boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Kartika. Show all posts
Showing posts with label Kartika. Show all posts

Friday, April 2, 2010

Cantik,... Baguih Punya Hujah, Lepas ni Dapat Pingat Tertinggi TUN pulak.

Salam Sejahtera.

Tak sesia Allah kurniakan ilmu pengetahuan, kebijaksanaan kepada malaun sekoq ni, dengan ilmu yang bijaksana beliau menjadi tukang jawab cover line kepada satu pihak lagi... Apa pun aku tak boleh terima hujah ulamak Su ni...

Cuba baca hujah dari bijak pandai ugama yang tiada kepentingan diri dan ikhlas serta memandang jauh masa depan Islam di bumi Malaysia.....

“seolah-olah kuasa raja mengatasi undang-undang”.

“Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula.

“Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahn juga diampunkan,”

Baca seterusnya DI SINI.

Apakah dengan kejadian yang berlaku ini adalah dengan kehendak Allah SWT yang mahu menunjukkan kepada kita sikap alim ulama dan bijak pandai Islam terhadap hukuman dan arahan yang maha Esa itu.. Wallah Huaklam.

Orang Lain Tolong Jawab...

Salam Sejahtera...

Semalam walaupun dalam kepenatan seharian, aku cuba juga updatedkan entry aku yang tak puas hati dengan apa yang terjadi semalam DI SINI.

Memang tak boleh nak harap pun pada pauak-puak yang bertitlekan agama, harap ke pingat dan gelaran ajalah.... moga-moga pingat dan gelaran tu nanti boleh memberi syafaat sewaktu mengadap Allah di rabbul jalil nanti..

Alhamdulillah, rupa-rupanya ada lagi badan-badan lain yang lebih berani dan bertanggungjawab dari pihak-pihak di atas tu...


SIARAN MEDIA PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Isu: Peringanan Hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor

Untuk Siaran Semua Media

PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) menzahirkan perasaan amat dukacita dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang yang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Kartika Sari Dewi Sukharnor dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.

Titah perintah ini langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat secara syarie atas kesalahan yang dilakukan sendiri olehnya. Kartika juga telah menghadapi pelbagai tekanan supaya merayu terhadap hukuman sebatan syarie tetapi masih cekal mahukan undang-undang Islam dilaksana ke atasnya.

PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai Ketua Agama Negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah. Hak dan kuasa sebagai Ketua Agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri.

Di samping itu pula undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak. Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada Hukum Syarak.

PPMM juga musykil peringanan hukuman tersebut dikatakan atas faktor kemanusiaan sedangkan hukuman tersebut sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya.

Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diampuni pekenan oleh DYMM Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah. Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan Hukum Syarak. Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini.

PPMM juga menyelar ahli-ahli politik termasuklah menteri-menteri, ketua pembangkang dan NGO-NGO lain yang membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka demi mengaut keuntungan politik atau populariti dalam isu ini.

PPMM menegaskan setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.

Bertarikh pada 1 April 2010

Di Bangi Selangor

Abdul Halim Bahari

Setiausaha Agong

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Tel: 019 3102552


Komen: Alhamdulillah, ada lagi badan-badan lain yang berautority memberi pandangan demi kebaikan Islam, kalau nak harap pada yang itu, main fatwa pegang lilin pada mendiang TBH ajalah..

Thursday, April 1, 2010

Majlis Fatwa, Tuan Mufti dan Alim Ulama.. Tolong Perjelas sedikit..

Salam Sejahtera..

Aku tak ada authority mengenai hal ehwal hukum Islam, sebab bukan biadang aku, bidang aku cuma pandai kata kat orang kalau tak betui pada pandangan mata kasar aku....

Cuma di sini, aku jadi keliru, kenapa keliru, hukuman yang sedia ada yang telah ditetapkan mengikut hukum Allah telah pun diselewengkan oleh pejabat Agama Islam, OK lah, daripada tak buat langsung dibuatnya sikit, itu pun aku tau kut mana ijtihadnya....

Yang lebih haru biru lagi, ada lagi perubahan hukuman selepas tu..., ni nak kata hukum apa...!!!! Tan Sri Dato Seri Mufti..., bila dah dapat pingat dan gelaran hebat janganlah pula malu-malu nak beri fatwa hukum sebenar!!!....

Baca DI SINI..


Wednesday, March 3, 2010

Masyaallah..

Salam Sejahtera...

Aku tak tau nak kata apa.., nak komen pun tak berani,, sungguh bab macam ni aku takut, isu sebegini rupa aku tak sanggup nak komen banyak,, kang tidok dalam lokap dulu, biarlah aku tak popular macam Aduka Taruna, tahap kekuatan semangat yang ada dalam diri ku ini tak setanding atau sehebat kawan-kawan yang lain, yang ada hanyalah keluhan, kenapa boleh jadi begini, .....

Klik di DI SINI

Thursday, December 24, 2009

Isu Sebat Kartika..Bila nak dilaksanakan..

Salam Sejahtera...

Kuliah magrib bulanan dari Ustaz Ramli Wahab dari Gopeng, memang aku tak lepas, banyak ilmu pengajaran yang aku dapat dari beliau...

Cuma aku nak quote sikit apa yang beliau sampai... soalannya kepada pendengar kuliahnya.. apa yang kerajaan BN laksanakan kerja-kerja Islam di malaysia ini...

Sampai nak jalankan hukum sebat kepada Kartika pun tak dapat dilaksanakan lagi, sedangkan Kartika dah rela untuk disebat, menurut beliau ada beberapa orang ternama sewaktu Kartika ditahan semasa minum arak.. mungkin orang ternama tu takut terlibat sama agaknya... itu yang hukuman sebat belum dilaksanakan.

Bila Ustaz menyoal apa yang kerajaan BN lakukan terhadapa arahan Allah, aku ingat nak jawab.. tapi kedudukan aku januh sangat ke belakang... jawapan aku hanya ada satu suruhan atau arahan dari Allah yang kerajaan UMNO laksanakan di Malaysia... iaitu Kutipan Zakat... hangpa boleh tengok, dalam TV ada dok siar iklan, kat billboard besar pun ada, semua suruh umat Islam bayar Zakat... pasai apa ya...sembahyang, puasa depa tak suruh macam tu pun..tolong bagi tau kat aku !!!

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari