boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Aduka Taruna. Show all posts
Showing posts with label Aduka Taruna. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Papagomo dan Taipingmali blogger jenis penakut rupanya...

Penakut rupanya blogger PapaGomo... sama seperti Taipingmali, blogger Mat Saman Kati pernah ajak pekena teh tarik sama-sama kat Kemunting Taiping satu ketika dahulu, tak berani nak sua muka.... kemudian MSK ajak berdepat siapa tipu Melayu dah setahun berlalu masih tak berjawab....

Papagomo pulak,, semalam Aduka Taruna ajak bergambar sekali dalam satu program UMNO,,, pun tak berani...atau pun malu.....,,,



Baca Disini dan SINI






Wednesday, October 19, 2011

Video Kisah Blogger Aduka Taruna dengan anak lelaki kesayangannya...

Cukop Sadis,, penganiyaan oleh UMNO terhadap umat Melayu.....


Sanggupkah kita melihat saudara-saudara sebangsa dan seagama Islam dengan kita teraniya..... Hanya Melayu UMNO bangsat sahaja yang sanggup melakukan perkara terkutok ini...


Tuesday, June 14, 2011

RON 95,- MyKad dah tak laku... Apakah ada kaitan dgn N3 yang lepas..i

Salam Sejahtera.

Berita hari ini pengecualian untuk pemegang mykad yang menggunakan kenderaan dari membeli Ron95 atau NGV, ini baru betui...kalau tidak boleh timbul satu prasangka atau persepsi tidak baik,,,

Disamping itu baru bertepatan dengan slogan menggunakan barangan Malaysia...,

Sebenarnya aku pun dah lupa apa sebenarnya, cuma petang tadi SMS masuk, Adukataruna yang hantar,, memperingati aku balik,, awas dan hati-hati.... apa tidaknya,, sebelum ini aku ada tulis DI SINI dan juga DIsini,

Apa pun kalau benarlah dengan apa yang aku tulis ini telah diberi perhatian, oleh pihak yang berwajib.....alhamdulillah,

Aku tetap akan menulis lagi.... Terima kasih Aduka..tolong peringat.....eeeiii aku takut...tak sanggup...,

.

Thursday, January 20, 2011

Gambar ada tak sama, ada yang sama

Salam Sejahtera..

Oleh kerana hari ini cuti kerana nak menghormati sahabat baik UMNO nak wei wel wel.. aku pun nak rehat, malas nak fikiaq panjang... aku paparkan gambar hanya sekadar hiburan belaka, tak ada kena mengena sam ada yang idup atau yang telah pergi.....

Sunday, October 24, 2010

Betul pulak firasat aku..

Salam Sejahtera,...

Selamat berehat di hari minggu, lupa buat seketika apa yang berlaku dalam seminggu ni, tambahan bab isu UMNO yang baru sahaja habis bersidang di PWTC... Sedar atau tidak UMNO telah menggunakan apa segalanya punca-punca media dengan secara langsung menunjukkan kemegahan mereka bersidang, mereka menggunakan entah bayar entah tidak, tetapi kalau RTM tentulah dengan pecuma, hanya UMNo sahaja yang menyalah kuasa media hak kerajaan atau rakyat... MCA, MIC, Gerakan dan PPP tidak menggunakan seperti mana UMNO menggunakan..... Itulah hebatnya UMNO...

Cheeiihh, dalam dok kata tama sebut hai UMNO pun aku dok sebut juga,, nak buat guana weeihh, UMNo dah menjadi musush aku....

OKlah, buka topik baru pagi ini, sebelum ini selepas Negeri 9 suku akhir Piala Malaysia, seorang rakyat N9 telah SMS kat aku ajak negeri Perak bernaung di bawah negeri, Pheerahhh... sayang aku dah terdelete SMS tu...



Entah macam mana sengaja aku SMS balik saja-saja buat ramalan kat mamat ni.. nak tengok nun disudut hatinya



Tak sampai beberapa second, terus jawab balik mamat ni kat aku... perghhh...






Aku pun jawab balik,,, kali ini mamat ni mesti kena dgn aku pulak,, selalunya dia saja dok mengenakan kat aku.... siap kau....




Tak terjawab mamat ni.... itu saja yang ia terdaya.... he he he...


Ada lagi babak-baka lain,,,, tapi demi akta keselamatan dalam negeri aku tak dapat nak siarkan... he he he....

Wednesday, February 3, 2010

Khas Buat Abuhusnie & al-bakulstani

Fenomena Aduka Taruna


Feb 3rd, 2010 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, utama

Sejak aku menyiarkan rayuan derma untuk Aduka Taruna disebelah kanan laman ini, aku menerima dua belas email yang mempertikaikan tindakan aku membela Aduka. Aku siarkan dua daripadanya.

“Saya ni kira peminat setia blog tuan…tapi yang tak syoknya pagi ini bila buka blog tuan saya nampak rayuan derma untuk Aduka Taruna.
Mungkin saya salah dalam menilai. Tapi pada hemat saya yang kerdil ini, Aduka Taruna atau AT bukanlah susuk tubuh yang sesuai untuk kita lempiaskan simpati.
Beliau merupakan penulis yang menyalahgunakan kebebasan menulis dengan hujah-hujah dangkal dan acapkali biadap dalam tutur kata.”

“Kenapa nak bantu Aduka Taruna? Takkan nak bantu orang yang hina Isteri Nabi Muhammad SAW.”

Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan…biarlah Tuhan yang membalasnya. Salah dia kepada manusia…biarlah manusia yang membalasnya. Tetapi apakah tanggungjawab kita untuk membantu beliau…kalau dikatakan Aduka itu kurang ajar, sesat, dan apa saja tuduhan yang hendak dilemparkan? Apakah kita mahu membiarkan beliau terus dalam kesesatan? Apakah kita mahu membiarkan Aduka terus dengan kurang ajarnya? Dan kita menjadi musuhnya?

Bila ada blogger lain yang menciplak artikel Perakex…aku marah. Aku kutuk depa. Sebaliknya ada pula mereka yang bercakap tentang Islam…seolah-olah Islam ini milik mereka…mengutuk aku balik. Apakah perbuatan menciplak dan mencuri itu tidak salah dan kurang ajar?

Ada pemimpin yang menabur bermacam-macam janji semasa pilihanraya, tetapi selepas menang…dia memungkiri janji…dan bersekongkol dengan musuh yang kita tentang semasa pilihanraya. Bukankah sikap mereka ini lebih biadap dan kurang ajar dari Aduka? Bukankah mereka yang memungkiri janji ini lebih munafik dari Aduka?

Aduka juga pernah menganugerahkan gelaran biawak kelas ekonomi kepada aku…aku tak marah! Sebaliknya bila dia tersepit…aku cuba membantunya. Apakah rasional tindakan aku?

Aku tak sanggup nak jawab satu persatu email yang dihantar kepada aku…jadi aku tulis mengapa aku bertindak begitu.

Sikap dan tindakan Aduka adalah manifestasi daripada perasaan marah, kecewa, geram dan ketidaksabaran anak muda. Aku sendiri pernah mengalami apa yang Aduka alami sekarang.

Semasa berumur awal belasan tahun, aku sudah boleh menghafal beberapa juzuk Al-Quran. Maknanya aku tak tahu…cuma hafal. Itu yang dimahukan oleh orang tua aku. Ketika budak-budak lain seronok bermain sampai ke senja, aku sudah berada disurau jadi Tok Siak… menghampar sejadah.

Ketika berumur 17 tahun, satu pengalaman yang menjauhkan aku dari surau dan masjid.

Seorang guru datang mengajar disurau tentang Israk Mikraj. Dan aku mengemukakan beberapa soalan yang provokatif dimana akhirnya ustaz tersebut tidak dapat berbahas dengan budak berumur 17 tahun. Dia berhujah berdasarkan kitab…aku berhujah berdasarkan sains. Memang susah untuk mencari titik pertemuan. Akhirnya aku dilabel sebagai sesat, munafik, fasik. Itu adalah hari terakhir aku ke surau. Dan orang kampung juga seronok bila aku tak ke surau…sekurang-kurangnya hilang seorang pengacau.

Selepas itu…aku mula hanyut. Di sekolah, guru ugama juga selalu memperli aku kerana selalu berhujah bertentangan dengan apa yang diajarnya. Aku mula menjadi pelari sekolah. bukan berlari untuk sekolah, tetapi lari dari sekolah. Bila masuk kelas ugama..aku selalu ponteng. Pirrrah…ugama hanyalah alat untuk membonsaikan pemikiran.

Semasa bekerja, staf-staf yang berugama Islam memberontak apabila tidak dapat menunaikan solat Jumaat. Tetapi apabila diberi pelepasan, mereka gunakan waktu solat Jumaat untuk tidor. Pegawi-pegawai kerajaan yang berugama Islam yang selalu datang untuk membuat pemeriksaan dikilang tempat aku bekerja…semuanya datang untuk mengutip duit rasuah. Dari pemeriksa dandang, mesin penimbang, Jabatan Alam Sekitar, Bomba, Kesihatan….hampir semuanya datang untuk mendapatkan habuan..bukan untuk menunaikan tanggungjawab. Dan semuanya berugama Islam.

Aku semakin meluat dengan Islam kerana sikap penganut-penganutnya. Dan aku menghampiri Kristian melalu gereja Assembly of God. Setiap hari minggu aku ke Gereja AOG di teluk Air Tawar, Butterworth. Tetapi akhirnya aku meninggalkan AOG …juga kerana sikap penganutnya yang hampir sama dengan umat Islam yang aku temui. Hanya mereka yang benar..orang lain semua salah.

Semasa di Thailand, aku berpeluang mempelajari Bhuddism. Ramai Mat Saleh yang belajar Buddhism di Bangkok. Dan aku tak ada masalah dengan Buddhism. Hangpa nak kata aku murtad ka…kafir ka…kata lah. Buddhism banyak mengajar aku tentang nilai-nilai sejagat.Tak perlu menilai orang lain..yang penting nilai diri sendiri.

Semasa di Bangladesh, sekali lagi aku melihat perangai buruk orang-orang Islam. 98% penduduk Bangladesh beragama Islam, tetapi rasuah cukup tinggi. Penyelewengan bantuan asing kepada rakyat Bangladesh tiris ditengah jalan. Semuanya disonglap oleh penguasa-penguasa korup. Lebih teruk, rakyat Bangladesh dipisahkan oleh kasta. Jangan kata dalam Islam tak ada kasta. Aku sendiri merasa diperbodohkan dan dihina oleh rakyat Bangladesh yang menganggap mereka lebih bertamadun dan bertaraf yang lebih tinggi…kerana menyangkakan aku rakyat kelas bawahan Bangladesh. Tetapi bila mendapat tahu aku dari Malaysia…tiba-tiba mereka menyanjung aku. Pirrrah…orang Islam kebanyakannya hipokrit.

India banyak merubah hidup aku. Nasib baik aku tak jumpa Sai Baba…kalau tidak mungkin aku dah jadi pengikutnya. Calcutta adalah tempat untuk belajar tentang kehidupan. Rabindranath Tagore mampu menulis berpuluh buku dan puisi tentang kehidupan. Manusia belajar tentang kehidupan bukan dari kitab-kitab suci…tetapi dari pengalaman melihat dan merasai pelbagai jenis kehidupan.

Sesorang itu boleh menjadi dewa sekiranya menginap di Hindustan Hotel…dan boleh menjadi paria apabila berjalan dilorong-lorong yang penuh dengan kemiskinan. Calcutta mempunyai ciri-ciri syurga dan neraka yang sering di perkatakan dalam kuliah-kuliah ugama. Di Calcutta… kita merasa sendiri perjalanan Mikraj yang sering di ceramahkan setiap tahun.

Perjalanan aku lama terhenti di Kalighat, Calcutta. Di situ aku banyak belajar tentang nilai, tentang kehidupan, tentang penderitaan, tentang kasih sayang dan tentang erti kebenaran.

Tiada siapa yang berceramah kepada aku. Tiada siapa yang yang mempengaruhi aku dengan surah dan sirah. Dan tiada siapa yang memberikan label atau menjatuhkan hukum. Aku belajar dengan pengalaman. Aku melihat seorang manusia yang mengabdikan dirinya untuk kemanusiaan. Mother Theresa.

Ya…dia seorang Kristian. Dia seorang kafir. Dia seorang ahli neraka. Tetapi bagi aku, dia lah seorang yang banyak merubah pemikiran aku tentang hidup. Dan dia lebih layak tinggal di syurga dari kebanyakan kita yang mengaku Islam.

Hanya satu perkataan yang sering diperkatakan. Love.

Sayangi orang lain kalau kita mahu diri kita disayangi.Jikalau Mother Theresa boleh datang ke India dari Poland untuk menyebarkan kasih sayang…mengapakah diantara kita di Malaysia ini asyik bercakaran? Jikalau seorang Kristian dari Poland boleh menumpahkan kasih sayang kepada penganut Hindu di India…mengapakah umat Islam di Malaysia asyik bermusuhan sesama sendiri?

Umat Islam di Malaysia cukup cepat memberikan label dan menjatuhkan hukum kepada orang lain. Tetapi tidak belajar memberikan kemaafan kepada orang lain.

Apabila M3M membuat satu posting yang bertentangan dengan fakta, sepantas kilat turun dari langit hadis-hadis yang menghukum M3M sebagai fasik dan munafik. Tetapi apabila M3M meminta maaf, tidak ada penarikan balik hukum yang telah dijatuhkan. Seolah-olah, M3M terus fasik dan munafik diatas kesalahannya walaupun telah meminta maaf. Kita berlagak seperti penguatkuasa undang-undang Tuhan.

Tuhan itu amat pemurah dan amat mengasihani. Tetapi kita sendiri berlagak dengan sombong…tanpa perasaan ingin memaafkan sesama sendiri.

Semasa di Malaysia Today pada tahun 2004-2006, aku selalu bertekak dengan penyokong-penyokong Pas. Cukup seronok memaki hamun depa. Lagi depa maki aku…lagi seronok aku maki depa. Depa kurang ajar, aku lagi kurang ajar. Tetapi akhirnya aku tewas kepada seorang yang tidak pernah mengutuk aku. Tidak pernah memaki aku. Aku tewas kepada seorang tukang komen bernama Anti-Hypocrisy.

Aduka Taruna adalah satu fenomena. Mungkin dia juga datang dari spesis bangang. Tetapi dalam kebanyakan perkara…kita juga datang dari spesis bangang.Adakah kita mahu membiarkan dia terus menjadi bangang…dan kita juga jadi bangang? Ataupun kita lontarkan sedikit perasaan kasih sayang…dan memaafkan dia. Mungkin dengan sedikit perasaan kasih sayang yang tidak memerlukan modal…dapat mengubah kehidupannya.

Oftentimes have I heard you speak of one who commits a wrong as though he were not one of you, but a stranger unto you and an intruder upon your world.
But I say that even as the holy and the righteous cannot rise beyond the highest which is in each one of you,
So the wicked and the weak cannot fall lower than the lowest which is in you also.
And as a single leaf turns not yellow but with the silent knowledge of the whole tree,
So the wrong-doer cannot do wrong without the hidden will of you all.
Like a procession you walk together towards your god-self.
You are the way and the wayfarers.
And when one of you falls down he falls for those behind him, a caution against the stumbling stone.
Ay, and he falls for those ahead of him, who though faster and surer of foot, yet removed not the stumbling stone.

And this also, though the word lie heavy upon your hearts:
The murdered is not unaccountable for his own murder,
And the robbed is not blameless in being robbed.
The righteous is not innocent of the deeds of the wicked,
And the white-handed is not clean in the doings of the felon.
Yea, the guilty is oftentimes the victim of the injured,
And still more often the condemned is the burden bearer for the guiltless and unblamed.
You cannot separate the just from the unjust and the good from the wicked;
For they stand together before the face of the sun even as the black thread and the white are woven together.
And when the black thread breaks, the weaver shall look into the whole cloth, and he shall examine the loom also.

If any of you would bring to judgment the unfaithful wife,
Let him also weigh the heart of her husband in scales, and measure his soul with measurements.
And let him who would lash the offender look unto the spirit of the offended.
And if any of you would punish in the name of righteousness and lay the ax unto the evil tree, let him see to its roots;
And verily he will find the roots of the good and the bad, the fruitful and the fruitless, all entwined together in the silent heart of the earth.
And you judges who would be just,
What judgment pronounce you upon him who though honest in the flesh yet is a thief in spirit?
What penalty lay you upon him who slays in the flesh yet is himself slain in the spirit?
And how prosecute you him who in action is a deceiver and an oppressor,
Yet who also is aggrieved and outraged?

And how shall you punish those whose remorse is already greater than their misdeeds?
Is not remorse the justice which is administered by that very law which you would fain serve?
Yet you cannot lay remorse upon the innocent nor lift it from the heart of the guilty.
Unbidden shall it call in the night, that men may wake and gaze upon themselves.
And you who would understand justice, how shall you unless you look upon all deeds in the fullness of light?
Only then shall you know that the erect and the fallen are but one man standing in twilight between the night of his pigmy-self and the day of his god-self,
And that the corner-stone of the temple is not higher than the lowest stone in its foundation
.

Kahlil Gibran

Tags:

Monday, February 1, 2010

AdukaTaruna - Hentikan Kritikan ke atasnya, Marilah Kita Sama-sama Membantunya..

Salam Sejahtera..

Ha ha.., hangpa tengok aku dah lancar derma buat Aduka, bagaiman ini boleh terjadi...

Petang tadi waktu dekat nak balik kerja, Aduka SMS kat aku no baru H/phone, hangpa nak tau nombor baru dia, nak buat apa..., nak minta sendiri dengan dia..., bila aku dah dapat nombor baru, saja nak testing, kut dia orang menyamar ka,,, aku call dia balik, credit ada lagi,,, dia jawab, sempat cerita tanya khabar, lepas tu Aduka tanya aku, ada ke tak kenai mana-mana lawyer yang baru habis belajar, sebab murah sikit costnya, manalah aku nak kenai lawyer-lawyer ni,,,

Sayang sekali, anak ku yangketiga tempoh sempat sebulan lebih saja belajaq law kat UITM Sg Petani, dapat offer belajar lain, ia belah, tak mau lagi , susah bahasa Inggeris Law, berbelit-belit katanya..., berbalik kepada Aduka, aku minta tangguh sekejap,,, putus call.

Aku call MSK, cerita kat dia, sebab bagi aku MSK adalah satu-satunya tempat buat blogger macam kami merujuk,, cerita punya cerita aku dan MSK bersetuju nak buat kutipan derma buat Aduka, walaupun Aduka sedikit tidak ada menyebutnya..., lalu nak pakai atas nama sapa,, aku sarankan atas nama MSK lah, sebab ia dah selalu buat kerja kutip derma ni, MSK tak setuju, aku teringat balik Aduka ada paparkan Akaun Maybank no 155014038030 di blognya, cuma kami sekarang nak kena tanya balik Aduka samada dia setuju atau tidak.

Pukul 5 ptg lebih, sewaktu dalam dok berjalan balik meuju ke Punch Card aku call lagi Aduka, tanya ia setuju atau tidak, kalau kami lancarkan derma, Aduka macam tak berapa setuju, ialah malu juga, aku cakap tak apa, aku akan lancarkan dahulu, Aduka bercadang biarlah ia sendiri menghadapi perbicaraan kesnya itu jika ia tak mampu nak biaya kos peguam, aku kata mana boleh, bukan senang kita nak berhujah dengan pendakwa dalam mahkamah nanti, nampaknya Aduka terpaksa juga bersetuju cadangan tersebut.

Hangpa tentu tertanya, apa pasai dok sibuk hai Aduka, apa kena mengena dengan aku, memang tak ada apa-apa kena mengena, tetapi pepagi tadi aku baca satu perenggan ayat, aku cukup terasa, walaupun bahasanya bahasa rock...

“Ya Allah, kalau Hadi benar pada Lu, Lu berikan kekuatan pada dia. Kalau gua benar, Lu bagi kekuatan pada gua. Gua perlukan Islamic State untuk membentuk diri gua dan keluarga gua kelak. Tapi keadaan skang macam petunjuk Hadi benar. Gua terima Ya Allah.” Seterusnya.

Nampaknya Aduka dah ada kesedaran diatas kesilapan yang lalu, mungkin segala mehnah yang dilaluinya semasa kejadian dia tahan polis sehingga selesai kenduri kahwinnya itu menjadi pengajaran yang berguna buat dirinya.

Kemudian petang dekat nak magrib tadi Aduka SMS lagi kat aku, mengenai ada blogger-blogger pro UG yang masih nak ungkit-ungkit balik tentang tulisannya mengenai Saiditina Aisyah (RAH) dan Muawiyah,. Aduka dah berjanji nak berubah, cukuplah, berilah dia peluang untuk mengubah apa yang beliau lakukan sebelum ini. Sehingga Dr Asri Mantan Mufti Perlis pun turut serta dI Sini Cukuplah, Aduka tak mahu nak ungkit-ungkit perkara yang lalu, Dia dah sedar akan kesalahannya yang lalu...aku hanya sampaikan pesanan beliau.

Bagi aku Aduka adalah satu aset buat Pakatan Rakyat, walaupun beliau berblog atas pemerhati bebas, tetapi nun jauh dihati sanubarinya, beliau juga inginkan Islam, sekarang blog Aduka dah jadi perhatian ramai seluruh Malaysia, rankingnya pun tertinggi di bawaha Blog Tukar Tiub, Kalau Aduka diberi peluang kedua untuk dirinya, aku yakin, pembaca yang memberi tumpuan kepada blognya akan membawa perubahan kepada sosio politik negara.

Lagi satu kita kena faham, setahu Aduka ni kerjanya ialah berniaga kecil-kecilan, itu pasal ia boleh berblog, kalau dah jadi blogger, asyik memanjang mengadap komputer nak cari bahan untuk entry update blog, jadi hangpa sendiri fahamlah, tambahan pula baru saja selesai buat majlis kenduri perkahwinannya, lagi banyak masaalah kewangan yang beliau hadapi.

Jadi dengan ini aku dengan rendah hati seikhlas rasa, aku menyeru buat pembaca-pembaca yang mempunyai rezeki berlebihan tu, silalah bantu seberapa yang ikhlas dan termampu buat Aduka, bukan apa, katakan jika Aduka didapati bersalah, setahun dalam penjara beb, dah tak ada dah nak berblog lagi,,, itu satu hal, mana kita nak letak muka blogger-bloger PR ni, apakah dengan kekata sebegitu dituduh menghina, entahlah, aku bukan pakar bahasa.

Oklah cukup setakat ini dahulu, selamat menderma dan membantu sahabat kita, moga-moga dengan kemenangan kes Aduka dimahkamah nanti kerja-kerja untuk menghalang UMNO dari memerintah negara Malaysia selanjutnya akan berjaya.. Insyaallah..
Mampus UMNO.

Sunday, January 31, 2010

Aduka Selamat Sudah, Dugong Darat Bila lagi..

Salam Sejahtera,

Masih belum terlambat lagi, aku pun ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru.... buat Saudara Khairul Nizam dan Khairuz Asyikin.

Mula-mula Aduka SMS dan email kat aku bagi tau yang ia nak melangsungkan perkahwinan, selepas itu banyak SMS yang aku terima daripadanya, sehinggalah selesai upacara pernikahannya pada 17 Dis 2009 yang lalu, sehari lepas tu ake terima SMS lagi darinya, gembira rasa dari tulisannya itu, tengah bergambar katanya....

Sehari sebelum kejadian malang yang diterima oleh Aduka, beliau menghantar lagi sekali e-mail kat aku dan beberapa orang sahabat menjemput ke rumahnya di Paroi, siap bagi plan rumahnya.

Terima kasih Aduka, Kerana Tak Lupa Menjemput Aku...

Memang aku bercadang -cadang tu memang teringin sangat nak pergi walaupun jauh, bayangkan dari Seri Manjung ke Seremban mau 400 km lebih, bukan apa.. dari sini boleh bertemu dengan kekawan blogger lain,,, tetapi sayang banyak perkara yang belum selesai, aku renovate rumah hampir 2 bulan lebih, semalam kira baru selesai, si Mat Indon Haikal yang jadi tukang buat rumah aku tu pun semalam mai ambik baki wang upahnya sebanyak RM 2,000.oo lagi.

Sungguh pun siap dari segi tukang, tetapi kemaskini segala-galanya, masih belum selesai, banyak lagi yang perlu aku kena last finishing, sehingga malam ni pun, masih belum siap seluruhnya, masih ada lagi...

OKlah Aduka, kalau nak Honey Moon tu, marilah ke Pulau Pangkor, cuti-cuti dalam Malaysia, boleh singgah kat rumah aku...,

Ha ha,,, Aduka dah tamat zaman bujang Taruna nya,,, tinggal sorang lagi kawan aku,, tu si Dugong Darat, nak tunggu bila lagi,, aaaaa, ada sorang lagi terlupa .... Cenangau.Cenangau pun teruna lagi tu..,oiii nak tunggu tahun bila,,, rugi oiii, barang koi naik,,

Friday, November 20, 2009

Tazkirah Sebelum Jumaat

Salam Sejahtera...

Aku terbaca satu posting yang mana tulisan-tulisannya aku perhatikan ada manafaatnya sedikit sebanyak... aku cilok dari .SINI.


Amanah sifat ulama, bodoh sifat Melayu.

Kalau ikut Islam, nak jadi pemimpin, Allah menggariskan 4 perkara wajib.
  • SIDDIQ
Kena benar ma. Contoh. Kalau wak berjanji kepada readers untuk menyiarkan rakaman Hasan Ali selepas Mesyuarat Khas; maka tunaikan. Tidak boleh berlaku pembatalan janji dengan mengikat janji baru. Itu kalau ikut Islam. Kalau ikut ulama Melayu?

"Gua Banjar ma, bukan Melayu."

Sama jer la wak. Bugis ke Minang ke Floren ke Madura ke. Pukul rata. Kena cakap benar. Wak dengan gua tak berapa mengapalah. Kurang kerosakan. Sebab bukan pemimpin, tapi blogger. Macamana dengan Hasan Ali, Hadi dan Nasha?

  • AMANAH
Amanah pun lebih kurang sama konsep dengan di atas. Ni gua as rocker plak yang sekolahkan lu. Lu ustad lagi tahu dari gua. Tapi sebab basic masalah tadi, tahu lu just tahu di atas kertas pekse jer. Di alam reality out. Reality out plak terbahagi kepada 2.

1. Sebab bodoh macam Melayu. Atas kertas pekse terer, nak sesuaikan dengan reliti out. Out secara bodoh memahami falsafah dan pembolehbah la. Yang ini khusus untuk lu dengan para ulama la. Suruh hafal kitab kuning memang terer. Tapi bila ada masalah sebenar, terkial-kial.

2. Sebab iman dan akhlak. Yang ni macam gua la. Setakat tahu jer lebih, tapi iman dan akhlak out, maka out jugak di alam realiti. Cuma kerosakan yang dibawa gua tak banyak macam kerosakan yang dibawa oleh ustaz dan ulama. Sesat habes satu kumpulan.

Husam diarahkan pusat urus kemenangan Perak. Mat Sabu urus kemenangan Pulau Pinang. Husam dan Mat Sabu tak pulak jumpa secara gelap dengan UMNO. Kena time Selangor, boleh pulak saya hadir untuk dengar tawaran semata. ULAMA FAKAP. Tak amanah la tu.

Pemimpin yang macam ni lu sanggup batalkan janji lu kepada jutaan pemegang janji? Amanah, akhlak yang baik, tapi kalau bodoh secara semulajadi tak guna sesen pun dalam perjuangan rumit, wak. Sesen pun tak guna untuk jemaah. Bodoh tu akan merosakkan apa sahaja yang baik.

  • TABLIGH
Menyampaikan wak. Jangan sapu bawah karpet. Kalau Hadi tegakkan falsafah Hasan Ali melanggar perlembagaan PAS untuk menyingkirkan saingan, kena sampaikan wak. Jangan sapu bawah karpet. Amanah dan akhlak yang baik tak guna sesen untuk jemaah kalau bodoh secara semulajadi.

Kalau bloggers takda sifat TABLIGH, benti jadi bloggers. Pemimpin dah sahlah gua dengan lu tak layak. Tapi jadi bloggers pun tak layak kalau takda elemen TABLIGH. TGNA tidak tepat menerima tajaan haji, tetap diTABLIGHkan oleh Zaharuddin.net dan Mat Sabu. Tidak sapu bawah karpet.

Mana Tabligh wak untuk pelanggaran perlembagaan PAS oleh Hasan Ali? FAKAP serupa ulama Hadi?
Mana Tabligh wak untuk janji kepada jutaan readers? FAKAP juga?

  • FATANAH
Ni last sekali. FATANAH. Gua tak payah ulas la wak. Lagi pedih nanti.......


Ini hanya sebahagian sahaja... kalau nak baca sepenuhnya sila masuk ke SINI .

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari