boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Calon Presiden PAS. Show all posts
Showing posts with label Calon Presiden PAS. Show all posts

Friday, June 21, 2013

Kali ini aku setuju 100% kenyataan YB Ketua Pemuda..

Berbaliklah kepada keadaan yang sebenarnya... seperti kata-kata Tuan Guru Nik Aziz sebelum dia nak bersara dari MB... Islam itu adalah hak semua umatnya, masing-masing bertanggunjawab....


Wednesday, June 19, 2013

Buat para bakal perwakilan muktamar - Tolong dengar dan lihat, dan berfikiran positif..

Ini tak ada kena mengena dengan perjuangan melayu... hangpa tak payah nak sibuk,,,, 
Ini hanya sesuai untuk perwakilan Pas ke muktamar nanti,, aku tak tau bila tarikhnya...


Awal-awal lagi,, kempen untuk Husam dah bermula ..?

Bulan lepas,,, sebaik habis sahaja hari mengundi, bermula  dari 6/5/13 sehinggalah beberapa hari seterusnya, aku telah dihubungi oleh seorang blogger Pas tegar,,,, meminta aku buat entry sokongan untuk Husam menjadi calon Timbalan Presiden Pas,,,

Aku hanya berdiam diri tanpa memberi jawapan,, setuju tidak, bangkang pun tidak,, bagi aku,, kali ini biarlah perwakilan di muktamar yang menentukan,,,,cukuplah... parasit yang ada dalam Pas dah tak ada lagi...sekarang sesiapa sahaja pimpinan yang dicalonkan jikalau bertepatan dan ada kesuaian aku akan sokong,, Insyaallah.

Cuma bila aku terbaca berita ni,,,,

Tuesday, January 29, 2013

Ketua Dewan Ulama PAS Dr Harun Taib pula akan dipecat?

Nampaknya peluru yang berada di tangan Umno untuk menghentam Pas melimpah ruah, dan mereka mewah menggunakannya tanpa had, tanpa ambik kisah hukum halal dan haram...,,


Monday, January 30, 2012

Tawaran dari Tuan Presiden PAS..

Oleh:


KURANG dari sebulan selepas Dato Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pilihannya untuk jadi nelayan biasa apabila ada calon Perdana Menteri yang dapat memenuhi kehendak politik Islam, beliau menyampaikan pula hasratnya jika disetujui untuk melepaskan salah satu dari kerusi wakil rakyat yang disandangnya – ADUN atau Anggota Parlimen.

Ia adalah perkembangan fikiran yang bijak dari seorang pemimpin yang masih mendapat kepercayaan penuh dari parti yang dipimpinnya dan dari penyokong dan pengundinya.

Tugas wakil rakyat bagi dua kerusi yang disandangnya adalah berat baginya ditambah pula oleh tanggungjawabnya sebagai Presiden PAS yang kian berperanan. Sekali pun ia dilihat berat untuk menggalas semua kerja oleh seorang sepertinya yang usia kian bertambah dan masalah kesihatan juga ikut mengiring usia yang bertambah itu, tetapi semua tugas dan tanggungjawab tidak terbeban sangat baginya kerana ia dapat diringankan oleh kekuatan parti dan penyokongnya yang berfungsi.

Parti dan penyokongnya bertanggungjawab berada di belakangnya mahu melihatnya berjaya melaksanakan tugasnya dan mereka berperanan memastikan beliau berjaya dengan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan pemimpin parti Islam yang penting di rantau ASEAN.

Kekuataannya ialah dia bekerja secara berjamaah dan jamaah bekerja bersamanya. Sebagai pemimpin dan wakil rakyat beliau adalah simbol, dan kerjanya dibuyat oleh semua. Jika beliau kekal dengan dua kerusi itu, tidak banyak menambah beban jamaah dan jika dikosongkannya satu kerusi tidak pula mengurangkan kerja jamaah.

Tetapi dengan mengosongkan satu kerusi, ia adalah satu sikap tidak gila kuasa dan tidak sayang melepaskan kuasa serta tidak mahu memusatkan kuasa kepada satu orang.

Ia adalah tanda Ustaz Hadi percaya ada orang lain juga boleh membuat kerja seperti yang dibuatnya dan percaya ada orang yang boleh membuat apa yang sepatutnya dibuat oleh seorang wakil rakyat Islam, maka ketika itu beliau dapat membuat kerja lain.

Dengan Ustaz Hadi masih ada di rumahnya dan masih menjadi Presiden PAS, maka mana-mana kerusi yang dikosongkan tidak akan terasa ketiadaannya. Beliau tetap dirasakan berada di tengah mereka, cuma satu daripada kerjanya selama ini dibuat oleh orang lain.

Telah disebutkannya akan ada masa yang lebih baginya menumpukan tanggungjawab sebagai pemimpin parti dan ada peluang lebih masa untuk ke laut sebelum menjadi nelayan tetap.

Ke laut adalah hobinya. Menangkap ikan bukan sumber pendapatan dan mata pencariannya. Keutamaannya ada berdakwah. Bagi ulama berdakwah bukan satu mata pencarian. Abu Zar diberi pencen tetap sebagai sahabat awal generasi pertama oleh Khalifah Umar al-Khatab.

Tetapi Abu Zar tidak menjadikan pencennya sebagai sumber pencariannya. Saraan hidupnya adalah menganyam bakul. Logiknya Ustaz Hadi mahu beralih semasa masih bertenaga menjadikan hobi ke laut sebagai mata pencarian sambil terus berdawah.

Pilihannya itu adalah setelah memastikan Islam sudah dapat dijalankan oleh orang lain. Setelah lebih 40 tahun dalam dakwah politik tugas itu sudah boleh digalas oleh anggota jamaah yang ramai.

Parti boleh menimbang untuk menerima tawaran itu atau biar dulu. Yang penting Ustaz Hadi telah meringankan jamaah supaya memikirkan gantinya buat apa jawatan jua bila dirasakan perlu. Jamaah tidak lagi terikat bahawa calon adalah beliau juga. Beliau sekarang memberi peluang kepada jamaah, jangan teragak-agak untuk mencalonkan orang lain di salah satu kerusinya itu.

Dengan tawarannya itu tidak semestinya beliau tidak dicalonkan lagi, tetapi jika jamaah merasa wajar permintaannya diterima, maka boleh mencalonkan orang lain. Ia adalah kesempatan kepada jamaah memikirkan ganti Ustaz Hadi dalam semua kedudukan.

Apa yang disebut Ustaz Hadi itu satu permulaan bagi parti berfikir tentang pelapis. Politik di zaman Khalifah tidak bercakap tentang pelapis. Ganti khalifah dibuat apabila tiba masanya. Politik dunia demokrasi yang PAS ada dalam suasana itu, sekali pun politiknya adalah siasah syariyah, soal pelapis sentiasa menjadi perhatian penting.

Ustaz Hadi seperti mengajak semua berfikir ke arah itu. Ia perkembangan yang sihat.


Sumber : subky-latif



Friday, June 3, 2011

Politik Melayu UMNO yang sesat...

Salam Sejahtera,

Ucaptama Tuan Presiden pada sidang muktamar....,

Amalan politik Umno sesatkan orang Melayu
Harakahdaily
GOMBAK, 3 Jun: Ajaran sesat mengatakan politik tidak ada hubungan dengan ajaran Islam menyebabkan berlakunya khianat dalam pentadbiran negara, kata Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

“Ajaran sesat ini telah melahirkan pemimpin Melayu yang tidak ada perhitungan agama dalam amalan politik mentadbir negara, seterusnya berlaku khianat dalam memimpin rakyat dan mengurus sumber negara yang melimpah ruah,” kata Abdul Hadi dalam ucaptamanya di Mukmatar PAS ke 57 di Taman Melewar pagi ini.

Hadi berkata walaupun kini ramai di kalangan orang Melayu Islam telah menerima politik sebahagian dari agama, namun tindakan politik mutakhir ini telah dibejati oleh amalan-amalan yang tidak mengikut batas agama dan syariat.

“Kemurnian politik telah dicemari oleh tindakan jijik menerusi rasuah politik wang, fitnah, sikap perkauman sempit, pembohongan, dan segala macam perkara kotor yang memalukan anak-anak yang menjadi penonton di sekeliling kita,” kata Abdul Hadi sambil menegaskan bahawa Umno Barisan Nasional tidak boleh diharap untuk membersihkan budaya politik yang dikotorkan oleh tangan mereka sendiri.

Akibat dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya, kata Abdul Hadi pemimpin Melayu Islam telah membebalkan majoriti rakyat beragama Islam telah gagal menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam.

Umno, kata beliau walaupun merupakan parti majoriti Melayu dan Bumiputera yang telah diberi amanah pemerintahan sejak keluarnya penjajah asing, masih dibarahi penyakit warisan penjajah yang memisahkan amanah ini daripada perhitungan agama.

“Akibatnya amanah yang besar ini dijadikan peluang kebendaan yang menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat. Akhirnya, harta negara menjadi milikan peribadi pemimpin mereka, meninggalkan rakyat berhempas pulas untuk melangsungkan kehidupan di dunia ini,” selar beliau.

Tambah beliau lagi, perkara ini akan berterusan selagi urus tadbir dan tata-kelola pengurusan sumber dan khazanah kekayaan negara tidak mengambil dan merujuk kepada falsafah dan jauh sekali menghayati tuntutan Islam.

“Cita-cita murni untuk membina sebuah negara yang sejahtera dan aman telah digagalkan oleh sebuah pemerintahan yang terus memimpin secara tidak bertanggungjawab,” kata Abdul Hadi.

Menurut Abdul Hadi, umat Melayu Islam sebagai teras politik dalam negara kita ini, semakin hari semakin lemah jati diri kerana lemah kefahaman Islamnya, apabila kerajaan hari ini tidak menjadikan Islam agama yang memerintah dan tidak mampu menunjukkan model Islam kepada masyarakat majmuk.

“PAS wajib menyelamat negara dan penganut Islam yang hilang punca dan membetulkan fahaman yang salah ini,” tambah beliau.

Mengenai perjuangan Umno, Abdul Hadi berkata mereka hanya sekadar berminat untuk mengekalkan kuasa mereka dan bukannya untuk memartabatkan Melayu dengan Islam.

“Ini kerana Melayu Umno tetap menyokong BN walaupun di kawasan PAS bertanding menentang calon MCA dan MIC, sebaliknya sudah ramai bukan Melayu dan bukan Islam yang komited mengundi calon PAS yang menentang calon MCA dan MIC dari Barisan Nasional. Hakikatnya, Umno telah menjadikan penyokong Melayu Islam buta dan pekak dengan politik wang, media dan hiburan yang melalai dan membodohkan mereka,” terang beliau.

Adalah menjadi tanggungjawab besar bagi PAS, kata Hadi untuk terus menerus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu kepada seluruh rakyat dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam, supaya membebaskan diri daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah.

“PAS wajib menyelamatkan negara dan rakyat daripada belenggu kejahilan dan kezaliman politik dengan peringatan Allah SWT,” tegas beliau.

Sunday, April 10, 2011

Komen untuk Dr Mujahid dan semua AHLI PAS...

Salam Sejahtera,

Aku terbaca satu komen yang cukup membina buat kita semua ahli-ahli PAS yang berpandangan positif, komen tersebut aku ambik dari blog Albakistani, aku copy and paste balik buat semua pembaca... ,

Era Baru berkata...

Ustaz,

1.TGHH pun masih Ok sebagai Presiden tapi penasihat sekelingnya kena bertukar. Sekalipun layak, amat tak wajar SUA pun dari negerinya dan penasihatnya ramai dari Trengganu. Sepatutnya bagi menampakkan PAS ni parti tahap nasional, Presiden patut pelbagaikan orang kuat. Ini satu kelemahan Presiden, nampak macam inferiority complex.

Apapun, yang lebih penting untuk maju ke depan:
2. Ana antara peserta wacana Dr Mujahid dan Us. Riduan tempoh hari di Shah Alam.

Dan ana condong kepada cadangan Dr Mujahid. Kesian, nampak keseorangan beliau cuba mengenengahkan idea besarnya. Takpa Dr., ini satu sokongan kepada beliau untuk pelonjak ideanya.

Kesimpulannya, dengan masing2 mempertahankan pendiriannya, kedua2 Dr Mujahid dan Us Riduan tidak layak membuat ketentuan sama ada "Menuju PAS baru" perlu diambil perhatian. PAS, sebagai jamaah yang bertanzim, pihak yang yang paling layak menentukan adalah Muktamar atau Majlis Syura Ulama.

Setelah panjang bicara itu, ana nak buat cadangan kepada mana-mana Kawasan yang akan bermesyuarat Agong. Usul tergempar pun OK. Mungkin Parit Buntar dan Pas Penang yg mana Mujahid ada pengaruh boleh buat nih

Usul utk dibawa ke Pusat
"Meminta Majlis Syura Ulama menetapkan kriteria pemilihan sebagai Presiden parti, dengan menyatakan dengan jelas kelayakan seseorang tidak semestinya mempunyai kelulusan akademik agama atau sekurang-kurangnya Diploma di dalam mana-mana bidang pengajian Islam, sebaliknya mesti mempunyai watak al-Qawi dan al-Amin, berfikiran strategik dgn kebijaksanaan memahami waqi masyarakat semasa". Ayat ni ikut pandai masing-masing. Usah terima bulat2 point ana ni, pandai2lah olah sendiri.

Kalau takda perwakilan nak bincang cadangan sepenting cadangan Dr Mujahid ni, takut ia busuk dan takda sapa peduli, lalu cadangan Mujahid campak ke longkang ajelah.

Tolong sampaikan kepada Dr. Mujahid.

Wallahualam.

Thursday, April 7, 2011

Presiden PAS - Antara 2H..

Hasil Nukilan @ Al Bakistani

KELAYAKKAN BERSAING UNTUK PRESIDEN

PAS di era sebelum lahirnya Pakatan Rakyat, tidak boleh disamakan selepas kewujudan Pakatan Rakyat. Di era lalu, wujud politik berlawan; antara PAS - UMNO. Tapi di era kini, politik adalah dua; berlawan dan bersaing.

Keadaan sekarang, PAS berlawan dengan UMNO. Perlu diingat, dalam keadaan sekarang juga PAS bukan sekadar berlawan dengan UMNO, tetapi perlu bersaing dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat; DAP dan PKR.

Kelayakkan PAS untuk menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat perlu kepada keyakinan dari rakyat Malaysia. Keyakinan itu, bukan mempunyai imej yang baik sahaja, tetapi keyakinan dari segi penyusunan organisasi yang hebat; mempunyai kebijakan ajaib dan banyak perkara lagi.

Memandangkan kelayakkan mengepalai Pakatan Rakyat bukan terletak pada sesuatu parti, tetapi kelayakkan itu terletak pada seorang tokoh yang mengapalai parti. Makanya, kepala parti itu mesti orang yang mempunyai keyakinan di mata rakyat.

Tidak ada faedah seseorang ketua parti itu hanya disokong oleh ahli parti, tetapi tidak mendapat keyakinan rakyat. Ini kerana, seseorang ketua parti yang boleh mengepalai Pakatan Rakyat, bukan sekadar hasil dari sokongan ahli-ahli parti, tetapi hasil keyakinan dari rakyat paling ramai. Golongan paling ramai itu adalah orang yang berada di luar parti.

2 H : HUSAM ATAU HADI

Dalam usaha menjatuhkan penjajah di indonesia, rata-rata rakyat berkepingin dengan sukarno. Dengan ucapan yang gah, mampu membangkitkan rakyat indonesia untuk melawan penjajah.

Namun, selepas penjajah tersembam di bumi indonesia, sukarno masih lagi berbicara soal penjajah. ekoran itu, sukarno sudah tidak relevan lagi seperti beliau relevan sebelum kejatuhan penjajah. Jadinya, Rakyat indonesia mula muak dengan sukarno yang suatu ketika dulu amat disanjungi. Rakyat mahu bangun atas runtuhan penjajah, bukan mahu mendengar retorika sukarno yang tidak pernah jemu berbicara soal penjajah. Makanya, rakyat mula jemu terhadap sukarno, menyebabkan mereka menolak sukarno selepas kejatuhan penjajah.

Pakatan Rakyat dalam era ini, mungkin agak hampir sama dengan sejarah sukarno. Rakyat sudah muak dengan UMNO/BN yang menindas. Kenaikan harga barang, minyak, video lucah dan banyak lagi kebobrokan melahirkan kebencian rakyat.

Secara dasarnya, rakyat sudah muak dengan UMNO/BN. Cuma, rakyat masih tidak yakin dengan Pakatan Rakyat. Makanya, rakyat berbelah bahagi untuk memilih; antara BN atau PR.

Keyakinan rakyat ini perlu dibina. Tanpanya, agak sukar rakyat memberi undi kepada Pakatan Rakyat. bagi membina keyakinan ini, keberadaan pemimpin yang tidak diyakini tidak boleh dikekalkan. Sebaliknya perlu menampilkan pemimpin-pemimpin politik yang memberi wajah baru; sesuai dengan penampilan Malaysia di era terbaru.

PEMILIHAN MUKTAMAR

Pemilihan dalam muktamar kali ini, ada dua tokoh yang perlu ditampilkan sebagai calon Presiden PAS dalam usaha membina keyakinan rakyat. Dato Seri Abdul Hadi Awang dan Dato Paduka Husam Musa adalah calon yang terbaik perlu dipamerkan.

Kedua-dua tokoh ini telah tercipta nama dipersada politik negara. Abdul Hadi dengan watak ulamanya, dan Husam dengan watak seorang politikus yang bicaranya dalam soal agama dan politik, tidak lepas dari berfakta dan bermaklumat.

Secara peribadi, aku lebih bersetuju dengan Husam untuk menjadi Presiden PAS untuk pemilihan parti dalam muktamar pada kali ini. Tetapi mengenangkan maklumat dari hasil kajian Dr Abu Hasan yang memaklumkan bahawa PAS kemungkinan akan kalah teruk dalam PRU bakal berlaku ini, menyebabkan aku terpaksa menyokong Dato Seri Abdul Hadi untuk Presiden parti.

Ini kerana, dengan kekalahan teruk dalam PRU akan datang, memungkinkan berlaku sejarah pertukaran kepimpinan parti dalam muktamar selanjutnya. Keadaan ini pernah berlaku; iaitu dalam sejarah kejatuhan Dato Asri dahulu; kejatuhan beliau dari jawatan Yang DiPertua PAS [kini Presiden PAS].

MARAH

mungkin sebilangan pembaca akan marah dengan tulisan artikle ini. Tidak hairan juga, akan tersembur puluhan makian dari mereka yang bersentimen ulama.

Padaku, apa yang aku suarakan ini adalah soal hak sebagai ahli PAS dalam memberikan pandangan terhadap kemajuan partinya. Jika ada orang mahu menghalang, ia sama seperti menafikan hak.

Padaku, bukan soal ulama yang perlu dibangkitkan. Tetapi perkara yang perlu dibangkitkan adalah, apakah dalam era ini, orang yang berkelayakkan tidak perlu ditabalkan?

Tidak dinafikan bahawa Nabi SAW menyebut tentang ulama yang merupakan pewaris Nabi. Tetapi, ulama itu sendiri tidak semestinya berpakaian ala arab,malahan hendaklah mempunyai kefahaman agama yang mendalam. Pun begitu, tidak cukup sebagai ulama dalam memastikan kelayakkan seseorang pemimpin. bahkan kelayakkan itu adalah mereka yang mampu memberi saingan terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "apabila disandarkan sesuatu urusan itu bukan kepada ahlinya [tidak layak], maka tunggulah saat kebinasaan".

Dalam hadis ini, Nabi SAW tidak menyatakan ulama yang mampu menahan kehancuran, tetapi yang mampu menahan kehancuran adalah mereka yang berkelayakkan terhadap sesuatu jawatan yang disandangnya.

Sekian

Wallahu 'Alam

Sg Buloh.
7 april 2011 * 2:40 pagi.

Sumber : Sini

Tuesday, December 1, 2009

Persepsi - Aku atau Faisal Tehrani..

Salam Sejahtera..

Aku terbaca sebuah nukilan dari penulis terkenal yang aku hormati DI SINI. Memang dari kaca maat penulis terkenal aku sukar nak faham apa yang dimaksud, standard tulisannya kurang sikit dari Aduka Taruna.

Apakah penulis Faisal Tehrani maksudkan apa yang beliau lontarkan ke atas "Ustas itu". Timbul banyak persoalan dalam diri aku??.. Kerana sebelum ini satu dari nukilannya DI SINI. Bukan apa TGNA selalu bertemu dan berdamping dengan Dr Asri?... Oii Persepsi..

Atau pun apakah Faisal Tehrani salah seorang peminat kepada UG... Oppss ini semua persepsi...

Friday, April 24, 2009

Calon Presiden - Pendapat Aku Pulak..




Aku terbaca kat sini, aku tak tau sama ada pendapat sebenar atau ada pihak yang cuba nak memecah belahkan perpaduan yang ada pada parti PAS.. walau bagaimana pun kita semua berhak mengeluarkan pendapat selagi tidak lari dari apa yang di bincangkan.. Pendapat yang aku baca tu ada DI SINI.
Aku tak ada niat nak kata DS Azizan MB Kedah tak sesuai atau tak layak, bukan begitu maksud di hati.. cuma apa yang aku harapkan biarlah calon Presiden kekal yang ada sekarang.. itu yang aku nak.. dah banyak kali aku sebutkan.. sebabnya aku cuba senaraikan seperti dibawah..

1. TGHH adalah menjadi ahli PAS sejak dari muda lagi, kalau tak silap dalam umur 30 han lagi..selepas beliau balik belajar dari Mekah, sebelum menjadi ahli PAS beliau adalah ketua ABIM Terengganu.
2, Banyak jasa-jasa beliau yang membuka mata kita semua, terutama sekali dalam bab murtad, kafir, dan berbagai lagi sehingga tercetusnya Debat UMNO-PAS pada tahun 85 yang mana telah dibatalkan oleh Majlis Raja-raja.
3.Beliau juga memang telah dikenali oleh semua Gerakan Islam Sedunia, bahkan dalam tahun 83-84 beliau telah dilantik menjadi Imam sembahyang Sunat Aidil Adha di Mina Mekah.
4. Majalah Asia-Week pernah menabalkan sebagai ketua yang paling berkuasa di Asia pada tahun 1987.
5.Sewaktu Perang Asia Barat 1990 ketika Iraq menyerang Kuwait, dan selepas Amerika menduduki Arab Saudi, TGHH telah diberi amanah oleh semua gerakan Islam sedunia untuk bertemu dengan Allahyarham Presiden Saddam Hussein untuk memberi bantuan.

Banyak lagi keistemewaan yang ada pada TGHH dan tak pada yang lain, tak perlulah aku paparkan semua di sini, cuma aku pernah 3 kali Jumaat berturut-turut aku sembahyang Jumaat di Masjid di Rusila, dan 3 kali juggalah TGHH membaca khutbah dan menjadi imam sembahyang Jumaat, dan aku memang ada merasa sesuatu yang sukar aku nak terangkan.

Teringat kembali kenangan pertama kali aku pi dengar ceramah TGHH di Gunong Semanggol pada tahun 1985 dulu, kali pertama juga aku naik kereta Proton Saga seorang kawan, dan itulah pertama kali aku dengar ceramah yang bermula dengan Ayat-ayat alquran yang mana sekarang ini selalu dibaca oleh tok Khatib sebagai ayat permulaan khutbah.

Jadi sebagai Parti yang bakal nak memerintah negara akan datang nanti maka aku sarankan adalah lebih baik TGHH terus kekal sebagai Presiden dan DS Azizan sebagai Timbalan Presiden. Ini pendapat aku.. Hangpa boleh tambah kalau tak betui dan sebagainya....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari