boikot
Segarkan ingatan anda...
Monday, July 15, 2013
SAH - Polis gunakan kekerasan keterlaluan... Hebat Malaysia
Tuesday, May 28, 2013
Pasca PRU 13 - BN silap strategi pada pilihan raya lalu?
Kenapa ?
Monday, April 30, 2012
Sekalong Tahniah buat Anggota Polis Malaysia - Silalah Nilai sendiri..
CATATAN WARTAWAN
Bagai terperangkap dalam medan perang
Oleh
Darwis Said
Bezanya, dalam suasana perang, kita boleh bertindak membalas serangan musuh.Dalam suasana yang kami - saya dan jurugambar, Taufik A. Kader - hadapi pula ketika membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0, ia ibarat 'durian dengan mentimun'.Nyawa kami dan puluhan ribu peserta perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 di kawasan berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bagai nak putus apabila kawasan itu diselimuti asap putih gas pemedih mata menyesakkan nafas yang dilancar pihak polis dan suasana huru-hara akibat kejadian itu.
Anehnya, berbeza daripada suasana perhimpunan sulung dan kedua Bersih pada 2007 dan tahun lalu, kali ini pihak wartawan, selain para peserta Bersih 3.0, turut menjadi buruan dan sasaran 'ancaman' pihak berkuasa yang bertugas.
Ketika saya cuba melarikan diri daripada dicengkam kesan gas pemedih mata dan bimbangkan keselamatan rakan saya itu - yang terpisah ketika tembakan dan semburan gas pemedih mata dan cecair kimia ditujukan ke arah peserta perhimpunan - saya terserempak kira-kira lapan hingga 10 orang anggota polis sedang membelasah seorang pemuda berusia 20-an tahun yang longlai di sebatang lorong penghubung Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan Jalan Masjid India.
Ketika itu, beberapa orang polis yang menyedari percubaan saya dan seorang jurugambar media asing untuk merakamkan insiden itu meluru ke arah kami lalu mengancam dengan kata-kata:
'Awas, jangan ambil gambar! Nanti aku pecahkan kamera kau!'Dengan pantas kamera peribadi saya ditepis dengan ganas dan terjatuh ke tanah, manakala saya dapat menangkis percubaan seorang lagi anggota polis daripada merosakkan kamera jurugambar media asing itu. Mujur kamera saya tidak rosak.
Namun, beberapa wartawan lain - asing dan tempatan - turut mengalami nasib sama.Mereka diancam, dimarahi, ditahan dan disoal siasat, serta kad memori kamera dan dokumen media dicampak polis dengan kasar.
Sementara itu, Taufik terpaksa berlindung di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas menjadi sasaran lima tembakan gas pemedih mata.Lega hati saya mendapat tahu beliau selamat selepas entah beberapa kali dihubungi.Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bagaimanapun berkata pihak polis bertindak profesional ketika menangani episod huru-hara itu.
Hakikat suasana sebenarnya amat mengelirukan kerana sesiapa sahaja di kawasan Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar stesen LRT Masjid Jamek dan Jalan Raja Laut berpotensi menjadi sasaran anggota seragam biru.
Emosi manusia memang boleh mencapai tahap bahaya, jika ia dibiarkan didorong oleh naluri keganasan haiwani kita dan hilangnya sikap peri- kemanusiaan di kalangan kita.
Sumber Link : http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/
Sekejap tadi berita radio Sinar FM, jam 7 pagi, PDRM akan menyediakan Video sebenar bagi nak menolak kekerasan Polis di BERSIH 3,0... buatlah berita apa pun, kalau ada yang nak percaya pun, ahli dan pencacai UMNo sahajalah,, sedangkan persepsi negera luar ... lu orang boleh nilai dengan berita diatas..
Aduhai.. Bilalah Najib nak bubar Parlimen,,, sebelum ni dok sok sek sok sek kononnya selesai sahaja Pertabalan Agung, Parlimen akan bubar...tetapi dah berapa lama dah pertabalan agung... Apakah Najib belum mendapat ilham.....
Wednesday, April 18, 2012
Ops Lalang 1987 - Kenapa Najib tak ditahan bersama...
Friday, January 13, 2012
Pandangan penulis Melayu Singapura - 'Putrajaya kini kian ketara menggeletar,'
13 Jan 2012![]()
KOMENTAR![]()
PANDANGAN
Erti luas pembebasan Anwar Ibrahim![]()
Oleh
Maarof Salleh
SESUDAH bebas daripada pertuduhan liwat, tampak kerjaya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak segera terkubur seperti yang dijangka oleh banyak pengamat, termasuk beliau sendiri.
Dapatkah Datuk Anwar, seorang tokoh berkarisma, menjayakan misi pembangkang Pakatan Rakyat (PR) iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kelak?
Datuk Anwar sudah pun menegaskannya dalam reaksinya selepas Hakim Mohd Zabidi Mohd Diah membacakan keputusan.
Seperti banyak rakyat Malaysia, beliau gembira dengan keputusan yang mengejutkan itu.
Terdahulu, memang ada semacam agenda mempengaruhi orang ramai agar percaya bahawa ketua pembangkang itu memang bersalah.
Dalam melawan arus itu, kumpulan penyokong Datuk Anwar berkempen ke seluruh negara bagi menjelaskan versi mereka, menegaskan bahawa Datuk Anwar adalah mangsa konspirasi politik untuk menghancurkan kerjaya politiknya.
Dari segi lain, Datuk Najib dan ramai menteri Umno menyifatkan keputusan membebaskan Anwar itu bukti bidang kehakiman masih merupakan institusi bebas yang tidak terpengaruh dengan tekanan kerajaan.
Kelompok yang lega dengan keputusan mahkamah itu percaya Datuk Anwar telah teraniaya kerana pendirian politiknya yang mencabar kedudukan kepimpinan politik yang sedia ada.
Mereka termasuk orang-orang yang mahu melihat Datuk Anwar meneruskan usahanya menyatukan pelbagai golongan rakyat Malaysia menerusi reformasi yang menguntungkan semua.
Ini sudah pun beliau buktikan menerusi keupayaannya menjalin kerjasama tiga parti terbesar - Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili aliran dan kumpulan etnik yang berbeza melalui platform Pakatan Rakyat (PR).
Datuk Anwar juga dikatakan mempunyai jaringan kerja yang baik dengan banyak badan bukan pemerintah (NGO).
Di Singapura pun, rakan-rakan Datuk Anwar yang dulunya aktivis Himpunan Belia Islam (HBI), Persatuan Mahasiswa Muslim Universiti Singapura (USMS) dan Pemuda Muhammadiyah, yang sudah mengenal beliau sejak era gerakan belia, turut berasa lega.
Ramai yang masih ingat kunjungan muhibah Datuk Anwar menemui rakan-rakan di sini sejurus selepas beliau dibebaskan daripada kem tahanan Kamunting akibat 'Peristiwa Baling' dalam perjalanannya berucap di Johor Bahru.
Datuk Anwar turut menjadi peserta aktif Seminar Belia Asia yang berakhir di sini yang penutupannya dirasmikan Dr Ahmad Mattar, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Muslim ketika itu.
Sukar bagi mereka yang kenal rapat dengan Datuk Anwar mahu mempercayai bahawa beliau telah melakukan perbuatan tidak bermoral seperti tuduhan yang dikenakan ke atasnya itu.
Walau apa pun reaksi dan emosi yang timbul, keputusan mahkamah itu pasti mempunyai implikasi-implikasi tersendiri kepada Malaysia.
Apakah implikasi utama pembebasan Datuk Anwar?
· Pertama, keputusan mahkamah itu menamatkan satu episod perundangan yang panjang yang umumnya merugikan rakyat Malaysia.
Memang ada ruang membuat rayuan bagi pihak pendakwa. Hakikatnya Datuk Anwar telah dua kali terselamat dalam perbicaraan kes yang sama.
Dalam perbicaraan kes liwat lebih sedekad lalu, walaupun mulanya Datuk Anwar disabitkan bersalah, beliau dibebaskan daripada kesalahan itu oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Kini, hasil perbicaraan kes liwat kedua juga serupa.
Memperpanjang kes ini akan hanya mengulang lagi proses perundangan yang panjang, melibatkan kos yang tinggi dan meletihkan semangat rakyat.
Masa produktif akan tersesia.
Bukan sedikit rakyat yang mendapati kes ini hanyalah satu manipulasi politik yang memecahbelahkan perpaduan rakyat.
Salah guna agama juga berlaku apabila ritual agama seperti sumpah laknat dijadikan mainan di kalangan pemain aktif kes ini.
· Kedua, terpapar isyarat institusi awam Malaysia, terutama kehakiman, mula bangkit untuk dihormati.
Jika benar keputusan mahkamah kali ini menjadi bukti institusi kehakiman negara itu bertindak bebas tanpa sebarang pengaruh politik kerajaan, maka ini tanda positif bagi kebangkitan institusi-institusi awam yang penting.
Sebelumnya, beberapa institusi awam seperti polis, kehakiman dan suruhanjaya pilihan raya sering menjadi sasaran kritikan kerana dituduh tidak bersikap bebas dan adil dalam menjalankan fungsi masing-masing.
· Ketiga, tampak bermula perubahan dalam imbangan kuasa politik.
Banyak pengertian politik dapat dirumus daripada keputusan mahkamah yang terbaru ini.
Di satu pihak, imej BN yang memerintah, terutamanya Umno yang menjadi tunjangnya, kian dipersoalkan dalam 'menamatkan' pencabar utamanya.
Dengan Datuk Anwar bebas, kini medan politik terbentang luas.
Ertinya, 'Faktor Anwar' akan menjadi lebih bertenaga dalam perjuangan pembangkang dan PR menjadi satu realiti yang harus diterima bukan sahaja dalam perkiraan BN, bahkan politik Malaysia.
Kebangkitan PR pimpinan Datuk Anwar, bersama krisis dalaman berpunca daripada skandal rasuah beberapa tokoh veteran BN, termasuk dalam Umno sendiri, pasti akan mengenakan pengaruh yang besar dalam struktur politik masa hadapan Malaysia.
· Keempat, detik penentuan PRU13.
PRU13 dijangka oleh banyak pengamat berlangsung selewat-lewatnya Mac ini.
Apakah dengan perkembangan terbaru ini, ia ditangguhkan bagi membolehkan PM Najib melakarkan strategi baru bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya?
Isu moral Datuk Anwar kini tidak boleh dijadikan modal pilihan raya umum kelak.
Ternyata strategi sedemikian sudah tidak laku lagi.
Sebaliknya, kedudukan Datuk Anwar yang sebelum ini lebih banyak bertahan pasti berubah untuk melancarkan serangan-serangan baru menerusi pembahasan isu-isu ekonomi negara, gejala rasuah berprofil tinggi dan hubungan antara kaum yang kian tercabar.
Semua perubahan itu menuntut PM Najib dan pasukannya melakarkan strategi baru yang ampuh bagi menjawab cabaran PR.
Oleh itu, lebih banyak diperlukan sehingga PRU13 harus ditangguhkan.
· Kelima, apakah berlaku rombakan dalam Umno?
Walaupun tampak kian lemah, Umno masih merupakan antara parti politik Melayu yang terkuat.
Ramai orang Melayu yang masih mempunyai pertalian emosi yang kuat dengannya.
Mereka mungkin tidak senang dengan beberapa individu dan pemimpin dalam Umno tetapi tetap sayang kepada parti tersebut.
Situasi ini mungkin mengundang berlakunya perubahan dalam pucuk kepimpinan Umno, terutama jika pemilihan pucuk pimpinan mendahului tarikh PRU13.
Dalam perubahan itu, Umno mungkin perlu menunjukkan kepada anggotanya, juga kepada warga Malaysia, bahawa parti itu peka dengan kebimbangan rakyat dan mahu membersihkan kepimpinannya daripada gejala rasuah.
· Keenam, menguji formula R.A.H.M.A.N.
Perkembangan terbaru dalam politik Malaysia termasuk masalah dalaman Umno, ditambah dengan keputusan mahkamah yang terbaru ini, menguatkan lagi cakap-cakap angin bahawa Datuk Najib akan menjadi perdana menteri yang terakhir dalam formula urutan ketua kerajaan yang mewakili Umno (dan kerajaan BN).
Mengikut formula itu, perdana menteri bermula dengan (Tunku Abdul) Rahman, diikuti Abdul (Razak), Hussain (Onn), Mahathir (Mohamed), Abdullah (Badawi) dan akhirnya Najib.
'Putrajaya kini kian ketara menggeletar,' demikian servis mesej singkat (SMS) yang saya terima daripada rakan di Kuala Lumpur.
Apakah beliau bermaksud Datuk Anwar sudah memulakan perjalanan ke Putrajaya untuk menggantikan PM Najib?
Kita lihat nanti.
Wednesday, November 9, 2011
Panas - Melayu Singapura biadap, menjadi penyokong Lim Guan Eng..
Tuesday, August 16, 2011
Panas! - Najib didakwa memihak pada 'sayap kanan'
LUAR NEGARA
Najib didakwa memihak pada 'sayap kanan'
Dikatakan kurang tegas laksana dasar, seolah-olah sama seperti mantan PM Abdullah
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, yang menerajui tampuk kepimpinan sejak April 2009, berhadapan dengan risiko dilihat menjauhkan diri daripada pendirian sederhana atau pertengahan jika beliau gagal menunaikan inisiatif pembaharuan dan terus cuba 'memuaskan' anggota sayap kanan.
Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, adalah contoh Datuk Seri Najib didakwa kini memihak dalam memenuhi kehendak sayap kanan dan juga ahli-ahli dalam Umno sendiri.
'Dalam jangka panjang Najib bergerak ke kanan dan berhadapan dengan risiko besar. Bukan setiap orang menyokong sentimen anggota sayap kanan. Ini membuktikan kebenaran hujah bahawa Najib bergerak daripada tengah,' kata pengarah eksekutif
Encik Ibrahim juga percaya bahawa tiada banyak perubahan wujud sejak Datuk Seri Najib memperkenalkan program pembaharuan kerajaan dan hasilnya belum belum turun ke peringkat bawahan.
Kata beliau, ekonomi negara merupakan faktor asas yang akan menentukan sokongan masa depan khususnya ketika pilihan raya umum ke-13 yang pertama bagi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Justeru, keadaan ekonomi yang kurang selesa sekarang tidak membantu usaha pentadbiran Datuk Seri Najib.
Dengan merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0, Encik Ibrahim berkata Datuk Seri Najib seharusnya mengambil pendekatan lebih sederhana dan membenarkan ruang kepada mereka yang mahu memberikan suara berbeza.
'Beliau perlu dilihat sebagai perdana menteri kepada kesemua rakyat
Dalam pada itu, ahli akademik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Faizal Hazis, juga berpandangan bahawa meskipun Datuk Seri Najib menjanjikan pentadbiran kerajaan yang bersifat sederhana nampaknya kurang iltizam di pihak Perdana Menteri dalam melaksanakan rancangan beliau.
Sehubungan itu, Datuk Seri Najib juga perlu melaksanakan inisiatif-inisiatif asal yang digariskan di bawah MBE, yang menjadi asas kepada sokongan kuat ke atas kepimpinannnya dua tahun lalu.
'Itu yang rakyat lihat dan mereka menyokong beliau. Tetapi, secara berperingkat-peringkat kumpulan seperti Perkasa dan dalam Umno sendiri menyebabkan rancangan pembaharuan terganggu.
'Beliau melangkah ke belakang daripada melaksanakan (matlamat) MBE, yang awalnya untuk semua kaum. Ia tidak menunjukkan beliau serius mengenai perubahan,' kata beliau lagi.
Link : cyberita.