boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Kerajaan BN. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan BN. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

PRK KAJANG - Mantan Menteri Umno syor Bn tarik diri daripada kalah bertanding.

Aku tak pasti apakah ini sebagai satu saranan nasihat membina atau sengaja nak memperlekehkan Najib sebagai satu tekanan untuk bersara dari jawatan PM.


Friday, June 14, 2013

Tahniah UMNO Kedah - menyelesaikan masaalah KUIN.

Masaalah yang tak boleh nak diselesaikan oleh kerajaan negeri pentadbiran Pas kedah sebelum ini,, sehingga inimenjadi satu topik kekalahan Pas di Kedah.

Bila Umno dah ambik balik Kedah,, masaalah ini macam kacang aja,, ambik ngap masuk ke mulut.. nyap-nyap... nyap sayot jadi..


Saturday, June 1, 2013

Minta tolong Tuan Juragan 69 translatekan berita ini

Aku sekolah malay medium dulu,, jadi bahasa orang putih ni boleh sepatah dua yang aku faham,,, 

Pembaca blog aku Juragan 69, bila membuat komen, dapat menambah minda aku, banyak komen-komen membina, walaupun fikrahnya mirip disebelah sana..

Semalam ada satu berita, yang aku sendiri tak berapa nak faham,,, Juragan tolong....



Friday, May 24, 2013

PRU 14 - Umno bakal berkubur jika Parti BN sebagai parti tunggal.

Umno yang menyedari ia sebuah parti orang melayu yang sudah ketinggalan sokongan oleh penduduk warga bandar, terpaksa mengikut saranan parti komponen BN Gerakan yang sama juga di tolak oleh kaum Cina..


Wednesday, April 17, 2013

PRU 13 - Fuiyo !.. Najib & Rosmah dikelilingi oleh artis-artis .....

Ha ha ha.. hangpa tengok.,,, jangan ingat Pas saja yang ramai artis bagi sokongan.... Najib pun artis-artis bagi sokongan juga... baru adilkan... jom kita tengok artis yang pro bn...


Monday, April 1, 2013

Ambik ko - Pegawai JPN kena sembur dengan lawyer Latheefa Koya.

Memang ini selalu terjadi di pejabat-pejabat kerajaan, sikap sesetengah kerani-kerani yang tengik tak faham bahasa,, 
Bila dah kena sembur pandai pulak buat muka 10 sen..


Wednesday, March 13, 2013

Umno berebut kerusi dengan MIC di Perak - Masih tak selesai..

Mic masih nak pertahankan kerusi Dun Pasir Panjang,,, Umno pula dah pun buat persiapan siang malam kerana nak sangat kerusi tersebut... 
Apa tidaknya , Ketua Pemuda sibuk nak bertanding, Ketua wanita nak bertanding, calon dari KL orang kuat Awang Adek pun nak bertanding, orang kepercayaan Zambry pun nak bertanding.... Last-last... 


Monday, June 4, 2012

Gambar-gambar BN pilihan orang Muda di Kedah.. Lingkup orang melayu.

Sebelum aku teruskan perangai burok laku menteri UMNO, hangp alihat gambar ni, ada sorang menteri kanan kanan, lihat sendiri, tak payah nak sebut nama... dan aku dah tulis kisahnya Di Sini 


Ingat kut budaya tu hanya pada himpunan sejuta belia di Kuala Lumpur sahaja, rupanya tidak,,, budaya tak senonoh, pelingkup orang melayu, menteri ni eksport ke Kedah pulak... Inikah strategi dia nak rampas Kedah sehingga sanggup bebrbuat demikian...  







Untuk membuktikan apa yang aku sebutkan,,, lihat video dibawah....



Ini yang disajikan kepada kepada belia melayu kedah..


Apa lagi yang nak diharapkan pada menteri UMNO untuk kebaikan dan masa depan Melayu... fikir-fikirlah.... 









Monday, May 21, 2012

Tuesday, January 17, 2012

Apa agenda seterusnya menteri ini....

Menteri yang hampir-hampir nak kalah sewaktu PRU12 2008 dahulu, undi POS menjadi penyelamat dengan mendapat majoriti 200 lebih, dalam perhimpunan khas MCA tewas juga untuk calon Timbalan Presiden MCA, namun dia nasib baik Presiden yang juga pelakon DVD porno mengambilnya menjadi SU MCA,,,




Sebelum ini dia dah buat satu pembaharuan kononya.... tarikh tamat lesen memandu akan ikut dengan tarikh lahir pemegang lesen,,, apa baik buruknya aku tak nampak pun,, lainlah kalau dibatalkan sahaja yuran lesen memandu sebanyak RM30 setahun tu....

Unikkan sistem negara Malaysia, bila dah belajar sampai lulus,, lepas tu kena bayar setiap tahun,,, kalau tidak tak boleh dipraktikkan,, nasib baik pemegang-pemegang ijazah pun diperlkaukan sebegitu rupa.....

Terkini dilaksanakan lagi satu perkara yang agak baru,,, boleh mengambil ujian dengan menggunakan kereta auto, dengar baguih dan mudah,,, tapi ding dong ding dong kena bayar lebih,,,, tio na seng lu...., gua tau la,, itu syarikat driving school sapa punya.....

Apa yang alami,,, sebagai pemegang lesen sejak 30 tahun yang lalu,, dengan memandu kereta manual,,, bila nak bawa kereta auto tak jadi masaalah pun, senang aja,,, tetapi kalau membawa kereta yang gearnya berbeza , contoh kereta jepun dengan kereta volvo,, aaa itu payah sikit dengan ada terasa gangguan....

Jadi apakah pemegang lesen kereta auto itu nanti,, tidak akan berlakuk kekeliruan jika nak memandu kereta manual,,, sedangkan kita yang dok guna manual pun goyang sekejap bila bawa kereta jenis lain yang berbeza cara gearnya.....

Dan untuk pengetahuan kalian orang Manjung, khabar gumbira buat sesiapa yang nak makan free, pada 28 Jan 2012,, Majlis Tahun Baru Cina Peringkat Kebanggsaan akan dia adakan di Setiawan, padang kapal terbang,,, apakah ini juga hasil usaha menteri ni untuk memulihkan imej popularitinya dikalangan orang Cina sendiri,,, apa tidaknya,, ia kalah di Peti Undi Simpang Dua Setiawan lebih 80% orang Cina pada tahun 2008....





Sunday, November 27, 2011

"Pujuk Najib bukan saya!"

"Pujuk Najib bukan saya!"
Pemuda Gerakan keluar parti kerana kecewa dengan Koh

Lim Hong Siang | Nov 27, 2011 02:01:38 pm

"Semasa Hari Malaysia, Najib memberi harapan kepada negara ini, dengan ucapannya untuk menjanjikan pemansuhan ISA, memberi lebih kebebasan...dan sebagainya. Tetapi terkini Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, kelihatan lebih draconian berbanding dahulu. Jadi, apa yang dikatakan Najib? Dan mengapa Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) berdiam dalam hal ini?"

"Untuk Gerakan, seandainya ia menganggap ini adalah sesuatu yang salah, dia seharusnya bercakap sesuatu. Tetapi ia masih diam. Hanya apabila saya menyerah perletakan jawatan saya, baru beliau (Koh Tsu Koon) cuba untuk memanggil saya, memujuk saya untuk tidak tinggalkan (parti)."

"Ini cara yang salah! Beliau tidak seharusnya memujuk saya, beliau seharusnya memujuk Najib. Ubah pandangan dia (Najib)! Beliau (Koh Tsu Koon) mencari orang yang salah, saya bukan siapa dalam Gerakan. Beliau harus beritahu Najib, bukan saya... Keutamaannya salah!"

Demikianlah kekecewaan yang diluahkan kepadaMerdekaReview, oleh Delren Terrence Douglas (gambar kanan), seorang pemuda Gerakan yang mengambil keputusan untuk keluar parti dari Gerakan. Beliau memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Ijok, Ketua Pemuda Bahagian Kuala Selangor, Ketua Informasi Pemuda Negeri Selangor sebelum meninggalkan parti.

Dalam satu wawancara eksklusif denganMerdekaReview, Delren berkata notis letak jawatan telah dihantar kepada pimpinan tempatan kelmarin, dan melalui sms kepada Kohilan, Tan Lian Hoe dan Koh Tsu Koon, pagi tadi. Beliau menunjukkan panggilan Koh Tsu Koon yang tidak dijawab olehnya, pagi tadi.

Ketika ditanya faktor yang mendorong beliau keluar parti, Delren berkata, "Gerakan masih merupakan anak tiri kepada UMNO. Masa dia masuk dalam Barisan Nasional dulu, dia setaraf dengan UMNO. Apa pendapat dia, UMNO boleh terima. Masa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, zaman dulu... Tapi sekarang, Gerakan seolah-olah macam anak tiri."

Beliau tidak berpuas hati apabila pimpinan atasan Gerakan berdiam diri dalam skandal yang terdedah, termasuk skandal National Feedlot Centre yang melibatkan Shahrizat Jalil, Menteri Ketua Wanita UMNO baru-baru ini. Beliau berkata, peringatan demi peringatan diketengahkan, malah dalam Mesyuarat Agung Gerakan baru-baru ini, beliau antara pembahas yang melontarkan ketidakpuasannya, malah berkata Gerakan mesti bertukar (berubah).

Meskipun fenomena ini telah berlaku sejak lama lagi, tetapi beliau masih memilih untuk memberi peluang kepada Koh Tsu Koon. "Tapi nampaknya, dia (Koh Tsu Koon) tukar, dia kata dia tak akan bertanding dalam pilihan raya saja. Dia tak kata dia nak letak jawatan. Dia tak kata apa dia nak lakukan," beliau menyatakan kekecewaannya terhadap Koh Tsu Koon dan pimpinan atasan dalam Gerakan.

Ketika dilontarkan andaian Koh Tsu Koon berundur, apakah beliau akan kembali yakin kepada Gerakan, "Kena tengok arah mereka (pimpinan baru) nak pergi."

Delren hadir dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung semalam dan hari ini, di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Beliau menerima temuramah MerdekaReview di sini, tadi. Ketika ditanya mengapa PKR dipilih, beliau berkata ideologi perjuangan PKR hampir sama kepada Gerakan, dengan komposisi anggota yang berbilang kaum.

Ketika ditanya apakah suasana Kongres Nasional PKR berbeza dengan Mesyuarat Agung Gerakan, "Lebih kurang sama," jawab Delren.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.


Sumber : merdekareview.



Tuesday, October 25, 2011

Sayur dan rojak ada di dalam parti BN


BN parti ‘rojak’ dan ‘sayur’



Oleh.

MOHD RASHIDI HASSAN rashidi@harakah.net.my

SIDANG Parlimen yang bermula awal Oktober lepas, bermula dengan hambar dan kelam kelibut. Kerajaan Umno-Barisan Nasional menunjukkan dengan jelas bahawa mereka tidak mampu menyusun pembentangan Rang Undang-Undang (RUU), Usul mahupun Belanjawan dengan cermat.

Umno-BN seolah-olah diburu bayangan hantu apabila, selepas sehari menarik balik RUU Kg Baru 2010, dikemukakan satu RUU baru dan diluluskan dengan amat tergesa-gesa sehingga Ahli-Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat tidak sempat menelitinya terlebih dahulu.

Begitu juga pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kebiasaannya MP dibekalkan dengan buku belanjawan, beserta dengan Laporan Audit Negara, untuk dibahaskan bersekali. Namun kali ini semua peraturan itu dilanggar dan tidak dipatuhi, semata-mata kerana mereka masih mempunyai kuasa majoriti.

Parlimen bukannya sekolah rendah kebangsaan. Sekolah pun ada silibus, ada homework yang diberikan lebih awal untuk murid-murid membuat persediaan. Parlimen tidak harus jadi lebih cacamerba dari sekolah umum buta huruf.

Parlimen adalah sebuah institusi yang tinggi integritinya. Kesucian dan kemuliaannya harus dipertahankan kerana ia merangka, merencana serta menentukan dasar-dasar negara.

Mana mungkin sebuah institusi semulia Parlimen 'dibulldoze' sesukahati ikut sedap hati penguasa yang rakus. Kerakusan penguasa dalam membentang dan meluluskan apa-apa usul di Parlimen khususnya dalam soal Kg Baru, hanya menyerlahkan sikap tamak haloba mereka untuk menjarah harta rakyat.

Umno-BN meminda RUU dan akta, membentangkan Belanjawan secara terburu-buru serta tidak rasional. Seolah-olahnya mereka hendak cepat-cepat mencari dana menampung belanja pilihan raya.

Soal tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) masih lagi menjadi perbualan hangat. Ada yang kata bulan Disember selepas musim haji. Ada yang kata selepas Hari Raya Cina, Februari atau Mac tahun hadapan.

Hakikatnya, pada bila-bila masa pun Umno-BN harus gamble. Mereka sedar, tiada lagi majoriti dua pertiga. Itu dah jadi mimpi. Yang mereka pening sekarang, ialah cuba mencari formula bagaimana hendak mengekalkan kuasa dengan simple majoriti.

Kebimbangan BN terpancar dari perbualan beberapa orang MP BN di satu sudut Parlimen sewaktu rehat. Sambil-sambil menghirup kopi, mereka berbicara tentang masa depan mereka.

"You ingat selepas PRU ini kita masih ada di sinikah?" tanya MP A dari Umno kepada rakan-rakannya.

"Tak taulah, report dari bawah (rakyat) pun macam tak ok, hari tu TPM (Muhyiddin Yassin) turun kat bahagian aku, report kelabu lagi" jawab MP Umno yang lain.

"Aku ingat kerusi Umno ok, parti komponen lain (MCA, MIC, Gerakan) mana boleh jamin," getus MP A tadi.

"Sebab itulah kita minta you orang sikit rasional, kalau tak boleh menang, kasi sama Umno," kata MP Umno lain kepada MP-MP bukan Melayu di situ.

"Haiya, mana boleh itu macam kawan, kita dalam BN mau kasi sama peluanglah," kata MP B dari MCA.

"Betul tu, kitakan 1Malaysia, kita mesti tolong-menolong, kasi hak (kerusi sama) bukan Melayu," kata MP C dari MIC.

"Patut you orang kuat dalam komuniti sendiri. Macam Umno kuat dalam kawasan Melayu. Ini MCA mau lari, Gerakan mau lari, macam mana BN boleh menang," getus MP A, merujuk kepada hasrat Presiden Gerakan dan MCA untuk mencari kerusi selamat.

"Jangan itu macam kawan, kalau macam tu MIC mana ada kerusi majoriti India," getus MP C.

"Itu sebab Zahid Hamidi (Naib Presiden Umno) cakap, parti komponen BN kena rasional, kalau tak boleh menang, kasi kerusi sama Umno la," kata MP A, menegaskan hujah.

"You orang la kena kuat, tarik Cina, India sokong balik BN," getus MP Umno yang lain.

"Haiya kawan, macam mana mau tarik Cina. You Umno sekejap 1Malaysia, sekejap 1Melayu, macam rojak. Susah ini macam maa, Cina lari la," kata MP B sambil berdengus.

"Betul tu, bila polisi Umno sudah macam 'rojak', MCA, MIC, Gerakan jadi 'sayur' lah, habis tak ada future," kata MP C bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun perbualan yang hampir menjadi panas itu terhenti seketika. Masing-masing terdiam apabila loceng masuk ke dewan jam 2.30 petang berbunyi.

Masing-masing bangun perlahan-lahan dari tempat duduk, seperti orang kemalasan, bergerak perlahan-lahan menuju ke dewan. Masing-masing meninggalkan tempat duduk dengan persoalan masa depan yang bersarang di kepala.

Pening memikirkan masa depan diri, masa depan parti yang sudah menjadi 'rojak' dan 'sayur'.

Barangkali mereka sudah mula menerima hakikat bahawa pada sidang hadapan, belum tentu kerusi empuk yang bergelar Ahli Dewan Rakyat, menjadi milik mereka lagi.




Monday, October 24, 2011

Masih lagi tak percaya ! Hutang negara RM407 billion.

Sebelum ini bila keluar kenyataan dari suara-suara pembangkang mengenai berapa banyak negara Malaysia menanggung beban hutang ramai yang tak percaya, sebabnya pembangkang sengaja nak memburukkan kerajaan Najib...


Sekarang baru kita tahu, kenapa laporan audit negara lambat dikeluarkan, puas Ahli Parlimen dok bising, sampai sebentar tadi pun Ahli Parlimen Batu Gajah masih dok tanya lagi kat dalam Parlimen,,,,

Dan kini laporan resmi dari pihak berkenaan dah memaklumkan.. hutang negara sebanyak RM407 billion... tak banyak lagi kan... jadi tak hairanlah 2019 negara Malaysia boleh jadi muflis,,, itu kata Menteri Idris Jala.... pandaikan UMNO memerintah negara,,, pandai sungguh.. pandai berhutang melingkup negara.....




Thursday, August 25, 2011

LDP tunjuk keras kepala, BN Sabah Goncang...

Satu berita baik dari negeri di bawah Bayu Sabah...


Perebutan kerusi oleh parti-parti etnik China di Sabah, PBS, Gerakan, MCA dengan UMNO sekali dah mula kelam kabut..KLIK SINI..

Peluang buat Pakatan Rakyat terbuka luas kalau kena dengan caranya...

PKR tolonglah janganlah dok gelojoh macam kat Pilihan Raya Sarawak tempohari....





Saturday, August 6, 2011

Inikah balasannya untuk seorang anggota RELA..

Salam sejahtera,

Zaman waktu aku remaja di kampong penghujung tahun 70han, RELA ditubuhkan di kampong aku atas dasar untuk keselamatan kampong... Ramai warga kampong aku masuk sebabnya nak merasa menggunakan senapang patah yang dibekal kepada setiap platun...

Tak tugasan yang diamanahkan kepada meeka waktu itu, dan warga kampong yang masuk pun memang rela kerana mereka tidak dipergunakan...

Tetapi sekarang dah lain, anggota RELA dipergunakan dibawah arahan Kementerian Dalam Negeri, bermacam urusan-urusan penguatkuasaan oleh Jabatan Polis, Imigresen dan sebagainya selalunya akan dibantu oleh RELA, dan aku pernah dengar setiap anggota RELA akan dilindungi oleh insuran berkelompok...

Namun apa yang terjadi seperti yang dilaporkan dibawah bagi aku adalah satu penganiyaan...






Dimanakan slogan-slogan yang selalu kita dok dengar... " Kerajaan BN amat perihatin kepada rakyat..... apa cerita ni.... tolong habaq mai.....,




Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari