Jam 10+ pagi tadi kita semua dah dapat tahu hasil keputusan pemilihan perwakilan PAS di Muktamar ke 57.
Tahniah diucapkan kepada perwakilan-perwakilan yang berani membuat perubahan, sesungguhnya anda semua yang membuat perubahan tidak mudah lupa macam melayu UMNO, anda semua masih mengingati saranan Mursyidul Am PAS TGNA supaya mengadakan Sidang Muktamar Khas akibat segelintir perbuatan pimpinan PAS yang kepingin nak bersama UMNO,
Namun sidang itu tidak kesampaian, tetapi anda semua sabar, tidak memberontak atau melakukan sesuatu, anda sabar menunggu hingga ke saat semalam untuk membuat penentuan. Tahniah…
Yang Kedua aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas pertolongan dan bantuan dari mantan Timbalan Presiden yang lalu, andaikata beliau menarik diri seperti yang diwarwarkan oleh sesetengah pihak, (entah betul atau tidak wallahuaklam), aku rasa kemenangan buat Bang Mat Sabu adalah tipis…Sudah tentu berpihak kepada Dato’ Tuan Ibrahim, Lagi sekali terima Kasih buat Al Fadhil Ustaz Nasha….
Yang Ketiga, tahniah, Bravo Zulu buat Dato Husam, kerana tindakan beliau sebagai pencetus kepada perubahan, beliau sanggup menarik diri dari bertanding sekali lagi untuk calon Timbalan Presiden, malah PAS kawasan beliau yang mula-mula sekali mencalonkan Bang Mad Sabu sebagai calon Timbalan Presiden..
Kesimpulannya, sebelum aku nak menulis merapu meraban aku minta maaf awai-awai, ini pandangan aku….
Sama-sama kita perhatikan, bagaimana perancangan antara yang dikatakan golongan ulama dengan golongan professional, jauh berbeza, professional ada strategi untuk merancang, ada semangat pengorbanan, tidak mahu merebutkan jawatan demi kemajuan parti, tidak seperti ulama, sekejap tak nak bertanding, entah apa yang merasuk nak bertanding pula, keputusannya seperti siang tadilah,
Mungkin Allah nak tunjuk kepada kita, ada pimpinan Ulama yang keluar berkempen seluruh pelusuk Malaysia begitu menghina, kepada Bang Mat Sabu, heboh diperkatakan, maka dengan takdir Allah atas sebab musababnya perwakilan membuat perubahan…
Tak cukup dengan itu, kempen secara terang-terangan dengan menggunakan lidah musuh Utusan Malaysia, baik Ketua Dewan Ulamak mau pun Timbalan Mursyidul Am untuk memilih ulama, tetapi perwakilan tetap dengan keputusan mereka, kerja siapa ini … kerja Allah tuan-tuan…
Kerja-kerja Islam ni bukan sahaja kerja ulama, setiap umat Islam ada tugas masing-masing… Allah dah atur cukup elok dah, cuba kita fikirkan… Biarlah golongan professional melaksanakan pentadbiran kerja parti, golongan ulama tempatnya di Dewan Ulama, sebagai pemerhati atau penegur memberi garis panduan terhadap pelaksana parti, secara tidak langsung jawatan Ulama lebih dihormati,
Kalaulah ulama mengisi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden semuanya ulama, begitu juga AJK nanti kan peranan ahli-ahli Dewan Ulama dah tak ada tugas, sebabnya semua ulama yang bolot…
Takbir!!!
ReplyDeleteNO TO / KATAKAN TIDAK KEPADA :
ReplyDeleteMUSTAFA ALI (SETIAUSAHA AGUNG),
ABU BAKAR HUSIN (PESURUHJAYA PAS PERAK)
NASHARUDIN (MANTAN NAIB PRESIDEN)dan
DR. HASSAN ALI(PESURUHJAYA PAS SELANGOR)...
Bermulanya kempen berterus untuk mencalonkan Dr. Dzulkifli Ahmad sebagai SU Agung PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor,
Khalid Samad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat,
dan Dato Seri Ir Nizar sebagai Pesuruhjaya PAS Perak,
Salehuddin Ayub sebagai Pesuruhjaya PAS Johor
Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Assalamualaikum....
ReplyDeleteTahniah kepada yang menang..... dan yg menang dikatakan dari golongon profesional yang mampu membawa perubahan kepada PAS.. Golongon ulamak dalam PAS sudah tidak relevan pada masa kini.. ini diterjemahkan melaui pemilihan Muktamar kali ini... tahniah... cuma jgn syok sendiri jaa.. perjuangan bukan utk ahli PAS shj... perjuangan untuk semua rakyat Malaysia amya.... untuk ISLAM khususnya... jgn smp golongan "PROFESIONAL" yg baru dipilih menjadi penyebab kpd kemerosotan undian pada PRU-13 nnt.. kerja kuat... moga ALLAH bersama2 org yg benar... "PROFESIONAL PEWARIS RASULULLAH"