boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label blog BPN. Show all posts
Showing posts with label blog BPN. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Isi Kandungan Surat Papagomo yang menyebabkan Tun Faisal mengamok...

Salam Sejahtera...!

Hasil usaha dari perbuatan yang tidak ikhlas atau pun berkhidmat kerana habuan, maka inilah jadinya,,, mereka umpama syaitan-syaitan yang kelaparan telur tembelang, masing-masing dok berebut untuk meneruskan kehidupan....

Moga-moga pertelingkahan mereka-mereka didalam UMNO akan menuju kehancuran... Insyaallah....

Semalam kita sibuk dok baca keluhan dan marah dari blogger tunfaisal. yang dok mengatakan papagomo lupa daratan...

Tun Faisal yang sedang senyum...

Rasanya tak adil kalau kita baca sebela pihak sahaja..... nak tau apa sebabnya Tun Faisal marah sangat.... Nah aku copy paste tulisan papagomo tanpa edit,, hanya font sahaja dibesarkan......


Salam Dato Seri Hishammuddin Tun Husin On Menteri Di Jabatan Kementerian Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia.

Saya Blogger Papa Gomo ingin meluahkan apa yang sewajarnya saya sebagai seorang Blogger Pro Kerajaan BN nyatakan kepada Pak Menteri berhubung pegawai Khas kepada Pak Menteri iaitu Tun Faizal yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Untuk makluman Pak Menteri jika Pak Menteri masih ingat pada Penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Kerdau saya telah berjumpa dengan Pak Menteri dan bertanyakan mengenai isu isu semasa yang bertumpu kepada kementerian yang Pak Menteri kuasai.

Saya telah mengenalkan diri saya pada Pak Menteri yang pada masa itu disaksikan oleh beberapa orang pegawai Pak Menteri, Pengawal Pak Menteri dan juga beberapa orang. Dalam masa pertemuan itu juga turut berada di samping saya adalah rakan
Blogger Pisau.Net, Medan Info Kita dan juga Gerakan Anti PKR.

Saya telah bertanyakan mengenai amaran yang sentiasa dikeluarkan Pak Menteri berbanding apa yang sepatutnya dan saya juga menyatakan bahawa ramai dikalangan kami rakan Blogger tidak faham dengan apa yang Pak Menteri sering nyatakan dan kami turut nyatakan bahawa KDN di lihat lemah diatas apa yang dilakukan.

Pak Menteri yang waktu itu dalam keadaan mood santai menjawap pertanyaan saya dan
BERJANJIakan berjumpa dengan kami para Blogger untuk menjelaskan segala tindakan KDN yang berlaku bagi memberi pemahaman kepada kami yang merupakan Blogger jalanan ini.

Pak Menteri pada waktu itu dengan disaksikan pegawai lain dan rakan blogger Pisau.Net, Medan Info Kita dan Gerakan Anti PKR menyatakan sejurus tamat Pilihanraya Kerdau satu pertemuan akan diadakan diantara Pak Menteri dan para Blogger.Pegawai Pak Menteri di arahkan untuk memastikan pertemuan diantara kami para Blogger berlangsung dan setelah itu kami beredar bagi menjalankan tugas kami masing masing.

Belum pun keluar dari pusat penamaan Calon Pegawai Khas Pak Menteri Tun Faizal telah menahan saya dan bertanyakan kepada saya atas urusan apa nak berjumpa dengan Pak Menteri. Saya telah menjelaskan kepada beliau bahawa permintaan kami untuk berjumpa dengan Pak Menteri adalah kerana ingin mendengar sendiri penjelasan Pak Menteri berhubung pelbagai isu yang dilihat amat lembut tindakannya yang diambil ke atas Pembangkang.

Pegawai Pak Menteri Tun Faizal
TIDAK MEMBENARKAN KAMI BLOGGER BERJUMPA dengan Pak Menteri atas alasan beliau boleh mejawap sebarang soalan yang pihak Blogger ingin ajukan berhubung KDN.

Saya yang waktu itu agak terpinga pinga kerana didalam kehidupan saya sebagai seorang Blogger inilah kali pertama saya dan rakan rakan Blogger lain telah di
HALANG oleh seorang pegawai Menteri untuk berjumpa dengan majikannya atas kepentingan Negara.

Dan benarlah sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Faizal pegawai Khas Pak Menteri sehingga ke hari ini memang tidak ada sebarang perjumpaan diantara Pak Menteri dan juga Blogger. Malah pegawai Pak Menteri Tun Faizal yang kononya menyatakan beliau boleh menjelaskan segala persoalan berhubung KDN juga senyap membisu.


Apakah jika hendak berjumpa Pak Menteri hanya dibenarkan jika ianya berkaitan Projek sahaja? Jika tidak ada kaitan dengan projek maka tidak boleh berjumpa dengan Pak Menteri?

Untuk makluman Pak Menteri ramai Menteri menteri, Timbalan Menteri yang sudi berjumpa kami jika ada isu yang perlu dibantu apabila diserang pihak Pembangkang. Dan kami buat tugasan ini bukan berpaksikan Wang Ringgit tapi lebih kepada menang Pilihanraya dan rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya dari kerajaan.

Pak Menteri, minggu lepas saya telah dimaklumkan bahawa Pegawai Khas Pak Menteri Tun Faizal telah menghantar laporan SMS berkenaan saya yang dikatakan telah menghentam Pak Menteri selaku Menteri KDN. Dalam laporan SMS nya juga Tun Faizal telah mengaitkan saya dengan Ketua Bahagian saya dan juga lain lain pekara yang saya tidak mampu menyatakan nya disini atas sebab sebab
SULIT.

Laporan dari Tun Faizal itu telah di hantar ke Supol Dato Markiman dan saya juga masih tidak tahu sama ada Pak Menteri sudah membaca laporan SMS tersebut. Jika belum adalah diharapkan Pak Menteri membacanya dan melakukan tindakan segera diatas laporan yang dihantar.

Pak Menteri. Laporan sms dari Tun Faizal menyatakan saya telah membalun Pak Menteri didalam laman Tweeter. Saya akui memang saya ada mengeluarkan satu isu yang berbunyi begini:


"Adakah KDN Lembab Dalam Melaksanakan Tugas?"

Dan hasil dari soalan saya itu ramai yang Retweet dan menyatakan pelbagai keluh kesah berhubung tindakan KDN yang lembab dan lebih kepada Lembik. Itu respon dari rakyat Malaysia dan ianya merupakan satu respon yang pada saya adalah cukup bagus buat Pak Menteri mengetahuinya.

Disebabkan soalan saya itu menyebabkan pegawai Khas Pak Menteri Tun Faizal telah mengantar laporan menyatakan saya telah membalun Pak Menteri. Saya akur jika soalan saya itu Pak Menteri katakan salah tapi saya tetap akan pertahankan respon respon dari pelayar Tweeter yang ada kerana ianya adalah dari rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kepentingan politik sepertimana Tun Faizal.

Saya rasa cukup setakat ini luahan saya berhubung tindakan Pegawai Khas Pak Menteri yang dilihat lebih membodek dengan
YES SIR dari melakukan tugas yang sepatutnya. Pegawai Khas seperti ini sebenarnya lebih membuatkan Pak Menteri berasa selesa walhalkan keadaan yang sebenar tidak diperjelaskan oleh pegawai berkenaan.

Jadi tidak usahlah Pak Menteri bertanya kenapa ramai Blogger Blogger, facebooker, Pelayar Tweeter dan rakyat menghentam Kementerian Dalam Negeri dan Pak Menteri. Jawapanya ada pada pegawai Khas Pak Menteri yang selalu melaporkan YES SIR.

Terima Kasih Pak Menteri
Papa Gomo


Sumber asal - papagomo. ...




Tuesday, July 5, 2011

Nak Kenal siapa blogger pembodek no 1 dalam Malaysia

Salam Sejahtera,

Kira nasib baik mendiang Altantunya Sharibu meningggal dunia, tiada berjasad, kalau tidak aku rasa mau bangun kembali jasadnya dari liang kubur walaupun dari tanah perkuburan negara Monggollia...dan datang lagi ke Malaysia dalam alah roh....

Kenapa .... dia datang nak cari manusia yang .........................................sila klik .............

..........Hatinya Terlalu Mulia



Oii, kalau nak bodek pun buat cerita lain la bro... nanti Papagomo, Parpukari, GAP dan orang kampung aku Taipingmali tak boleh cari makan ma....... . ,

Tuesday, September 21, 2010

Wednesday, August 4, 2010

Apa Kata UMNO?!! - Blogger UMNO kenapa diam..

Senyap, sunyi, sepi..., apakah blogger UMNO semuanya berkabung diatas trajedi semalam, mana Parpukari, mana Unspiner, mana Taipingmali dan yang seangkatan dengannya, butakah telinga anda, pekak kah mata anda semua....

Nampaknya anda semua blogger upahan, jadi taku tak dapat bayaran, masing-masing diam sunyi sepi,... nasib baik ada Utusan Melayu.....

Monday, August 2, 2010

Pihak Berkuasa - Siasat Laman Blog Ini...

Salam Sejahtera...

Blogger pencacai UMNO, memang jenis manusia lelaki melayu spesis pondan, ruangbicarafaisal., hanya berani menyiarkan artikel atas laman skandalpolitik di laman blog mereka, sebelum ini sorang lagi blogger taipingmali. membuat isu benggali dengan mengaitkan Karpal Singh & Son, takut dengan tindakan undang-undang ke atas laman blog mereka, mereka gunakan laman blog skandalpolitik. mereka gunakan untuk menghentam ahli politik DAP.



Silalah siasat siapa tuan empunya blog ini... blog yang cuba menghasut ketenteraman rakyat..

Monday, April 19, 2010

PRK P 094 - Bukti Blogger GAP memfitnah..

Salam Sejahtera...

Terima kasih Poji.. @Perisikrakyat yang sms kat aku, minta sama-sama meyiarkan foto sebenar yang diisiarkan oleh blogger UMNO GAP laknatullah, yang sanggup memfitnah musuh politik UMNO sebegini rupa, kerana sedikit habuan di dunia..., moga-moga Allah jua yang membalas perbuatan kalian...


Inilah hasil gambar yang diproses semula dengan software photoshop.colournya pun pudar.


Yang ini adalah gambar asal...colournya terang..

Wahai Blogger UMNO, carilah idea-idea lain nak buat hitkan blog tu...., lu banyak buat cerita silap, fakta lawan fakta, janganlah nak autaaaa.....semua pihak monitor lu orang semua...

Blogger UMNO - GAP cakap tak serupa bikin..

Salam Sejahtera.....

Hari ini blogger GAP (Gerakan Anti PKR) kononnya menyahut cabaran dari YB Azmin Ali ... urgh ceroi saja pendedahannya, cerita lama... phoorah, kena kencing aja pengunjung blog mangkok tu...

Cuma aku teringat balik sebelum ni, mangkok GAP ni atau mangkok tandas ni bukan main eksyen tulis cerita kononnya nak jadi calon bebas kalau MIC yang bertanding bukannya UMNO...

Aku dok tunggu juga mana-mana calon bebas, rupanya sorang India dan sorang Melayu, yang mangkok ni tak nampak pin... ghuyup...., rupanya diani mengacap nak cari fulus aja ni, dah dapat fulus buat cerita lain pulak,

Baguihlah hidup dengan makan hasil duit cerita fitnah..., UMNO, UMNO... Budaya mu Budaya yahudi...
Cerita lanjut DI SINI




Saturday, April 17, 2010

PRK P094 - Blogger UMNO Dah Mula Berbohong...

Salam Sejahtera...


Blogger terlampau Parpukari yang dah tak ada idea nak buat cerita, hilang etika sebagai blogger UMNO....

Sanggup membuat cerita bohong ...., yang penting blog hit,, fulus mesti masyuukkk...

Cerita bohong peduli apa, pembaca penyokong UMNO mesti percaya punya....

Apa nak buat,, kalau pemimpin UMNO sendiri menjadikan berbohong itu sebahagian dari rukun parti mereka,,,

Jadi tak hairanlah,,, blogger UMNO pun kaki berbohong...,,

berbohong DULU, KINI dan SELAMANYA.





Thursday, February 25, 2010

Blogger The Unspinners - Awas dan hati-hati perbuatan kamu itu..

Salam Sejahtera...

Inilah gambar ciptaan blogger upahan UMNO theunspinners., tak cukup sebelum ini mereka menggambarkan TGNA bersama DSAI sehingga laporan polis dibuat, dan seorang blogger dari Johor telah ditahan, tetapi apa cerita selepas itu, tak ada pula perbicaraan...

Aku tak tau kenapakahgambar TGNA digambarkan sebegitu rupa, ditengah salib kristian, dengan gambar lakaran sebegini blogger Unspinner ingin menunjukkan atau menggambarkan TGNA telah menjadi kafir?...

Saudara ku, Jikalau kamu sebagai seorang Islam bertaubatlah segera, ingatlah nabi Muhammad S.A.W ada bersabda dalam hadisnya...

Man kaffara musliman faqad kafara
“Barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia (telah) kafir”

Man qalaa li akhihi, ya kafir, faqad ba abiha ahadu hum
“Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, ‘wahai kafir’, maka (pernyataannya itu) akandikembalikan kepada salah seorang dari mereka.”

Wallah huaklam.


Thursday, August 20, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Parpu Kari Sila Sahut Cabaran YB Dr Mujahid..

Salam Sejahtera...

Hari ini YB Dr Mujahid AP Parit Buntar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang mencabar blogger-blogger kumpulan yang tolak Islam tapi nak masuk syurga, cerita penuhnya DI SINI.

Blogger yang dimaksud DI SINI adalah spesis sama dengan Mahathir yang mengaku Melayu,, sama juga MB 786.. he he.. sekarang blogger ni juga tengah dok hentam Ketua Pemudanya sendiri Khairy Jamaludin dalam blog mayakhairy, sebabnya ia dah makan upah dengan Mukhris yang kalah dengan Khairy dalam jawatan Ketua Pemuda... Itulah rupanya bloger yang YB Dr Mujahid maksudkan, duduk sebelah Dr Mahathir, harap badan aja besaq, tapi penakut....piang......

Friday, April 3, 2009

Blog BPN Menghina Sultan Perak..


Seorang komentar bagi tau kat aku ada blog BPN menghina Sultan Perak dengan Nizar.. Inilah sikap Blogger-blogger pencacai UMNO, mereka hanya bermuka-muka sahaja yang menghormati Istana, memanglah Sifat UMNO...hanpa boleh pi lawati blog tersebut http://www.mymassa.com/news/119/ARTICLE/1393/2009-03-26.html
Harap-harap pihak-pihak yangberkenaan dapt mengambil tindakan.


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari