Atas dasar apa, ketampanan, cool,, atau pun warak kerana sanggup bersumpah depah kaabah...
boikot
Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts
Thursday, May 16, 2013
Sunday, January 20, 2013
Lagu dari Ummi Hafilda untuk suami mudanya... (Video dan gambar-gambar)
Memang patutlah sebelum ini betina ni buat perkara-perkara yang mustahil dari akal pemikiran kita yang waras... rupa-rupanya macam ada ssutu yang tak kena..
Sunday, December 2, 2012
Kesian Kat DS Rosmah Mansur - Kempunan tak dapat duduk di tengah pengantin..
Semalam, ramai pencacai dan penjilat Rosmah Mansor marah kat aku, kata aku buat cerita bohong dan fitnah kat Rosmah Mansor. klik kenapa-rosmah-najib-tiada-di-resepsi.
Woi..tak ada apa faedah yang aku dapat dengan buat kerja sebegitu, Namun pagi ini terjawab sudah..
Woi..tak ada apa faedah yang aku dapat dengan buat kerja sebegitu, Namun pagi ini terjawab sudah..
Friday, November 30, 2012
Kenapa Rosmah & Najib tiada di resepsi perkahwinan anak Hishamudin..
Kita semua sedia maklum yang Ds Najib bersaudara sepupu dengan Ds Hishamudin,,, emak kedua mereka adik beradik,, jikalau dah sepupu, anak Hishammudin beerti anak sedara Najib...
Tuesday, November 27, 2012
Menteri, Perdana Menteri, Timbalan PM, sama-sama melaksanakan kerja Bidaah..
Adat melayu yang amat sukar nak dihapuskan,, ini bertentangan sekali dengan hukum Islam,,
Masaalahnya macam mana nak dihapuskan, kalau dah Menteri yang buat, lepas tu Perdana Menteri dengan Timbalannya sekali tumpang toi sekali...
Masaalahnya macam mana nak dihapuskan, kalau dah Menteri yang buat, lepas tu Perdana Menteri dengan Timbalannya sekali tumpang toi sekali...
Saturday, November 10, 2012
Fuiyoo..Serupa artis..nak goda pengantin lelaki ka..
Ho ho ho.. apa yang dia idamkan buat masa ini semua dia dah dapat..dialah yang paling terhebat. cuma satu sahaja yang aku rasa ia tak boleh nak dapat..
Apa benda yang ia tak dapat?...
Apa benda yang ia tak dapat?...
Monday, October 1, 2012
Ali Rustam bakal mencabar kesabaran Rosmah...
Sekejap tadi terdengar berita dari Radio Sinar,,, memang mengejutkan rasanya buat kita rakyat Malaysia, kerana peristima ini telah dimasuk ke dalam Malaysian Gueiness World Of Record...
Monday, May 21, 2012
Gambar Anak Nasharudin Mat Isa (Mantan TPP) bernikah..
Hak tuan rumahlah dia nak panggil sesiapa pun,,, jangan dok komen apa-apa...
Sumber gambar : gambar-anak-nasharudin-mat-isa-yang-menikah-hari-ini
Tahniah aku ucapkan buat para perwakilan Muktamar PAS tahun lalu yang memilih Tuan Haji Mad Sabu sebagai Timbalan PAS.
Tapi tak apa,,, Patah Tumbuh Hilang Berganti...
.
Monday, February 27, 2012
Akad Nikah di Masjid !!
Kenduri kahwin dah pun bermula, sejak hari sabtu lepas, dua hari Sabtu dan Ahad dapor rumah aku tengahari tak berasap,, sebab ada jemputan kenduri walimatul urus...
Minggu depan cuti sekolah bermula ada lagi rasanya,, kad jemputan pun terima dah,,
Hampir setahun yang lalu,, ahli majlis fatwa Perlis ada menyuarakan tak berapa sesuai akad nikah di masjid,, klik nikah-di-masjid-bukan-amalan-rasulullah-kata-majlis-fatwa-perlis/.
Ramai yang tak setuju dengan saranan tersebut,,, tetapi kalau macam ni,, punya rupa agak-agak setuju ka tidak saranan tersebut dilaksanakan...
Teruk-teruk Ostad Kazim pun bila bab macam ni aku rasa dia pun tak setuju....
Monday, November 28, 2011
Gambar-gambar YB ADUN UMNO dah mula sewel..
Nampaknya dalam suasana cuti sekolah ni banyak program kenduri nikah dan kahwin buat orang-orang melayu tak kira apa-apa parti politik....
Dan bagi nak meriahkan lagi kendur tersebut, ada juga yang menjemput wakil-wakil rakyat setempat datang ke rumah kenduri, secara tak langsung banyak faedah yang boleh dapat diatara YB dengan tuan rumah....
Namun kisah yang ini aku rasa sedikit kelainan.... pelik,, mungkin YB ni terlampau humble atau excited sangat,,, senang cerita taksub sangat agaknya dengan kenduri kahwin,,, dah terlampau sangat..... nak kata tak baguih pun tak kena,, baguih,,, tetapi biarlah bertempat...



Aku tak kenai YB yang dimaksud dalam gambar ni... cuma aku nak kita sama-sama berfikir,,, hangpa perati betui-betui, secara kebiasaannya dirumah kenduri bahagian basuh pinggan memang kanak-kanak remaja punya tugas,, itu secara kebiasaan, kalau sistem katering pun sama, gotong royong penduduk setempat pun lebih kurang, jarang yang aku jumpa kumpulan orang tua-tua basuh pinggan,, biasalah,,, dah tua,, sakit pinggang....
Tetapi yang ini pelik sangat aiih,,, kalau ya pun nak bergambar untuk modal kempen PRU13, pi pegang senduk action tengah dok kauaca gulai dalam periuk tu OK lah juga,, ooooo katering apa nak masak lagi,,,
Kalau tidak pun dah nak popular sangat pi bersilat depan pengantin tu,, lagi popular,,, janganlah dok pi basuh pinggan tu,,, sedih sangat tengok,, macam budak-budak ketagih nak rokok aja....
Tittle YB pun nak kena jaga juga, YB ni penggubal undang-undang yang bakala dilaksanakan untuk rakyat,, kalau dah dok pi duduk dengan budak-budak basuh pinggan dah lain cerita... nasib baik tak pi ambik gambar kilat kasut pengantin.... lagi kacau.....
Sumber gambar aku rembat kat yb-yang-humble-basuh-pinggan-di-rumah.
Saturday, November 26, 2011
Selamat Pengantin Baru buat Dr Mastura dgn Dr Mohd Izham.
Setiap kali musim cuti sekolah, maka dengan secara tidak langsung musim kenduri nikah kahwin pun bermula....
Hari ini aku dapat 3 jemputan, 1 jemputan didalam daerah Manjung manakala 2 lagi di Changkat Iboi dan Jalan Gula Simpang Ampat Semanggol... Hanya satu di Manjung sahaja yang aku mampu nak hadirkan diri, dua lagi tu aku tak mampu dah nak pergi,...
Yang manisnya majlis yang aku pergi Doktor dari hospital daerah Manjung yang berkahwin,, Dr Mastura binti Hj Shamsuddin, beliau adalah salah seorang Dr yang merawat aku pada hari aku kemalangan jalan raya 5 Mei yang lalu... selama 2 minggu aku terlantar dalam wad, bermacam reaksi dan kerenah pesakit dalam wad 7 menjadi kenangan... dan Dr Mastura selama 2 minggu itu tak jemu-jemu ia menjalankan tugasnya menjaga masaalah aku...
Sehingga bila setiap kali aku membuat rawatan susulan, jika aku bertemu dengan beliau, walaupun dah beberapa bulan berlalu, muka aku beliau masih ingati....
Yang kelakarnya suaminya Dr Mohammad Izham ni aku tak kenal sebelum ini, nak jadi cerita sesuatu petang, semasa sebelum cuti Depavali yang lepas, kalau tak salah,,, datang jiran hadapan rumah aku bertanyakan rumah sebelah rumah aku hendak disewa atau tidak,,, bersama jiran aku tu Dr Izham , aku tak kenal,, jiran aku ni kenalkan,, yang Dr Izham ni yang nak cari rumah,,,
Melihat ke susuk badan Dr Izham ni kecil orangnya,, aku dok sangka bujang teruna lagi,, oleh kerana rumah sebelah rumah aku tu nak dijual,, bukan nak disewa,, aku cadangkan buat sementara waktu cari saja bilik-bilik rumah kedai, banyak yang nak disewa,, sahut jiran aku , Dr Izham ni dah berkahwin,,, tu yang dok nak cari rumah sewa.... tak terkata apa-apa aku,, silap orang nampaknya....
Hari ini bila aku sampai kat dewan makan,,, bersalam aku dengan bapa Dr Mastura, Haji Shamsuddin, beliau pun menunjukkan rupa menantunya kat aku,,, mak aiii... terkejut aku,,, terus aku bagi tau,, yang menantunya itu sebelum ini pi cari rumah sewa kat aku...
Tahniah buat Dr Mastura, dapat suami yang cukup bertanggungjawab, belum apa-apa lagi dah buat persediaan awal mencari rumah, sayang.. kalau tidak boleh berjiran dengan aku....
Monday, August 8, 2011
Tengok ni - Handsome lagi mamat ni, padan la Noraniza Idris nak...
Salam sejahtera,
Jodoh di bulan Ramadhan... h e he he......,


Nak tunggu lepas raya apa lagi Ostad,,,, lambat lagi tu... boleh tahan ka dalam dok posa ni.... kahwin ajalah dalam bulan posa ni atau akad nikah dulu,, orang tua-tua dulu kata nikah gantung,,,,tak menyalahi kalau nak kahwin,, posa siang aja ostad.....lepas berbuka lain cerita....
,
Tuesday, October 12, 2010
Masjid OK dah, PICC hampeih...
Sebenarnya aku malas nak ambik pot tentang majlis pernikahan angkasawan Negara ni,, tetapi bila terperasaan namanya hebat, Sheikh…., bukan calang-calang ….
Sheikh-sheikh ni selalunya orang-orang Islam yang alim hal-ehwal agama, itu sinominnya… sebagai Contoh Sheikh Mohd Nor Al-Hafiz, Bekas Imam Besar Masjid Negri perak, kini Pengarah Jaip… bukan calang-calang….
Jadi dalam pemikiran kepala otak aku, Sheikh angkasawan ni pun OK lah…, Pada petang Ahad 10,10.10 entah macam bini aku boleh pi buka TV3 tengok siri Nona,, rupanya dok tunjuk persiapan pernikahan dan akad nikad mereka laki bini.., kira OKlah kut,,, tetapi apa yang aku terpandang, waktu bininya Dr Harlina nak pakai tudung, tukang pakainya orang jantan,,,, bila nak solek sapu bedak, sikat bulu mata,,, jantan lain pulak, semua orang jantan…, ni apa cerita ni…,
Hukum kut mana depa ikut, aduhai Sheikh…
Apa pun masih kira OKlah, waktu akad ni, mungkin sebab-sebabnya bernikah kat Masjid Putrajaya, kenalah hormat sikit...…




Bila malam pula, program berlansung kat PICC, di siar juga dalam TV, nak tak nak aku pun tumpang tengok juga, aku terpandang, disebabkan Sheikh yang kahwin, tok-tok Arab pun ramai dijemputnya...


Nak bersanding, bersandinglah,,, tetapi siang tadi dah pakai comel elok dah, mai malam sendiri fikirlah..., dah tak sabar sangat dah ka Sheikh oii...., tu la gatai nak tarikh 10.10.10,,, kan lama menunggu...

Muqadimah sheikh... suap kek dulu.... wakaka....

Ha ha ha... OOO ini rupanya guru Sheikh.... Imam Khalifah Agung... jangan dok ikut perangai Imam tu Sheik,,, salam cium tangan dah,,,,
Saturday, September 25, 2010
Buat Ahli-ahli PAS, Kenduri Kahwin kembali lagi...
Salam Sejahtera...
Letih badan aku tak hilang-hilang lagi..., apa tidaknya bemula dari petang Khamis 23 Sep, aku pergi hantar anak aku balik ke KLIA, sampai di Teluk Intan singgah ke HSBC bank in duitnya, lepas tu dalam perjalanan nak menuju balik ke Hutan Melintang VIA Kuala Selangor, terdengar laporan trafik dari Radio Sinar mengatakan ada kemalangan yang menghalang lalu lintas di lokasi Hutan Melintang- Sabak Bernam, tetapi sikap aku yang kurang percaya dan mengharap kemalangan dah pulih, rupa-rupanya aku tersilap besar, belum sampai hadapan Sekolah Sains Teluk Intan, jalan dan jam,,
Apa pun aku cuba ikut kesesakan jalan, namun kebimbangan mulai terasa, kerana anak aku kena checg-in jam 1.00 pagi...membuatkan aku berpatah pusing balik ke Teluk Intan dan menuju ke Bidor dan naik Plus Bidor terus menuju ke Kuarter KLIA rumah adik ipar aku, alhamdulillah jam 11 30 malam aku selamat sampai...
Pukul 12.30 malam aku hantar anak aku ke KLIA dengan bantuan biras dan adik ipar aku, nak harap aku, memang kelabu asap, tak tau mana nak cari parking dan sebagainya..., setiba di tempat Check in kawan-kawan anak aku dari Terengganu dan lama menanti, termasuk anak Dr Harun Taib ada bersama.
Selesai anak aku berangkat berlepas, aku balik ke rumah adik ipar aku dan bermalam untuk beberapa jam sajaha, kerana dah masuk jam 3.00 pagi,, bangun pagi lepas saja solat dan minum pagi, aki sambung tidoq balik, sebab letih hak malam tadi belum pulih,,,, tengahari aku pi solat Jumaat di Masjid Kuarter KLIA, lama betul aku tak bersolat disana...
Jam 4 ptg semalam, dalam hujan gerimis aku bertolak balik ke Manjung, balik mengikut PLUS keluar susur Kelang masuk Highway Guthrie keluar ikut Kuala Selangor, jam 9.30 malam aku selamat sampai Manjung... Dan malam tadi bermulalah balik aku tinggal berdua dengan mem aku... anak-anak semua pakat balik ke tempat pengajian masing-masing....
Bangun pagi tadi, badan masih dok rasa sakit urat-urat belikat disebabkan dok pulas stering kereta semalaman, pagi tadi jam 9.30 pagi kena pi ke tempat kerja pulak, ada jamuan hari raya, hari Khamis dan Jumaat semalam aku cuti, tetapi hari ini aku kerja, arahan kena ikut tambahan pula kena pi makan, jadi tak boleh tolak..... Selesai makan jam 11 00 pagi, aku terus belah balik rumah, berehat seketika kena selelap lagi....
Pukol 2 ptg sekejap tadi ada pulak jemputan kenduri kahwin, kawan sebelah taman, sama-sama ahli cawangan, kenduri kahwin anak perempuannya yang pertama, kad jemputan aku dapat pun dalam bulan puasa lagi, lama dah...., kendurinya nu... grand.. buat di Dewan Merdeka MPM, sampai sahaja di kawasan dewan tengok khemah-khemah penuh di luar dewan, stage dan alat-alat kugirtan dah tersedia, rupa-rupanya besok 26 Sep Zambry MBH akan adakan juga majlis jamuan hariraya...
Sampai kat pintu Dewan, nampak kawan aku baju melayu bersampin lengkap sedia menunggu tetamu, biasalah trend zaman sekarang, kena salam dulu baru boleh masuk dan pi makan.... masuk dalam dewan tetamu dah ramai, namun meja masih lagi banyak yang kosong... namun terkejut beruk aku.........
Rupanya majlis kenduri kawan aku ni masih di tahap takuk lama juga, ada acara persandingan, nuuu atas pentas dalam dewan nu... huurghhh begemerlapan sinaran baju pengantin dengan cahara suram lampu diatas pentas, dicampurkan dengan lagu-lagu kahwin manakala DJ pula sibuk dok jemput pak ngah, makngah, pak long, mak long naik ke pentas merenjis tepung tawar ke pada mempelai pengantin....
Tertanya di hati kecil ku, kenapa kawan aku ni boleh berbuat begini, beliau bukan ahli baru, ahli lama dah,,, entahlah,,, aku makan pun tak senang..., waktu balik sempat aku bebisik kepada seorang sahabat... senyum sumbing sahabat aku, bukan apa, belanja kenduri yang digunakan berbelas ribu ringgit, dicampur dengan sedikit yang tidak dibenarkan dalam Islam, sia-sialah perbelanjaan wang ringgit tersebut..
Aku teringat balik satu jemputan kenduri kahwin di Shah Alam pada 25 Jul yang lalu, kawan anak aku yang bernikah, bapanya seorang jemaah tabligh, namun resepsi (aturcara) kendurinya kita boleh ambik pakai....
Jadualnya jam 11 pagi - 1.00 thg jemputan hanya untuk keluarga terdekat sahaja...., jam 1 thg 2.00 ptg solat Zohor, jam 2.00 ptg- 4.00 ptg untuk jemputan tetamu dan sahabat handai...
Majlis tersebut diadakan di Dewan Raja Lumu bersebelahan dengan Muzium Negeri Selangor Shah Alam, sebuah bilik kecik di pintu masuk Dewan digunakan untuk bilik Pengantin Perempuan, jadi tetamu wanita, kawan-kawan pengantin yang nak bertemu dengan pengantin perempuan boleh masuk ke bilik kecil tersebut.
Tetamu lain, masuk ke dewan hanyalah makan sahaja yang disediakan, tiada alunan muzik dan sebagainya, entah macam mana, sebagai nak berhibur seketika, beberapa orang kekawan anak lelakinya telah bernasyid ala-ala rap tanpa muzik pun,, kira OK lah....itu sahaja, tetamu dapat makan dengan tenang, sambil berbual berkenalan tanpa gangguan hiruk pikuk muzik...
Jadi aku berseru kepada pembaca dan diri aku sekali, kerana aku pun ada anak juga, kita terpaksa membuat satu perubahan atau pun anjakan paradigma bahasa sekarang, bukan apa.. kenduri kahwin itu sunat yang dituntut, kalau kena gaya dan mengikut syariat Islam, alhamdulillah, moga-moga dapat keberkatan dari Allah,
Tetapi kalau bertentangan dengan syariat, hanya sekadar terikut-ikut dengan peredaran masa yang dipelopori oleh orang melayu dan artis-artis mengikut teradisi hindu, apa yang kita dapat.,, penat wang ringgit habis, yang kenyang seronok suka ialah katering, mak andam, tokeh khemah, tokeh kedai cenderahati dan DJ.........
Monday, September 20, 2010
Penawar untuk sakit STRESS
Aku rasa penemuan penawar untuk atasi tekanan (stress) ni dah banyak lagi terbacanya..., cuma kali ini mungkin secara lebih resmi,
Bagi aku memang betui lah tu..., kalau tak dapat tu yang naik stress tu..... tu lah agaknya ya kalau kena kerja di bawah boss-boss bujang terlajak tak kira lah anak dara tua ka, teruna tua ka problem..., tambah-tambah lagi kalau bawah anak dara tua..., ini dari pengalaman aku....,, jadi nak elak stress, kenalah nikah, kalau yang dah nikah, nak tambah lagi satu, dua atau tiga, itu bukan nak hilang stress, itu nak cepat lagi mamposs kalau tak kena gayanya..,,,. ....
Sunday, June 20, 2010
Kenduri Kahwin Lagi..
Salam Sejahtera..
Pukul 10 pagi tadi (Sabtu) h/p aku berbunyi, rupa-rupanya sahabat lama (room mate) Sheikh Zaidi semasa kat Mekah 2007 yang lalu call, tanya aku pergi ke tak jemputan kenduri kahwin anak sahabat room mate juga ...
Sewaktu di Mekah dahulu kami ada berenam, 3 orang dari Perak, terdiri dari aku, Bang Ali dari Manong dan Haji Said dari Kampong Air Ganda Grik. Manakala 3 orang lagi dari Butterworh, Pak Ngah Abu dari Kampong Padang Ibu, Permatang Pasir, Latib dari Sungai Dua dan Sheik Zaidi.
Pukol 12.30 Sheikh Zaidi ni call lagi aku, kata dah sampai, tengah makan nasi,, aku masih kat tempat kerja lagi.., menurutnya ramai tetamu yang datang termasuk ADUN Manong yang juga Exco Perak,, aku sound kat Zaidi suruh pergi la bersalam dengan Adun tu ambik berkat, dia jawab apa kat... dapat keparat ada lahhh... aduhai...
Jam 1.00 aku balik kerja, lepas solat Zohor, tak cerita banyak terus pergi ke Kampong Guar Manong, sebelum ni 05 hb lepas aku dah pergi, kenduri juga rumah anak saudara Abang Ali ni, bila Abang Ali ni nampak aku kat rumah anak saudaranya, ia jemput aku mai kerumahnya semalam, siap dengan bagi kad jemputan lagi.....
Aku dengan Abang Ali ni sewaktu di Mekah ada sejarah atau kisah yang tak dapat di lupakan, tetapi tak payahlah aku ceritakan di sini, perkara dah berlalu...., biarlah kami berenam teman sebilik sahaja yang mengetahuinya....
Ini Bang Ali dengan Isterinya... Warna sedondong... Tengok colour baju pun dah tau kan!!!!
Aku sampai jam 3.00 petang, kiranya beruntung juga, nasib-nasib la datang lewat ni... apa tidaknya, bila ambik makanan, disuruh oleh isteri abang ali duduk kat tempat pengantin makan, banyak laut dari pengantin yang tak berusik, jadi aku, bini dan anak aku tukang makan, rezeki sampai lewat...
Dalam tengah dok makan, sampai pula Naib Presiden Keadilan, Mustafa Kamal Ayob bersama isteri dan anak, duduk berhadapan dengan meja aku..., aku pun passing lauk-lauk pengantin kat dia..., hormat pimpinan..isteri MK ni anak saudara Abang Ali...
Aku tunggu sehingga dia selesai makan, selesai aja, aku dengan muka tak malu, pi duduk sebelah dia, terjah dia, tanya kes DSAI isu bukti Ahli Parlimen Lompat di rasuah..., menurut Mustafa Kamil memang ada, dan ia cerita segalanya kat aku.., ha ha .. bab ini aku tak boleh cerita lagilah kat hangpa..., itu pasal aku tengok DSAI jawab di youtube confidence aja....
Dalam dok syok berbual banyak hal dengan Mustafa Kamil, masuk pula seorang lagi tetamu, siap pakai kopiah lebai macam aku lebih kurang, tanya macam-macam juga kat MK, rupanya Pegawai Polis, Timbalan OCPD,... lagi panjang cerita Yob.., banyak lagi isu yang aku perolehi.., kesimpulan yang aku dapat dari Pegawai Polis ni, Musa Hassan akan sambung tugas 1 tahun lagi, kerajaan Najib memang dah kering kontang, kira betuilah kata Idris Jala, 2019 Malaysia akan bangkrup.. he he kesian kat polis dengan janji-janji manis Najib sebelum ni.bayangkanlah, peruntukkan nak mencuci kawasan persekitaran pun tak ada, terpaksalah guna pakai gotong royong....
Dalam dok tengak rancak berbual,, masuk lagi sorang joint nak bersembang, Penghulu dari Taiping, macam-macam cerita lagi yang aku dapat.., memaklumkan kerajaan negeri Perak ni semakin teruk, apa tidaknya, kalau Sultan pun dah turun, tak cukup dengan selepas tu disusuli pula dengan Raja Muda,, tetapi rakyat alahai... tunggu ajalah PRU13 nanti keputusannya...
Dalam dok tengah syok bercerita bini aku dah dua tiga kali dok pandang kat aku sebelum ni, terus bersuara ajak balik.... perghh, boring betui.. kalau tau nak dapat habuan maklumat macam ni..., tak payah ajak bini ikut sekali.... Dalam masa nak balik sempat kami sama-sama mengankat tangan perjuangan....
Penamatnya bila aku nak bersalam dengan bang Ali, berpeluk lagi sekali, waktu sampai pun berpeluk juga, nak balik aku bersuara minta maaf perkara-perkara yang lalu, walau pun aku rasa aku tak bersalah dalam hal tu, abang ali pulak rupanya dok perati perbualan kami tadi dari jauh, katanya kat aku...abang ali tak kisah perbincangan kamu dengan demer tu,,, negara kita ni demokrasi!!..., mak aii..., moga-moga Allah dapat mengubah fikrah Abang Ali... Insyaallah.
Sunday, June 6, 2010
Kahwin, Kahwin, Kahwin..
Salam Sejahtera...
Nasib baik dalam seminggu cuma dua hari sahaja cuti am, kalau tiga atau empat hari straight cuti, maka ke empat-empat hari ada kenduri,,, semalam aku dapat 4 jemputan, sempat pergi 3 rumah sahaja, 1 lagi dah tak sempat..., paling seronok musim kenduri bini aku, sebab tak payah masak..
Hari ini pun kena 3 jemputan, tu pun jemputan secara direct kat aku, kalau setakat letak kad jemputan pada papan kenyataan di surau atau tempat kerja, main jemput semua sekali satu tempat kerja atau pakai nama jemaah surau..., aku minta maaf.. memang aku tak pergi...entahlah.. aku tak boleh terima..
Jemputan pertama yang aku pergi tengahari tadi ke rumah jiran setaman dengan aku...
Mungkin ada pembaca yang kenal,,, inilah tuan kenduri pertama, Rahman Tok Guru,,, selalu dia dok berjubah ajaa,,, tapi hari ini punya pasai sampin lengkap yob.... Yang sebelahnya tu, baju batik tu Setiausaha PAS Kawasan Lumut, haji Zul..., semenjak balik Mekah ni, bukan main smart aja...
Rahman Tok Guru ada kenangan nostalgia sama-sama dengan aku sewaktu kami dalam navy disekitar tahun 85-86 dahulu, nama aku dengan nama dia bersama beberapa orang sahabat yang lain seramai 12 orang ada kat Balai Polis Lumut waktu tu, selepas kejadian pembunuhan Assyahid Ibrahim Libya Memali. Puas Guru Agama Pangkalan arwah Allahyarham Ustas Wahid menasihati kami,,, apa tidaknya,, dengan nama Ustaz tu pun ada sekali kena sama.
Seronok waktu tu dok dalam jemaah, Usrah seminggu sekali, Sifu aku dok mai jadi Naqib, sementara kami nak pandai melaksanakan sendiri, selepas itulah, lahir seorang penceramah bebas dari bekas TLDM Ustaz Halim Nasir, sekarang beliau berada di Sungai Petani Kedah....
Sekarang ini selepas masing-masing pencen, cuma aku dengan Rahman Tok Guru yang tinggal di Manjong, geng-geng lain, semua dah balik kampung halaman masing-masing, dan ada yang dah meninggal dunia.. Oleh sebab Rahman ni berasal dari Johor, itu yang bestnya kenduri rumah dia.... Pergghh..
Jemputan kedua selang, dua tiga taman perumahan dari rumah aku..., rumah sahabat aku juga, sahabat sama-sama ahli cawangan.......,



Ughh, rupa macam ni nak jadi tok imam, kalau aku yang tukang pilih pun aku tak ambik..., banyak lagi yang lain...
Sahabat ni Che Wan Roslan,,, he he.. umur dia muda pada aku lagi,,, dah boleh menantu dah....tahniah... tahniah....
Disebabkan banyak kenduri kat daerah manjung ni, jemputan-jemputan tak mememenuhi khemah yang disediakan, kalau nak makan pun, ambik lauk main chedok sendiri, tak ada orang nak serve..., sebab masing-masing makan sikit aja... standay untuk rumah yang lain.., kerusi kosong pun tersedua menunggu, tak payah pegang pinggan melilau mata cari tempat nak parking..., tuan rumah pun tak perlu risau, jemputan tak ambik banyak, tentu cukup punya makanan...
Dalam kedudukan perut yang betul-betul fultank, aku terus berlepas ke Batu Gajah pulak, singgah di Air Tawar sembahyang Zohor, jam 2 lebih terus berlepas dengan bini dan 2 orang anak teruna aku.. Sampai pekan Batu Gajah, melilau juga, nasib baik sempat print plant alamat rumah, nak bagi tau,, yang ini aku dapat kad jemputan pun melalui email, lagi special,,, tu yang redah pi jugak..., dapat masuk ke tempat yang disasarkan, nak cari lorong rumah pulak,,, anak aku buat kelam kabut, patah balik, masuk lorong jalan mati, keluar balik,, baru jumpa tanda rumah bila pihak Tuan rumah pelekat nama pengantin, dalam pada tu terlepas simpang nak belok, sampai satu simpang dah nama pengantin lain pulak,, cemas yob, jam dah pukol 3 lebih, bini kat sebelah dah dok beleter dah.., namun alhamdulillah, aku patah balik, nampak kat simpang masuk, rupanya yang sebelah lagi kertas tanda nama dah jatuh..., tu yang aku terlepas tu..,
Aku sampai orang dah tak ramai dah, yang tinggal hanyalah sedara-sedara tuan rumah agaknya, ada seorang jemputan Mat Saleh dah nak balek,, aku sampai nak masuk, tuan rumah terus mai jemput aku masuk,, perrg..lega,, nasib baik tuan rumah masih ingat dan kenal aku,, kalau tidak,, mai jauh-jauh buat tuan rumah tak kenal.. eeeiii,
Lepas tu isteri rumah pun keluar,,, nak tau siapa,,, motherof3mohd.,,, anak lelaki sulungnya yang kahwin..sebab aku ni jenis peramah muka tak malu, tangan gatai pi tulis komen, awai-awai lagi tanya tak jemput ka.., jadi MO3M jemputlah aku, bila dia jemput, aku kut mana pun kena pergi.... .
Nasib aku baik,, ada program nak ambik gambar pengantin, aku pun tumpang toi sekali..., puas MO3m dok panggil anaknya mai possing kat luar...
Ha... inilah anak lelaki dan menantu MO3M, tahniah,,, dah dapat menantu,, sikit hari lagi dah boleh jadi jadi Opah,, kalau dah ada cucu seronok weeihh,, silap-silap blog pun dah sempat nak nulih lagi dah...,
Dalam waktu aku nak balik, ada dua tiga orang tetamu dirumahya menyapa dan menyoal anak jantan aku,,, betul ka, yang anak aku ni masuk program Imam Muda anjuran ASTRO tempohari,,, tersenyum sengih ajalah anak aku mengaku,, aku sendiri tak tau anak aku tu pi mohon minta Imam tu, tau-tau satu malam tu, bertalu-tali SMS masuk tanya, anak, adik, adik ipar, jiran, manalah aku tau, rumah aku pun tak ada ASTRO..,
Tapi sayang anak aku tak dapat,,, mengikut cerita dari kawan-kawan yang nengok, sebabnya pakaiannya rock,,, he he.. rasakan, ayah dengan maknya dok tegur, pakai biarlah kemas sikit.. ini entahlah,, dah ia mimat macam tu... lantak kamu lah.., jangan dok buka aurat pakai seluar pendek dah..
Ughh, rupa macam ni nak jadi tok imam, kalau aku yang tukang pilih pun aku tak ambik..., banyak lagi yang lain...Wednesday, April 14, 2010
Hanya Dua Kali Seumur Hidup..
Perrgg... Bersanding lagi yob..., tak apalah kalau jodoh tu kekal cuma masing-masing sorang dapat merasainya dua kali seumur hidup...
Hangpa tengok Isa Samad... terngaga mulut tu..., tak sempat dah tunggu esok,,,, esok..., ialah esok hari Khamis!?!?!?!?!?!?!?!?!?!?!
Empat tahun Yob !!! lama tu ........ Dengar cerita tadi dalam TV Puan Sri Bibi kata nak honey moon kat Hulu Selangor,,, Hulu Selangor pun OK lah tu... Kuala Kubu dengan Bukit Frazer pun tak jauh, setengah jam boleh sampai...,
Untung Tan Sri Isa, Menang kat Bagan Pinang, dapat pula memenangi hati wanita.,ooppps,,, salah tu...puterilahhh.,
Sunday, January 31, 2010
Aduka Selamat Sudah, Dugong Darat Bila lagi..
Salam Sejahtera,Masih belum terlambat lagi, aku pun ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru.... buat Saudara Khairul Nizam dan Khairuz Asyikin.
Mula-mula Aduka SMS dan email kat aku bagi tau yang ia nak melangsungkan perkahwinan, selepas itu banyak SMS yang aku terima daripadanya, sehinggalah selesai upacara pernikahannya pada 17 Dis 2009 yang lalu, sehari lepas tu ake terima SMS lagi darinya, gembira rasa dari tulisannya itu, tengah bergambar katanya....
Sehari sebelum kejadian malang yang diterima oleh Aduka, beliau menghantar lagi sekali e-mail kat aku dan beberapa orang sahabat menjemput ke rumahnya di Paroi, siap bagi plan rumahnya.
Terima kasih Aduka, Kerana Tak Lupa Menjemput Aku...
Memang aku bercadang -cadang tu memang teringin sangat nak pergi walaupun jauh, bayangkan dari Seri Manjung ke Seremban mau 400 km lebih, bukan apa.. dari sini boleh bertemu dengan kekawan blogger lain,,, tetapi sayang banyak perkara yang belum selesai, aku renovate rumah hampir 2 bulan lebih, semalam kira baru selesai, si Mat Indon Haikal yang jadi tukang buat rumah aku tu pun semalam mai ambik baki wang upahnya sebanyak RM 2,000.oo lagi.
Sungguh pun siap dari segi tukang, tetapi kemaskini segala-galanya, masih belum selesai, banyak lagi yang perlu aku kena last finishing, sehingga malam ni pun, masih belum siap seluruhnya, masih ada lagi...
OKlah Aduka, kalau nak Honey Moon tu, marilah ke Pulau Pangkor, cuti-cuti dalam Malaysia, boleh singgah kat rumah aku...,
Ha ha,,, Aduka dah tamat zaman bujang Taruna nya,,, tinggal sorang lagi kawan aku,, tu si Dugong Darat, nak tunggu bila lagi,, aaaaa, ada sorang lagi terlupa .... Cenangau.Cenangau pun teruna lagi tu..,oiii nak tunggu tahun bila,,, rugi oiii, barang koi naik,,
Sunday, November 22, 2009
Celcom Broadband, Kenduri Kahwin Punya Cerita..
Salam sejahtera..
Pertama sekali hari ini aku minta maaf kepada pengunjung blog MM, tak sempat nak update, kerana siang tadi walau pun hari ini cuti minggu, tapi aku sibuk sikit, dalam seminggu dua ni, memang sibuk, rumah tengah renovate, kena dok perati mat-mat Indon dok buat kerja...
Kemudian, sempena permulaan cuti sekolah akhir tahun, kenduri kahwin dah bermula, sejak dari semalam lagi, semalam sabtu nu... kat Seberang Perak, hari ini pulak, kat rumah kawan sesama service dulu, dua orang sekali anak dia sekali jalan, yang syoknya tengah aku dok menyuap nasi, tup-tup dengar suara DJ Wan yang dijemput ke rumah kenduri sebut nama call sign aku, MM.. terkejut aku, nasib tak tersedak.., rupanya dia kat belakang aku..., anak lelaki aku tu senyum sumbing aja bila ayahnya jadi sebutan kat rumah kenduri, nasib baik jemputan yang ada tak ambik kisah apa yang DJ dok merapu tu....
Cuma aku nak cerita mengenai semalam, dari petang semalam Celcom tak berfungsi langsung, aku tak perasaan, on broadband tak boleh, bila anak aku tengok hpnya Celcom kong, langsung tak ada line...sampai ke malam celcom tak boleh pakai, oleh kerana gatai tangan, nak masuk juga internet, aku cuba guna simcard prepaid 012 aku, oii boleh rupanya, dapat laju Ok juga...tapi itu lah, sebelum tu aku check balance ada RM86.53 lebih kurang, aku pakai tak sampai 20 minit rasanya, bila berenti stop, dah baca cerita-cerita semua, tutup, check balance balik, berapa tinggal, RM 1.23, dalam masa 20 minit RM85.oo duit aku dalam prepaid terbang.. padan muka..., nampaknya nak panggil kekawan sehari dua pakai tak boleh laa, SMS free banyak lagi baki, ada 200 lebih, tapi itu pun untuk sesama hotlink aja....
Subscribe to:
Posts (Atom)
