Fazley dan Azrene titis air mata dengar ucapan bapa di majlis persandingan
Senator Datuk Yaakob Mohamad menyampaikan ucapan yang antara kata-katanya menyentuh sekali hati anaknya Dr Fazley dan isteri,Azrene Soraya Abdul Aziz pada majlis persandingan mereka di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Rabu malam.
Lebih 1,000 termasuk menteri terdiri dari Datuk Seri Syed Hamid Albar,Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad,Datuk Bernard Dompok ,sebilangan ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara, pimpinan politik,pegawai kerajan dan orang korprat hadir di majlis itu.
Dr Fazley dan Azrene yang telah bernikah di Masjid Saidina Abu Bakar di Bukit Damansara 7 November lalu kelihatan menitiskan air mata mendengar ucapan itu pada penghujung majlis.
Azrene ialah anak kepada isteri Timbalan Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor dari perkahwinan pertamanya.
Yaakob dalam ucapan itu antara lain berkata , “Dan percayalah kata bapa hari ini, Allah maha berkuasa, walaupun kita sebagai manusia hanya kita boleh merancang segala strategi namun Allah juga mempunyai perancanganNya yang tersendiri untuk menentukan segala
ketentuan.
"Percayalah anakku berdua, biar terpaksa mengharungi rebut, taufan, petir, ombak dan badai, walaupun punyai penuh dengan kemungkaran manusia yang bertuankan iblis dan syaitan.
"Namun hadapilah pancaroba tersebut dengan berlandaskan Al-Quran,Insyaallah, bapa dan ibu yakin dengan memiliki ilmu Al-Quran di dada segala dugaan dunia dan akhirat dapat dihadapi bersama.
"Pada puteri Azrene Soraya, bapa, ibu dan seluruh keluarga sungguh-sungguh terharu di atas sifat kemuliaan, sifat keikhlasan, sifat yang mempunyai cirri-ciri seorang puteri yang solehah yang ada pada diri Azrene, Insyaallah, yakinlah, percayalah, kehadirian Azrene
dalam keluarga ibu, bapa sekeluarga akan memberi seribu cahaya dan seribu makna dan yakinlah bahawa Allah yang maha berkuasa yang menentukan seglanya.
"Untuk makluman para hadirin sekelian, saya sekeluarga tidak mengerti kenapa pertemuan Dr Fazley dengan Azrene Soraya kira-kira setahun setengah yang lalu di London (sewaktu konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall) walaupun pertemuan tersebut hanya satu jam tetapi Allah telah memberi taufik dan hidayah kepada kedua insan ini untuk menyambut seruan ketentuan Allah untuk mendirikan rumahtangga. "
"Terima kasih kerana sudi datang dan merestui majlis ini…" kata Yaakob yang juga Setiausaha Kerja Barisan Nasional kepada Agendadaily ketika ditemui di pintu masuk Dewan Merdeka setelah hampir sejam berdiri melayani hadirin yang berangkat pulang selepas selesai majlis persandingan itu .
Ditanya tentang perasaan dan kehadiran di majlis tersebut, beliau berkata,” semuanya selamat, semua OK dan kehadiran ramai".
Dr Fazley,selain seorang artis merupakan seorang Naib Presiden serta Pengarah Eksekutif Putrade Management dan Putraworld Trade Centre Property (PWTC) Kuala Lumpur dan Azrene pula seorang peguam.
Mereka bertemu di London pada 1 April 2005 telah membawa bibit cinta dan hingga melangkah kejinjang pelamin.
Mas kahwin bernilai RM80 manakala hantaran berjumlah RM37,393.13 .
Sedihnya jadi anak yang dilupakan ibu kandung sendiri........
ReplyDeleteApa punya ibu kandung macam tu. Beranak pinak pandai menjaga anak tak reti ! Menjaga keturunan jangan cakap lah! Lagi Hancusss!
ReplyDeletenpk gaya kena bt dialog kasim selamat..kisah 'ibu mertuaku yg tak sedar diri'.kalau ank org bkn main peluk.bila berucap berapi2 nasihat supaya ank2 diberi ksh syg secukupnya.tunjuk syg konon tp ank sendiri ??? lu pikir la sendiri...
ReplyDeleteDatin Seri Rosmah alias TPM ke2 Malaysia sedang sibuk dgn projek anak2 pintar, oopppss dia lupa kot dia ada anak yang nak kawin....sorry jgn mareee.....muah hahahaha.....
ReplyDelete"1 Malaysia, Projek diutamakan, Kroni diutamakan"
hahaha betina pendek tau beranak ja...anak beselerak naseb baik bapa baguih. kalau tak ghuyubbbbbbb
ReplyDeleteAnak sendiri buang lepas tu ajar org lain utk didik anak dibawah permata. Cucu sendiri tk di pandang atau dicium tapi berlagak mcm penyayang pd kanak2. Tk layak jadi pempimpin lebih2 lagi dlm Permata.
ReplyDeleteIbu yg sanggup buang anak kerana fame & wealth... perosak rumahtangga org..
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.
ReplyDelete