boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Yahudi. Show all posts
Showing posts with label Yahudi. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Soalan Buat DS Najib - Apakah Kerajaan Haram Zionis Istael di restui Allah,

Rasanya setiap tahun datangnya Ramadhan berapa juta umat Islam menunaikan solat tarawikh di Masjidil haram Mekah terutama sepuloh malam terakhir,, malah ada yang mengatakan lebih ramai dari jemaah musim fardhu haji... 


Friday, June 1, 2012

Senator Amerika Keturunan Yahudi Kunjungai DS Anwar..






SEKARANG DAH JELAS SIAPA SEBENARNYA PENYOKONG YAHUDI!! 

INI FAKTA BUKAN AUTA SIAP BERGAMBAR LAGI TAU!!! TAPI APA PASAL TAK KELUAR DALAM TV3 ATAU UTUSAN FRONT PAGE.? PELIKKAN?

OK KORANG TAHU TAK SIAPA JOHN MC CAIN DAN JOSEPH LIBERMAN? 

MEREKA BERDUA NI SENATOR AS BERDARAH YAHUDI YG PALING PEKAT DN PENYOKONG KUAT ISRAEL LAKNATULLAH.

HARI NI DALAM SEJARAH MEREKA BERKUNJUNG KE PEJABAT NAJIB DAN MENJADI TETAMU VVIP.

DENGAN PERANAN SEBAGAI PELOBI YAHUDI BOLEH BUAT APA SAJA DI DUNIA INI

BAGI AKU TAK KESAH LAH BILA UMNO MEMANG ADA KERJASAMA DENGAN YAHUDI TAPI BAGITAHU LAH PADA RAKYAT CERITA SEBENAR .JANGAN MENIPU.JANGAN TUDUH PIHAK LAIN PULAK.JADI LAH MANUSIA YG NAGKU BERAK TENGAH JALAN, TAIK TU DIA YANG PUNYA.JANGAN MALU..

TAPI YG PELIK NYA LEMBU2 UMNO TERMASUK LIDAH BIAWAK UMNO MATI MATIAN TUDUH DSAI PENYOKONG YAHUDI..

KALAU BENAR MENGAPA 2 SENATOR TU TAK BUAT KUJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DSAI?

Saturday, July 23, 2011

Panas Meletup - Yahudi Antarabangsa dah mula marah dengan Najib...

Salam Sejahtera,

Ambik ko UMNO,,, masa nak menulis tak ingat hari yang akan mendatang, sekarang apa cerita beb,

Salah satu sebabnya Najib pi mengadap Pope Paus di Vatican tu pun adalah disebabkan ada kaitan dengan tuduhan BERSIH ada kaitan dengan dakyah Kristian,, selesai satu hal,, tetapi bila tuduhan BERSIH ada kaitan dengan Yahudi, belum settle beb,,, Yahudi Sedunia dah naik angin...

.




Hebat Malaysia, hebat Utusan, baca di bnaibrith. ,


Apakah APCO dapat menyelesaikannya...




Thursday, August 26, 2010

Kenapa YAHUDI Bijak...

Salam Sejahtera...

FO3M telah menghantar e-mail ni kat aku malam tadi, yang aku siarkan untuk perkongsian kita bersama, banyak faedah yang boleh kita ikut, kalau kita mahun generasi kita berjaya....

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

by Danish Irfan on Wednesday, August 25, 2010 at 2:28am

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Thursday, August 19, 2010

Apa Kata UMNO ?!!.. PM pun dengar Tazkirah...

Entah apa mimpi, atau tersesat atau pun juga sekadar lakonan wallahhuaklam..

Gambar kandid ini dirakamkan semalam, di Masjid As Salam, Taman Medan. Nyata DS Najib amat 'sempoi' mendengar tazkirah selepas solat maghrib. Beliau kemudiannya menunaikan fardhu Isyak dan solat tarawikh bersama kariah setempat..

gambar dan sumber cerita dari taipingmali.

Sumber gambar dari SINI

Apa pun bersangka baik lah kita terhadap kesudian PM yang sudi mendengar tazkirah tu, moga-moga selepas ni diberi hidayah sempena bulan ramadhan al mubarak, mungkin 40 ulama muda yang joint UMNO tu tazkirahnya kurang ummphhh...

Kalau selepas ni, tak ada apa-apa perubahan, sama juga,,, saman ekor tetap kena bayar selepas bulan Feb 2011 nanti, harga barang keperluan semakin asyik dok kena selaras, Polis semakin bermaharaja lela, Musa Hasan masih dapat sambung jawatan IGP, dan banyak lagi perkara-perkara yang menyakiti dan menindas rakyat marhaen, ....

Maka dengan itu, aku berani mengatakan Manusia bernama Najib bin Abd Razak selaku PM Malaysia tidak mendapat hidayah dari Allah, dia hanya mendapat nasihat dari APCO Yahudi laknatullah....
Updated: Cerita sebenarnya mengenai gambar tersebut di atas baca detikdaily.

Sunday, June 27, 2010

Kes Tangkapan Ustaz Ibrahim - Punca 40 Ulama Muda sertai UMNO..

Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di Kuala Lipis lebih kuran jam 12.30 tengahari tadi, setelah 5.30 jam memandu, jalan yang aku lalui Manjung-Kampung Gajah-Tapah-Cameron Higland-Ringlet-Sg;Koyan-Kuala Lipis, jarak perjalanan 270 km, jarak dekat, cuma lama waktu memandu!!

Sekarang aku dalam bilik bilik hotel Jelai.relax..., broadband sini OK,,, Wifi ada tapi ada passworde pulak, malas nak pi tanya receptionist......, besok aku nak teruskan mission yang terpaksa aku laksanakan....

OK, kita balik kepada perkara tajuk di atas,, semalam sewaktu dok menunggu giliran nak beli nasi dagang di pasar malam, databg seorang sahabat, mai cerita kat aku, mengenai Ustaz Ibrahim yang ditahan di Mesir SINI. Menurut sahabat Ust Ibrahim kini ditahan di sel bawah tanah, yang kedudukannya tak dapat dikesan.., lagi pun sekarang musim panas...

Menurutnya lagi, Kes tangkapan Ustaz Ibrahim dijadikan sebagai ugutan kepada 40 orang ulamak muda yang masuk UMNO jumaat lepas, apa tidaknya, seperti yang kita ketahui seperti yang diwarwarkan 40 ulama ini, semuanya grade dari Timor Tengah, itu pasal mereka diugut,,, Ustaz Ibrahim kena tangkap dijadikan contoh kepada mereka, biasalah orang muda, belum mantap lagi, kena ugut sikit ketaq kepala lutut...

Inilah UMNO, bila APCO jadi penasihatnya,,,,

Lagi sekali aku memohon kepada pembaca-pembaca, marilah kita sama-sama mendoakan agar Ustaz Ibrahim disegerakan pembebasannya, kasihanilah kepada anak-anaknya yang masih kecil, cukuplah penderitaan yang lalu di tahanan ISA kemunting...

Monday, June 21, 2010

Haji Jamaliddin Yayasan Amal...

Salam Sejahtera...

Malam minggu yang lepas, satu ceramah mengenai pengalaman oleh anggota Misi Keamanan Malaysia di adakan di Surau Taman Terus Maju Setiawan.

Pada mulanya malas nak pegi, sebab letih balik makan kenduri dari Manong, pukul 5 lebih baru sampai rumah, tetapi bila mengenangkan penceramah dari jauh boleh datang, kita yang dekat tak pergi meraikannya.. apa hal...

Aku sampai pun dah 8.00 lebih dah, dah lama dah ceramah bermula yang disampaikan oleh Tuan Haji Jamaliddin Elias, Timbalan Yayasan Amal Malaysia, ceramahnya siap dengan pertuntukkan gambar dan filem mengenai misi dari Malasyia yang sempat aku tengok bermula di Turki sehinggalah misi pelayaran kapal Mavmara ke Gaza.

Banyak cerita-cerita yang menarik dari beliau, tetapi aku nak cerita dua sahaja,, yang pertama menurut Haji Jamaludin, komando Israel nisewaktu melakukan serangan keatas mereka di kapal dalam perjalanan tu penakut, penakut sungguh, walau pun senjata dua tiga jenis mereka memiliki, samapai tahanan melihat wajah mereka pun mereka tak bagi, serangan ke atas mereka di kapal tu menggunakan beratus-beratus anggota untun menahan sebuah kapal yang tak bersenjata...., bila dia sebut bab penaku macam tu, he he teringat aku kat UMNO, pun penakut pahit.., harap berani bila nak menghadapi PRK dengan menggunakan polis, SPR dan segala benda harta kerajaan...

Kedua mengenai kalimah sebutan takbirrr, Allah Hu Akbar, jangan main-main dengan sebutan tu, memang menimbulkan kegerunan dari pihak musuh, dan semangat mereka pun naik.., ha ha.. itu pasal penyokong PAS dok mengamalkan tu,, nak lawan dengan toghut UMNO ni pun sama jugalah dengan isreal...

Kemudian pengakuan dari Haji Jamaludin, mengenai segala derma-derma yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia, mereka sampaikan kepada kumpulan Hamas sendiri, itu pengakuannya.

Sebab utama yang aku nak pergi dengar ceramahnya ialah, ada dua tiga blogger kekawan kita sebelum ni ada mengatakan yang Haji Ibrahim ialan yang selalu dok komen dalam blog-blog termasuk blog aku, jadi malam tu selepas habis sembahyang sunat Isya, aku terus pi dekatnya menanyakan sendiri padanya, apakah benar seperti yang diceritakan oleh 2-3 blog sebelum ini, tetapi rupanya salah orang, beliau berkata bukan dirinya....

Kemudian nak hilang malu disebabkan pi tanya soalan bodoh tu, aku tanya lagi,, ada kosong lagi ka untuk yang berminta nak ikut serta dalam kerja-kerja amal ke Palastine tu, beliau kata ada, namun tak sempat cerita lagi, masuk seorang jemaah tanya lain soalan pulak, tak sempat nak jawab soalan aku tu...

Di sini aku menyeru buat pembaca, sesiapa yang mempunyai rezeki berlebihan boleh lah menderma ke Yayasan Amal tu, kerana sedekah, derma amal jariah dari semua masyarakat amat-amat diperlukan mereka untuk tujuan-tujuan amal... No akaun bank ada tertera di kad Haji Jamaliddin tu..No hpnya 019-6644796.

Saturday, June 12, 2010

Cetusan Pagi Sabtu...

Alhamdulillah...

Aku selamat sampai balik ke Manjung pada jam 11.45 mlm tadi, selepas bertolak dari Kuarter KLIA hampir jam 6.00 ptg,. Ingat nak balik awal daripaad waktu tu, tetapi itulah, kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukan, turunnya rahmat hujan sebaik saja nak keluar dari pintu rumah adik ipar ku, terpaksalah masuk balik kerumahnya, dapatlah anakku yang baru pulang itu berbual dengan lebih mesra dengan Mak Tehnya....

Dalam perjalanan balik di Lebuhraya PLUS, cadang tu nak save budjet, nak exit ikut Kelang, dah keluar,,, woiit masyaallah, jammed seteruk-teruknya, penuh dengan lori trailler, patah balik nik PLUS balik,, rupanya keluar mulut buaya masuk mulut rimau, apa tidaknya, selepas saja exit keluar ke Shah Alam dan Kuala Selangor, jammed juga... lagi teruk jamnya, sampai ke selepas susur keluar ke Kuala Lumpur Kuantan dan Utara Rawang dan Ipoh..., baru lapang sedikit jalan raya...,

Apa pun ini ada hikmahnya disebalik kejadian tersebut, memberi pengalaman belajar memandu kepada dua orang anak jantan aku..., yang mana anak bongsu aku tewas separuh jalan, tak boleh nak sampai ke Manjung memandu kereta, apa tidaknya,, entah macam mana pengawalan gear antara klac dan minyak, enjin kereta aku 3-4 kali mati tengah jalan dalam kesibukan jammed... dengan itu sedikit sebanyak dapat pengajaran memandu... walapun dalam keadaan suasana yang cukup memberhaya, masing-masing kami penumpang kering darah dalam kereta... satu advanceture percuma dalam perjalanan balik... manakala anak jantan aku yang ke3 dua kali buang air besar akibat kejutan mati enjin kereta dalam perjalanan, apa tidaknya kenderan di belakang dah ponk-ponk tekan horn...

Selepas RR Tanjung Malim, anak aku yang ketiga pulak ambik alih tugas memandu, aku semalam hanya sebagai dirving instructure..., walaupun aku tak memandu,, oii letih juga... apa pun terima kasih aku ucapkan diatas doa seorang pengkomen setia blog aku....

une 11, 2010 11:45 AM

Anonymous Anonymous said...

hoi babi semoga perjalanan balik kau ke serimanjung akan dilanggar lori treler dan terus mamposssssssssssssss kat situ jugak amin,,,

June 11, 2010 12:25 PM


Inilah nilai dan sikap akhlaq manusia bangsa Melayu hasil didikan UMNO dan Yahudi.. malas nak komen banyak.

Sewaktu di Airport seamasa dok menunggu ketibaan anak aku, sempat bertemu ibu kepada kawan baik anak aku yang sama-sama belajar di Jordan, Puan Sabariah, beliau menceritakan mendapat SMS dan bertanyakan kepada aku, bagaimana cerita sebenar mengenai team aktivis NGO MERCY yang di bom,,, aku kata tak tau pulak, tak dengar apa-apa cerita pun....

Rupanya sewaktu dalam perjalanan balik malam tadi, HP bini aku pun dapat SMS yang sama, kawannya yang hantar.. manakala pagi ini aku masuk satu blog naimnikmat. pun cerita yang sama "

Innalillah wa inna ilahi rojiun....


Baru saja dapat khabar berita dari Dompet Dhuafa: Ambulan Team Mercy yang bawa doktor2 dari seluruh dunia menuju ke Palestin di bom Yahudi Laknatullah.

Seramai 19 orang terkorban.

Mohon doanya dari seluruh mukmin/mukminah.

Dari DDR & Dr. Jose Rizal.

Sebar2 kan..


Pencipta SMS ini pun sama sejenis manusia haram jadah seperti pengkomen blog aku yang diatas... kenapa mereka cerita-cerita sebegini... Sedang cerita ini Mercy Malaysia nafi ambulans diserang/,

Nampaknya isu kebiadapan Yahudi telah diambil kesempatan oleh pengendali-pengendali telefon mudahalih Malaysia yang inigin mengaut keuntungan dari SMS.., Hinanya umat Islam Malaysia dipermain-mainkan oleh Yahudi di Gaza dan anak didik Yahudi di Malaysia... Inilah salah satu hadiah 50 tahun UMNO memerintah negara....

Mampoos UMNO!!!!….


Tuesday, May 11, 2010

Kesian..Pengundi Hulu Selangor....

Salam Sejahtera....

Kenapakah kes ini dibentangkan dimahkamah selepas PRK Hulu Selangor.....



Kalau dulu..., UMNO tipu Melayu, MIC tipu India, MCA tipu Cina,, tetapi kali ini MIC tipu, India, Melayu dan Cina..., Guru penipu MIC ialah UMNO, Guru Menipu UMNO sapa???!!.. APCO, siapa APCO... YAHUDI...




Wednesday, April 28, 2010

Yahudi Lagi..Oii Banyaknya.

Bukan Sahaja yahudi, Tapi Anak Cucu Juga.

Oleh Azizi Hj Abdullah

Sahabat saya, Dinsman menulis dalam ruangan ‘Wacana Budaya’nya keluaran harakah 16-18 April 2010 bilangan 1531 mengatakan bagaimana Yahudi Israel sudah masuk ke rumah kita.

‘Masuk buat apa?’ Tanya Makngah Piah dari Felda Gedangsa yang baru habis letih mengurus makan minum Wanita Umno di pilihanraya kecil Ulu Selangor. ‘Masakan jantan Israel ada selesa nak rogol perempuan Melayu?’ Tanya pula Siti Som, jiran tetangganya.

Memang pun Yahudi Israel sudah masuk ke dalam rumah, setiap rumah kita. Kalau ada yang rajin nak buat kira banci, rumah orang besar-besar, pemimpin-pemimpin lagi banyak yahudi Israel masuk. Dari perabotnya sehinggalah seluar dalam. Sudah lama mereka rogol budaya dan maruah negara. Sudah lama ‘Millah’ mereka bermaharajalela.

Kalau rajin teliti, di Palestin dan di Gaza sendiri belambak-lambak Yahudi Israel masuk dan diguna pakai pula oleh ramai rakyat Palestin mahupun di Gaza.

Tenguklah pakaian anak-anak muda Palsetin ketika membaling batu ke arah keretakebal Israel. Seluar jenama apa yang mereka pakai? T Shir jenis apa yang mereka pakai? Tali pinggang apa yang membelit mereka? Itu tak periksa beg kulit, dompet duit lagi. Itu tak tenguk Coca-Cola yang mereka minum. Multimedia dan telekomunikasi siapa punya agaknya.

Jadi tak hairanlah kalau di rumah kita di Malaysia berlambak-lambak Yahudi Israel dah masuk, malah ‘mencabul’ pun sudah.

Perihal masuknya sesuatu ke dalam rumah kita sama ada sedar atau tidak, baik yang halal atau yang haram sudah tidak terkata lagi. Saya juga seperti yang lain, termasuk rumah-rumah ulama, banglo atau rumah mewah korporat, rumah menteri, rumah mufti, rumah lebai, rumah haji, rumah tuan guru dan rumah-pondok pondok sudah dimasuki tanpa sedar hal-hal kemaksiatan, kesyirikan, kebejatan.

Jangan tak sedar, rumah tuan guru yang kedepang-kedepong bersyarah dengan aqidah setiap minggu di masjid, sudah masuk gambar berhala melalui program tertentu. Jika tuan guru tak izin, anak atau isteri pula yang tekan punat TV. Jangan hairan pendakwah yang berleter tentang aurat muda mudi, seluar ketat atau sekarang nampak lurah punggung, sekarang bukan rumah pendakwah saja, malah rumah menteri yang menjaga hal ehwal wanita juga sudah ada hal-hal tersebut.

Ada ulama yang bercakap tentang syubhah, bagaimana arak jika tidak minum pun, kalau simpan atau beli barang dalam peti ais yang ada botol arak, sudah dikira syubhah. Kita marah-marah kepada anak gadis yang bekerja di bar atau coffe house yang hanya tukang angkat gelas dan botol Ancor atau Wain kononnya itu kerja syubhah. Tapi bagaimana yang meniarab tiap-tiap malam waktu musim piala dunia bola sepak? Pada satu musim yang lalu kira-kira RM7 juta tajaan dari syarikat arak? Bagaimana Babuji atau Murjit Sing minum todi dalam babak melarikan kekasih Sunil? Bagaimana persembahan Bollywood yang masyhur dengan tarian gedik? Nampak pusat dan perut? Bagaimana kita sendiri dalam rancangan Astro Ria dan lain-lain program, sang pondan menjadi penari latar atau suami isteri sedang tidur atas katil sedangkan mereka hanya pelakon?

Hahhh, macam-macam lagi boleh kita sebutkan apabila memperkata sesuatu yang lebih dari Yahudi masuk ke dalam rumah. Jadi, jikalah hal-hal yang disebutkan tadi begitu senang masuk ke dalam rumah, sama ada sedar atau tidak dan Yahudi Israel pun turut masuk seperti yang ditulis oleh Dinsman, maka apakah kita hairan jika Yahudi Israel sudah lama masuk ke dalam mehrab masjid nak jadi tukang azan??

Persoalan kita sekarang, berapa peratus agaknya kemasukan Yasudi Israel ke dalam rumah kita dan berapa peratus pula unsur lucah, khurafat, maksiat, berhala, arak, bogel, telanjang, judi, tipu, rasuah yang sudah lama masuk hingga ke bilik tidur kita?

Huhhh, sungguh kacau. Ke manakah tempat yang selamat untuk kita berhadapan dengan perkara ini? Apakah perlu umat Islam kini hidup dan berumah tangga tanpa TV? Bolehkah hidup sekarang tanpa TV?

Saya amat tidak yakin, dengan adanya TV lalu ditempahnya pula Astro dan yang lebih berada diletak pula Parabola dan lain-lain alat komunikasi, maka apakah semua itu boleh ditapis? Katakan seorang mufti mengelak dari rancangan maksiat itu, apakah ia terjamin tidak dibuka oleh anaknya apabila beliau tidak ada di rumah?

Sebelum saya menulis artikel ini, saya sudah berhadapan dengan S.M.Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Beliau menghentak beberapa persoalan kenapa, mengapa masyarakat kita terjadi begini sekarang, rogol, sosial, tipu, rasuah dan anak-anak bertindak liar. Dia memberi kesimpulan, ‘Amal makruf nahi mungkar’ sebenarnya bukan kenyataan Tuhan sahaja tetapi suruhan Tuhan di mana semua manusia mesti lakukan, mesti bertindak.

Salah satu kesimpulan yang diberi ialah pengaruh TV. Bukan TV yang salah tetapi rancangan dan pihak yang membenarkan itulah yang sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada masyarakat, khasnya golongan remaja. Manakala penonton sebagai pengguna juga mesti bijak berindak.

Saya pun terfikir begitu juga. Kenapa kita tidak pernah berbahas mengcari jalan mengelak gejala sosial ini? Apakah rancangan-rancangan TV yang membolehkan serba ada di dalamnya hanya memberi kesan buruk kepada sosial bangsa Melayu, maka demi untuk kepentingan bangsa lain, maka ia mesti dibiarkan?

Ada banyak persoalan sebenarnya. Kita rasa kalau pun kita mendapat punca dan sebab, pihak berkenaan akan merasa satu tekanan lain yang tidak upaya dibuat keputusan. Kementerian yang berkaitan dengan multimedia dan telekomunikasi misalnya, apakah berupaya menahan gelombang globalisasi dari mereka yang menguasai tampuk ini? -Saya teringat kitab Ehya...rupa-rupanya pemikiran Al-Ghazali sudah tak relevan

Sumber : detikdaily.

Friday, April 23, 2010

Yahudi di Malaysia .. Lama Dahhh...

Salam Sejahtera...

Semalam aku seharian aku sempat tengok sidang Parlimen berbahas usul dari menteri Nazri Aziz untuk mensabitkan DSAI kepada Jawatankuasa Kebebasan HAK Parlimen.

Kesimpulan dari semalam boleh aku katakan semuanya yang menyokong dan berbahas untuk mensabitkan DSAI adalah terdiri dari ahli UMNO Laknatullah, yang paling menonjol YB Kota Belud, diikuti Khairy Jamaludin dan Jazlan anak Mohamad Rahmat dari Pulai,, apakah mereka ini akan mewarisi saki baki amalan Yahudi di Malaysia... Wallahuaklam..

Apa pun harus kita renung kebelakang kembali, bagaimana kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak negeri aku sendiri, pada awal tahun lepas, ini pun ada kaitan dengan Yahudi, tak kiralah Yahudi dari Tel Aviv atau Kuala Kangsar, tetapi ada kaitannya,, baca DI SINI. dan SINI.

Jadi kejadian semalam memang tak menghairankanlah,, sila klik DI SINI cuma apa yang aku nampak pengaruh Yahudi kat Malaysia ni semakin ada peningkatan rupanya. Kebanyakkan ahli-ahli politik Melayu dalam parti UMNO bila mengaitkan dengan isu Yahudi maka riwayat politiknya selalu tak lama, sebagai contoh ramai yang jatuh dan terus hilang dari arena politik apabila isu freemason cuba diketengahkan,,

Tetapi bagi Ahli PAS seperti Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden PAS sendiri pernah merengkok di Penjara Kajang dalam isu penentangan pasukan kriket Israel dalam sekitar tahun 2000 yang lalu. Namun kekuatan yang ada pada beliau sebab memperjuangkan Islam, alhamdulillah beliau masih lagi mendapat kemenangan..

Bagaimana pulak nasib DSAI selepas ini, apa yang aku nampak semalam, walaupun bermacam-macam hujah dan dalil yang cuba dibangkitkan oleh semua kaum ahli Parlimen terutamanya Lim Kit Siang, Gobind Singh, berbeda dengan BN, hanya wakil-wakil UMNO laknatullah sahaja yang bangun berbahas mempertahankan isu 1Malaysia, tidak ada wakil dari MCA atau pun MIC dan Gerakan....tetapi itulah yang ada budaya di Malaysia, paling unik... bawalah bukti setinggi gunung Kinabalu sekali pun, kalau dalam amalan Yahudi dah bersarang, hak yang salah bertukar jadi benar dan hak yang benar bertukar menjadi salah.. bertukar pusingan 360 darjah.


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari