Harapan aku pagi ini rakyat Malaysia semuanya ceria belaka,,, jangan murung macam ayam berak kapoq pulaq kerana minyak naik dua kupang....
Cuba hangpa perati orang umno? relax aja... tau tak kenapa ?
boikot
Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Duit Raya. Show all posts
Showing posts with label Duit Raya. Show all posts
Tuesday, September 3, 2013
Wednesday, December 21, 2011
Arab saudi penganggur dapat RM1,700 sebulan, Malaysia keluarga menteri dapat RM250 juta..
Arab Saudi negara pengeluar minyak, berapa harga minyak seliter jika nak dibandingkan dengan negara Malaysia yang juga negara minyak...
Terkini setiap rakyat Arab Saudi yang mengganggur dapat SR2,000 seorang setiap bulan, kat Malaysia kena tunggu dekat PRU rakyat baru nak rasa RM500 sekali dapat untuk satu keluarga, pelajar dapat sekali seorang seratus...
Menteri-menteri UMNO punya keluarga , beli cincin permata berjuta-juta, bercuti luar negara, duit projek lembu RM250 juta, untuk rakyat, untuk kaki tangan awam, dapat apa..... 1Malaysia......
Friday, September 10, 2010
Duit Raya..
Salam Sejahtera dan selamat hari Raya...
Alhamdulillah, pepagi ini kita beraya, raya hari Jumaat, banyak rahmat Allah pada pagi ni, apa tidaknya, selesai sahaja sembahyang subuh, hujan turun dengan lebatnya, alhamdulillah, hujan setelah selesai solat subuh, kalau belum masuk waktu subuh, sahih dengan aku sekali pakai sembahyang kat rumah sahaja...
Biasalah pada musim perayaan ni, menjadi salah satu agenda penting buat kita orang Melayu, entah hadis dari perawi mana pun aku tak tau... iaitu bagi duit raya...
Memanglah benda tu tak salah, pada zaman aku kecik-kecik dulu, duit raya bukanlah tujuan utama, time tu kami beraya nak makan ketupak dengan daging dan lauk ayam, maklumlah nak makan daging atau ayamg kena tunggu raya setahun dua kali, atau pun juga musim kenduri kahwin, kalau tidak selalunya makan lauk ikan gelama patah tengkok menjadi lauk sajian utama..
Bila 40 tahun berlalu, ayam dan daging dah tak menarik perhatian lagi dah, yang penting buat kanak-kanak ialah duit raya, zaman aku pun dapat duit raya, sekadar sekupang (sepuloh sen), kena rumah yang berada sikit dapatlah 20 sen.. itu sahaja..
Tetapi sekarang entah dah jadi trend nak raya... itu satu hal... Aku teringat bila tazkirah oleh Ustaz Eddy Amin pada minggu lepas, beliau berkata kita telah melakukan kesilapan.. apa tidaknya,, Allah menggalakkan kita bersedekah pada bulan ramdhan, tetapi kita bersedekah dah habis bulan ramdhan, bukan tak boleh, cuma kalau dalam Ramadhan pahala berlipat kali ganda.. tetapi dah lepas ramdhan pahala sedekah biasalah, itu pun kalau bebudak yang dapat tu digunakan kepada jalan berfaedah, buatnya ia dapat pi cybey cafe, entahlah...
Jadi nak rengkas cerita, sempena hari raya ni, hangpa dah tentu baca dah pamplet yang aku letak kat blog aku tu... itu adalah program kedua biro pelajaran PAS Kawasan Lumut, yang pertama ialah projek SRI Taalim, dan pun terlaksana dengan jayanya. alhamdulillah.
Kini PAS Kawasan Lumut merancang untuk membuat Pondok Sri Taalim untuk pengajian hadis, segala pengaenalan, visi dan misi dan pun tertera didalam tu, nombor akaun bank juga pun terdapat.., jadi tunggu apa lagi.. jangan risaua, pemberian apa ini akan diberi pulangan yang berlipat kali ganda..., kalau duit raya untuk kanak-kanak boleh disediakan, apalah salahnya untuk tabung pembinaan pembangunan Pondok Sri Taalim, Insyaallah..
Selamat menjalani program berhari raya.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
