boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, November 17, 2011

Isu Perpaduan Orang Melayu - Dr Mahathir tak layak...


Mahathir tak layak bercakap pasal bersatu

Subky Latif

ISU orang Melayu tidak bersatu bukan suatu yang baru. Ia telah diperkata oleh UMNO sejak Tunku Abdul Rahman Putra masih ada.

Masa itu Parti Semangat 46 sedang bertenaga. Tunku dan Tun Hussein Onn terkeluar dari UMNO (Baru). Para pemimpin UMNO (Baru) menjaja isu apa yang dikatakan perpecahan orang Melayu. Mereka kononnya amat bimbang. Sama seperti yang Dr. Mahathir masih bimbangkan hari ini.

Kalau sebelumnya dikatakan Melayu itu berpecah antara UMNO dan PAS saja, kita itu sudah dijadi tiga dengan adanya S46.

Menjawab Tunku yang naik pentas PAS masa itu, adanya orang Melayu dalam berbagai parti, bukan tanda perpecahan tetapi ia dibenarkan oleh demokrasi.

Dr. Mahathir mengulang lagi, sekarang orang Melayu bukan sekadar berpecah antara PAS dengan UMNO, malah ada pula KITA dan lain-lain.

Dulu PAS tak berkawan dengan DAP. Hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC. Tetapi UMNO kata ia bimbang. Sekang mungkin bimbangnya bertambah kerana PAS berkawan pula dengan DAP. Tetapi asas bimbang itu sama dulu dan sekarang.

Masa Dr. Mahathir berkuasa dulu, perpecahan orang Melayu bukan sekadar antara PAS dan UMNO. Melayu juga berpecah kepada Semangat 46, Berjasa yang ditaja oleh UMNO dan Hamim pimpinan Tan Sri Asri yang direstui oleh Dr. Mahathir.

Sama saja dengan sekarang ada KITA dan PKR. Tetapi adanya KITA itu samalah dengan adanya S46, Berjasa dan Hamim dulu. Adanya sekejap saja dan adanya seperti tak ada saja.

Beza sekarang ada PKR yang kedudukannya lebih kuat dari S46.

Katakanlah keadaan itu tidak baik pada orang Melayu, maka ia banyak disebabkan oleh politik Dr. Mahathir sendiri.

Apa untungnya PAS berada dalam BN? Perpecahan Melayu itu dapat diredakan, malah ia seperti hampir bersatu. Tetapi yang memecahkannya ialah Dr. Mahathir sendiri. Berseteru semula PAS dengan UMNO. Angkara siapa? Jika tidak baik, Dr. Mahathirlah yang menjadikan begiu.

Kemudian berpecah pula orang Melayu kepada Berjasa dan Hamim. Siapakah yang mendorongkan wujudnya parti itu? Jangan kata Dr. Mahathir tidak ada peranan.

Kemudian tinggal PAS dengan UMNO semula kerana Berjasa dan Hamim ada seperti tidak. Tetapi gara-gara politik Dr. Mahathir memecah belahkan UMNO, muncul pula S46. Orang Melayu terbagi tiga pula. Dari dua jadi tiga. Jangan kata ia bukan angkara Dr. Mahathir!

Selepas S46 hilang stamina Melayu kembali berpecah kepada dua semula. Tetapi Dr. Mahathir berkarinah lagi. Ditendangnya pula Anwar Ibrahim dari Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Ia menyumbang kepada keadaan yang ada sekarang. Anwar dan penyokong-penyokongnya dalam UMNO membentuk PKR. Apakah keadaan yang ada ini suatu yang tidak baik bagi orang Melayu?

Kalau ia satu malapetaka kepada bangsa Melayu, maka antara orang yang menjadikannya begitu ialah Dr. Mahathir. Punca besar perpecahan itu dalam setiap kejadian adalah dari Dr. Mahathir. Jika dia tidak tendang PAS dari BN, mungkin BN itu boleh menjelma mejadi sebuah parti dominan orang Melayu.

Tetapi kerana politik gilanya memperbodohkan Tun Hussein Onn, orang tua terpengaruh lalu menendang PAS. Dato Asri, Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz tidak boleh disalahkan. Mahathir mesti belajar menyalahkan dirinya sendiri.

Kalau dia marah orang Melyu jadi begitu, dia kena marah dirinya dulu. Kalau dia menangis, itulah tagis buaya. Tangis yang sudah tidak ada erti.

Katakanlah orang Melayu betul berpecah. Yang melebar dan memperkuat perpecahan itu ialah diskriminasi kerajaan UMNO terhadap orang PAS dan anak-anaknya. Orang Islam dan orang PAS yang tidak bersama UMNO dilihat sebagai orang Melayu kelas tiga.

Orang Melayu kelas satu ialah UMNO yang menyokong Perdana Menteri. Melayu kelas dua yang tidak menyokong Perdana Menteri dan Presiden UMNO. PAS adalah Melayu kelas tiga.

Amalan diskriminasi UMNO itu lebih memecahkan orang Melayu dibandingkan dengan kewujudan beberapa parti Melayu.

22 tahun dia berkuasa dia tidak dapat buat apa-apa untuk menyatukan orang Melayu. Sepanjang masa dia memecahkan orang Melayu. Yang layak baginya bukan menyesali perpecahan itu tetapi menyesali dirinya tidak buat apa-apa untuk menyatukan orang lain.


Sumber : mahathir-tak-layak-bercakap-pasal-bersatu


5 comments:

  1. UMNO bekerjasama dengan MIC dan MCA atas nama toleransi sejak dari zaman Tunku lagi dimana MIC dan MCA menghormati hak istimewa orang Melayu berlainan dengan DAP yg berorientasikan komunis dan mementingkan satu kaum sahaja.

    ReplyDelete
  2. Pemerhati...

    Aku agak hang ni buta mata hati atau saja-saja buat buta...

    Apakah MCA menyokong hukum hudud yang PAS nak laksanakan di Kelantan...

    ReplyDelete
  3. Sudah la manjungmari.. mcm la kafir2 dalam PKR dan iblis DAP nk sokong sangat Hudud cara PAS tu..

    ReplyDelete
  4. DG44 = DonGoi 44 kali ganda bengap dari Mamak bendahara mahathir.

    ReplyDelete
  5. Aku tgh bayangkan Najib pakai Serban Rosmah pakai Tudung Labuh...alamat Pas Tutup kedai !! xde modal lagi...angkat bungkus !

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari