boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Tazkirah Ramadhan... Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Ramadhan... Show all posts

Monday, July 30, 2012

Apa yang Ostad Kazim Tazkirah pada DS Najib...

Setelah solat terawih bersama PM Klik SINI boleh peluang bagi tazkirah pulak kepada PM,, oii terrer wow.... 



Klik pada gambar untuk imej lebih besar

Kalau 2-3 tahun lepas, jika datang bulan ramadhan, maka akan keluarlah suara-suara melayu gampang kononnya kami nak beribadat dalam masjid dan surau, kami tak mahu diganggu dengan tazkirah,,,, tapi sekarang aikkk ,, hairan kan,,, 


Namun baguihlah,, apa yang selama ini PAS laksanakan, secara tak langsung UMNO ikut sama,,, 



Thursday, August 19, 2010

Apa Kata UMNO ?!!.. PM pun dengar Tazkirah...

Entah apa mimpi, atau tersesat atau pun juga sekadar lakonan wallahhuaklam..

Gambar kandid ini dirakamkan semalam, di Masjid As Salam, Taman Medan. Nyata DS Najib amat 'sempoi' mendengar tazkirah selepas solat maghrib. Beliau kemudiannya menunaikan fardhu Isyak dan solat tarawikh bersama kariah setempat..

gambar dan sumber cerita dari taipingmali.

Sumber gambar dari SINI

Apa pun bersangka baik lah kita terhadap kesudian PM yang sudi mendengar tazkirah tu, moga-moga selepas ni diberi hidayah sempena bulan ramadhan al mubarak, mungkin 40 ulama muda yang joint UMNO tu tazkirahnya kurang ummphhh...

Kalau selepas ni, tak ada apa-apa perubahan, sama juga,,, saman ekor tetap kena bayar selepas bulan Feb 2011 nanti, harga barang keperluan semakin asyik dok kena selaras, Polis semakin bermaharaja lela, Musa Hasan masih dapat sambung jawatan IGP, dan banyak lagi perkara-perkara yang menyakiti dan menindas rakyat marhaen, ....

Maka dengan itu, aku berani mengatakan Manusia bernama Najib bin Abd Razak selaku PM Malaysia tidak mendapat hidayah dari Allah, dia hanya mendapat nasihat dari APCO Yahudi laknatullah....
Updated: Cerita sebenarnya mengenai gambar tersebut di atas baca detikdaily.

Sunday, August 23, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Tazkirah Ramadhan - Ustaz Sidik Nor..

Salam Sejahtera...

Semalam hari pertama puasa, seperti biasa aku lepas berbuka, minum air terus pi surau, solat magrib, lepas tu makan berbuka sesama jemaah surau, wooi seronok, makan sedulang 4 orang. lauk-lauk macam... sebelum makan aku gatai pi ambik sebiji khurma, makan khurma dulu.. memang aku dah agak.. malam tadi sebelum nak tidur, kaki aku dah mula sakit, perut kosong terus makan, khurma, memang aku tak tahan.. mungkin proten yang ada dalam kandungan khurma tu ngam dengan asid urik dalam tubuhku menyebabkan gout menyerang aku.. sebuh tadi terpaksa telah ubat yang memang sentiasa aku simpan.. alhamdulillah, tengahari tadi dah ira sehat sikit, boleh berjalan bali, walau pun hencot sikit.

Selepas isya semalam, biasa jemaah surau Madah mengadakan siri Tazkirakh selepas 4 rakaat solat tarawik, oleh kerana tarikh tersebut menang jadual Ust Sidik Nur, maka belia diberi penghurmatan menyampaikan Tazkirah.. Sapa yang tak kenal Ust Sidik Nur, habak mai kat aku.. memang ghapla la.. kalau orang Perak tak kenai tentu cheroooi...

Tazkirah dimulakan semalam USN menreangkan betapa tingginya pahala menuntut ilmu dalam bulan ramdhan, dapat lingungan dari para malaikat..kemudian beliau membaca ayat Albaqarah 183, yang menyuruh umat Islam berpuasa, kemudian beliau mengulas sebab ayat itu ditujukan hanya kepada orang beriman sahaja (Ya ai yuhal lazi na amanu...)... itu menandakan Allah amat menyayangi umat Islam...

Kemudian beliau menyentuh pula bagaimana apa yang dikatakan taqwa, seperti mana dalam kuliahnya melalui kita Min Haj Abidin, kitab Tasaauf, diulangnya balik.. beliau turut menerangkan bagaimana kewibawaan Imam Ahmad bin Hambal yang dipenjara kemudian dihukum dijatuhkan hukuman bunuh kerana enggan mengatakan Al-Quran itu mahluk kepada khalifah waktu itu, beliau rela dihukum bunuh dari mengaku kepada khalifah menyebabkan rakyat umumnya keliru dengan hukum yang sebenar... Tetapi Allah maha kuasa, malam sebelum dari tarikh dihukum bunuh, Allah telah mengambil dulu nyawa khalifah, menyebabkan Imam Ahmad di bebaskan.

Kemudian USN turut menyentuh wak tu dahulu kat Malaysia negeri Perak ini pun mempunyai Ulama yang berani seumpama Imam Ahmad, iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Nawawi Janggut Merah dari Batu 8 Changkat Jering Perak, yang mana waktu itu bertugas sebagai penasihat kepada Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar... Menurut USN, Sultan Alang Iskandar adalah satu-satunya Sultan Perak yang cukup warak, sampai boleh mengarang sebuah Kitab taauhid..., (aku tak berapa dengar nama kitab tersebut semalam).

Kemudian pada satu hari dalam bulan Ramadan, Sultan Iskandar telah menjemput semua alim ulamak dan guru-guru agama dalam negeri Perak datang ke Istananya pada siang hari, setelah berkumpul semuanya maka dihidangkan makanan yang sedap-sedap belaka, seumpama jamuan diraja kepada rakyatnya... lalu diperintah semua alim ulama yang berada di situ untuk makan, lalu pakat diam semua yang hadir, menyebabkan sultan naik berang, lalu meninggikan suara dan memerintah untuk makan, semua tok alim dah panik lalu masing-masing nak ikut arahan Sultan untk makan tengahhari, maka pada ketika itu bangunlah Allahyarham TG Haji Nawawi mertemu muka dengan Sultan, lalu bersuaralah TG Haji Nawawi lebih kurang macam ini, "kalau hang nak masuk neraka, hang masuk sorang hang, jangan nak paska kami semua..." begitulah lebih kurang bahasanya... Maka lepas itu menangislah Paduka Sultan sampai basah pipinya bergenang air mata... kerana terlalu sedih dan gembira.. Kerana ada lagi Ulamak yang berani menyatakan kebenaran.... Itulah Ulama TG Haji Nawawi...

Cerita ini dah banyak kali diceritakan oleh USN..., bila ia bercerita kisah ini, aku cukup berbangga, kerana TG Haji Nawawi ini aku ingat-ingat lupa, waktu tu aku kecik lagi, baru lebih kurang 5 tahun lebih, arwah ibu aku ada lagi, TG Haji Nawawi ni datang mengajar di Masjid Kampung aku di Air Putih, Simpang Taiping, waktu itu arwah bapa aku telah menjadikan TG Haji Nawawi ini sebagai ayah angkat aku bersempena mengikat tangan aku waktu tu, cuma sampai sekarang aku terasa terngiang-ngiag arwah beliau memanggil nama aku untuk mengambil baju blazzernya, apabila beliau dah nak balik setelah selesai dari makan yang disediakan oleh arwah bapa ku selepas mengajar... aku pun berlari pegi mengambil bajunya itu dengan berbesar hati.. Bila aku dah mula bersekolah arwah pun dah pergi, aku tak sempat nak mengenali beliau dengan lebih lama.... cuma aku terbayang apabila arwah selesai makan, habis sisa kuah makanan dipinggan disapu hingga bersih, dijilatnya jari-jari semuanya.. itu aku masih ingat.

Tuan Guru Haji Nawawi dan seorang lagi Tuan Guru Haji Mat Saman Kati, kedua-dua ini memang arwah bapa ku cukup menghormatinya, sehingga arwah bapaku nak habis umurnya tu pun selalu disebut nama kedua-dua ulamak tersebut......

Anak kepada TG Haji Nawawi sekarang ini masih ada lagi, seorang Ustaz juga iaitu Ustas Mad Rejab, 2 minggu sudah aku sempat bertanya dan berbual dengan beliau, beliau tinggal di Sungai Batu Pantai Remis, bapa saudara kepada blogger Ciberboron rupanya.

Cuma waktu USN menceritakan kewibawaan TG Haji Nawawi itu, aku teringat alangkah indahnya bumi Perak ini kalau ada ulama yang berani seperti beliau diketika ini, maka tak terjadilah apa yang berlaku sekarang ini kepada kita umat Islam, malangnya kita mendapat ulamak yang ada sekarang ini yang bertanggung jawab dengan pihak Istana dan kerajaan... cuma didalam bulan penuh barakah ini sama-samalah kita berdoa agar Allah menghadiahkan kepada kita Ulama yang berani seperti TG Haji Nawawi janggut Merah untuk menentang kemungkaran.......Amin..

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari