boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Rais Yatim. Show all posts
Showing posts with label Rais Yatim. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Monday, January 21, 2013

Thursday, November 22, 2012

Kerana Sehelai Mafla Mereka jadi Pejuang Palestine...

Saudara-saudara kita di Gasa Palestine menjadi mangsa Israel, ada pulak pihak-pihak sorang dua pun buat-buat sibuk sama-sama simpati tehadap magsa Israel... 


Saturday, November 17, 2012

Najib dan pencacainya dari UMNO yang lebih HINDU dari MIC...

Inilah sikap Melayu UMNO dan yang sewaktu dengannya, lebih sudu dari kuah, lebih hindu dari MIC sendiri..., Tak percaya... lihat sendiri...   


Monday, November 12, 2012

Artis Keturunan Benggali lebih cerdik dari artis melayu..

Baru sekejap tadi, masuk satu komen, adui ... sedih ada, kelakor pun ada, apa pun letih kepala otak, berpinau mata nak emandang laptop.. itulah gatai sangat nak jadi blogger tak bergaji sekupang pun tak dapat.., apa isi komennya,, 


Bro mana cerita?dah 14 jam tk de cerita baru. Cerita najib bg duit pd generasi ke3 tk nk post ke?
ReplyDelete

Apa pun aku puas,, inilah satu dari bayaran yang aku dapat dai pembaca, aku tak minta bayaran sekupang pun kat hangpa, tapi kalau nak bagi boleh juga,,, tapi janganlah sepuloh ringgit, paling koman setengah juta ka,,, , 

Aku tengah duk cari idea,, topik apa aku nak tulis,, tengah duk cari nama tajuk,, tak mau duk nak buboh nama Rosmah aja,, kang kenan kat anak cucu aku kang,, eiii auzubillal min zalik...... 

Ok ilham nak bercerita dah mai...


Saturday, September 1, 2012

Pandelela Rinong kurang ajar dengan DS Rosmah malam tadi...

Malam tadi balik dari jemputan hariraya dan tahlil jiran hadapan rumah, lebih kurang jam 9.30, sambil nak rehat,, buka TV, alih channel dari satu siaran ke satu siaran terukar ke channel RTM1... 
Cadangnya tu ingat nak tengok berapa ramai rakyat Malaysia bersama Najib di Perhimpunan Janji di Tetapi... 


Friday, August 31, 2012

Merdekanya seorang bini menteri UMNO...

 Ramadhan yang lepas dah cukup cantik dah,,, kita tengok pun sedap mata memandang,,, rupa-rupanya memang betuilah.... 
Dasar kumpulan parti syaitan yang mengaku mengamalkan Islam watasyiayah la .. macam ni rupanya....  


Monday, August 13, 2012

Lagi bini menteri UMNO berubah wajah di bulan ramadhan

Mungkinkah negara kita Malaysia sudah 55 tahun merdeka, maka sedikit sebanyak ada hamba-hamba Allah ingin membuat perubahan, kalau artis-artis wanita yang sebelum ini hidup dengan penuh glamour boleh berubah bila mendapat hidayah,, tak mustahil bini-bini menteri pun ada juga yang ingin berubah... 

Tuesday, December 27, 2011

1Malaysia - Dimana Najib dengan Rosmah menghilang diri...

Semasa rakyat berugama islam menyambut hari raya, Najib dan Rosmah sekeluarga pada pagi raya kedua bersamaan 31 Ogos 2011 telah keluar negara bercuti.....



Semalan, program 1malaysia menyambut Krismas,,KLIK SINI Najib tiada lagi,,, kemana ia pergi,, tak ada pulak diwarwarkan jika lawatan kerja keluar negara..... Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan.....



Monday, November 14, 2011

Gambar-gambar Rais Yatim menabalkan Mahathir menjadi Raja !!..

Hairan aku dengan dengan manusia-manusia sebegini...

Kalau dulu dialah sanggup membakar jambatan pada krisis UMNO tahun 1987.. tetapi sekarang dah lain pulak...



Lu orang tengok. apa sudah jadi.....




Ayo yo,,, ayo ma... ayo paaaa kadivalee...


Sumber gambar - facebook.com


Thursday, October 6, 2011

Kisah dari Blog UMNO - Rais Yatim berkrisis dengan RTM

Subhanallah, Nampaknyanya segala keburukan apa yang sedang berlaku dalam pentadbiran UMNO ni, bukan penulis-penulis laman Blog PR yang melaporkan, tetapi blogger-bloger Pro UMNO yang masih perihatin dengan penyelewengan dalam UMNo sendiri..

baru mereka tahu siapa Rais Yatim, siapa bini Datin Masnah yang sama taraf dengan First Lady.....









Monday, September 5, 2011

Berita dari gambar ..kisah kematian jurugambar Bernama..

Salam Sejahtera....

Kalau sesuatu perkara yang janggal kita kena tegur, bagi tau... itu saja yang mampu aku lakukan.... sebelum ini aku ada posting hebat-gambar-najib-menjadi-imam.

Ingat kut selesai sudah perkara sebegini, rupanya ada lagi, dan kali kali bukan Najib keseorangan, bah kan ramai lagi termasuk Menteri yang dok jaga agama selali,,, gambar-gambar ni aku rimbat dari blog UMNO, jadi keaslian gambar tak perlu dipertikaikan.... 4 keping gambar aku paparkan,, supaya kita dapat menilai bersama... kut-kut mata aku ni tersasar pandangan.....

Kalau rasa tak jelas boleh double klik pada gambar untuk bagi besar dan lebih jelas....



Dari gambar diatas, paling jelas kelihatan dari kanan belakan tok imam ialah Jamil Khir, Najib, Muhyidin, Zahid Hamidi dan dua orang lagi yang tak aku kenali... Baguihlah pemimpin negara kita nak ke hadapan,, tetapi apakah mereka ini berani kehadapan jika berada di Somalia, ada berani ka....



OK, cantik... mereka sama-sama mengangkat takbir ratul Ihram, selepas imam melakukannya.... OK... tetapi dari sini cuba perhatikan selepas Jamil Khir kenapa kosong tak ada orang... saf hadapan sekali oooooo...


Dari pandangan sini cuba peratikan.... betui atau tidak.... kosong selepas jamil Khir.....


Kenapa boleh jadi begini,,,, Tok Imam fail.... kenapa tak peratikan jemaah dibelakangnya.... Jamil Khir lagi la... 10 kali fail (gagal) kerana tiada jemaah disebelahnya.... apa ni.... Menteri agama apa macam ni, perkara-perkara sebegini pun tak boleh selesai, apa lagi nak jaga masaalah Murtad, huduh dan sebagainya......


OK ada lagi satu kisah,,, hairan juga aku mengapa seorang lagi Menteri tak kelihatan semasa Solat Jenazah tak nampak muka pun.... sedangkan ia sepatutnya kena ada, sebab aku terpandang dalam kaca TV dia ada.......



Rupa-rupanya ia ada dalam gambar ni.. kat bawah ni....



Dia ambik peluang kat sini... syarat kena duduk kat depan juga....mewakili kumpulan songkok hitam....... bersangka baik bro.... mungkin ia tak boleh sembahyang jenazah sebab datang bulan agaknya.... jadi ambik bahagian baca talkin pun jadilah.... yang penting promosi diri bro......

Sunday, August 28, 2011

Dato Seri Dr Rais Yatim,, apa sudah jadi ni....

Salam Sejahtera...

Apa cerita ni dengan kisah Menteri pakar bakar jambatan....


Baru-baru ini mahkamah dah istihar bapak menteri sudah menang perbicaraan, dapat hadiah lumayan jutaan ringgit pak... aduh pak... jadi orang kaya baru...

Dua tiga hari yang lalu,, bapak dengan seikhlas hati murni menyuruh para blogger meminta maaf sama memanda Perdana Menteri,,, aduh pak kenapa boleh jadi begini, sejak kapan perdana menteri menjadi seorang yang pemaaf....

Hari ini aku jadi bingung,,, hairan ya pak menteri,, kenapa ya,,, dunia sudah mau kiamat ya pak,,, berpusing-pusing jadinya... bapak menteri pulak yang disuruh meminta maaf,,, aduuuhh pak...klik . rais-mesti-minta-maaf-rtm-siar-berita-palsu-hasutan-mengenai-murtad


Tuesday, August 23, 2011

Tolong aku ni... Nak termuntah sangat dalam bulan posa ni...

Semalam Sejahtera..

Kenapalah boleh jadi begini.....

Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku terasa meloyakan, geli deleman,, terlalu jijik sekali, terlalu kotor yang tak dapat aku bayangkan... eeiiiiii kau orang bacalah sendiri di bernama. Tak sanggup aku nak copy pastekan....eiieeh....






.

Sunday, August 7, 2011

Terkini - Malaysia menuntut Sinetron Para Pencari Tuhan...

Salam sejahtera,

Entah apa yang tak kena di antara kaum serumpun, bermula dari lagu kebangsaan negara "Negara Ku", dikatakan di ciplak dari lagu negara jiran Begawan Solo..

Kemudian yang agak terbaharu mengenai satu jenis tarian entah apa aku pun tak faham, dok berebut juga.... ,





Hari timbul lagi satu kisah,, Baca di malaysia mengklaim sinetron ppt

Entah siapa yang benar dan siapa yang palsu aku pun tak faham,,, filem Para Pencari Tuhan,, aku pun tak tau juga ceritanya macam mana,, cuma yang aku nak ketengahkan kenapa ada pertikaian semuanya ini,,, kebanyakannya berunsur seni dan hiburan,, apakah ada hubung kait dengan Pak Menteri yang menjaga seni dan Hiburan dengan Robengah!!!..




Friday, June 17, 2011

Tuduhan jahat dari Rais anak yatim....

Salam Sejahtera,

Apa yang aku dok faham, geng penggodam ni tak puas hati bila SKMM tutup laman-laman web yang mereka dok download game dan movie, itu pasal mereka mengamok,,,

Tup-tup ada kaitan dengan BERSIH...pulak dah... kalau betullah sangkaan dan tuduhan Rais tu, kira OK juga, anak-anak Malaysia yang bijak-bijak IT bersama-sama menuntut keadilan,,,

Lepas ni aku harap biar penggodam ni pakat pi honggak laman WEB SPR, cari berapa ramai pengundi hantu, pengengundi yang mengundi 2-3 kali dan macam-macam tipu daya mereka... dedahkan kepada masyarakat umum,,, baru ada akai...





Bahasa

Rais percaya serangan godam laman web kaitan Himpunan Bersih 2.0

June 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Rais (gambar) juga memberi jaminan bahawa serangan siber itu hanya bersifat sementara dan ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digoda.

Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais.

Tambah beliau, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.

“Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penggodam yang tidak bertanggungjawab itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana “marahkan nyamuk, kelambu dibakar.”

Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan.

Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius.

Menyentuh mengenai mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini, Rais berkata jemaah menteri telah membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan siber dan kes-kes yang dianggap sebagai berprofil tinggi seperti menghina agama Islam, hasutan terhadap kaum dan mencerca dan memperkecilkan Raja-Raja Melayu.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dan lain-lain agensi kerajaan untuk bergabung tenaga agar dapat mengumpulkan bukti menerusi pengumpulan data untuk melakukan pendakwaan kelak

Wednesday, January 5, 2011

Berita Terkini..Rais menafikan dakwaan merogol...


rss MUTAKHIR

Rais nafi dakwaan laman blog, pembangkang

15:02:32 PM
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa.

Tuesday, January 4, 2011

Inilah Ketuanan Melayu.....

Bunuh, Rogol, Rasuah dan Nilai Melayu


Dari manusia pertanian yang jujur dan bersopan santun kini manusia Melayu akan berkira-kira tentang untung rugi sebelum membuat apa-apa keputusan. Mereka tidak lagi menilai sesuatu dengan salah benar atau halal haram. Akhirnya, 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisations bukan hanya menganggap sosok Najib ini suci dan bersih malah Najib Razak ini telah diangkat dan dinobatkan untuk menjadi ketua mereka.


DARI JELEBU


Hishamuddin Rais



Dunia Melayu kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia Melayu. Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai Melayu yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah berlaku.

Lonjakan nilai manusia Melayu ini bukan dibawa oleh Tok Lebai atau oleh Sasterawan Negara atau Cik Gu dan Cik Gi sekolah. Nilai ini bukan datangnya dari sekolah pondok atau sekolah kebangsaan. Yang bertanggung jawab membawa nilai baru ini ialah struktur ekonomi.

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70’an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90’an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, derajat, harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation.

Naratif yang berbeza dari apa yang diajar oleh United Malays National Organisation akan di anggap salah atau akan termasuk ke dalam bab ajaran sesat. Ajaran agama Islam juga telah didifinasi oleh United Malays National Organistation. Halal haram baik dan buruk bukan lagi dirujuk melalui kitab kitab suci tetapi melalui juruheboh dan jurucakap agama yang dilantik oleh United Malays National Organistaion.

Tidak dibenarkan malah dilarang dan di haramkan apa sahaja naratif yang berlainan dari cerita yang di mulutkan oleh penyokong United Malays National Organistion. Kebenaran kini, telah dan sedang dimonopoli oleh United Malays National Organistion.

Rasuah yang pada satu ketika dahulu tidak ditemui atau berani menyerang masyarakat pertanian kini telah menjadi satu jalur budaya Melayu. Rasuah kini dilihat sebagai ciri budaya untuk menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan. Malah kaum pemodal dan orang berniaga kini telah menerima pakai budaya rasuah. Dalam perhitungan jual beli, mereka telah menyediakan belanjawan khusus untuk merasuah sesiapa yang patut dirasuah – dari budak pejabat hingga ke CEO.

Nilai Melayu Baru ini tidak berhenti di tahap rasuah sahaja. Satu contoh klasik: lebih dari satu dekad dahulu ada satu kes dimana seorang anak sekolah dibawah umur telah dihamilkan oleh seorang Ketua Menteri. Kes ini menjadi heboh. Tetapi dengan nilai Melayu Baru kes ‘rogol bawah umur’ ini tidak mendatangkan mudarat kepada si perogol.

Manusia Melayu yang menganuti nilai baru ini telah tidak menyatakan rasa mual, benci atau merasa bersalah kerana anak dibawah umur telah di rogol oleh seorang Ketua Menteri. Nilai baru yang dihayati oleh manusia Melayu ini lebih mementingkan kontrek dan tender yang akan diperolehi dari mementingkan salah benar seorang budak di bawah umur yang telah di rogol.

Ketika tulisan ini ditulis satu lagi kes rogol sedang heboh dan rancak dibincangkan dalam alam sesawang. Telah di perkatakan bahawa seorang menteri kanan dalam pentabiran Abdullah Badawi dahulu telah dikatakan terlibat merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia.

Sama ada kes ini saheh atau tidak bukan persoalannya. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana manusia Melayu Baru ini telah menjadi lali. Mereka tidak lagi teperanjat apabila membaca berita ini. Malah mereka tidak hairan yang berita ini telah tenggelam timbul selama 2 tahun.

Rasuah, rogol dan tipu ini telah menjadi satu yang lumrah. Kerana ianya sering berlaku atau dilakukan oleh mereka yng memiliki kuasa dan duduk di puncak kuasa maka orang awam kini telah mula menerima ini sebagai jalur nilai dan budaya Melayu.

Mari kita lihat satu lagi kes klasik dimana ianya telah membuktikan lonjakan perubahan nilai manusia Melayu ini. Kes yang dimaksudkan ini ialah kes pembunuhan model dari Mongolia. Dari apa yang umum baca, dengar dan lihat - ketika kes ini dibicarakan - umum telah tahu tentang kawan baik kepada Najib Razak Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah terlibat dalam pembunuhan ini.

Malah dari apa yang umum diberitahu, mengikut laporan mahkamah Najib Razak bukan hanya kawan kepada orang yang tertuduh. Dari mulut saksi perbicaraan umum telah diberitahu bahawa model yang dibunuh ini telah bertemu dengan Najib Razak di Paris. Malah melalui satu akuan bersumpah umum juga telah diberitahu yang Najib Razak ini adalah bekas kekasih model yang terbunuh.

Persoalan yang timbul disini bukan siapa yang membunuh. Atau siapa yang memberi arahan agar model ini di bunuh. Bukan ini yang ingin di bincangkan. Apa yang ingin ditimbulkan ialah bagaimana 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisation telah menjadi lali dan tuli bila berhadapam dengan kes pembunuhan model dari Mongolia ini.

Ketulian telinga dan kelalian perasaan 3 juta ahli parti United Malays National Organisation ini terjadi kerana mereka telah menerima dan menghayati nilai dan budaya baru. Tiga juta manusia Melayu ini kini hanya boleh melihat melihat kontrek dan tender. Mata dan jiwa mereka tidak berupaya lagi melarikan diri dari kuasa, pangkat dan harta benda.

Jalur nilai baru ini tidak memiliki nilai salah dan benar. Malah salah dan benar telah pun ditakrif oleh juruheboh dan juruagama United Malays National Organisation. Apabila juruheboh dan juruagama mengatakan Najib Razak ini suci dan bersih maka 3 juta manusia Melayu ini juga akan mengangguk menerima ini sebagai wahyu.

Nilai baru ini menjadi amat merbahaya kerana sesiapa yang menghayati nilai ini tidak lagi ada keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang betul. Kerana ramai yang sanggup menerima dan berkongsi dengan nilai ini maka mereka merasa selamat dan betul. Angka dan jumlah yang banyak menjadikan mereka merasa kebal.

Anjakan nilai manusia Melayu ini telah menjadi bagitu songsang. Dari manusia pertanian yang jujur dan bersopan santun kini manusia Melayu akan berkira-kira tentang untung rugi sebelum membuat apa-apa keputusan. Mereka tidak lagi menilai sesuatu dengan salah benar atau halal haram. Akhirnya, 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisations bukan hanya menganggap sosok Najib ini suci dan bersih malah Najib Razak ini telah diangkat dan dinobatkan untuk menjadi ketua mereka.

Inilah krisis yang sedang dihadapi oleh manusia Melayu – krisis nilai. Maka terpulang kepada manusia Melayu lain – yang bukan termasuk dalam 3 juta ini - jika mereka masih memiliki nilai salah benar untuk bangun dan bersuara. Krisis nilai orang Melayu ini akan berpanjangan dam membawa mudarat yang amat sangat keatas negara bangsa. Mudarat akan sampai jika ramai orang Melayu yang bersopan santun dan jujur tidak melakukan sesuatu.

Sumber : SINI

Sunday, December 26, 2010

Artis Seksi !! - Amah pula....

Biasalah .... nama pun artis... bukannya Ustazah... ustazah pun kekadang terseksi juga.kalau tidak masakan popular Ustazah terlampau.... inikan pulak artis....

Pasai apa yang dok tak puas hati tu..... geram ke... geram tak dapatlah tu.....

Amah-amah Indonesia bagaimana pulak ya... Boleh ke tak pakai seksi.... Boleh, apa salahnya.. dalam rumah aja... majikan dengan pekerja.........



DALAM NEGERI

Rais tegur artis berpakaian seksi

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari