boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, June 6, 2011

1Malaysia takut dengan negara Singapura...

Salam Sejahtera...

Entah sumpahan apa yang melanda rakyat Malaysia yang begitu takut dengan negara Singapura, apakah kerana sumpahan Hang Nadim ketika Singapura di langgar todak...

Cuba kita imbau balik....

Masaalah pekerja rakyat Malaysia di Singapura isu CPF, tak selesai, diam begitu aja,,,

Isu penjualan air, siapa cerdik...siapa kena tipu.....

Pencerobohan ruang udara oleh tentera udaranya....

Jambatan Bengkok, kesian Mahathir...

Pulau Batu Putih, win-win...Malaysia putih mata...

Stesyen KTMB di Bukit Cagar dan rezab tanah landasan KTMB dari Woodland ke Bukit Cagar,, terbarai......

Mungkin ada lagi, aku pun tak ingat... banyak lagi.....

Dan yang terbaharu.... lihat gambar dibawah......




Penjualan Minyak Subsidi Ron95, tu pun tak boleh ambik tindakan,, sampai ada hamba Allah ambik gambar ni hantar kat Harian Metro hari ini.....

Kenapa tiada tindakan kepada rakyat Singapura, berbanding dengan rakyat negara Thai di sempadan yang selalu kita lihat kena tangkap dan diambil tindakan...

Kenapa... apakah ini arahan APCO?!!!!


5 comments:

  1. Susah juga nak ambil tindakan terhadap Orang Singapore kalau salah satu pasangan itu ada MyKad. Berbanding Warga Thai memang sepenuhnya warga Thai berbanding Singapore kerana majoriti warga Singapore berkahwin dengan warga Malaysia dan saya percaya ramai Orang Singapore mempunyai kad PR Malaysia.

    Aku tak hairan sebab aku pernah nampak rumah-rumah pada tahun baru cina di Melaka penuh dengan kereta Singapore di Melaka. Ia membuktikan mereka warga Malaysia. Jiran aku orang Singapore dan mendapat kewarganegaraan Malaysia, keluarganya dari Singapore bawak kereta Singapore boleh isi RON 95 dengan tunjuk MyKad dia sahaja.

    Majoriti isi RON 95 ialah Warga Malaysia bekerja di Singapore dan menetap di Singapore. Jadi susah nak ambil tindakan sebab dalam peraturan bahawa warga Malaysia memandu kereta pendaftaran asing dibenarkan isi RON 95. Jadi habis cerita.

    Pekerja stesen pun tak boleh nak ambil tindakan kerana mereka ada MyKad.

    Kenapa nombor plat J laju berbanding B? sebab ramai orang Singapore pindah Johor dan masih bekerja di Singapore dan membeli kereta di Johor akibat COE di Singapore sangat mahal jadi tak berbaloi beli kereta plat S berbanding J. RON 95 boleh isi sebab mereka bawak kereta plat J walaupun tiada MyKad.

    Setuju tak pendapat saya?

    ReplyDelete
  2. Saya cakap ni sebenarnya ramai tak perasan terutama orang Melayu di KL dan jauh dari sempadan kecuali Melaka dan Johor bahawa mereka warga Malaysia. Sebab itu dalam gambar itu mamat tu tunjuk muka tak bersalah sebab dia sama ada memang warga Malaysia atau pasangannya warga Malaysia atau ahli kelaurganya warga Malaysia. Saya pernah jumpa Kereta Toyota Wish nobmor plat Singapore milik Orang Melayu hiaskan keretanya dengan jata Kelantan dan sticker bendera Kelantan di R&R Dengkil.

    ReplyDelete
  3. Toshio (Zharfan),

    Terima kasih diatas info tuan, mungkin ada kebenarannya..

    ReplyDelete
  4. Sama-sama. Saya memang peminat setia blog anda. Saya komen ni sebab ada lemahnya peraturan yang ditetapkan. There is Pros and Cons in this rule. Kalau boleh kita cari solution lebih baik untuk masalah sebegini supaya tak jadi bahan ketawa segelintir masyarakat atau diperbodohkan seperti media utama Malaysia.

    ReplyDelete
  5. gua rasa lebih baik pendaftaran subsidi minyak berdasar pendaftaran kenderaan berbanding mykad, kerana mykad mewujudkan peluang warga untuk manipulasi dan menyukarkan pemantauan utk check mykad, tp kalu tengok plat senang pemantauan,membantu industri auto negara dan kurang peluang menipu guna mykad....kalu warga kelate nak subsidi kena la beli keta kat mlysia....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari