boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Ketuanan Melayu. Show all posts
Showing posts with label Ketuanan Melayu. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Tuesday, October 1, 2013

Keluhan ayahnda Pekida - Penjualan Tanah Ladang Mara (Malay Reserve) di Stiawan !

Terjumpa kisah ni,, rasanya memang ada sesuatu yang tak berapa nak betul berlaku,, jadi aku tolong sampai-sampaikan, kut-kut ada pihak berwajib rasa nak siasat kes mengikut kanun akta tanah negara, itu pun kalau pihak berwajib tu bertelor..


Monday, August 5, 2013

Santapan Rohani khas buat kaum bani melayu dan Umno sahaja.

Aku terbaca satu luahan rasa dari bekas seorang artis satu ketika masa dahulu, rasanya semua kenal,,, apa yang aku rasa dia ada kaitan dengan resolusi orang melayu umno yang depa tengah duk perjuangkan.... 


Wednesday, July 3, 2013

Sunday, March 3, 2013

Anda kenal siapa pengikut Muhyiddin Yasin dan Tok Pa..

Apa lagi yang nak diperkatakan kalau manusia sebegini yang jadi pengikut setia pemimpin umno,, nak nafi apa lagi,,,
Mereka inilah yang selalu membuat onar dan huru hara...mengikut telunjuk umno....


Monday, November 12, 2012

Belum lagi PRU 13, UMNO Beruas awal-awal dah menyerah kalah ?

Pada PRU 12 2008, UMNO Beruas nyaris-nyari kehilangan kerusi DUN Pengkalan Baru, menang pun dengan majoriti 14 undi kalau aku tak salah ingatan.. 
Apakah badi kejutan tsunami politik pru 2008 masih menghantui UMNO Beruas..


Wednesday, March 7, 2012

Cubaan nak menipu umat Melayu.....

Pakar-pakar pencacai sejarah rasanya tak terjawab isu Bukit Kepong, dah terlepas cakap Malaysia tak pernah dijajah dan sebagainya,,

Kini mereka buka isu topik baru pulak dah,, Isu yang dah lama ditutup,, dibuka kembali.... ,,,

Pakar sejarah yakin pahlawan Hang Tuah bukan mitos


Klik kat SINI

Mereka dah mula menganggap sebagai Hadis sahih yang patut rakyat Malaysia kena percaya dan diterima,,,
Apakah ini sebagai nak membantu Dr Hasan Ali yang nak perjuangkan IMR.....
,


Wednesday, November 9, 2011

Panas - Melayu Singapura biadap, menjadi penyokong Lim Guan Eng..

Sebelum ini pakat heboh dalan negara Malaysia bila Km Pulau Pinang Lim Guan Eng kata indek jenayah negeri Johor lebih teruk dari Pulau Pinang,

Benar atau tidak wallahhuaklam, tetapi bagaimana dengan keluhan seorang umat melayu Haji Sallim Haji Ahmad mengatakan yang jaminan KP Johor itu sekadar ikrar semata-mata...



Baca sepenuhnya DI SINI ,

Negeri-negeri dibawah jajahan naungan UMNO semuanya hebat-hebat belaka,,, ini semua fitnah belaka.... umat melayu Singapura memah suka sangat buat fitnah.... macam Lim Guan Eng.... wakaka....

Hanya Papagomo, Parpukari dan Taipingmali sahaja yang betul..... betul.... betul boleh pergi mampos....

He he berita ini pun ada kaitan juga ni Tujuh anggota Balai Polis Plentong ditahan kes pemerasan.



Monday, October 24, 2011

Mahathir, Melayu, MCA, Malaysia....


Amaran Dr. Mahathir tidak boleh diabaikan

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

HAIRAN juga tiada reaksi terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamed tentang Melayu akan hilang kuasa dalam 10 tahun lagi. Tiada menteri, timbalan menteri, individu atau NGO yang bersetuju atau menyangkal kenyataan bekas perdana menteri tersebut.

Apakah orang Melayu sudah menerima hakikat yang ia akan hilang kuasa dalam 10 tahun. Kebetulan pula 10 tahun lagi ialah 2020, tahun yang kita patut mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi.

Apakah ini maknanya bila kita mencapai taraf negara pendapatan tinggi, orang Melayu sudah terpinggir dan angka tersebut tercapai melalui bukan Melayu?

Apakah Dr. Mahathir menggunakan psikologi untuk melontarkan sesuatu yang boleh menyedarkan orang Melayu tentang perlunya melakukan sesuatu sebelum terlambat?

Apakah yang boleh menyedarkan orang Melayu hari ini? Bersatu antara UMNO, Pas dan PKR tidak mungkin.

Kelemahan dalam bidang ekonomi sudah jelas masih tidak boleh menyedarkan orang Melayu. Ramai yang mengatakan bukan semua orang Melayu yang papa kedana, ramai yang kaya raya. Lihat saja bila Perhimpunan Agung UMNO betapa banyak BMW, Mercedes, Alphard, Cayenne dan pelbagai jenama kereta yang mahal.

Ada juga orang Melayu yang sorok kereta Ferrari mereka dengan dibalutkan dengan canvassupaya orang tak tahu yang dia ada Ferrari. Orang Melayu yang kaya raya ini tidak peduli siapa berkuasa 10 tahun lagi kerana kedudukan mereka sudah kukuh.

Orang Melayu yang tidak terlibat dengan politik begitu juga. Kalau hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti yang kita lihat dalam program televisyenBersamamu setiap minggu, mereka pun tidak akan kisah siapa yang memerintah dan majoritinya orang Melayu dan mungkin orang Melayu akan lebih susah hidup mereka.

Ada beberapa perkara yang bakal berlaku sekiranya bukan Melayu memerintah. Kemungkinan besar yang boleh memerintah ini ialah DAP. Dan DAP telah berjanji akan mengubah beberapa perkara dalam Perlembagaan sekiranya mereka berkuasa.

Pertama mereka akan tukar agama rasmi daripada agama Islam kepada yang lain, kedua bahasa rasmi juga akan ditukarkan daripada bahasa Melayu kepada lain bahasa dan ketiga segala keistimewaan dan hak orang Melayu di bawah Perlembagaan akan dimansuhkan.

Kemungkinan parti politik bangsa Cina ini bergabung dengan MCA dan Gerakan sesuatu yang tidak mustahil. Lebih teruk lagi kalau PAP dari Singapura pula diajak bersama. Itu baru betul.

Kehilangan kuasa orang Melayu dalam negara ini bermakna negara ini akan terjual.

Dalam kita hendak berkuasa, kita beri lebih perhatian kepada bukan Melayu, kononnya menyepikan mereka menyebabkan kita kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Kini mereka dah pandai minta macam-macam dan dapat pula apa yang diminta.

Golongan orang Melayu yang diberikan perhatian ialah golongan tertentu sahaja, mereka yang sudah ada entiti mereka dan hanya perlu diperbaiki berlipat ganda lagi. Yang lain tidak akan merasai usaha lipat ganda entiti ini.

Seperkara yang perlu pihak memerintah sedar ialah terdapat 3.9 juta pemilih yang belum mendaftar untuk mengundi.

Kalau kita andaikan 60 peratus daripada jumlah ini terdiri daripada belia dan remaja dan mereka ini lebih terikut dengan dunia siber, gosip dan fitnah yang tersebar merata dalam dunia blog, mereka tidak menerima perhatian media arus perdana.

Mesej yang ingin disampaikan kepada mereka tidak sampai dan mereka bakal membuat keputusan yang mungkin akan merugikan pihak yang sedang memerintah.

Hakikatnya orang Melayu sudah lemah dalam bidang ekonomi dan yang sedikit kuasa ekonomi yang ada ini kalau hilang juga dan kuasa memerintah pula hilang, orang Melayu akan jadi ibarat Red Indian di Amerika Syarikat tinggal di penempatan tertentu sahaja.

Kita sedar juga ada usaha gigih sedang dilakukan oleh parti pembangkang untuk menarik orang Melayu dalam usaha untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap parti mereka. Mereka berpendirian inilah 1Malaysia yang sebenarnya.

Tidak ada keharmonian dalam mana-mana masyarakat yang majoritinya sesuatu bangsa jika kedudukannya lemah dalam ekonomi dan politik.

Ramai orang Melayu yang menyangka diri mereka cukup cekap dalam politik. Sebaliknya politik orang Melayulah yang memecah belahkan orang Melayu. Mungkin kalau tidak ada politik, orang Melayu hari ini tidak berpecah belah.

Walau apa pun amaran Dr. Mahathir tidak boleh diabaikan begitu saja. Pihak yang sayangkan negara ini dan tidak mahu ia jatuh ke tangan orang lain - walaupun mereka mungkin rakyat negara ini juga - perlu mengorak langkah mengatur strategi, jangan heboh-heboh, bangunkan langkah yang konkrit dan suntikan semangat kepada orang Melayu keseluruhannya

Link : Klik.

Komen : Bagi aku punca masaalah yang timbul terhadap orang-orang Melayu ialah UMNO, sebab UMNO yang memegang kuasa,,, kemuncaknya Mahathir selama 22 berkuasa sehinggalah ke hari ini…itulah realitinya

Friday, April 22, 2011

Renungan pagi Jumaat..Kemana haluan anak-anak gadis kita...

Salam Sejahtera,
Dalam dok sibuk bideo sex yang tak habis-habis secara diam-diam Yahudi dengan wakil proxinya UMNO sikit demi sedikit cuba membaya masuk budaya luar dan memberi kesan kepada anak-anak orang Melayu.....,


Mana pergi PERKASA, mana JMM, jangan dok asyik menjadi pencacai UMNO... apa akan jadi dengan masa depan anak-anak melayu kalau mereka didedahkan dengan hiburan sebegini.....

Yang mengaut keuntungan pihak lain,,, yang lingkup sampai 7 keturunan siapa,, dengar cerita Sekolah Harapan kat Melaka pun muridnya dah bertambah dari 6 orang sebelum ini dah jadi 47 pelajar...

Itukah pemimpin UMNO mahukan, sebagai aset simpanan tetap mereka!!!!

Friday, April 15, 2011

Dimana PERKASA - Arman dah tak pakai songkok tinggi..

Salam Sejahtera.

Selalu yang kita dok nampak atau kenali wajah ketua pemuda PERKASA dengan gaya songkok tingginya...

Tetapi hari ini tak lagi dah, ia dah berwajah baru,, seperti dalam gambar di bawah sana...

Apakah dah berminat dengan pelawaan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasarudin Hassan..,





Members of Pembela held a protest at the National Mosque today over the Alkitab issue and declared bloodshed against ‘extremist’ Christians who insult and ridicule Islam. — Pic by Jack Ooi

Bekas ketua pemuda kecewa Perkasa tak sertai protes Alkitab

April 15, 2011

Protes anjuran Pembela di pekarangan Masjid Negara hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 15 April — Bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah mempertikaikan tindakan pertubuhan membela hak Melayu itu yang tidak sertai bersama perhimpunan aman membantah kitab Injil versi Bahasa Malaysia di Masjid Negara hari ini.

Menurut Arman Azha, sepatutnya Perkasa menyertai perhimpunan aman anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) membantah keputusan Putrajaya melepaskan 35,100 kitab Injil itu yang menjadi polimek sejak kebelakangan ini.

Beliau yang menyertai perhimpunan aman itu berkata, sepatutnya Perkasa dan umat Islam menentang tindakan kumpulan yang mewakili masyarakat Kristian yang dilihat mencabar kedudukan dan kedaulatan agama Islam.

Tambah Arman Azha lagi, ketua Wira Perkasa yang baru Iwan Fahmi Ideris sepatutnya memainkan peranan untuk menggerakan pertubuhan itu membantah keputusan Putrajaya itu.

Arman Azha Abu Hanifah
“Saya tidak tahu... sepatutnya ia diketuai ketua Wira Perkasa yang baru dan kami menunggu di mana suara ketua Wira Perkasa.

“Mereka (Wira Perkasa) perlu mengetahui isu ini tapi sehingga sekarang masih tiada lagi.

“Tapi sebagai orang Islam, kita semua perlu bertegas dan menentang usaha-usaha yang dilakukan untuk mencabar kedudukan agama kita,” kata kepada The Malaysia Insider selepas perhimpunan aman itu selesai.

Irwan Fahmi dilantik sebagai ketua Wira Perkasa menggantikan Arman Azha yang melepaskan jawatannya minggu lalu.

Jelas Arman Azha, sepatutnya orang bukan Islam termasuk yang beragama Kristian perlu menghormati agama Islam dan jangan melakukan perkara yang boleh mencabar agara rasmi negara itu.

“Sepatutnya mereka menghormati agama Islam, kita mahu mempertahankan kedudukan Islam.

“Isu ini tidak akan wujud jika semua pihak menghormati agama Islam... kerajaan perlu tegas jangan biarkan ia berterusan,” katanya.

Ditanya mengenai kehadirannya dalam perhimpunan itu, Arman Azha berkata beliau menyertainya atas dasar prinsip dan demi kedaulatan agama Islam.

“Saya hadir atas dasar prinsip iaitu untuk mempertahankan Islam, kedudukan orang Melayu dan Bahasa Malaysia.

“Saya datang atas dasar peribadi,” jawabnya ringkas.

Hari ini Pembela mengadakan perhimpunan aman membantah pengedaran kitab Injil di Masjid Negara.

Komen aku, kalau Arman tanya di mana PERKASA, aku nak tanya dimana Pemuda UMNO, dimana JMM, menyorot balik mana hangpa semua...!!!!!

Sunday, April 10, 2011

Siapa JMM, Kenapa nak menyibuk sangat ni.....

Salam Sejahtera.

Kalau sebelum ini beruk betina JMM menyamakan TGNA sama dengan ketua pengamal ajaran sesat Ayah Pin,,

.
Tetapi hari ada lagi sekoq beruk jantan dari JMM (jaringan melayu mengigau) menyuruh TGNA Aziz letak jawatan Mursyidul AM PAS...
Siapa JMM ni,,, PAS bukan parti untuk orang Melayu sahaja,,,, PAS adalah Parti untuk semua umat Islam....

Ish-ish... apasal bangang sangat ni,,, itu pasallah agaknya sanggup jadi pencacai UMNO.

Kesian...kesian....


.

Friday, February 18, 2011

Gambar penghargaan buat Pejuang INTERLOCK

Salam Sejahtera..

Tak cukup dengan anugerah pingat tertinggi negara terhadap seorang pejuang ni, semalam mereka meraikan lagi dengan penuh kehormatan...
.
Shah Rukh Khan dihadiah baju batik: "Ia sangat cantik dan saya akan memakainya" Itulah luahan Datuk Shah Rukh Khan (kanan) sebaik menerima cenderamata sehelai kemeja batik dari Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Bandar Baru Sungai Udang, Melaka, petang semalam yang turut disaksikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob. Kemeja berwarna oren bercampur hitam, ciptaan Noor Arfah Batik itu diterima bintang terkenal Bollywood berkenaan sejurus berhenti rehat selepas menjalani penggambaran filem Don 2. - Foto NSTP
Feb 18, 2011 6:02 am



Aku nak tanya,, apakah sumbangan mangkok hayun ni terhadap ugama Islam, ia juga seorang Islam,, walaupun atas nama...

Itu pasal pemimpin UMNO pakat diam terkedu-kedu bila buku novel INTERLOCK dipertikaian oleh satu kaum,,, rupa-rupanya,, pemimpin UMNO pun meminati kaum yang sama mempertikai buku novel tu....

Pejuang ketuanan melayu konon... phooorah.. khwak phtuuiiih.... ..

Sunday, February 13, 2011

Perpaduan Melayu... Penyatuan pulak...

Salam Sejahtera.

Tanpa jemu, tanpa rasa malu-malu walaupun sekali malu kucing, masih dok ngesel nak bersatu..., kenapa sebelum PRU12 2008 dulu tidak ada pun dalam agenda UMNO...
Dalam dok nak bersayu, gelombang merah dah bermula di Kelantan,, itu rupa nak bersatu...penyatuan...
.


Thursday, February 3, 2011

Ketuanan Melayu UMNO - Ketuanan Arab Mesir

Salam Sejahtera,..
Sejarah yang lampau tak akan dapat dipadamkan dari ingatan manusia selagi manusia itu akalnya waras sehinggalah ke ajalnya.
Siapa yang tak ingat, sewaktu era Mahathir, PAS pernah di cop lebih berbahaya dari kominis,,
Tahun 1985 berbelas orang manusia melayu terbunuh ,di bunuh di Memali Baling Kedah tanpa belas kasihan, tanpa rundingan, sudah 26 tahun berlalu, kes itu masih sunyi sepi tanpa pembelaan di mahkamah yang dikatakan adil buat semua rakyat..

Sejarah juga berlaku, dimana Kerajaan PAS Terengganu (semua Melayu) yang memerintah tahun 1999 telah ditarik balik pemberian wang royalti Petronas, semuanya itu ada dalam lipatan sejarah..

Tahun 2008 selepas tsunami politik PRU12, lima buah negeri telah diambil alih dari UMNO,maka keluarlah kata-kata keramat yang dijadikan zikir amalan Melayu bangsat, "Bersatulah orang melayu", Kenapa dah hilang 5 negeri baru nak ajak melayu bersatu...

Dalam dok ajak melayu bersatu, Kerajaan PR Negeri Perak telah dirompak di sinag hari, Kerajaan Selangor sehingga sekarang tak aman-aman asyik diganggu gugat,,, itu pun nak dok ajak bersatu,, bersatu kepala tegkorak depa..

Oii, mana mungkin melayu boleh bersatu atas dasar kaum atau bangsa, mustahil, lihatlah sejarah Melayu Melaka, sejarah Melayu dinegeri-negeri bersekutu yang mana raja-raja melayu dok berebut, bergaduh nak kan tahkta, akhirnya penjajah Inggeris yang berkuasa.. Itulah perangai orang Melayu dahulu yang sekarang ini diwarisi oleh UMNO..

Yang itu dalam pandangan mata kasar di dalam negara. Cuba kita lihat apa yang berlaku di luar negara sekarang ini, Kerajaan Arab Mesir...cuba perati dan tengok apa yang berlaku .

Double klik untuk besarkan gambar...
Yang dalam gambar tu semua umta bangsa Arab, tak ada rupa Cina, Eskimo atau Jerman..., Tetapi boleh berlaku pertempuran sesama sendiri...


Bukan setakat seratu dua ratus orang, tetapi dah melangkau jutaan manusia,,



Inilah Arab sesama jenis (spesis ) Melayu UMNO, melayu bangang.., yang ini arab bangang, dalam rakyat jutaan manusia menyatakan ketidak puas hati terhadap Presiden, rupa-rupa ada lagi yang bengong tahap pencacai..


Jadi apa yang berlaku di Arab Mesir sana, arab sama arab pun tak boleh bersatu, bersatu atas ketuanan bangsa, atas perkauman assobiyah,,, memang mustahil, jadi kita di Malaysia ni, tak payahlah nak dok sibuk-sibuk jom orang melayu kita bersatu, kepala pundek laaa...

kalau orang Melayu teringin nak bersatu, marilah, tapi bukan atas dasar nama Melayu,, Noooo, Melayu boleh bersatu atas nama Islam, bukan sahaja kaum Melayu, malah komposisi kaum terbesar Cina dan India pun boleh sama-sama turut serta, itulah yang berlaku dalam Pakatan rakyat, dalam dok pakat-pakat sedikit demi sedikit kaum Cina dan India dalam Pakatan daham faham hukum Islam,,,

Tak macam MCA saudara kandung UMNO dunia akhirat, masih tak faham Islam, masih dok pertikai amalam umat Islam, dah 53 tahun mereka bersama dalam BN, namun tak faham atau sengaja buat-buat tak gfaham..

Dan UMNO harus ingat, jika kezaliman terhadap rakyat dalam negara Malaysia masih berjalan, tidak mustahil apa yang berlaku di Mesir boleh berjangkit dan merebak di Malaysia, dan apa yang aku dok nampak, jika perkara seumpama di Mesir berlaku di Malaysia, aku rasa lagi hebat, sebab Ketuanan Melayu UMNO akan bertembung dengan Pakatan Rakyat, faham-faham sahaja lah..



Tuesday, January 4, 2011

Inilah Ketuanan Melayu.....

Bunuh, Rogol, Rasuah dan Nilai Melayu


Dari manusia pertanian yang jujur dan bersopan santun kini manusia Melayu akan berkira-kira tentang untung rugi sebelum membuat apa-apa keputusan. Mereka tidak lagi menilai sesuatu dengan salah benar atau halal haram. Akhirnya, 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisations bukan hanya menganggap sosok Najib ini suci dan bersih malah Najib Razak ini telah diangkat dan dinobatkan untuk menjadi ketua mereka.


DARI JELEBU


Hishamuddin Rais



Dunia Melayu kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia Melayu. Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai Melayu yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah berlaku.

Lonjakan nilai manusia Melayu ini bukan dibawa oleh Tok Lebai atau oleh Sasterawan Negara atau Cik Gu dan Cik Gi sekolah. Nilai ini bukan datangnya dari sekolah pondok atau sekolah kebangsaan. Yang bertanggung jawab membawa nilai baru ini ialah struktur ekonomi.

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70’an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90’an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, derajat, harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation.

Naratif yang berbeza dari apa yang diajar oleh United Malays National Organisation akan di anggap salah atau akan termasuk ke dalam bab ajaran sesat. Ajaran agama Islam juga telah didifinasi oleh United Malays National Organistation. Halal haram baik dan buruk bukan lagi dirujuk melalui kitab kitab suci tetapi melalui juruheboh dan jurucakap agama yang dilantik oleh United Malays National Organistaion.

Tidak dibenarkan malah dilarang dan di haramkan apa sahaja naratif yang berlainan dari cerita yang di mulutkan oleh penyokong United Malays National Organistion. Kebenaran kini, telah dan sedang dimonopoli oleh United Malays National Organistion.

Rasuah yang pada satu ketika dahulu tidak ditemui atau berani menyerang masyarakat pertanian kini telah menjadi satu jalur budaya Melayu. Rasuah kini dilihat sebagai ciri budaya untuk menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan. Malah kaum pemodal dan orang berniaga kini telah menerima pakai budaya rasuah. Dalam perhitungan jual beli, mereka telah menyediakan belanjawan khusus untuk merasuah sesiapa yang patut dirasuah – dari budak pejabat hingga ke CEO.

Nilai Melayu Baru ini tidak berhenti di tahap rasuah sahaja. Satu contoh klasik: lebih dari satu dekad dahulu ada satu kes dimana seorang anak sekolah dibawah umur telah dihamilkan oleh seorang Ketua Menteri. Kes ini menjadi heboh. Tetapi dengan nilai Melayu Baru kes ‘rogol bawah umur’ ini tidak mendatangkan mudarat kepada si perogol.

Manusia Melayu yang menganuti nilai baru ini telah tidak menyatakan rasa mual, benci atau merasa bersalah kerana anak dibawah umur telah di rogol oleh seorang Ketua Menteri. Nilai baru yang dihayati oleh manusia Melayu ini lebih mementingkan kontrek dan tender yang akan diperolehi dari mementingkan salah benar seorang budak di bawah umur yang telah di rogol.

Ketika tulisan ini ditulis satu lagi kes rogol sedang heboh dan rancak dibincangkan dalam alam sesawang. Telah di perkatakan bahawa seorang menteri kanan dalam pentabiran Abdullah Badawi dahulu telah dikatakan terlibat merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia.

Sama ada kes ini saheh atau tidak bukan persoalannya. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana manusia Melayu Baru ini telah menjadi lali. Mereka tidak lagi teperanjat apabila membaca berita ini. Malah mereka tidak hairan yang berita ini telah tenggelam timbul selama 2 tahun.

Rasuah, rogol dan tipu ini telah menjadi satu yang lumrah. Kerana ianya sering berlaku atau dilakukan oleh mereka yng memiliki kuasa dan duduk di puncak kuasa maka orang awam kini telah mula menerima ini sebagai jalur nilai dan budaya Melayu.

Mari kita lihat satu lagi kes klasik dimana ianya telah membuktikan lonjakan perubahan nilai manusia Melayu ini. Kes yang dimaksudkan ini ialah kes pembunuhan model dari Mongolia. Dari apa yang umum baca, dengar dan lihat - ketika kes ini dibicarakan - umum telah tahu tentang kawan baik kepada Najib Razak Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah terlibat dalam pembunuhan ini.

Malah dari apa yang umum diberitahu, mengikut laporan mahkamah Najib Razak bukan hanya kawan kepada orang yang tertuduh. Dari mulut saksi perbicaraan umum telah diberitahu bahawa model yang dibunuh ini telah bertemu dengan Najib Razak di Paris. Malah melalui satu akuan bersumpah umum juga telah diberitahu yang Najib Razak ini adalah bekas kekasih model yang terbunuh.

Persoalan yang timbul disini bukan siapa yang membunuh. Atau siapa yang memberi arahan agar model ini di bunuh. Bukan ini yang ingin di bincangkan. Apa yang ingin ditimbulkan ialah bagaimana 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisation telah menjadi lali dan tuli bila berhadapam dengan kes pembunuhan model dari Mongolia ini.

Ketulian telinga dan kelalian perasaan 3 juta ahli parti United Malays National Organisation ini terjadi kerana mereka telah menerima dan menghayati nilai dan budaya baru. Tiga juta manusia Melayu ini kini hanya boleh melihat melihat kontrek dan tender. Mata dan jiwa mereka tidak berupaya lagi melarikan diri dari kuasa, pangkat dan harta benda.

Jalur nilai baru ini tidak memiliki nilai salah dan benar. Malah salah dan benar telah pun ditakrif oleh juruheboh dan juruagama United Malays National Organisation. Apabila juruheboh dan juruagama mengatakan Najib Razak ini suci dan bersih maka 3 juta manusia Melayu ini juga akan mengangguk menerima ini sebagai wahyu.

Nilai baru ini menjadi amat merbahaya kerana sesiapa yang menghayati nilai ini tidak lagi ada keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang betul. Kerana ramai yang sanggup menerima dan berkongsi dengan nilai ini maka mereka merasa selamat dan betul. Angka dan jumlah yang banyak menjadikan mereka merasa kebal.

Anjakan nilai manusia Melayu ini telah menjadi bagitu songsang. Dari manusia pertanian yang jujur dan bersopan santun kini manusia Melayu akan berkira-kira tentang untung rugi sebelum membuat apa-apa keputusan. Mereka tidak lagi menilai sesuatu dengan salah benar atau halal haram. Akhirnya, 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisations bukan hanya menganggap sosok Najib ini suci dan bersih malah Najib Razak ini telah diangkat dan dinobatkan untuk menjadi ketua mereka.

Inilah krisis yang sedang dihadapi oleh manusia Melayu – krisis nilai. Maka terpulang kepada manusia Melayu lain – yang bukan termasuk dalam 3 juta ini - jika mereka masih memiliki nilai salah benar untuk bangun dan bersuara. Krisis nilai orang Melayu ini akan berpanjangan dam membawa mudarat yang amat sangat keatas negara bangsa. Mudarat akan sampai jika ramai orang Melayu yang bersopan santun dan jujur tidak melakukan sesuatu.

Sumber : SINI

Sunday, December 19, 2010

Hasutan Syaitan melalui UMNO...

Apa punya malang nasib aku hari ini,, korang bacalah apa yang isi kandungan email Facebook yang aku terima......



Oiii Ramzi... Tolonglah... tak payahlah nak susah payah buang masa menghantar sebegini punya rupa kepada aku...

Pengarah BTN Perak sendiri pun aku dah pernah berdebat bab isu Melayu ni, yang mana tiada apa-apa conclusion...

Aku nak tanya,,, apakah UMNO tak pernah di peras ugut oleh Lee Kuan Yew,, apa cerita isu Pulau Batu Putih sehingga putih mata, Rumah Api Pulau Pisang , isu penjualan air, ruang udara, EPF, tanah KTM 60-40, ooiii banyak lagi... tak telarat aku nak tulis....

Apakah UMNO berani dengan MCA,,, Apa cerita gertakan Chua Soi Lek baru-baru ini,,, sudahlah,,, jangan nak jual taik minya kat aku ni.... buang masa ko sahaja... ko silap orang ..... pi cari orang lain kalau nak jual isu Melayu ni,,, bagi aku ketuanan Melayu boleh pergi mampos..

Cukuplah,, lagi satu aku nak tanya...pasai apa dengan secara tiba-tiba LKY pergi jumpa TGNA...

habaq mai kat aku..., apakah LKY nak perangkap Nik Aziz!!!!!.,





Tuesday, December 14, 2010

Nasib Bangsa Melayu di negara Ketuanan Melayu...

Jangan CUIT HAK ORANG MELAYU - Satu Amaran dari seorang Raja di muka Depan Mingguan Malaysia 2 minggu lepas kalau tak silap..

Perhatikan balik apa yang berlaku kat manusia umat melayu, dan orang yang berkuasa di sini pun melayu... jadi Melayu hentam melayu.kalau DAP yang hentam Melayu tentu ramai yang dah bangun menentang...... itu pasal aku dok kata,, Pergi mampos dengan ketuanan Melayu......





Pengerusi SYABAS dapat Gaji RM425.000.00, Dia juga Pengerusi Puncak Niaga ... Berapa pulak ya gaji…. agaknya dapat tak sebanyak di SYABAS kut, dan dia juga Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda.... kenapa ada juga anak Felda yang sama-sama kena pecathairan juga kan..apa yang tak kena ni...… Cerita lanjut baca DI SINI


Saturday, December 4, 2010

Pebuam UMNO.. sama standard Bapok Chow Kit...

Sekejap tadi Aduka Taruna SMS kat aku, suruh tukar channel TV1 RTM, katanya Rosmah mengekplotasi OKU,, waktu tu aku kat kedai lagi,, balik rumah suruh anak aku tukar waktu mereka dok syok tengok majalah3 TV3, tukar channel TV1, rupanya betul apa yang Aduka SMS kat aku... tak payahlah aku nak ulas... tak larat aku..

Meluat kat TV, aku masuk kat Malaysiakini,, mak aiii, terpampang gambaq mamat ni, aku mula kenai dia, bila ia popular keluar TV ambik ckes UMNO dalam krisis MB Perak 2009 yang lalu...

Apa yang aku dok rasa mamat ni dengan water face, cara gaya bercakap macam budak skima aja.... agak-agakla....

Tapi bila baca Peguam Umno: Tahan Wan Azizah ikut ISA Baca SINI, aku rasa bukan skima lagi dah,, dah macam standard bapuk yang berkeliaran di sekitar Chow Kit... macam ni punya standard peguam yang UMNO guna..., ikut saluran undang-undang la mamat oi... bawa kes ke mahkamah... lawan la kat mahkamah... lu memang bapok tahap cikai betui... dengan Dr Wan Azizah pun lu tak boleh nak dakwa... buang sungailah lu punga degre LAw lu tu..

Aarrh... lagi satu... baca kenyataan Dr Asri Mantan Mufti . Sarankan juga tahan bawah ISA....


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari