boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, June 24, 2011

Perak Darul Ridzuan - Ciri negeri kebajikan,...!@#

Salam Sejahtera,

inilah nasib yang diterima oleh saudara-saudara sebangsa dan seagama dengan aku,, entah apa yang tak kena,, mana mungkin tak ada penyelesaian.... mana dia rakyat didahuluka..... phooorahhh.

Tanaman musnah, jentera dirampas

SERI ISKANDAR - Seramai 600 kelompok peserta peneroka Sungai Tumboh, Bandar Universiti kecewa dengan pihak berkenaan kerana memusnahkan tanaman dan merampas jentera mereka dalam satu operasi pemusnahan kawasan penerokaan di kawasan berkenaan.

Penerokaan itu berlaku sejak 2010 setelah permohonan dibuat di Pejabat Tanah dan Daerah Seri Iskandar pada Oktober tahun yang sama.

Timbalan pengerusi kelompok, Tajol Ariffin Abdul Jalal berkata, penerokaan dibuat penduduk kampung yang bermastautin di Perak Tengah dan kawasan sekitarnya.

Menurutnya, sebelum membuat penerokaan itu pihaknya menghantar surat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Seri Iskandar untuk meminta kebenaran.

“Surat balasan yang kami terima mahu kami menghantar dua pelan kecil kepada pihaknya dan selepas itu kami memulakan penerokaan tanah berkenaan.

“Setiap peserta mendapat dua hektar seorang dan masing-masing melakukan pembersihan tanah secara berperingkat mengikut sumber kewangan yang ada," katanya kepada Sinar Harian.

Tajol Ariffin berkata, peneroka adalah 100 peratus orang Melayu dan mereka sanggup menggadaikan segala harta termasuk barang kemas untuk membersihkan kawasan masing-masing.

Menurutnya, dia dan peneroka lain kecewa kerana hanya di kawasan itu sahaja diambil tindakan sedangkan banyak kawasan lain lagi turut diteroka.

“Kami kecewa dengan tindakan ini kerana kawasan yang diteroka oleh bangsa lain tidak diusik malahan diberi lesen menduduki sementara (TOL) tetapi kami di sini ditindas begitu sahaja.

“Ini menunjukkan ada diskriminasi berlaku dan tidak mustahil dalam pilihan raya pasti ada pengalihan kuasa berlaku,” katanya.


Tindakan luar jangkaan


Seorang peneroka, Zulkifli Tahir, 47, berkata, dua minggu sebelum kejadian itu, pihak berkenaan datang untuk mengambil tindakan sama, namun apabila perbincangan dibuat mereka membatalkannya.

Menurutnya, pihaknya menyangka perkara itu senyap begitu sahaja tetapi ada hari ini (semalam) pihak berkenaan datang lagi dan melakukan tindakan yang sungguh di luar jangkaan.

“Tanaman kami yang sedang menunggu masa untuk mengeluarkan hasil dimusnahkan begitu sahaja, manakala jentera pula disita.

“Mereka menggunakan kuasa yang ada termasuk penggunaan senjata bagi mengelakkan kami memasuki kawasan berkenaan,” katanya.

Dia berkata, sebelum itu seramai 50 peserta telah berjumpa menteri besar bagi membincangkan perkara itu, namun tidak mendapat hasil yang baik.

“Beliau tetap dengan keputusannya untuk memusnahkan kawasan kami dan hari ini perkara itu benar-benar terjadi.

“Kami bukan suka untuk memburuk-burukkan pihak berkenaan dan sengaja mengadakan cerita tetapi apabila mereka seolah-olah mengabaikan rakyat ini amat mendukacitakan kami.

“Sepatutnya sebelum tindakan ini dibuat mereka memanggil kami dahulu untuk mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak tetapi apa yang berlaku ialah mereka terus melakukan operasi,” katanya.

Mohd Sepian Arshad, 48, pula berkata, dia dan peserta lain tidak akan berganjak daripada tindakan mereka untuk meneruskan penerokaan itu memandangkan mereka telah berhabisan beribu ringgit untuk tujuan itu.

Katanya, dia sudah habiskan hampir RM20,000 untuk penerokaan dan tanaman pisang yang hampir mengeluarkan hasil tetapi dimusnahkan begitu sahaja.

“Saya adalah bekas tentera dan tidak mempunyai tanah jadi saya mengambil peluang ini untuk memiliki tanah dengan meneroka tanah.

“Saya juga mempunyai tanggungan anak seramai lapan orang dan tidak adakah pertimbangan untuk kami memiliki tanah sendiri bagi menyara kehidupan keluarga,” katanya.


Ceroboh tanpa kebenaran


Sementara itu, wakil Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak memaklumkan kepada Sinar Harian, operasi itu dijalankan mengikut seksyen 425 kanun tanah negara atas kesalahan pencerobohan tanah kerajaan.

Menurutnya, mereka yang terlibat meneroka tanah kerajaan tanpa kebenaran dan boleh diambil tindakan mahkamah.

“Operasi yang dijalankan pada hari ini ialah operasi bersepadu bersama 350 anggota meliputi pasukan kami sendiri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen, SPRM dan pejabat tanah Seri Iskandar.

“Kami mengambil tindakan kerana mereka ini meneroka tanah haram seluas 400 hektar sejak setahun lalu tanpa kebenaran.

“Sebelum ini, pihak pejabat tanah ada mengeluarkan notis arahan supaya mereka memberhentikan penerokaan kawasan itu tetapi mereka ingkar dan kita mendapat arahan daripada pihak berkuasa negeri untuk menjalankan operasi ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya memusnahkan tanaman dan merampas serta menyita alatan yang digunakan untuk tujuan penerokaan itu.

Katanya, operasi seumpama ini juga pernah dilakukan di tempat lain apabila mendapat laporan dan arahan daripada pihak berkenaan.

“Orang ramai harus menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran supaya tidak menceroboh tanah kerajaan kerana ia menjadi satu kesalahan dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.

1 comment:

  1. YANG KENA HALAU DARI KAMPUNG LAMAN DI PULAU PINANG, HANG TAK PERNAH ULAS PUN. PEJUANG APA HANG ?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari