boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, June 4, 2011

Ostad Kazim Elias - Satu berita gembira....

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini aku dapat dua kegembiraan,

Yang pertama diatas kemenangan team Edorgan dalam muktamar, lantak pilah Edorgan ka apa, yang penting Islam, berani menentang UMNO, bukan nak mengendeng dengan UMNO...


Yang Kedua, mengenai gambar di atas, setelah puas aku menerima cerca dari peminat wala' setia ostad ni, diatas apa yang aku perjuangkan, baca SINI:

Bukan setakat kena hamun dengan pengikut setianya, malah Ostad Kazim sendiri hentam direct aku dalam ceramahnya, "Bodo punya Manjungmari", kalau hangpa rajin boleh cari dalam facebook Otaimanjung, dia ada rakam apa yang Ostad Kazim hentam aku....

Namun kini, Alhamdulillah, apa yang aku perjuangkan, dah dapat perhatian Dewan Ulama PAS Perak....



Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 yang lalu di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak. Muktamar ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Muktamar kali ini telah mengukir sejarahnya yang tersendiri di mana seluruh kawasan Air Kuning telah mengalami gangguan bekalan elektrik sejurus selepas selesai majlis perasmian berlangsung. Muktamar diteruskan dalam keadaan gelap dengan hanya diterangi dengan cahaya lilin. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Perak sesi 2011-2013 telah berlangsung dengan jayanya.

Seramai 114 perwakilan telah menunaikan hak mereka untuk mengundi. Sebanyak 2 usul telah diluluskan sebulat suara iaitu :

1. Usul agar diluluskan penubuhan Dewan Ulamak PAS Peringkat Kawasan sebagaimana Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

2. Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS. Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.

Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.

Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.~~Kredit to ABAH ANAS

1 comment:

  1. sepanjang sy m'ikuti ceramah us.kazim takde pun dia hentam pas, puji umno..sy rasa apa yg beliau katakan adalah betul

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari