boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Che Det. Show all posts
Showing posts with label Che Det. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Celaka wal haram jadah..

Salam sejahtera.

Apa lagi yang aku boleh katakan kepada mahkluq Allah yang sekoq ni..,,,

Kisah tangkapan Ops Lalang pun belum selesai lagi, tup-tup Hanif Omar mantan KPN yang menjadi pak sanggup mengaku...

Kisah Memali macam mana cerita pulak.., mangkok ni atau Musa Hitam yang melakukannya...

Banyak kisah-kisah lampau di era pemerintahnya telah di manipulasi kepada orang lain..., memang dasar mamak kerala..,

Siapa yang menarik bantuan perkapita ke atas Sekolah Agama Rakyat (SAR) sehingga tutup habis SAR yang keseluruhannya anak orang Melayu belajar di situ ....

Siapa yang mengeluarkan arahan Semua Sekolah MRSM memberi kuota 10% kepada bukan bumiputra...

Siapa yang menarik balik biasiswa dari pelajar-pelajar melayu...dengan menggantikan PPTPTN...

Siapa yang mengeluarkan arahan menangkap pelajar-pelajar Melayu yang belajar di Pakistan yang kononnya terlibat dengan KMM.

Tup-tup Nik Aziz dengan DSAI yang jadi pengkhianat melayu.. pengkhianak kepala bapak dia.. khawk ptuihh....

Bahasa

Anwar dan Nik Aziz pengkhianat Melayu, dakwa Mahathir

February 26, 2011

KAMPUNG GAJAH, 26 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

“Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

“Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam,” katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata Negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. – Bernama

Tuesday, November 30, 2010

Buah Fikiran Dr Mahathir...

Pakat-pakat tolong baca apa yang Dr Mahathir suarakan...

“Kalau anda bertanya pendapat saya, saya ingin biarkan Menara Berkembar Petronas kekal sebagai yang tertinggi di Malaysia. Kita tak perlukan menara lain yang lebih tinggi daripada itu.

“Lagipun, kita sudah ada banyak kemudahan dan ruang pejabat. Ia mencukupi. Kita patut bina menara 100 tingkat tapi mungkin kemudian. Mungkin selepas saya tiada lagi,”
Baca seterusnya
DISINI

Hangpa tak. dia tak setuju bukan kerana membazir atau melingkup wang rakyat, tetapi sebab Menara Bekembar Petronas dah ada ,, penat dan bersusah payah ia laksanakan dahulu,, nanti kalau dah bangunan baru Menara Petronas boleh jadi Gajah Putih.

Kalau nak bina juga tunggulah selepas ia mampuih .tak lah sedih sangat.hu.hu.hu. banyak sebab tu... yang tak suka sangat...tu.....



Saturday, November 20, 2010

Buat Pengkomen "HantalooHayam" dan "mangkok mari"..

Salam sejahtera....

Bila aku kuit sikit bab kisah apa yang berlaku dalam PKR maka ini komen yang aku dapat....

Anonymous said...

Bagus Tuan blog..
Hantam lagi azmin hantam lagi PKR tak kira lah tak hantam pas pun tak apa. Harap Pas nak menang dalam PRU13 sorry la. Setakat kedah dan kelantan boleh la dan mungkin tuan blog dah cukup happy dgn 2 negeri tu.

Bukan apa lagi tuan blog hantam PKR maka BN akan dapat kredit sedikit sebanyak. Nanti bila azmin diumumkan sebagai pemenang kamu hantam lagi dia yea. lagi azmin kena hantam lagi bagus. Kempen FREE untuk BN.


HantalooHayam

Baru ok...lemah PKR lg senang BN menang....

November 20, 2010 4:58 PM


mangkuk mari said...

betul tu.. kasi hentam la lagi.. londeh semua keburukan PKR... biar pkr hancur.. biar hancur pakatan rakyat.. lepas tu boleh laa PAS bolot semua kerusi masa PRU13. masa tu baru puas hati engkau wahai tuan blog.

November 20, 2010 9:34 PM.


Nampaknya pembaca blog tahu siapa yang yang menjadi punca angkara yang tak selesai-selesai sehingga sekarang dalam parti PKR, hangpa nak marah, nak kata apa pun katalah, tapi aku banyak tak puas hati dengan apa yang berlaku....


Buat pembaca-pembaca web sebelum kedatangan blog-blog, ita masih ingat dengan penulis laman web marhaen, haha... hangp aku baru terjumpa satu kisah mengenai Azmin Ali... hang boleh baca sendir,, aku tak mau ulas panjang,, kang hangpa dok kata aku membawa pecah belah buat parti PKR...klik marhaintua68.

Kebanyakan maklumat semenjak aku dok melayari internert dari zaman reformasi laporan-laporan dari web marhaen adalah 85-95% adalah benar terjadi, aku tak mengenali siapa sebenarnya penulis marhaen ni, tetapi itulah kenyataan..

Patutla bila otai-otai PKR yang keluar parti PKR masuk UMNO mereka tak hentam Azmin, sentuh sikit pun tidak,, yang mereka dok hentam DS Anuar Ibrahim,,, rupanya ada cerita disebalik tabir... Hebat permainan Dr Mahathir.dan setia sungguh Azmin seperti yang pernah dikatakan oleh sahabat-sahabat aku dari PKR... apa pun nak buat apa lagi dah,, Azmin 99% akan menjadi Timbalan Presiden PKR..kita tunggu sajalah...


Sunday, October 3, 2010

Semalam Batuk & Selsema, Pagi ini Jangkitan Kuman pulak...

Semalam menurut cerita dari bernama Batuk dan selsema punca Dr mahathir masuk hospital, tetapi pagi ini berita dari Spesisi Utusan melayau Kosmo pula melaporkan Jangkitan kuman pulak....

Keadaan Tun Mahathir stabil





He he.. kesian kat Ibrahim Ali, sempat ke tidak nak cium B*****., aku agak la... kuman-kuman yang menyerang ni mesti kuman-kuman anti melayu ni..... tak gitu....

Saturday, October 2, 2010

Pemimpin Ulong Racist Melayu Masuk Hosptal di Melbourne.

Salam Sejahtera...

Tak puas bercakap soal hak orang melayu di bumiMalaysia, terkam pi pulak ke negara Australia, pi nak bercakap hal-hal 1malaysia.... Baru batuk dengan selsema dah kena masuk hospital...



Apa pun sama-samalah kita berdoa memohon kepada Allah agar dipanjangkan umurnya dari 85 kepada 105 tahun. bukan apa, kita berdoa menyambung permintaan Allahyarham Mantan Presiden Dato Fadhil Noor, beliau mahu Dr Mahathir panjang umur moga-moga ia dapat lihat sendiri denagn mata kepalanya kemusnahan UMNO akibat dari perbuatannya sendiri...


Wednesday, May 5, 2010

Mari Kita Pakat Baca Surat Terbuka..

‘Kaki Dalam Kasut’ (atau dalam mulut?) !!!!!!!!!


Muaaaa....

Tak dapat den nak nolong ehh!!....


Sambung baca DISINI



Friday, April 23, 2010

Bapa Dajjal Atau Bapa Manusia !!!

Salam Sejahtera....

Tak betui tu..., tu anak saya cuma jadi Board Director Kilang Arak, tak pa aiih, tetapi yang Zaid tu betuii. waktu dalam zaman jahilliah UMNO dulu tu memang kaki arak,,, anak saya baik....


Friday, April 16, 2010

PRK P 094 - Kesian Kat Dia.. Merajuk Orang Tua tu..

Salam Sejahtera...

Dalam suasana sibuk UMNO mencari calun untuk kerusi Hulu Selangor aku dot tertunggu-tunggu juga dimana suara keramat pemimpin orang Melayu...

Binawe betui wartawan akhbar perdana, sorang pun tak ada yang nak pi interview orang tua mengenai calon di Hulu Selangor.

Tup-tup hari ini keluar berita...

"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,”

Baca Seterusnya..

Kesian kat dia,, sampai hati depa buat macam tu kat orang tua tu..merajuk sedih meraban dia... Melayu derhaka tu..

Mana Berahim Ali,,, mai la pujuk orang tua ni....

Saturday, March 27, 2010

Kepercayaan Orang Melayu Kepada UMNO dah terhakis..

Salam Sejahtera...

Apa cerita dengan Parti Melayu yang terbesar di dunia iaitu UMNO apabila penyokong parti tersebut yang terdiri dari orang Melayu dah hilang kepercayaan.. he he.. ini bukan aku saja nak tulis, walaupun aku sendiri dari dulu lagi semenjak di bangku sekolah Menengah tahun 1974 - 1978, aku dah mula hilang kepercayaan kepada UMNO, sampailah hari ini.

Kenyataan orang Melayu dah hilang kepercayaan kepada UMNO keluar dari mulut manusia yang menjadi Pelopor parti UMNO itu sendiri, DR Mahathir, BACA DI SINI.

He he.. padanlah sanggup pi jadi Tukang Rasmi Majlis Perkasa...., apakah Dr Mahathir sendiri hilang kepercayaan kepada UMNO atau pun UMNO yang tak suka kat dia.., mana satu betui...


Bodoh Piang Punya Melayuu..

Salam Sejahteraa...

Apa lagi yang boleh aku nak kata, selain dari bodoh,, apa tak bodohnya.., apa faedah yang dok pi tonyok keris sampai naik kelepek hidung tu.... apa faedahya... simbolik... phoorah.. apa yang simbolik...

Tak usah nak tonyok la keris tu..., kalau pi rodok perut yang pakai tengkolok tu ada faedahnya,, itu baru aku salute... itu baru Perkasa....
(gambar ehsan Malaysia Insider)



Saturday, March 20, 2010

Sultan Tak Mau, Mahathir pulon kat dia...

Salam Sejahtera...

Oleh kerana Sultan Selangor tak kebuloq nak pi rasmi Mesyaurat Agung Pertama PERKASA anjuran Ibrahim Alkataki, apa hal Tuanku sibuk nak pergi, kerja merapu,, Tuanku bukan Sultan orangMelayu sahja, seruluh Bangsa rakyat Selangor adalad rakyatnya, Tahniah Tuanku.., dapat menilai yang terbaik, tidak terpengaruh dengan UMNO dan NGO-NGOK kemelayuannya.





He he, Sultna dah tak kelapak nak pi, ada pulak, manusia spesis Mamak yang diMelayukan teringin nak pergi lagi, setelah tak tak lama dulu ditabalkankan seolah-olah macam raja Melayu juga,

Oii Jangan lupa, kut mana pun mamak speses ni pun kira OK juga, ada sedikit sebanyak macam raja-raja melayu juga apa, kan sewaktu ia jadi PM dulu dapat pingat DK 1, Darjah Kerabat Johor kalau tak silap aku.., selalunya pingat DK ni, keturunan raja saja yang dapat, tetapi simamak ni akibat keberaniannya mencabar kekebalan raja-raja melayu, secara tidak langsung keberaniany itu diktiraf oelh pihak istana.

Jadi kira Oklah, buat Ibrahim Ali, janjinya dulu, sewaktu ia bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kalau ia masuk UMNO kembali, akan akan cium bontot si mamak ni, nampak walaupun ia tak cium bontok, tetapi tertunailah sudah niat nya itu...

Selamat Bermesyuarat Agung Perkasa..., bertempik soraklah kamu dengan hidup Melayu...

Blogger Parpukari (PK House), Ampatuan JR, Antibarua tak ikut sekali ka.....

Mampoos UMNO!!!!….



Wednesday, December 23, 2009

Apaa Nama .. Apaa Nama... Saman Ajaa.

Salam Sejahtera..

Mula -mula Che Det dok cabar PM 1Malaysia buku mengenai kisah pemerintahan regimnya selama 22 tahun dibenarkan dijual di pasaran...

Kemudian berita tengahari tadi aku dok dengar Berita TV, Che Det akan menyaman Lim Kit Siang dan penulis buku Barry Wain.

Kalau dah suruh benarkan jual, lepas tu nak saman... serupa tak benarlah tu, bila dah adi kes mahkamah, tentu buku tersebut ditahan atas arahan mahkamah....

Sapa lah ya peguam yang dok menasihati Che Det ni ya...

Peguam Correct..correct... VK Lingam agaknya kut...

Berita Berkaitan : malaysiakini.

Friday, August 21, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Mahathir Membela Kasitah Gaddam..

Mantan PM Chet Det dalam blognya yang terbaharu cuba nak membela Bekas Menteri didalam kabinetnya cuba nak membela Kasitah Gaddam kononnya tak bersalah, kononnya Kasitah dibawakan kes ke mahkamah diatas perkara tersirat keatasnya..... kisahnya DI SINI.

Di sini aku nak quote satu daripada tulisannya yang aku rasa paling gampang dan bangsat.....

"10. Alhamdulillah. Tetapi fikirkan kerugian dan keseksaan yang dipikul oleh yang dituduh selama lima tahun."

Hangpa baca dan cuba hangpa faham.... Kenapa bila terkena ke atas kaum kerabat sepupu sepapat dalam UMNO yang kena maka disuruh pembaca berfikir masaalah kerugian dan keseksaan yang di tanggung oleh tertuduh.

Jadi bagaimana pula dengan hukuman ISA tanpa bicara, yang tidak tahu samada ada OKT itu bersalah atau tidak, sedangkan mangsa ISA lagi hebat teraniya, terpaksa merengkok dalam penjara.....terpisah dari dari anak isteri, hilang kasih sayang, hilangnya nafkah zahir dan batin, oiii banyak lagi nak kira kalau nak dibandingkan dengan apa yang berlaku kat Kasitah Gaddam.

Apa pun di sini, aku rasa bila kena kat batang hidung hangpa sendiri barulah kata penyiasatan buat tak habislah, tak ada keadilan, bagaimana pulak dengan siasatan SPRM, laporan yang kabor pun terus siasat sampai nyawa TBH melayang, buat siasatan pun sambil lewa... cuba nak memperbetulkan yang salah menjadi betul.....

Jadi jikalau kita semua mahukan keadilan sejagat tertegak dimuka bumi Malaysia, PRU13 nanti UMNO perlu ditumbangkan, Kem Tahanan Kemunting kita kekalkan, disitu nanti seharusnya kita letakkan pula Hisyammudin selaku menteri KDN, Khir Toyo, Ghani Patail, Zambri 786, Musa Hasan, Ahmad Said, dan ramai lagi yang tak mampu nak disebutkan, ini bukan dendam kesumat, ini sebagai pengajaran bagi mereka yang selama ini dok mempertahankan ISA dan menyalah guna kuasa... bagi mereka rasa dulu dalam 2 tahun... tengok ... apa depa nak kata pulakk.. baru ada akaiii.

Wednesday, April 22, 2009

Tun Mahathir.. Terima Kasihhh..

Orang tua ni merapu perasan macam dia masih  berkuasa lagi... dia tak setuju bila Najib lantik Nazri Aziz dan Johari Baharum menyertai kabinet rakyat. Nazri sebagai Menteri JPM hal-ehwal Undang-undang manakala Johari Timbalan Menteri Pertanian....
Cerita penuh DI SINI.

Aku nak tengok waktu Pak Lah jadi PM dulu bila Nazri di kritik amboi.. bukan main lagi Nazri mengamok.. tahap gaban punya marah.. aa lepas ni apa macam ada berani lagi!!!!!!
Apa pun Che Det terima kasih... kacau lagi lepas niii... bagi kaw-kaw punya......

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari