boikot
Segarkan ingatan anda...
Tuesday, June 14, 2011
Sidang Parlimen - Ucapan dari Ibrahim Ali menghentam PAS ...
Sunday, April 10, 2011
Komen untuk Dr Mujahid dan semua AHLI PAS...
Era Baru berkata...
Ustaz,
1.TGHH pun masih Ok sebagai Presiden tapi penasihat sekelingnya kena bertukar. Sekalipun layak, amat tak wajar SUA pun dari negerinya dan penasihatnya ramai dari Trengganu. Sepatutnya bagi menampakkan PAS ni parti tahap nasional, Presiden patut pelbagaikan orang kuat. Ini satu kelemahan Presiden, nampak macam inferiority complex.
Apapun, yang lebih penting untuk maju ke depan:
2. Ana antara peserta wacana Dr Mujahid dan Us. Riduan tempoh hari di Shah Alam.
Dan ana condong kepada cadangan Dr Mujahid. Kesian, nampak keseorangan beliau
Kesimpulannya, dengan masing2 mempertahankan pendiriannya, kedua2 Dr Mujahid dan Us Riduan tidak layak membuat ketentuan sama ada "Menuju PAS baru" perlu diambil perhatian. PAS, sebagai jamaah yang bertanzim, pihak yang yang paling layak menentukan adalah Muktamar atau Majlis Syura Ulama.
Setelah panjang bicara itu, ana nak buat cadangan kepada mana-mana Kawasan yang akan bermesyuarat Agong. Usul tergempar pun OK. Mungkin Parit Buntar dan Pas Penang yg mana Mujahid ada pengaruh boleh buat nih
Usul utk dibawa ke Pusat
"Meminta Majlis Syura Ulama menetapkan kriteria pemilihan sebagai Presiden parti, dengan menyatakan dengan jelas kelayakan seseorang tidak semestinya mempunyai kelulusan akademik agama atau sekurang-kurangnya Diploma di dalam mana-mana bidang pengajian Islam, sebaliknya mesti mempunyai watak al-Qawi dan al-Amin, berfikiran strategik dgn kebijaksanaan memahami waqi masyarakat semasa". Ayat ni ikut pandai masing-masing. Usah terima bulat2 point ana ni, pandai2lah olah sendiri.
Kalau takda perwakilan nak bincang cadangan sepenting cadangan Dr Mujahid ni, takut ia busuk dan takda sapa peduli, lalu cadangan Mujahid campak ke longkang ajelah.
Tolong sampaikan kepada Dr. Mujahid.
Wallahualam.
Tuesday, March 29, 2011
Muktamar dan pemilihan PAS 2011..Jawatan Timbalan dah mula..


Wednesday, May 6, 2009
Penanti Merayu
MEI 6 — Saya membaca komen yang dibuat oleh pembaca artikel saya "Penanti Seksa Menanti", dan cuba memahami bagaimanakah tahap mentality para pembaca dalam melihat isu penanti secara objektif.
Namun dari komentar yang dibuat saya seolah mendapat isyarat daripada penulis-penulis tentang artikel saya bahawa seolah-olah “tidak ada masalah seseorang wakil rakyat untuk meletakkan jawatan tanpa satu alasan yang kukuh”, begitu juga seolah saya memahami dari komentar para penulis bahawa pandangan saya ini membuka ruang kepada BN untuk menang, dan kalau saya tak silap seolah-olah PAS Pulau Pinang membelakangkan keputusan pucuk pimpinan.
Komentar lain saya kira lebih emosional dari berpijak di bumi nyata, kecuali satu pandangan yang bernas yang saya kira sealiran dalam pemikiran hak pengundi, iaiatu cadangan “re-call”.
Adalah tidak tepat bagi kita memahami sikap yang diambil oleh PAS Pulau Pinang sebagai ruang untuk BN menang sebaliknya ia adalah satu isyarat jelas bahawa mana-mana parti yang hendak meletakkan calon harus memastikan calon itu dapat mencurahkan khidmatnya tanpa ada apa-apa kepentingan diri, jika tidak inilah yang akan berlaku dan perletakan jawatan sebelum masanya adalah sesuatu yang pasti.
Kedua, dalam soal siapakah yang menjadi penentu untuk keputusan perletakkan jawatan seseorang wakil rakyat, parti atau pengundi, seorang pengulas seolah-olah meletakkan bahawa hanya parti sahaja secara mutlak memutuskan, sedangkan parti hanya mencalonkan dan rakyat yang menentukan, nama pun “calon parti” tetapi yang membuang undi ialah rakyat, apakah pendapat ini menafikan hak yang bilangannya jauh lebih besar daripada jumlah anggota kepimpinan parti.
Ya saya bersetuju seseorang calon bergantung kepada nama partinya tetapi faktor penilaian pengundi juga besar. Jadi, janganlah menafikan faktor pengundi yang mempunyai hak juga untuk menentukan. Di sini saya bersetuju dengan saudara pengulas yang mencadangkan “re call” sebagai mekanisma penentuan samada mahu meneruskan wakil rakyat ini atau tidak? Kemudian baru dibuat pilihanraya semula.
Pandangan ini lebih menjurus kepada memperbaiki sistem yang ada dan berpandangan jauh bukan seperti beberapa pengulas yang berpandangan sempit dan tidak berpijak di atas menghormati prinsip-prinsip yang diterimapakai dalam demokrasi berperwakilan (Bahasa yang digunakan jika tidak memahaminya tidak semestinya tidak betul!)
Untuk pengetahuan, mekanisma dalam PAS untuk menentukan kriteria calon parti adalah ketat kerana tidak mahu insiden yang malang ini berlaku. Saya tidak tahu apakah masalah yang dihadapi oleh Fairuz sehingga ia diminta untuk meletakkan jawatan oleh partinya kerana itu “masalah dalam kain PKR”, sehingga satu jawaban yang konkrit dan lebih realistik diberi, saya hanya berpegang kepada “face value” jawapan yang diberi iaitu untuk sambung belajar, jika ada alasan lain walluahlam.
Jangan salahkan saya jika saya tidak mengetahui apa masalah Fairuz di Penanti kerana pengulas mungkin lebih mengetahui, dan jika alasannya kukuh mungkin saya pun boleh terima.
Saya juga mengharapkan persahabatan dengan PKR dalam PR adalah persahabatan yang ikhlas. Saya tidak mungkin boleh berdiam jika seorang sahabat melanggar konsep asas keperwakilan, dan kerana itu saya perlu menegurnya dengan cara berperinsip supaya tidak terguris.
Bukanlah persahabatan itu bermakna boleh “ditarik hidung” kemana sahaja, perhubungan ini diharapkan hubungan yang panjang dan lebih penting hubungan ini adalah untuk berhadapan dengan BN. PAS Pulau Pinang hanya melahirkan hasrat akar umbi yang mungkin bagi sesetengah pengulas menganggap “tak penting” kerana yang penting ialah parti, tapi jangan lupa parti tak ada kalau tak ada akar umbi.
Kalau tanya PAS, parti kami ada 3,000 ahli di Penanti, cawangan ada 11 cawangan dan bilangan markaz hampir di semua ceruk kampong, inilah nadi dan denyutan PAS di Penanti yang “tidak penting” untuk diambil kira? Mungkin juga kita memerlukan parti yang hanya bergantung kepada seorang yang menentukan segala-galanya dan lupakan akar umbi?
Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada salah seorang pengulas yang menyebut tentang syura dan amalannya dalam PAS, ada juga yang menganggap keputusan PAS Pulau Pinang membelakangi arahan pemimpin. Bagi yang belum tahu apakah aspek praktikal amalan syura, ia adalah bertukar pandangan dan pendapat.
Sememangnya secara konvensyen tanpa perjanjian bertulis,dalam PRK mana-mana parti yang empunya kerusi itu akan kekal status-quonya, itulah yang disebut oleh kepimpinan PAS, namun dalam mempraktikkan amalan ini, pengecualian boleh berlaku jika ada satu alasan kukuh yang boleh menyebabkan sebaliknya berlaku.
Dalam kes Penanti inilah rayuan PAS Pulau Pinang untuk dibuat kajian semula dengan mengambil kira bahawa keputusan PAS Pusat adalah muktamad. Itu praktiknya syura, bukan ikut buta tuli tanpa ada satu pandangan yang mungkin boleh dianggap “tersilap pandang”.
Jadi saya menasihati supaya baca lagi amalan syura dalam Islam dan jangan melulu menuduh PAS tidak praktik apa yang diajarnya! Yang perlu belajar adalah kita semua yang serba kekurangan. PAS terbuka pada semua pandangan dan PAS juga komited memelihara persahabatan ini.
Kalaulah seorang sahabat tidak boleh dipertikaikan ia bukan sahabat tetapi sekadar kawan yang dikutip di jalanan dan boleh dibuang ketika dirasakan perlu dan diambil bila dirasakan perlu, saya tidak fikir persahabatan PAS-PKR adalah semacam itu!
Semua yang saya nyatakan dari awal tadi tidak langsung mengurangkan keyakinan saya bahawa BN akan dikalahkan di Penanti, insyaallah. Saya juga menjaminkan bagi pihak PAS Pulau Pinang bahawa “it’s gonna be one to one fight” bagi Pakatan Rakyat.
Sehingga satu keputusan muktamad tentang Penanti, PAS Pulau Pinang tidak akan berubah sikapnya tentang konsep keperwakilan yang perlu dihormati dan dipelihara sebagai budaya politik yang sihat dan meletakkan jawatan wakil rakyat sebelum masanya tanpa alasan yang kukuh bukanlah satu kes awalan yang baik!
Sebagaimana PAS Pulau Pinang ingin menjelaskan juga bahawa bukan kerusi itu yang kami mahu “rampas” tetapi hakikatnya ialah prinsip yang kami mahu semua pihak menghormati dan memeliharanya.
Source (LINK)
Tuesday, April 14, 2009
WARKAH UNTUK PM
Warkah untuk PM ke-enam - Mujahid Yusof Rawa
APRIL 14 – Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ke hadapan Perdana Menteri Malaysia yang ke Enam, YAB Datuk Seri Najib Razak,
Saya menulis warkah ini dalam keadaan ekonomi global menjadi isu utama semua pembesar kerajaan dunia. Ini berikutan krisis keruntuhan institusi kewangan dunia hasil dari krisis sub prima yang melanda Amerika dan Eropah. Kesan krisis kewangan ini memberi kesan kepada negara kita Malaysia yang sekali lagi diuji dengan berbagai cabaran.
Saya yakin seluruh rakyat Malaysia tak kira apa sahaja kecenderungan politiknya mengakui bahawa ujian ini harus diharungi bersama dalam memastikan Malaysia sekali lagi akan keluar dari krisis ini lebih kuat dan hebat.
Ketika saya menulis surat ini, dari sudut dalaman negara pula ketegangan politik antara dua blok politik iaitu BN dan Pakatan Rakyat sudah tidak dapat dielakkan lagi, pertembungan dua blok ini disaksikan oleh seluruh rakyat negara ini dalam PRK Batang Air, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Ia sesuatu yang menarik kerana kemunculan YAB disambut dengan keputusan PRK yang menjadi perhatian ramai di mana papan skor menunjukkan 2-1 untuk Pakatan dan BN.
Lebih penting daripada itu kehangatan proses kempen dan pendekatan penerangan parti masing-masing dalam keghairahan mencatat kemenangan derjaya menafsirkan pertembungan dua blok ini. Bagi Pakatan Rakyat kemenangan 3 PRK ini penting untuk mengabsahkan kehadiran mereka yang diyakini menjadi peneraju politik baru di tanahair, manakala parti YAB dan BN yang menjadi parti pemerintah negara ini pula memerlukan sangat kemenangan di 3 PRK kerana ia tanda kepada keupayaan BN untuk terus memerintah disebalik tentangan hebat yang dihadapinya oleh Pakatan Rakyat.
Walaupun pihak masing-masing menganggap kemenangan itu bukanlah lagi satu pilihan tetapi ianya kemestian tetapi penentu kepada tangapan ini hanya terbukti dengan Kuasa Rakyat yang membuat keputusan melalui peti-peti undi, nah.. mereka telah melakukannya dan kita patut hormat dengan keputusan mereka itu.
Namun izinkan saya untuk memberikan pandangan saya sebagai rakyat Malaysia tentang pengajaran-pengajaran yang perlu diambil oleh kita dalam 'ketegangan' hubungan dua blok politik ini bagi YAB menjadikan bahan membetuli keadaan dalam rangka 'Satu Malaysia' yang YAB cuba capai sebagai PM Malaysia yang ke enam.
YAB Perdana Menteri,
Perubahan yang berdegar-degar kedengaran sejak akhir-akhir ini dalam parti Umno yang Datuk Seri adalah Presidennya sememang dialu-alukan, bukanlah sangat saya berminat dengan Umno sebab saya adalah aktivis PAS, tetapi saya ambil berat sebab Umno adalah tunggak kepada Kerajaan hari ini, kejumudan Umno akan memberi kesan kepada prestasi menteri-menteri Umno dalam kerajaan, kerapuhan moral mereka juga akan memberi kesan.
Atas sebab itu saya mengambil berat tentang pemikiran perubahan dalam Umno. Saya mencadangkan kepada YAB supaya 'walk the talk' kerana dalam konteks media perdana, penyaluran maklumat kepada massa masih ditakuk lama. Satu masalah yang paling utama ialah penguasaan politik sempit dan cengkaman kawasalan ketat ke atas media arus perdana.
Kata lain yang dapat menggambarkan keadaan kejumudan media ini ialah 'media dilacurkan' oleh pihak yang ada kepentingan politik sehingga 'memomdomkan' kebebasan media di Malaysia. Lihatlah saja liputan-liputan berita di media perdana dalam TV atau percetakkan, semuanya berat sebelah. Berita dari Pakatan Rakyat langsung tidak mendapat liputan adil dan secara professional, lebih buruk manipulasi dalam agenda terancang tangan-tangan politik benar-benar telah 'memperkakaskan' media sebagai alat untuk mencapai matalamat politik sempit.
Saya tidak menuntut layanan yang sama (walaupun itu sepatutnya)tetapi langkah awal untuk YAB Perdana Menteri boleh lakukan ialah memberi keadilan dan liputan yang professional serta membuka ruang kepada pandangan kedua atau ketiga untuk diluahkan kepada pihak awam. Hanya di tangan Datuk Seri langkah awal ini boleh digerakkan seperti yang Datuk Seri sendiri katakan dari petikan Konfusios "a thousand step begin with the first step" inilah langkah awal yang boleh dilakukan.
Saya mencadangkan media diperkasakan kearah kebebasan bertanggungjawab dan berhentikan amalan media diperkakaskan.
YAB Perdana Menteri,
Banyak lagi yang saya ingin perkatakan dalam warkah ini, tetapi terlalu panjang senarainya, saya meletakan yang lebih utama untuk diambil tindakan oleh pihak Datuk Seri. Ada satu lagi yang menghantui aura politik tanahair, secara khusus ialah kes pembunuhan 'Altantuya'. Sepanjang kes ini berlangsung telah banyak kedengaran suara-suara yang mengaitkan Datuk Seri dalam kes ini. Ia amat mengecewakan, bukan kerana tuduhan itu tetapi liputan kes ini turut dikaitkan di peringkat antarabangsa, saya kecewa kerana ia memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.
Saya mendapat tahu Datuk Seri telah bersumpah dengan Al Quran semasa PRK Permatang Pauh tempoh hari bahawa Datuk Seri tidak terlibat, alhamdulillah, tetapi isu ini terus dibangkitkan di peringkat antarabangsa yang terang-terang menyebut nama Datuk Seri. Saya mencadangkan sebagai memelihara maruah Perdana Menteri, supaya Datuk Seri menyaman akhbar-akhbar tersebut daripada terus mengaitkan Datuk Seri dengan isu ini, atau saya mencadangkan Umno sendiri menyaman pihak yang masih mengungkitkan keterlibatan YAB Perdana Menteri .
Selagi tergantung 'isu' ini,rakyat akan terus bercakap perkara ini, buah mulut yang beredaran ini pasti mencemar nama baik Perdana Menteri Malaysia dan pastinya ia akan 'menghantui' perjalanan pentadbiran Datuk Seri sendiri. Bukankah jika maruah Perdana Menteri dicemar seluruh rakyat Malaysia patut menuntut pembelaan. Tiada pembelaan yang terbaik melainkan daripada tuan tubuh sendiri. Besarlah harapan saya jika YAB Perdana Menteri dapat membuat pembelaan dirinya, keluarganya, pentadbirannya dan juga seluruh rakyat Malaysia.
Akhirnya saya mendoakan kepada YAB Perdana Menteri supaya janganlah mengulangi perbuatan Perdana Menteri sebelumnya yang berdegar-degar ketika mula ambil alih kepimpinan tetapi kemudian kembali ke titik asal. Tun Mahathir turut membebaskan beberapa tahanan ISA semasa beliau mula mengambil alih kepimpinan dari Tun Husn Onn, tetapi kemudian menyumbat masuk lebih 100 orang ke dalam.
Tun Abdullah Badawi pun sama, apabila mula mengambil alih beliau telah membebaskan beberapa tahanan ISA tetapi kemudian menambahkan semula. Apakah Datuk Seri akan mengulangi perkara yang sama? Saya harap tidak, dan Allah sahaja yang tahu masa depan bukan saya atau rakyat Malaysia.
Datuk Seri juga menyebut ISA akan dikaji semula, saya mencadangkan supaya ia dihapuskan dan bukan dibuat kajian semula.
Tiada yang lebih baik buat mengakhiri warkah ini melainkan saya mengucapkan lafaz "ITTAQULLAH!" dan "WA LA TAKHUNU AMANATIKUM WA ANTUM TA'LAMUN"
Sekian, salam saya kepada keluarga Datuk Seri , moga bahagia di samping keluarga buat mengharungi perjalanan yang hebat ini!
YANG BENAR Dr Mujahid Yusof Rawa Rakyat Malaysia yang Prihatin
* Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and is PAS National Unity Committee chairman.