boikot
Segarkan ingatan anda...
Saturday, August 31, 2013
Gambar Klimax sambut merdeka ,,
Berleter bini aku duduk disebelah, bila melihat gelagat mat motor berkeadaan sedemikian,, sebab sebelum ni dah ada kejadian kemalangan yang meninggal...
Thursday, August 29, 2013
Memang patut pun .... sepadan dengan namanya...
Tuesday, September 4, 2012
Gambar-gambar dikehendaki polis disyaki terlibat pada malam kemerdekaan,,
Friday, August 31, 2012
Merdekanya seorang bini menteri UMNO...
Dasar kumpulan parti syaitan yang mengaku mengamalkan Islam watasyiayah la .. macam ni rupanya....
Wednesday, August 29, 2012
Siapa Mamat ni keseorangan sambut Merdeka..Macam Kera Sumbang..
Saturday, August 25, 2012
MERDEKA - Siapa Penipu dan siapa yang kena tipu...
Sunday, September 18, 2011
Gambar siapa ni, macam rupa Tok Guru Nik Aziz,, oooo tidak....

Wednesday, August 31, 2011
MERDEKA..... Terima Kasih Semua...
Alhamdulillah, Apa yang aku harapkan pagi tadi baru tercapai,,, blog aku bukan macam blog ISA, Wartamaya, Parpukari dan Papagomo, pengunjung setiap masa beratus-beratus, blog aku baru nak dikenali masih taraf amatur nak dapat 20 pengunjung setiap waktu pun jarang-jarang,,
Namun alhamdulillah, dipagi raya kedua tadi, bersamaan hari Merdeka ke 54 tahun genap sejuta hit sejak 2 tahun lebih beroperasi,,, walaupun aku rasa sepatutnya dah lama dah jejak sejuta, tetapi berapa kali, hit counter tu tak berfungsi beberapa hari.... menyebabkan beberapa ribu tak dikira....
tak apalah, sekarang dah tercapai, terpaksa meneruskan lagi untuk seterusnya sebagai tanda kepuasan berblog, kalau nak kira blog Manjungmari hangpa sendiri boleh perhatikan, tak biasa lagi aku pasang iklan untuk mendapat imbuhan, kepuasan yang aku dapat ialah bila ada pembaca, aku puas hati bila kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO dengan juak-juak pencacainya aku dapat paparkan..
Moga-moga UMNO dapat kita tumbangkan Islam akan gemilang Insyaallah.. Terima kasih buat semua pengunjung blog Manjungmari....
Selamat berhari raya dan menjalankan ibadat puasa 6 syawal....
Saturday, August 27, 2011
Inilah hasil kemerdekaan era Dato Seri Najib...
Tuesday, August 31, 2010
Apa Kata UMNO??!! Merdeka....
Kamus dewan lll mentafsirkan perkataan merdeka ialah :
Tetapi bagaimana yang dikatakan merdeka dalam kontek negara kita sekarang !! Merdeka yang aku nampak ialah hanya untuk pemimpin yang memerintah negara iaitu UMNO /BN sahaja..., mereka bebas untuk melakukan sesuatu tanpa perlu mengikut undang-undang yang sedia termaktub dalam undang-undang.. itu yang nyata tanpa perlu nak dipertikaikan lagi..
Rakyat dalam negara diasak seluruh pemikiran bila tarikh merdeka menjelang tiba, jangan lupa .. kena kibar bendera,,, tak kibar awas tindakan akan diambil.... merdekakah kita menghadapi situasi sebegitu...
Anak-anak remaja diasuh bila tarikh merdeka,,, haaa inilah yang dikatakan merdeka,, pakat-pakat kibar bendera seronok suka, lupalah apa saja hal masaalah negara...
Aku tak tahu dan tak faham,,, apakah ini yang dimaksudkan merdeka, dalam bulan pun mereka sanggup hanya sekadar datang bersuka-suka dapat kibar bendera,,, patriotik kah ini... belum tau lagi.. nak tau patriotik ka tidak, bila dah negara kita jadi seperti di Palestine, atau pun mengikut sejarah sewaktu tanah melayu diserang Jepaun,, waktu tu baru boleh tau patriotik yang sebenarnya..
Ini satu lagi aku tak faham,,, baguihlah... kalau sebelum ini bendera Malaysia di pijak, di bakar dan dilempar najis di negera jiran, tetapi di negara sendiri bendera negara di jadi untuk menutup tubuh yang seksi,,, baguihlah,,, apa kata nanti lepas ni ambik bendera tu buat bungkus babi... OK apa,, 1malaysia...
Apakah kita merdeka, bila sebentar tadi aku dengar dan terpandang di kaca TV KP Kementerian pengankutan Jalan mengumumkan saman ekor boleh dibayar ansur-ansuran... pulak dah,, kut mana pun kena bayar... jadi merdekakah kita kesalahan yang belum tentu lagi, tetapi kita dah dipaksa bayar!!!!