Setiap kali musim cuti sekolah, maka dengan secara tidak langsung musim kenduri nikah kahwin pun bermula....
Hari ini aku dapat 3 jemputan, 1 jemputan didalam daerah Manjung manakala 2 lagi di Changkat Iboi dan Jalan Gula Simpang Ampat Semanggol... Hanya satu di Manjung sahaja yang aku mampu nak hadirkan diri, dua lagi tu aku tak mampu dah nak pergi,...
Yang manisnya majlis yang aku pergi Doktor dari hospital daerah Manjung yang berkahwin,, Dr Mastura binti Hj Shamsuddin, beliau adalah salah seorang Dr yang merawat aku pada hari aku kemalangan jalan raya 5 Mei yang lalu... selama 2 minggu aku terlantar dalam wad, bermacam reaksi dan kerenah pesakit dalam wad 7 menjadi kenangan... dan Dr Mastura selama 2 minggu itu tak jemu-jemu ia menjalankan tugasnya menjaga masaalah aku...
Sehingga bila setiap kali aku membuat rawatan susulan, jika aku bertemu dengan beliau, walaupun dah beberapa bulan berlalu, muka aku beliau masih ingati....
Yang kelakarnya suaminya Dr Mohammad Izham ni aku tak kenal sebelum ini, nak jadi cerita sesuatu petang, semasa sebelum cuti Depavali yang lepas, kalau tak salah,,, datang jiran hadapan rumah aku bertanyakan rumah sebelah rumah aku hendak disewa atau tidak,,, bersama jiran aku tu Dr Izham , aku tak kenal,, jiran aku ni kenalkan,, yang Dr Izham ni yang nak cari rumah,,,
Melihat ke susuk badan Dr Izham ni kecil orangnya,, aku dok sangka bujang teruna lagi,, oleh kerana rumah sebelah rumah aku tu nak dijual,, bukan nak disewa,, aku cadangkan buat sementara waktu cari saja bilik-bilik rumah kedai, banyak yang nak disewa,, sahut jiran aku , Dr Izham ni dah berkahwin,,, tu yang dok nak cari rumah sewa.... tak terkata apa-apa aku,, silap orang nampaknya....
Hari ini bila aku sampai kat dewan makan,,, bersalam aku dengan bapa Dr Mastura, Haji Shamsuddin, beliau pun menunjukkan rupa menantunya kat aku,,, mak aiii... terkejut aku,,, terus aku bagi tau,, yang menantunya itu sebelum ini pi cari rumah sewa kat aku...
Tahniah buat Dr Mastura, dapat suami yang cukup bertanggungjawab, belum apa-apa lagi dah buat persediaan awal mencari rumah, sayang.. kalau tidak boleh berjiran dengan aku....
No comments:
Post a Comment