Salam Sejahtera...
Tinggal lagi kurang lebih 20 hari sahaja lagi, untuk kita melangkah ke tahun baru masehi selepas 2 hari sudah kita menyambut tahun baru hijrah...
Terasa masih baru lagi Muktamar Agung PAS Jun 2009 di Shah Alam Selangoryang lalu, tinggal kenangan yang cukup besar buat diri aku sendiri, namun sebenarnya itulah kuasa Allah melebihi dari apa yang kita merasai dan IA Nya amat mengetahui segala-segalanya yang akan berlaku..
Dan sudah semestinyalah tahun depan 2011 selepas dua tahun berlalu, PAS semestinya akan mengadakan muktamar dan pemilihan lagi sekali, Dimana pula PAS akan bermuktamar kali ini, Giliran negeri Pakatan yang masih belum ialah di Kedah dan Pulau Pinang, sebab tahun 2008 di Perak, 2009 di Selangor dan tahun ini di Kelantan.
Lantak pi lah kat negeri mana nak diadakan muktamar, yang penting bermuktamar, biar perwakilan dapat melepaskan apa yang terpendam untuk kebaikan parti pada masa-masa akan datang..
Disini aku ingin melepaskan harapan dan keinginan aku buat pimpinan PAS, parti rakan PKR telah pun mengadakan pemilihan dengan format baru, dan ini amat membanggakan sekali imej Pakatan Rakyat, iaitu dengan memberi peluang kepada semua ahli parti mengundi untuk melantik pemimpin parti yang baru.
Maka disini, aku amat mengharapkan, format yang dilakukan oleh parti PKR itu bolehlah kiranya diguna pakai untuk pemilihan parti PAS pula, mungkin dengan beberapa pembetulan atau pembaikan agar dapat berjalan dengan lebih sempurna, yang penting bagilah kepada semua ahli parti mengundi..
Sering kali pimpinan PAS menyindir akan parti lawan terutamanya UMNO dan juga SPR yang bertanggungjawab dalam urusan Pilihan Raya masih ketinggalan zaman dan belum lagi ada pembaharuan,.... memang betui dan aku tak nafikan, Jadi buat PAS, janganlah hanya pandai mengata kepada lawan, diri sendiri seharusnya dapat membuktikan sesuatu pembaharuan kepada parti lawan.
PKR sudah pun melaksanakan pembaharuan tersebut, walaupun banyak kelemahan yang berlaku, namun itu semua boleh diperbaiki dan jika nak dibandingkan dengan PAS, PKR adalah parti baru beberapa tahun ditubuhkan, berbanding dengan PAS yang merupakan parti paling senior..
Cukuplah dengan peristiwa pemilihan parti 2009, yang dah lalu biarlah berlalu,, yang akan datang tu, biarlah dengan pembaharuan, tak malukah parti kita kepada parti rakan PKR yang walaupun baru dan masih mentah namun dapat melaksanakan ketuanan rakyat dan apa itu demokrasi..
Wallahhuaklam...
Muktamar PAS tahun 2011 akan datang merupakan muktamar penting untuk menentukan masa depan PAS.Muktamirin wajar menjawab beberapa persoalan sebelum melakukan sebarang pemilihan,walau diperingkat mana pun.Persoalannya:
ReplyDelete(1) Anta sudah membuat pemilihan pada tahun 2009,sudahkah orang yang anta pilih itu melaksanakan tugas dan kewajipan sebagai mana yang anta harapkan?
(2) Apa reaksi majoriti ahli tentang orang yang anta pilih itu?
(3) Sudahkah orang yang anta pilih itu melakukan sesuatu atau banyak,yang membawa faedah atau keuntungan kepada parti atau sebaliknya?
(4) Faham dan sadarkah anta bahawa pemilihan yang akan anta buat pada kali ini(jika belum berlaku PRU Ke13)akan menentukan sama ada PAS akan berjaya dalam PRU akan datang atau sebaliknya? dan
(5) Akhirnya,sebagai Perwakilan yang dipilih oleh kawasan anta,sudahkan anta tahu dan mengetahui akan keadaan,kedudukan dan suasana politik PAS,sama ada diperingkat negeri,mahu pun Pusat,untuk dijadikan panduan bagi anta membuat pemilihan dimuktamar 2011?
Inilah persoalan-persoalan yang wajar diteliti oleh semua perwakilan sebelum melangkah keluar dari kawasan menuju kemuktamar 2011.
muktamirinveteran..
ReplyDeleteUntuk pengetahuan, aku belum pernah menjadi perwakilan ke muktamar PAS....
Itu pasallah, aku amat berharap PAS memberi peluang kepada semua ahli mengundi untuk pimpinan yang akan datang..
Sdr. Manjungmari,
ReplyDeleteAdapun kuasa memilih AJK Kerja PAS Pusat diberi kepada perwakilan PAS Kawasan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2009). Sila rujuk http://perlembagaanpas.blogspot.com/2010/03/fasal-16.html , untuk melaksanakan usul atau cadangan satu ahli satu undi, maka perlu ada usul dari perwakilan PAS Kawasan dibawa ke dalam Muktamar PAS untuk meminda Perlembagaan PAS mengikut Fasal 77 sila rujuk http://perlembagaanpas.blogspot.com/2010/05/fasal-77.html .
Demikianlah saranan saya.
mohon copy boleh x TUAN?
ReplyDeletekalau hang jadi perwakiln pun kecut teloq jugak hang bila kena warning dengan puak puak radikal pemimpin tinggi di ataih sana,,,
ReplyDeleteaku tahu la,,, dulu aku pun jadi perwklian 2 kali,,namun aku paksa juga berkata kata,, last last aku kena terminate dari perwakilan ataih arahan pemimpin tertinggi parti. sekarang ni aku dok ataih pagaq je,,,tapi apa apa pun tetap sokong paih lagi