boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Musa hasan. Show all posts
Showing posts with label Musa hasan. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Kerajaan BN pimpinan Najib LEMAH?..

Duk terfikir lama dah,, tapi siapa kita nak keluarkan kenyataan macam tu,,, bayangkan,, kejadian di Pantai timur Sabah,, lebih kurang setahun berlalu.... sepatutnya ada penambah baikan,, namun erhmmmm...masih lagi .. adui.. failed...


Sunday, March 30, 2014

Berbohong di pagi Ahad..

Mana mungkin ia berani nk mengaku,, dah berapa kes,, jawapan yang keluar dari mulutnya dengan bantuan syaitan hanyalah bohong belaka,, 

Ingat bagaimana jawapam dalam isu kad pengenalan kepada pendatang filipina di Sabah,, apa jawapannya...


Monday, April 29, 2013

PRU 13 - Mantan KPN Musa Hasan dilantik jadi Penasihat Pakatan Rakyat..

Terkejut aku bila membaca berita ini.., tak tau nak komen kut mana?..
Apa pun aku berlapang dada diatan tindakan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat..


Thursday, January 3, 2013

Najib vs Altantuya.. Kenapa Musa Hassan enggan komen ?..

Sebelum ini satu demi satu isu-isu penyelewengan dibongkar kepada pengetahuan pihak awam yang mana sebelum ini banyak rahsianya yang tidak diketahui umum...


Thursday, December 13, 2012

Woi!...Nak buat buku biografi juga atau nak bersumpah lagi sekali..

Aku tak kira berapa isu-isu panas sewaktu bermula perhimpunan agung umno 2012 sehingga sekarang yang telah dikeluatkan oleh 2 orang manusia ternama ni....


Thursday, December 6, 2012

Tan Sri Musa Hasan minat dengan politik pembangkang..

Ehem, ehem... bijak,bijak.. aku sempat tengok di penghujung wacana politik Sinar Harian, "Politik Samseng dimana maruah politik kita...", 
Ketika itu Musa Hasan menjawab soalan penonton isu kes menteri ganggu tugas polis...


Saturday, December 1, 2012

Awas.!! Hati-hati dengan lakonan Mantan KPN Tan Sri Musa Hassan.

Ingatkah lagi kisah perbicaraan Anwar dengan pemandunya Azizan tahun 1998 dimana tilam diusung, pegawai polis perancang utama waktu itu Musa Hassan, terpampang dikaca TV bila ia keluar dari mahkamah dengan menggayakan menjawab henfon bersama dengan pegawai pendakwa Ghani Patail yang menggunakan motor berkuasa besar..


Monday, October 22, 2012

Edisi Gampang - Ibrahim Ali Presiden Perkasa sokong Chua Soi Lek.

Anak haram yang dilahirkan oleh UMNO sendiri iaitu Perkasa dah mula nak buat onar dalam politik negara,,,
Sebelum ini Setiausaha Perkasa Syed Hasan Syed Ali mengharamkan ahli-ahli Perkasa mengundi MCA....


Sunday, July 15, 2012

Mantan KPN Musa Hasan VS KPN Ismail Omar, siapa yang benar...

Memang dah terbukti,, ambik dari mantan No1 dalam negara, Dr Mahathir sewaktu menjawat PM cakapnya lain, bila dah pencen berputar 360 darjah... 




Jadi tak hairanlah... KPN Ismail Omar nak keluar kenyataan kena hati-hati,,, jangan sampai bercanggah atau tak selari dengan bapa transformasi....kang susah... nak sambung tugas bila tempoh bersara wajib dah sampai...


Musa Hasan dah pencen,,, cakaplah apa pun,, tak ada masaalah,,, jadi lu orang sendiri fikirlah,, mana satu yang betull... 






Wednesday, May 23, 2012

Bekas Ketua Polis Negara ni berbohong atau berlakon...

Kisah mangkok ni selepas bersara dari KPN meletup hanya seketika,, ketika ia digossipkan kahwin dengan seorang seleberiti terkenal yang hantarannya bernilai berjuta RM... 


Selepas itu senyap membisu, melainkan ada pihak lain yang dok ungkit kisah salah lakunya sewaktu menjawat KPN... 
Berbanding dengan mantan-mantan KPN popular yang lain seperti Hanif Omar popular dgn tiada ayat judidalam alquran, BERSIH bakal jadi keganasan dalamnegara, manakala Rahim Nor pula popular dengan tuduhannya TGNA sebagai bapa kafir.... 

Masing-masing masih nak cari populariti, apa tidaknya,, kalau berpuluh tahun dapat bercakap depan wartawn,, rasanya gian lagi nak bercakap,, mana boleh,, orang bawahan nya sebelum ini kurang populariti, tup-tup dh popular seluruh negara apabila diterima menjadi ahli PAS... 

Sedang dia terkontang kanting,, tak ada sesiapa nak  ulas, nak sebutkan lagi... jadi...nak tak nak buat cerita juga..... boleh percaya ka... 




POLITIK

'Saya pernah diajak sertai pembangkang'

KUALA LUMPUR 22 Mei - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, beliau pernah dipelawa untuk menyertai sebuah parti politik pembangkang ketika masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Musa yang bersara pada 12 September 2010 berkata, pelawaan itu datang daripada presiden parti tersebut ketika beliau bertugas sebagai Ketua Polis Negara.
"Bagaimanapun, saya menolak pelawaan itu kerana dalam pasukan polis, kami tidak diajar untuk mencampuri urusan politik dan hal-hal lain dengan tugas.
"Sehingga sekarang, saya masih mengekalkan prinsip sama iaitu tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik kerana ia membuatkan saya lebih bebas untuk bersuara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 4 Mei lalu, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai Pas dengan alasan untuk membantu parti tersebut.


Parti politik pembangkang mana dalam Malaysia ni yang nak ajak dia masuk politik, tolong habaq mai.... jangan cerita separuh-separuh, boleh pula cakap Presiden parti tu ajak sewaktu dia masih menjawat KPN... Parti mana lah agaknya,, Parti KITA Zaid Ibrahim kut agaknya... atau pun parti JATI Hasan Ali.... 


Friday, November 25, 2011

Majlis Resepsi Kahwin RM15 juta - Siapa pemimpin UMNO tu..

Merujuk Metro Ahad 20 Nov 2011...

Dia berkenalan dengan suaminya pada 2006 yang mana ketika membuat satu persembahan amal...

Dia lelaki yang baik dan sangat menjaga solat, Kami selalu bersolat jemaah dan mengaji bersama-sama... Saya sangat bahagia....


Sebagai tanda kasih, suaminya menghadiahkan banglo bernilai RM5juta, kereta Audi R8 berharga RM800 ribu, wang hantaran RM111,111 dan mas kahwin RM10000, telefon bimbit dan banyak lagi.......

Siapakah manusia yang menjadi suaminya itu... suaminya tak mahu dikenali,,, rujuk gambarsyella-kamaruddin-dan-suaminya

syella kamaruddin dan suami

Tetapi di zaman IT serba canggih ni tak payahlah,,, kalau dah terpampang gambar tu, tutup sebelah kanan, sebelah kiri lopong juga,,, nak sorok kut mana,,, terjumpa juga di cerita-meletop-memang-meletop...


he he bukan pemimpin UMNO.... rupa-rupanya dia nilah yang dok jadi penyelamat pemimpin UMNO... padanlah duit banyat juta-juta, million-million..





Monday, August 29, 2011

Mat Sabu Pengganas, Pengkianat..

Salam Sejahtera...

Nampaknya Timbalan Presiden PAS telah dijadikan mangsa korban sempena hari raya puasa ni, walaupun hari Raya Korban masih jauh lagi, lebih kurang 2 bulan 10 hari lagi..

Mad Sabu mengikut perkiraan UMNO mesti dihapuskan, ia terlalu merbahaya untuk masa depan UMNO...

Maka anjing-anjing peliharaan UMNO yang masing-masing dah pun kekenyangan mula menyalak mengikut arahan tuannya untuk dari ekornya disentap oleh tuan-tuannya yang tidak berperikemanusiaan..



Kalau semalam UMNO menggunakan anjing baka Sarawak, pesara Renjer, tetapi hari ini UMNO menggunakan anjing terhebat pesara dari IGP yang paling pengecut..

Sedap betui sipengecut kata Mat Sabu pengganas, oii tolong sikit, bagi tau kat umum, apa definasi pengganas, dah berapa biji hotel kat Malaysia ni yang kena bakar angkara Mat Sabu, dah berapa ramai rakyat Malasyia yang dah kena culik dijadikan tebusan oleh Mat Sabu, habak mai sini,,,

Siapa yang sebenarnya penggnas, UMNO atau PAS, ingat lagi dak hangpa 2 orang Setiausaha Mahathir (2 Dollah) yang ditahan ISA kerana terlibat dengan komunis,,, Orang PAS belum pernah lagi kena tahan sedemikian, melainkan dituduh anggota KMM (Kumpulan Mujahidin Malaysia) itu pun sebab pergi berjihad melawan Komunis no 1 Russia di Afghanistan.

Mad Sabu Pengkianat - Apa rahsia negara yang dah Mat Sabu jual kepada negara, siapa lebih khianat PAS atau UMNO, bagaimana dengan Pulau Batu Putih, Stesyen Keretapi Bukit Cagar Singapura yang terlepas kepada Negara Singapura, tidak khianat kah itu, bila harta negara terlepas ke negara asing, begitu juga telaga minyak diperairan negara sengang-senang diberikan kepada Berunai, tidak khianat kah itu,,,,

Siapakah yang lebih khianat bila menjadi saksi utama bawa usung tilam ke mahkamah kes liwat 1 Anwar Ibrahim tahun 1998, hasil dari kerja-kerja terkutuk itu dapat menjawat pangkat no1 dalam polis,, tidak khianatkah itu dalam tugas sebagai anggota polis....

Wahai rakyat Malaysia, sepatutnya kenyataan Mat sabu itu diperbincangkan semula, silalah jemput tokoh-tokoh akedemik, pakar sejarah untuk menilai balik apa yang diperkatakan, bukan sekadar tengok TV cerita Bukit Kepong arahan Jin Shamsudin,, tak jadi,,, panggil itu , Prof Khoo Khay Kim, biar ia sahkan betul atau tidak,

Suruh Langkau anak Kanang, Musa Hassan yang menyalak, apa yang dia tau,, suruh ajar tabik hormat nak membodek boleh la....






Wednesday, August 17, 2011

Tan Sri Musa Hassan penakut....

Salam Sejahtera......
Sewaktu ia berkuasa sebagai IGP sebelum pencen dialah hero, sekarang bila dah jadi orang awam,,,, apa cerita... lebih kurang bandit juga lu...penakut...


Bahasa

Bekas IGP Musa enggan jadi saksi pembela

August 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak mahu menjadi saksi pembela dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam-peguam Anwar berkata pada awalnya Musa(gambar) kelihatan mahu ditemu bual ketika ditemui petang ini.

“Pada awalnya, beliau (Musa) kelihatan mahu ditemu bual, tetapi apabila kami memperoleh merit kes, beliau berkata beliau mahu menggunakan haknya tidak mahu ditemu bual,” kata Ramkarpal Singh.

“Beliau enggan menjadi seorang saksi pembelaaan,” kata seorang lagi peguam pasukan pembela Sankara Nair.

MENYUSUL LAGI






Thursday, September 9, 2010

Baguih punya ketua pasukan...

Sedih aku rasa bila terbaca kenyataan sebegini, walaupun betul apa yang dikatakan sedemikian, namun bukanlah semua, hanya segelintir sahaja...

Baca seterusnya Di SINI.

Manakala satu lagi kenyataan dikatakan jangan jadi orang suruhan. Amboi sedap sungguh bagi nasihat.., kenapa sewaktu dalam perkhidmatan tak sebut pun perkataan seperti ni....

Bagaimana pulak nasib anak buah Koperal Sirul dan C/Inspector Azilah yang dikenakan hukuman gantung... Itu orang suruhan atau menjalankan tugas atas arahan siapa!!!!!!!!!!



Wednesday, September 8, 2010

Lambaian tak selesai masaalah...

Salam Sejahtera...

Buat pihak Musa Hassan tentu rasa lega, masaalah yang bertimbun-timbun tu dah tak gaduh nak pening-pening kepala, apa nak risau .. lepas ni habuan-habuan tertentu sudah sedia menunggu, banyak jawatan-jawatan kosong lantikkan ehsan dari Najib akan diadakan buatnya, seperti mana mantan-mantan KPN yang lepas...



Kes utama tahun 1998 ni apakah sudah selesai, tilam, muka lebam..., itu semua kes-kes esklusif....

Bagaimana kes adik Amirul yang ditembak dari belakang, kemudian dituduh penjenayah...

Kes Kugan yang mati dalam tahanan Polis,, pun belum tahu keputusannya...

Mungkin kat dunia lu boleh lepas brother..., tetapi lu sebagai anak seorang guru agama mengajar Al-Quran paling kurang pun lu mesti ingat akan rukun iman yang kelima percaya kepada hari kiamat....

Itu jam lu baru tau..., tak ada lagi Peguam Negara yang akan bela lu....

Gua syor sama lu, lebih baik lu bertaubat dari sekarang, sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini,,, lu bertaubat dengan penuh keikhlasan, lu ceritalah balik kepada orang awam apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini...

Lu jangan risau, orang Malaysia masih ramai lagi yang pemaaf... kalu lu degil lu tanggunglah... hukuman Allah buat semua manusia, tak ada pun yang boleh lepas...

Friday, August 13, 2010

Apa Kata UMNO/Musa Hasan ?!! 10000 Keping Kertas Siasatan Hilangercuti!!

Aduhai..., entahlah.. tak tau nak kata apa-apa lagi dah.... tu pun masih dok ada rasa hati nak sambung lagi jawatan IGP...., kesian kat Ismail Omar...sempat kah nak rasa pakai pangkat full IGP....... pakai pencen Timbalan IGP lah nampaknya...





Wednesday, April 7, 2010

Bukti KDN diserapi oleh APCO

Salam Sejahtera.....

Sebelum ni aku terbaca KPN Musa anak Hasan minta Ketua pembangkang buktikan apa yang beliau ucapkan di Parlimen.., jadi kita sama-sama pakat buktikan....

Ini salah satunya....



Kalau ada sesiapa rasa gambar diatas ni superimpose, makan eloklak klik balik kat



Saturday, March 13, 2010

Selalunya Wartawan akhbar tak berbohong

Salam Sejahtera...

Berita terkini dan sensasi... Sini dan Di sini . Apakah penafian ini ada kaitan dengan kes mahkamah semalam seperti Di sini.

Dah tak pasal-pasal disebabkab permainan ini surat khabar Cina nak kena ambil tindakan..

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari