boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Gambar-gambar Pak Syeikh Umno berseronok suka berhari raya...

Memang betui la apa yang dikatakan dalam tek khutbah Jumaat, rakyat Malaysia sekarang berpuasa sebulan, beraya juga sebulan,, budaya ni kalau ditahun 80 han sewaktu aku di Singapura, hanya masyarakat Johor yang aku duk nampak raya sampai sebulan syawal, tapi 4-5 tahun kebelakangan ni dan menular ke seluruh Malaysia....

Apakah kerana Umno yang mempopularkan budaya berhari raya 30 hari dalam bulan syawal ni..


Tuesday, August 20, 2013

Apa punya Imam kalau macam ni... boleh senyum bila bininya..

Jumaat 2 syawal, bila aku solat jumaat, tok khatib yang juga imam membaca khutbah tidak jemu-jemu mengingatkan makmum dengan menjaga tatasusila ketika kita menjalani suka ria berhari raya, terutama dalam adat aurat dan mahram antara sepupu, ipar duai dan banyak lagi.... 


Monday, September 17, 2012

DS Zambry membodek Kong Cho Haa di Majlis Hari Raya UMNO Lumut..

Memang dah jadi budaya Zambry rasanya,, membodek menteri-menteri keturunan bukan melayu untuk kepentingannya....
Tentu sedihkan...Dalam duk setiap waktu UMNO dok terpekik melolong mengatakan PAS menjadi pencacai DAP tanpa sebarang bukti,,, Zambry pulak buat hal yang sama....


Thursday, September 13, 2012

Satu Kotak Kad jemputan hari raya DS Zambry tersadai di masjid Daerah Manjung.

Malam tadi seperti biasa, aku ada kelas Hadis di masjid daerah Manjung, terdetik dihatiku ingat nak pi kuliah malam tadi nak bawa kereta, sebab tayar depannya angin dah mula kurang,, 

Entah kut mana, mai penyakit malas nak bersusah payah,, ah lantaklah..., motor buruk EX5 aku juga yang jadi mangsa, terpaksalah menjalankan tugasnnya dengan penuh kesetiaan terhadap aku tuannya,, tanpa belot. 


Tuesday, September 11, 2012

Majlis RT Hari Raya PAS Pusat - Hanya satu sahaja gambar yang menarik..

Bila terjumpa sahaja link Gambar Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PAS Pusat terdetik dihati aku nak tengok ada ke tidak seorang pimpinan yang kini semakin popular , seolah-olah dah macam seleberiti juga dia,,, namun dari satu ke satu gambar yang ada,, tak nampak pun batang hidungnya... 


Monday, September 10, 2012

Edisi 18 SX - Boleh tahan ganas juga Dr Mahathir ni..

Dalam suasana majlis hari raya yang masih panas diraikan, kadang-kadang mungkin kerana terlampau suka atau terlebih bembira... maka macam-macam boleh terjadi..... 


Monday, September 3, 2012

Apa yang tak kena didalam gambar ni ?

Bila ada suara-suara gerombolan melayu parti syaitan yang mahukan Muhyidin segera mengambil alih jawatan PM dari Najib aku rasa secara peribadi ada baiknya..


Bila DS Rosmah bersalaman ramai yang bising, bagaimana puls dengsn bini ?

Kecoh, riuh bila sesuatu yang agak bertentangan dengan agama, adat dan tatatusila, tambahan lagi kalau perkara tersebut dilakukan oleh  manusia-manusia yang terkenal sama ada kepada sahabat atau pun musuh.

Terkini isu, Rosmah yang kononnya nak bersalaman dengan pelajar lelaki sekolah Tahfiz,, riuh lagi, baguihlah kerana ada yang perihatin dan sayangnya mereka pada DS Rosmah,, sebba tu depa bising, depa pakat tolong peringat... 


Sunday, August 12, 2012

Amalan Bidaah Dato Seri Haji Najib di Bulan Ramadhan..

Setiap kalinya datang bulan Ramadhan, salah satu ibadat wajib umat Islam ialah menunaikan bayaran zakat Fitrah... 

Zakat Fitrah berlainan dengan zakat harta atau zakat pendapatan, Fitrah semua manusia beragama Islam wajib membayarnya termasuk hamba-hamba mengikut makanan apa yang dimakan oleh penduduk setempat.


Monday, September 5, 2011

Berita yang meloyakan...




5 Sep 2011

LUAR NEGARA

PAS pertikai slot ucapan Aidilfitri istimewa di TV untuk isteri PM

KUALA LUMPUR: Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertikaikan slot ucapan Aidilfitri istimewa dan berturut-turut untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menerusi media elektronik.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, menegaskan bahawa perkembangan sedemikian tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini.

Beliau berkata 'sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slot sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya.'

'Sebelum ini, hanya Perdana Menteri mendapat slot seperti itu,' katanya yang dipetik Harakahdaily.

Pandangan sedemikian juga diketengahkan oleh beberapa pihak, termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat menerusi ruang media sosial Twitter sejak hari pertama Aidilfitri.

'Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri,' kata Datuk Mahfuz lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata ia adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, langkah itu diambil kemungkinan untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merudum teruk.

Hasil kajian Merdeka Center yang dikeluarkan pada Isnin lalu menunjukkan populariti semasa Datuk Seri Najib merosot sehingga 59 peratus berbanding 72 peratus pada Mei tahun lalu.

'Mungkin apabila slot ucapan Hari Raya Najib dan slot khusus untuk Rosmah dipaksakan berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus,' perli Datuk Mahfuz.

Datuk Mahfuz berkata beliau tidak menolak kemungkinan Datin Seri Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuk dirinya itu yang disiarkan berturut-turut sejak 1 Syawal.

Dengan sinis, Datuk Mahfuz juga dipetik sebagai berkata bahawa beliau sangat berharap orang ramai tidak berasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka. -- Agensi.


Sumber Berita cyberita.asia1. ..



Tuesday, August 30, 2011

Apa Kata UMNO?! - ADUN DAP Suami Isteri Murtad..

Salam sejahtera...

Buat saudara-saudara seperjuangan yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu Malaysia.., hak-hak orang UMNO, hak-hak PERKASA... lihatlah gambar dibawah ni...


ADUN DAP ini telah mempergunakan hak-hak orang Melayu sesuka hati demi kepentingan politik Cinanya, mereka juga telah mempergunakan hak umat islam iaitu Hari raya Aidil Fitri... Kan Hari Raya Puasa tu hak orang Islam,,, penat-penat puasa sebulan, tahan lapar dan dahaga,, mereka yang tak puasa bukan Islam ambik kesempatan,,,, tak gitu.....





Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..


Alhamdulillah, besok kita semua umat Islam akan meraikan Hari Raya setelah 29 hari kita berpuasa, Di sini aku mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua pengunjung blog jika ada tulisan-tulisan aku yang menyakiti hati dan perasaan tanpa aku sedari...


Ikhlas dari Manjungmari....


Saturday, October 2, 2010

Apa Kata Umno ?!! - Inikah yang dikatakan RAKYAT DIUTAMAKAN...

Salam Sejahtera...

Hari ini Sabtu dah 23 Syawal, bererti dah 23 hari kita berada dalam bulan raya.... Sepatutnya pemimpin dan rakyat sibuk dengan apa matlamat negara dan kepentingan rakyat...

Ini tidak, malam tadi masih nak berseronok suka sesama mereka menyambut kegembiraan berhari raya...., Puasa sebulan, raya sebulan..., hadis dari melayu bangsat....


Hebat yoo, lihatlah sesama mereka menikmati juadah untuk mentekedarah,,, aku pagi ni baru dengar nama KUZI KAMBING, sebelum ini tak pernah lagi dengar...

Apa yang mereka ingat untuk rakyat..., bagaimana waris (isteri) kepada arwah C/Inspector Polis Traffik yang meninggal dalam tugas semalam dalam keadaan bersedih duka, ada mereka ambik hirau, ada tidak pun Ketua Polis Selangor yang mengucapkan takziah, pemimpin,,, rakyat mampuih pilah, nak buat macam mana, ajal dah sampai....


Lihatlah pulak bagaimana layanan untuk rakyat....

Inilah hak untuk rakyat yang datang berhari raya di rumah PM...


Rakyat seolah-olah pelarian yang nak mendapatkan makanan.....

Sunday, September 26, 2010

Majlis Hari Raya Zambry di cemari budaya mungkar..

Suasana hari raya untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa mengerjakan yang diperintah dan meninggal yang dilarang oleh Allah, tetiba bulan Syawal mengambil tempat setelah Ramadhan meninggalkan kita, maka dengan hasil usaha kerja-kerja tangan-tangan kotor dan munafiq yang dipelopori oleh UMNO telah mencemari bulan kebesaran Islam dengan budaya-budaya mungkar...


Walaupun berat rasa hati aku nak pergi, namun ku gagahi jua, dan alhamdulillah, maha suci Allah yang maha besar telah menunjukkaran kemungkaran secara terang-terangan yang dilakukan oleh UMNO dengan juak-juaknya dengan mendapat perkenan Zambry..

Aku sampai dah jam 11 pagi lebih, setelah aku selesai mesyuarat AJK Surau taman aku, terpaksa aku tinggal majlis gotong royong selepas mesyuarat.....

Double klik untuk gambar lebih jelas..
Kedatangan para pengunjung memang aku tak nafikankan, cukup ramai....


Inilah bermula budaya-budaya yang mencemari kesucian Islam dalam bulan syawal...




Yang ini spesis Sayfol....






Hangpa tengok, dia pun tumpang sekaki, apa yang dia dok sebut aku tak berapa dengar.... Inikah prinsip seorang yang pernah menjadi naqib dan mendapat gelaran tuan sheik sebelum beliau menceburi politik UMNO, malah aku pernah dengar pengakuan dari seorang Ustaz yang juga pensyarah UITM Seri Iskandar, Ustaz Hamdi, beliau mengatakan Zambri adalah Tuan Gurunya sewaktu beliau belajar di UIA... kenyataan Ustaz Hamdi ni didalam masjid An-Nur Pengkalan TLDM Lumut, sebulan sebelum puasa yang lalu..

OOOO begini rupanya Tuan Guru spesis UMNO......... Anony UMNO... tolong jawab (komen sikit)...


Ini adalah sewaktu Zambri menyampaikan sedekah wang raya kepada kanak-kanak... He he he teringat aku kat suspek utama kes Bunuh Sosilawati, guna duit hasil tipu daya bagi derma kat orang Asli,,, lebih kuranglah Zambry ni pun, setelah merampas kerajaan negeri Perak dengan guna tipu daya, sudah tentu haram hukumnya...., dengan kedudukan haram, beliau bersedekah,,, apakah hukumnya ni.... tolonglah jawab sikit....

Oiii, ramainya pencacai yang tukang sibuk......


Masa inilah nak betul sampin yang dah nak terlondeh,,, mamat yang baju biru spek hitam ni ialah pengerusi Masjid An Nassriyah Stiawan, banyak-banyak ustaz-ustaz yang mengajar di sini kena pancung......bekas pegawai PPD Manjung.... he... he... kawan baik Sifu aku......


Anak keling ni, majlis Pakatan Rakyat pun ia sibuk dan pulon habis, majlis UMNO pun ia tibai, belasah kiri kanan...


Ha ha ha... Pak Ya tokeh Air Tebu Pasar Malam pun mai,, jamuan raya.. belasah ajalah....


Hak ini pun UMNO totok,,, towkeh maruku, pernah sama-sama dengan jadi counting agen PRU11 2004 yang lalu...


Spesis ni kalau tak ada memang tak sah...., warna merah satu kemestian.....

Saturday, September 18, 2010

Berita Terkini - Perdana Menteri Cedera Tangan Kanan

Sesuai dengan slogan baru Rakyat Diutamakan, maka menurut sumber-sumber yang boleh dipercaya, Perdana Menteri Malaysia telah mengalami kecederaan tangan kanan kerana dok sebok mencedok makanan kepada tetamunya seramai 50,000. Ulang perkataan 50,000 orang... Fuiyo.....



Agak-agaknya ada di antara kita yang sanggup makan dari tangan itu... Minta maaf la..., bukan nak cakap takbur atau riak,, aku tak sanggup nak makan dari senduk tangan-tangan itu.... biarlah aku berlapar 4 hari 4 malam sekali pun.....

Sunday, September 12, 2010

Suasana Raya di Rumah PM 1Malaysia...

Gambar-gambar ni aku cilok dari Malaysian Insider....

Apa yang dapat aku bayangkan....

Perjumapaan yang hanya sesuai untuk sesama suku sakat sahaja.... bukan untuk bersama rakyat,,,

Untuk Rakyat hanyalah peluang rakyat bersalam dan cium tangan-tangan yang penuh dengan rasuah........


Inilah yang yang rakyat dapat.......


Yang ini pulak... kena beratur... bersesak-sesak.... apa ni... datang nak beraya rumah PM sebegini rupa yang rakyat dapat....




Look the water face,,,, nak dapat sesuap makanan setelah beratur bersesak-sesak....smpai terpasa kedua-dua belah tangan terpaksa dihulurkan..... lain kali kalau macam ni baik tak payah buat... apa benda ni macam ... inikah rakyat diutamakannnn,,,,macam pelarian.....@#$%^&()...



Gambar Saudara CT Nurhaliza berhari Raya....

Oleh kerana Datuk CT Beraya di Rumah Datuk K di Sungai Petani, nampaknya saudara-saudaranya Di Kuala Lipis Beraya Sakan.....




Saturday, September 11, 2010

Sesudah Subuh Raya Kedua..

Salam Sejahtera dan Selamat Berpuasa 6 Bulan Syawal..

Selepas Solat Sunat Raya semalam, jam 12oo tgh lebih kurang, dalam suasana hujan aku berlima berlepas balik ke Johor Bharu..., namun kali ini aku cuma sekadar menjadi Co-Pilot.... duduk disebelah pemandu, jawatan yang aku lakukan selama 22 tahun sebagai pemandu membawa keluarga telah diambil alih oleh anak-anak....

Hurghh bestnya... duduk sebelah, namun biasalah bila duduk sebelah mengantuk pulak,,, nak tidur kesian kat anak yang dok pegang steering...terpaksalah tersengguk-sengguk menahan mengantuk sehingga jam 9 malam lebih baru aku selamat sampai ke Kampung Bendahara (Kampong Othman Saad) berhampiran Kampong Melayu Majidee Johor Bharu..Aduka Taruna.. maaf salam hang untuk ........ tak dapat aku nak sampaikan....

Pagi ini, tarbiah sebulan Ramadhan yang lalu terpaksa diteruskan, solat subuh aku ke Masjid Kampong Bendahara, aduhai... masjid yang dah hampir 20 tahun, sebelum ini Surau.. jemaah yang sampai awal semuanya warga emas yang menunggu hari... malah Imamnya Haji Harun (bapa saudara Dolah Salleh Pemain bolasepak negara - Coach Selangor) yang cukup baik dengan aku masih lagi setia melaksanakan tugas imamnya, masih lagi sihat walaupun kelihatan sedikit keuzuran..

Namun inilah budaya dinegeri warisan melayu UMNO, hanya satu saf yang tak sampai pun 20 orang, mungkin masing-masing penduduk sekitar kesejukan dan keletihan berhari raya semalam.... nasib baiklah adanya bilal Pak Yusof, Pak Talib dan beberapa orang yang aku kenali, namun nama tak aku ingat..., kemudia ada 2 orang ahli jemaah tabligh, abang ipar aku dan anaknya... barulah nak masuk saf datang seorang yang cukup aku kenali.. Encik Mat Nor Markam.. bekas Incharge (CPO Writer) dalam TLDM, pun balik bercuti ke rumah mertuanya..

Selesai solat... CikMat Nor tarik tangan aku duduk kat penjuru luar masjid ajak berbual, bercerita kisah lama, tanya kekawan bekas TLDM yang berada di Manjung, sedangkan Cik Mat Nor menetap di Taman Permata Selangor...

Seronok juga bila aku mendapat maklumat yang ramai Ex-Navy termasuk Laksma (Bersara) Datuk Pahlawan Norazman bekas pengrah PPPM(MECC) boss aku dulu pun dah aktif dengan kegiatan aktiviti masjid.. alhamdulillah,,, ku ingat hanya di Manjung sahaja bekas pegawai-pegawai kanan TLDM yang bergiat aktik dengan kerja=kerja kebajikan, rupanya di Selangor pun apa kurangnya...

Inilah kesan dari PR meemrintah negeri-negeri yang sebelum ini UMNO memerintah.... Aku luahkan apa yang aku tulis diatas mengenai kedatangan makmun dimasjid Kampong Bendahara dibawah negeri pemerintahan UMNO, berapa jemaah yang hadir.., menggeleng kepala Cik Mat Nor... inilah UMNO, mereka lebih suka rakyat bodoh dan jahil dengan ilmu agama, mereka lebih rakyat berseronok suka menghadap TV yang sudah sedia menyiarkan beratus jenis acara-acara lagha yang melalaikan rakyat dalam masa suasana cuti berhari raya...

UMNO rela umat melayu leka berhibur, lupa akan apa masaalah yang berlaku dalam negara, masaalah buang bayi, masaalah sosial, mat rempit, jenayah juvana, dan berbagai lagi... biarlah rakyat berhibur dengan penuh kepuasan.. moga-moga next PRU13 UMNO mengharap umat melayu yang begini akan menyokong mereka....

Selamat bercuti dan berhari raya...



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari