Salam Sejahtera...
Entah macam mana hari ini waktu balik dari kerja singgah ke kedai beli insurance motor, dah dua minggu roadtax tak ada, mangkok hayun Menteri Kewangan Malaysia, Insurance motor 10 tahun ke atas kena beli 3rd party, harganya RM92, ada pula PA diwajibkan beli, haram jadah betui.., RM 36.00, jumlah Insurance aku kena bayar petang ni berjumlah RM128.00 untuk motor yang dah 12 tahun, itulah kerajaan prihatin, kwah phuuihh.apa pun aku tak halalkan ke atas penindasan oleh pemerintahan yang dikatakan adil kepada rakyat.
Dalam perjalanan balik selepas selesai kat sewaktu membelok jalan simpang menghala ke masjid, petang tadi ada pulak kemalangan kecik berlaku, kat kawasan U Turn dah belok masuk masjid Daerah Manjung, sama menghadap Balai Polis Daerah Manjung.
Ditengah-tengah jalan kemalangan itu berlaku, kiranya agak beberapa minit kejadian tersebut dah berlaku, tapi sayang walaupun menghadap Balai Polis aku tak nampak pun seorang anggota polis yang mengawal keadaan disini...Jadi buat pemndu-pemandu tu, yang besar seperti kereta sama-sama jaga yang kecik macam motor dan basikal, dan yang motor pun janganlah dok cilok atau rempit pulak, sama-sama jaga,, boleh kan....
No comments:
Post a Comment