boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, June 16, 2011

Tahniah Pemuda Perak...

Salam Sejahtera,

Bersemangat aku bila membacanya, teringin juga nak ikut sekali,,, harap-harap sehat segera....,

Apa pun kalau dah ramai sebegitu, eloklah pergi dengan kenderaan awam, bas ekpress dan teksi,,,bagi yang tinggal di Ipoh, Taiping, elok gunakan keretapi,,,, kalau d Ipoh ada keretapi letrik, cuma tambang mahal sikit,,,

Sesiapa yang ada rezeki lebih bolehlah sponsor kawan-kawan yang tak mampu tu..moga-moga ada manafaatnya,

Kalau dah Perak 30 ribu, KL, Selangor, Negeri Sembilan fuiyooo, tak muat lokap-lokap yang ada kat KL tu...., lagi ramai lagi bagus....he he he....

Muhyiden hari ini dah mula berlembut nada suaranya,,, ketaq dah UMNO.....,





30,000 pemuda Perak sertai Bersih 2.0
Harakahdaily

IPOH, 16 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan bahawa akan tetap menerus perancangan bagi menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, seramai 30 ribu akan bersama-sama untuk turun di dalam himpunan tersebut dan menyeru kepada rakyat Negeri Perak yang dinafikan hak mereka memilih menteri besar yang sah supaya dapat turut bersama.

“Kami tegaskan bahawa apa yang akan dilakukan ini adalah satu jihad menegakkan keadilan dan kami ingin pastikan satu cara yang akan merubah sistem pilihan raya yang benar-benar bersih tanpa penyelewangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulangi bahawa himpunan itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi ianya bertujuan menuntut agar kerajaan akur dengan tuntutan rakyat supaya pilihan raya perlu bersih bagi memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya yang akan datang kerana telah banyak menyusahkan dan menipu rakyat selama ini.

“Kita hanya menuntut pihak Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia agar melaksanakan tuntutan penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara.

Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan,” katanya.

Selain itu, ujarnya semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio.

Tambahnya, iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih sementara media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.

“Kami tidak gentar dengan pelbagai ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memastikan kegagalan himpunan ini nanti tetapi

kami pertegaskan bahawa himpunan tersebut adalah hak dan demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

“Kami bersama badan bukan kerajaan atas nama Bersih akan bersedia berdepan dengan Perkasa yang mengetuai Kotor (Badan Bertindak Pilihanraya Kotor) nanti,” katanya.

4 comments:

  1. 30000? hang tengah mimpi kaaaaa? fuiiyooooo!!!!

    ReplyDelete
  2. Pemuda Perak memang manthop(mcm puji diri sendiri pun ada he3)

    ReplyDelete
  3. Iyer ker yope???? Entah-entah...33000 orang yang pegi???

    ReplyDelete
  4. masa balik drive dari tempat kerja tadi,,aku dengaq siaran berita dari snar fm..anak haram pukimak mana entah mancadangkan digunakan akta IKUT SUKA AKU untuk membendung perhimpunan bersih..those clown ,, i love to say .. u can fuck with pig ok...get lost from malaysia,,if u dont like perhimpunan bersih

    s.n o. a b...h

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari