boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts
Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts

Saturday, October 26, 2013

Dua orang Ahli Parlimen Pas buat lawak GST..

Petang semalam bila aku duk tengok gambar-gambar di wall FB Abah Anas Rembawi (OKZ), dah terdetik dihati kecil, ish,ish,, awat boleh jadi macam ni... ?

Thursday, June 23, 2011

Pencacai UMNO sanggup membohongi Yang Dipertuan Agung...

Salam Sejahtera,


Sebelum ni kes KSN negeri Selangor, Kusrin secara tiba-tiba terus dilantik menjadi KSN, inilah dalangnya......

Kini dia buat buat perangai lagi, atas arahan pimpinan UMNO.... Teraniya kakitangan kerajaan yang berkhidmatan dengan tegas....


KP JKR: PAS dakwa KSN bohongi Agong
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mendakwa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan melakukan pembohongan terhadap Yang di-Pertuan Agong berhubung pertukaran jawatan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Beliau berkata, pembohongan ini jelas terbukti apabila Mohd Sidek memaklumkan kepada Tuanku Mizan bahawa pertukaran jawatan itu dipersetujui oleh Judin sedangkan Judin secara tegas menolak pertukaran jawatan itu.

"Apa yang berlaku KSN telah membuat pertukaran tersebut dengan menyatakan bahawa telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Beliau kemukakankan kepada Yang di-Pertuan Agong seolah-olah Judin telah setuju.

"Ini menunjukkan bahawa KSN telah melakukan penipuan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana sepatutnya sebelum KSN mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, dia telah mempersembahkan sesuatu yang telah selesai dari sudut proses-proses yang mendapat persetujuan tiga pihak," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau merujuk laporan akhbar Berita Harian hari ini bahawa lima persatuan sekerja telah memperakui bahawa sebarang pertukaran dan pinjaman jawatan mesti mendapat persetujuan tiga pihak.

Tiga pihak terbabit ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), JKR dan individu yang ingin ditukarkan iaitu Judin sendiri.

"Kemudian barulah diangkat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan kemudian barulah diangkat oleh KSN kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya yang juga naib presiden PAS.

Menyifatkan pembohongan itu suatu yang memalukan, Mahfuz menggesa perkhidmatan KSN diberhentikan segera.

"Amat malang sekali apabila KSN berbohong terhadap ketua negara oleh itu Perdana Menteri harus mengambil tindakan segera, tidak harus berlalu begitu sahaja," katanya.

Rombak Kabinet

Selain itu, beliau menggesa kabinet sekarang dirombak dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ditukar kerana gagal mengendalikan kes ini.

"Rombakan kabinet perlu dilakukan segera untuk memastikan JKR mempunyai seorang menteri yang baru yang mampu untuk melaksanakan tugas kerana saya yakin bahawa isu yang membabitkan pertukaran jawatan ini ada kaitan dengan kedudukan menteri yang gagal untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Tambahnya, jawatan Judin ditukarkan kerana menteri tidak senang dengan integriti yang ada pada Judin.

"Ia berpunca daripada menteri sendiri yang tidak begitu selesa dengan integriti yang ada pada Judin," katanya.

Akhir April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim ditukar jawatan daripada Ketua Pengarah JKR kepada Ketua Eksekutif CIDB berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Tempatnya itu diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.

Bagaimanapun pertukaran itu ditolak Judin dan beliau masih memasuki pejabat sebagai ketua pengarah JKR seperti biasa sehingga kini.



Tuesday, June 21, 2011

Kenapa Dividen Tabung Haji ciput....

Salam Sejahtera,

Tabung Haji, KWSP sekarang ini tidak dapat lagi memberi dividen yang agak setanding dengan Bank Rakyat atau Koperasi Tentera,,

Kenapa.... inilah salah satu sebabnya....



KUALA LUMPUR, 20 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS- Pokok Sena) mendakwa wujud keraguan dalam proses jual beli bangunan 38 tingkat di Platinum Park di antara Tabung Haji dengan TTDI Development Sdn Bhd.

Beliau meminta kerajaan menjelaskan mengenai keraguan dalam proses jual beli dan tawar menawar memandangkan pengarah urusan Kumpulan TTDI, Datuk Johan Ariffin yang merupakan pihak yang menjual turut bertindak sebagai kontraktor membina bangunan tersebut.

"TTDI Development menjual dan membina bangunan untuk Tabung Haji di mana pengarahnya sendiri adalah menjadi lembaga pengarah bebas kepada dua anak syarikat Tabung Haji iaitu Tabung Haji Properties Sdn Bhd dan Tabung Haji Technology Sdn Bhd.

"TTDI jual dan jadi kotraktor membina bangunan untuk Tabung Haji dengan harga RM466 juta," kata beliau sewaktu membahaskan perbekalan tambahan 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Tabung Haji membeli bangunan tersebut pada 2009 dengan harga RM466 juta berasaskan keluasan lantai 360 ribu kaki persegi dengan harga RM1,298 satu kaki persegi.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut mempersoal ketelusan pembelian itu kerana mendakwa pengarah urusan TTDI Development boleh mempengaruhi keputusan Tabung Haji.

Sedangkan ujarnya Tabung Haji boleh menyerahkan pembinaan bangunan itu kepada dua anak syarikatnya yang akan menjimatkan kos.

"Kenapa Tabung Haji nak bagi tanggungjawab membina bangunan itu kepada anak syarikatnya?

"Jika kepakaran menjadi isu kenapa Tabung Haji tidak serahkan projek tersebut kepada Tabung Haji Properties yang kini sedang membina menara wakaf di Jalan Perak Kuala Lumpur dan sedang menyiapkan beberapa projek lain seperti balai polis di USJ Subang.

"Isu kepakaran tidak timbul kerana saya difahamkan Tabung Haji Technology berjaya membina projek-projek lain," katanya.

Selain itu beliau turut mempersoal sama ada telah ada atau tid amengenai pengesahan daripada penilai hartanah bebas mengenai harga pasaran iaitu RM1,300 kaki persegi.

"Apakah nasihat penilai hartanah bebas ini telah dibentangkan kepada lembaga pengarah untuk makluman mereka apatah lagi terdapat keraguan dalam urus niaga?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan menjelaskan keraguan tersebut kerana melibatkan wang penyimpan Tabung Haji yang majoritinya ialah orang Islam.

"Masalah-masalah ini boleh menjejaskan masa depan Tabung Haji dan kesannya ialah kepada penyimpan-penyimpan Tabung Haji yang terdiri daripada orang Islam.

"Tabung Haji sebagai satu institusi untuk menjana dana kewangan untuk ekonomi umat Islam sepatutnya dipelihara dengan baik dan diuruskan sebaik-baiknya.

"Kita tidak mahu wang penyimpan Tabung Haji dikhianati," katanya.


Sumber: harakahdaily.

:

,

Tuesday, June 14, 2011

Sidang Parlimen - Ucapan dari Ibrahim Ali menghentam PAS ...

Salam Sejahtera,

Ibrahim dapat peluang berucap dalam sidang Parlimen sekejap tadi, isu Koperasi,,,

Apa lagi, dapat peluang ke dia, dia tak bagi peluang terus hentam mengenai isu Koperasi Al-Hilal, habis disebut apa yang berlaku dalam Ko-hilal, siapa pengarah Ko Hilal dan bermacam lagi.....minta Menteri yang bertanggungjawab memberi jawapan....

Kemudian bangkit Dato Mahfuz, berucap, bangkit isu Koperasi, sentuh UMNO sebuah parti pun dah tak ada Koperasi lagi, isu AP permit kereta,, dapat kat Mukris Parlimen Jerlun, hentam Jerlun.....

Bangkit pula Dr Mujahid Parit Buntar, mengaku apa yang berlaku dalam Ko-Hilal, tetapi jangan sekadar berpandangan sempit, jangan hanya nakpat koperasi Hilal sahaja, bagaimana dengan koperasi-koperasi lain yang berapa banyak dah lingkup,,, contoh koperasi KUB... anak beranak UMNO punya ni... jadi siasatlah semua sekali koperasi untuk semua kepentingan semua rakyat.....

,

Saturday, June 4, 2011

Utusan Malaysia dah mula mengigau.....

Salam Sejahtera,

Dua tiga hari sebelum, dipuji, ditatang dengan berita yang indah-indah belaka... tetapi hari ini berlainan pula...



Apa kah kerana ucapan pembukaan Tuan Presiden semalam... rasanya seolah-olah Utusan dah dapat menghidu akan kebangkitan suara hati ahli-ahli bawahan...

Dah lama aku tak terbaca luahan Presiden PAS terhadap UMNO dan juak-juak pencacainya,, Cuma yang aku ingat ada suatu ketika selepas kejadian pembunuhan umat Islam di Memali tahun 1985 dulu, Tuan Guru Presiden ada mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan ulama Kerajaan Zalim, maka pakat bangkit ulama-ulama Kerajaan menjawab balik kenyataan TGHH tersebut.

Moga-moga selepas ini dan hari-hari kehadapan TGHH sebagai Presiden dengan dibantu oleh Timbalan Presiden Abang Mat dan Naib-Naib Presiden yang ada, Tuan Presiden akan bertambah lantang dan semangat untuk menentang UMNO..... Insyaallah.

Monday, July 26, 2010

Hu.. hu.. hu.. saya tak bohong...

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

"Yang penting dia seorang Islam atau tidak... berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya,"



Harussani must resign, says Mahfuz


Hu hu hu hu........ saya nak sambung jawatan mufti lagiiiiiii 5 tahun..... sampai mati.....

Tuesday, June 8, 2010

YB Mahfuz - Lebih Baik Menteri KDN tukar jadi Konstable Polis...

Salam Sejahtera...

Merujuk dengan kenyataan Beri Syor Terbaik Atasi Judi Haram. YB Mahfuz mencadangkan menteri berkenaan tukas jawatan kepada Konstable Polis, atau pun Ketua Balai Polis (OCS)...

Apa punya standard Menteri Keselamatan Dalam negeri tanya kepada Pembangkang bagaimana nak atasi masaalah judi haram,, apa guna jadi menteri...

Kenyataan Bahas Pindaan Akta Jualan Langsung sebentar tadi....

Wednesday, December 23, 2009

Kasihanilah Kat Tok Guru Nik Abd Aziz..

Salam Sejahtera...

Nampaknya aku tak boleh nak berdiam diri.. terpaksa jugalah aku lepaskan apa yang aku rasa.. lantak pi kat hangpa nak kata apa kat aku..

Malam tadi aku sempat juga lihat PC Dr Rosli Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan di Berita TV 9, tahniah aku ucapkan kepada Dr Rosli, kerana sayangkan imej parti beliau sanggup berkorban.

Selepas itu, TV cuba siarkan pula temuramah dengan Datuk Mahfuz Naib Presiden, seperti biasalah orang yang suka bercakap, bila dihulur mikrophone bercakaplah ia dengan maksud yang sama seperti tempohari.

Bagi aku cukuplah sekali, perkara dah berlalu, kenapa diulangkan lagi... Datuk bukan lagi sebagai Pemuda, pemuda boleh bersuara sebagaimana apa yang berlaku dua hari yang lalu.. sebab nama pun pemuda... Datuk dah Naib Presiden, bukankan lebih elok dicari penyelesaian secara musyawarah seperti mana Datuk Presiden dan beberapa orang lagi pimpinan di Kota Bharu, apakah susah sangat nak dapat peluang bertemu dengan Tok Guru untuk menyelesaikan masaalah, .....

Maaf Datuk... Ini luahan perasaan hati saya...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari