boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Halal-haram. Show all posts
Showing posts with label Halal-haram. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

Kenapa sekarang baru nak siasat...

Salam Sejahtera,

Inilah salah satu tajuk utama Harian Metro hari ini!!...


Bila dah dah sebut bir arab sudah tentu bir ini....




Cuma yang aku rasa kecewa, aku pun dah berbotol-botol turut sama minum, mula-mula keluar tak berapa berani, tetapi bila bir ini Ustaz yang jual, Ustaz pulak yang ajar bab akidah, jadi aku pun beli,, 3 botol RM10.00,balik bubuh dalam petisejuk, bila dah sejuk baru minum...pergh....

Kemudian bila Tesco dibuka di manjung, ada satu kedai dalam tesco, nama pun nama arab kedai tersebut.. Little Dubai, dia jual semua produk arab, kat kedai ni lagi murah, 6 botol baru RM16 lebih, jatuh satu botol RM2 lebih,, lagi murah dari Ustaz dok jual,, aku beli lagi,,

Nasib baik lepas tu aku tak berapa boleh minum lagi, kerana ada kesan dengan penyakit ghout... jadi aku dah berhenti tak minum lagi..

Apa yang aku kesalkan kenapa dah bertahun-tahun bendaalah ni ada dipasaran, dan beratus ribu umat Islam yang menogaknya, baru pihak yang bertanggung jawab nak buat siasatan....

Berita penuh di SINI .




Friday, April 22, 2011

Hukum mana yang betul ni...

Salam Sejahtera,

Tak tau nak kata macam mana,, kalau yang bijak pandai dari segi hukum agama tak boleh bagi kata sepakat, bagaimana kedudukan orang awam macam aku ni,,

Nak kata berlainan mazhab tidak pula, nak kata pengikut salaf atau wahabi bukannya negeri Perlis, tak bolehkah duduk berbincang, semak balik, baru keluar ijtidah, tak kan perkara sebegini pun boleh jadi khilaf...

Kat Perak tak boleh,, jadi kalau agak-agak teringin juga boleh pergi cari ke negeri sempadan iaitu Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang.

TERKINI

Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco

22/04/2011 5:46pm

SEPANG 22 April - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. - Bernama

,

Thursday, September 30, 2010

Nasib Golongan Miskin, Mudah berpenyakit, halal haram belum tentu...

Salam sejahtera...

Mungkin kita yang berpendapatan sederhana, mungkin tidak terlibat, namun aku sendiri sewaktu mula-mula kahwin dulu, pun sama juga, pi beli minyak masak kat pasar malam, pakai tong punya, memang murah,, rupanya bila dapat tau, minyak tu, minyak second hand, semenjak itu aku tak beli lagi, aku terus beli minyak yang packing botol, tak kira apa brand, janji goreng pon sodap....



Aku ingat kes ni dah selesai dah, rupanya semakin bertambah haru biru lagi,, di Melaka dan Negeri Sembilan heboh lagi bab minyak masak ni... Kesucian minyak_dipertikai.

Apa pun jangan ingat kita tak kena, sebab kita dok makan minyak beli kat supermarket botol punya, cap pisau, vee sawit dan sebagai nya, 100% kita makan kat rumah?!!!..., bini masak,..bibik yang masak,.....
Apa cerita yang dok makan kat warung, kat kantin, kedai mamak zambry 786, beli nasi bungkus...., yang jenis bawa mangkok tingkat (Sia) semua tu apa cerita, orang meniaga nak untung, makanan dijual nak kena murah, jual mahal orang tak beli nanti, nak tak nak, guna bahan-bahan masakan yang murah, yang penting sodap, besok orang mai beli lagi, halal haram belum tentu tau...






Thursday, March 11, 2010

Ramai Yang Dah termakan ni...

Salam Sejahtera...

memang sedap, memang lazat, cukup mudah untuk jadi taik gigi. bila di makan....


Tapi sayang ada logo halal , tapi tak sah pula...


PENGARAH Bahagian Hub Halal Jakim, Saimah Mukhtar menunjukkan logo halal tidak sah pada bungkusan kuaci yang disita ketika membuat pemeriksaan di sebuah kilang membungkus kuaci, di Taman Perindustrian Balakong Jaya, 10 Mac. - Utusan/ISMAIL KAMADIN


Nak tau kisah cerita selanjutnya masuk ke blog ondscene.















Wednesday, March 10, 2010

Punyalah Seronok!!! Lupa halal haram....

Salam Sejahtera!!!

Tak peduli halal haram.... inikah sikap sebagai orang Islam...., hukum Islam dah tak ambik peduli, inikan pula pasal undang-undang kat Malaysia ni huru hara, banyak yang boleh dipertikaikan dan berpihak kepada parti pemerintah...,


Temui sifu selepas lebih 30 tahun: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memeluk bekas pegawai kanan wanita, Lee Yoke Lin, 75, yang banyak memberi tunjuk ajar ketika mula-mula menyertai pasukan polis apabila dipertemukan melalui inisiatif Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.
Mar 10, 2010 7:34 am



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari