu dengan Umno itu benar? Semua seruan supaya PAS meninggalkan DAP, bahkan berkawanlah dengan Umno adalah andaian yang tidak benar. Ia hanya melanjutkan lobi dan pelemah Umno.
Pada masa ini berpecah dengan Umno itu adalah benar. Berkawan dengan DAP belum tentu tidak benar. Cubalah mempercaya DAP dan PKR itu seperti Rasulullah SAW bertahaluf dengan Yahudi dan Nasaro di Madinah dan berdamai dengan musyrikin Mekah di Hidaibiyah.
Sunday, July 25, 2010
Khas Buat Tatapan Tan Sri Dato Dr Harussani Mufti Negeri Perak Draul Ridzuan
Thursday, July 22, 2010
Perpaduan Melayu..
Persoalan perpaduan Melayu — Khalid Samad
22 JULAI — Sekali lagi isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh Umno. Kononnya mereka sahajalah yang mengambil berat akan isu ini. Hakikatnya, PAS selama penubuhannya, telah sekian lama memperjuangkan perpaduan Melayu. Hanya bezanya ialah perpaduan yang diusahakan oleh PAS adalah berasaskan Islam sedangkan perpaduan yang diusahakan oleh Umno adalah berasaskan “Melayu”. Yang bersetuju dengan Islam sebagai dasar yang kukuh, bersatu dibawah PAS. Semua yang setuju dengan Melayu sebagai asas, bersatu di bawah Umno!
Persoalan perpaduan adalah sesuatu yang diusahakan semua pihak. Tiada yang siuman yang inginkan perbalahan dan perpecahan. Semua inginkan supaya bangsa dan masyarakatnya untuk bersatu. Yang membezakan ialah asas perpaduan yang diusahakan.
Bagi PAS dan mereka yang berjuang di atas dasar Islam, Umno adalah punca perpecahan ummat Islam kerana Umno membawa dasar selain dari Islam sebagai dasar perpaduan ummat Islam. Umno membawa sebuah dasar yang bukan dari Islam dan dalam banyak segi, bercanggah dengan Islam. Oleh itu ummat Islam terpesong dari dasar perpaduan sebenar yang diperjuangkan oleh PAS. Usaha PAS untuk menyatupadukan ummat Islam atas dasar Islam digagalkan Umno melalui berbagai cara termasuk fitnah, penyelewengan maklumat dan tidak ketinggalan juga penggunaan ISA terhadap pimpinan PAS. Ummat Islam ditakut-takutkan oleh media yang dikuasai Umno dan dikelirukan dengan sengaja supaya menolak perpaduan yang diusahakan PAS. Umno adalah punca mengapa ummat Islam tidak bersatu di atas dasar Islam!
Bagi Umno yang ingin melihat orang Melayu bersatu di bawah kepimpinan mereka di atas dasar Melayu, PAS adalah punca perpecahan. Ini adalah kerana PAS membawa satu dasar yang berbeza, iaitu Islam. Umno gagal menyatupadukan orang Melayu atas dasar Melayu kerana PAS membawa persoalan agama ke dalam arena politik, satu tindakan yang ditolak Umno. PAS memberitahu orang Melayu bahawa dasar “Melayu” yang mengharuskan rasuah, kezaliman, penyelewengan, penindasan, kronisma dan segala yang tercela “demi kepentingan Melayu”, adalah sesuatu yang menyesatkan. Oleh itu sebahagian dari orang Melayu tidak bersama Umno dan sebaliknya memilih untuk bersama PAS. Dengan itu usaha Umno untuk menyatupadukan Melayu atas dasar bangsa Melayu telah digagalkan oleh PAS.
Umno memberitahu orang Melayu bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik sekiranya tidak bersatu di bawah payung mereka dan menakutkan orang Melayu dengan ramalan-ramalan seperti orang Melayu menggemis di negara sendiri dan sebagainya. PAS memberitahu ummat Islam bahawa keadaan “lemah” mereka adalah hasil dari perjuangan “Melayu” yang diperalatkan segelintir elit Melayu untuk mengayakan diri mereka sendiri di atas nama semangat Melayu. PAS menyeru ummat Islam untuk kembali kepada Islam dan menolak dasar Melayu ini. Sekiranya tidak, maka pendekatan yang dibawa Umno selama ini akan menyebabkan ummat Islam menjadi semakin lemah dan yang paling dikhuatiri sebagai ummat Islam ialah semakin dimurkai Allah.
Umno menuduh PAS sebagai penghalang perpaduan Melayu dan PAS menuduh Umno sebagai pemusnah perpaduan Islam. Hakikatnya, kedua-dua pihak inginkan perpaduan tetapi atas di dasar yang berbeza dan oleh itu kedua-dua pihak menyebabkan cita-cita kesatuan pihak satu lagi tidak tercapai dengan sepenuhnya!
Namun, persoalannya sekarang, apakah yang merupakan intipati yang terpenting? Adakah ianya “perpaduan”, walau di atas dasar apa sekalipun, atau adakah ianya sebuah perjuangan yang berasaskan wawasan dan cita-cita mulia yang akan menghasilkan perpaduan manusia di atas dasar keadilan sejagat?
Bagi Umno yang tidak mempunyai sebarang asas yang boleh dianggap mulia atau boleh dibanggakan, perpaduan di bawah kepimpinan Umno ialah di mana mereka akan terus kekal berkuasa, itulah yang mereka inginkan. Itulah cita-cita mereka.
Bagi PAS pula yang mempunyai dasar dan asas perjuangan yang mulia dan bernilai tinggi, perjuangan Islam adalah yang perlu diutamakan dan melaluinya akan tercapai perpaduan.
Kaedah yang diusahakan oleh PAS adalah semestinya kaedah dan pendekatan yang tepat dan saya yakin segala kekecohan berhubung “perpaduan Melayu” yang dibawa oleh Umno tidak akan mampu mengelirukan rakyat. Kita semua tahu dan kenal siapa itu Umno. Mereka hanya teringat persoalan Melayu apabila mereka tersepit dan terdesak. Selama ini, semasa mereka berkuasa dalam keadaan yang selesa, PAS merupakan sasaran mereka. Tidak pula teringat akan persoalan “perpaduan Melayu”.
Maka adalah tidak wajar bagi PAS yang telah berjuang selama ini, membina asas perpaduan Islam di kalangan ummat Islam bagi menyelamatkan mereka dari asas perpaduan yang palsu di bawah Umno, untuk secara tiba-tiba menyatakan, “kita tidak berbeza. Kita sama sahaja. Marilah kita bersatu”. Adalah lebih wajar untuk Umno menyatakan “kita tersilap selama ini dan Syaitan telah menyesatkan kita sehingga rasuah, salah guna kuasa, penindasan, penyelewengan dan sekularisma diperlihatkannya sebagai penyelamat bangsa Melayu. Kita perlu bubarkan Umno dan kembali kepada perjuangan Islam bersama PAS”.
Itu sahajalah kaedah perpaduan yang bermakna.
Ada pula yang bertanya, “kalau begitu, bagaimana pula kerjasama PAS dengan PR?”
PKR dan DAP ada wawasan mereka masing-masing yang inginkan keadilan sosial. Walaupun konsep keadilan mereka berbeza dengan konsep keadilan PAS, namun dari segi praktiknya ada banyak persamaan. Perjuangan mereka turut menolak rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, penindasan dan sebagainya dan walaupun mereka berpegang kepada fahaman politik sekular, mereka tidak menafikan bahawa sekularisme itu adalah sesuatu yang bercanggah dengan fahaman Islam. Pada masa yang sama, keadilan sosial yang mereka perjuangkan meliputi keadilan untuk semua, termasuk orang Melayu dan ummat Islam. Lagipun, perlembagaan negara yang sediada terus akan diguna pakai di mana persoalan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa Melayu dan sebagainya akan terus diterima tetapi tidak disalahgunakan. Oleh itu adalah lebih mudah PAS bersama PR dari bersama Umno yang tidak mempunyai sebarang prinsip.
Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. SEKIRANYA ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan Umno dengan PAS, maka pemimpin tersebut TIDAK WALA’ kepada parti. Ini adalah kerana dasar parti jelas dan ditegaskan di dalam 3 Muktamar berturut-turut. Kukuhkan PR dan tolak perpaduan dengan Umno!
Pemimpin tersebut patut diberi surat tunjuk sebab dan sekiranya didapati benar beliau bertemu dengan tujuan tersebut, maka beliau patut diminta tinggalkan parti dan sekiranya enggan, dipecat dari parti. Tindakan beliau telah menyulitkan PAS, mengelirukan ahli-ahlinya dan menimbulkan fitnah di kalangan parti-parti rakan dalam PR. Ianya tindakan yang disambut dan disahut oleh Umno serta rakan-rakan mereka dalam BN kerana berpotensi untuk melemahkan PR.
SEKIRANYA ianya benar berlaku maka PAS perlu menyedari bahawa, malangnya, masih ada di kalangan pimpinannya mereka yang tidak boleh membezakan di antara Melayu dan Islam dan menganggap Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Ini bermakna ada pimpinan yang “tidak cukup tarbiyyahnya” dan oleh itu mereka perlu diturunkan dari kedudukan mereka sebagai pemimpin. Mereka bukanlah seperti saya, seorang ahli biasa (sehingga hujung bulan ini) tetapi mereka “pemimpin” dan oleh itu perlu dipertanggung-jawabkan atas tindakan mereka dengan lebih tegas lagi.
Kalau tidak, maka akan semakin celaru. — khalidsamad.com
Wednesday, July 21, 2010
Siapa dia ni nak arah disegerakan...
Memang mangkok hayun betui, muka tak tau malu...., dah nak mampos tu pergi aja mampos.. jangan dok nak menyusahkan orang..Thursday, July 15, 2010
Baik Ada Makna!!
Sunday, July 11, 2010
Parti Ajaran Sesat - Nak lagi Kerjasama!!
Wednesday, March 10, 2010
Bunga-bunga Agenda Kerajaan Perpaduan Mekar Kembali..
Salam Sejahtera...Thursday, February 4, 2010
Berita Harian (Bernama) Konar kenyataan TGNA..Bangang punya wartawan...
Seminar sehari yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam (Putik) di sini, turut dihadiri Editor majalah Herald-The Catholic Weekly , Lawrence Adrewe dan wakil Buddha, Loo Choo Siang. ""
Cetak