boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, June 2, 2011

Najib bakal demam tak lama lagi....

Salam Sejahtera,

Sebelum ini perjanjian antara kerajaan pusat dengan pengendali lebuhraya telah dibongkar, minta didedahkan kepada awam, akibatnya ada dua tiga lebuhraya dah diberhentikan kutipan tol...

Kini timbul isu baru lagi, IPP dengan kementerian tenaga pulak,,, ada lagi yang demam,,,, panassss... tahniah buat pimpinan PKR yang membawa kes tersebut....,


Bahasa

PKR cabar PPA, mahu bawa Putrajaya ke mahkamah

TERKINI @ 02:54:58 PM 02-06-2011
June 02, 2011

PETALING JAYA, 2 Jun — PKR akan memulakan tindakan perundangan bagi memaksa pentadbiran Najib mengklasifikasikan semula perjanjian belian tenaga (PPA) yang dimeterai dengan pengeluar-pengeluar tenaga bebas (IPP).

Bendahari Agung PKR William Leong berkata, parti itu akan memberi kerajaan masa selama seminggu untuk berbuat demikian dan jika tidak akan memfailkan kes di mahkamah.

“PKR telah memutuskan bahawa jika kerajaan tidak mendedahkan kandungan PPA menjelang minggu depan, kami akan memfailkan satu permohonan di mahkamah untuk mendapatkan pendedahan penuh kontrak,” kata Leong kepada pemberita.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan ini berkata, ada kes rujukan dua tahun lalu di mana kerajaan mengklasifikasikan perjanjian konsesi-konsesi lebuh raya.

“Ia litigasi kepentingan awam, konsesi-konsesi air dan konsesi-konsei tol, ada cukup prosedur perundangan bagi membolehkan satu proses mahkamah,” katanya lagi.

Dalam laporan The Malaysian Insider pagi tadi, Presiden Majlis Peguam Malaysia Lim Chee Wee (gambar) dipetik berkata, kerajaan seharusnya dan boleh mendedahkan kandungan PPA di bawah lunas perundangan demi kepentingan awam.

Lim menambah, sebarang kesan perundangan akibat pendedahan klausa dalam PPA boleh diatasi oleh kerajaan persekutuan menerusi proses korporat dan deklarasi mudah yang menjamin syarikat utiliti kebangsaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kepentingan awam mengatasi soal perundangan, yang merupakan isu kedua,” kata beliau


1 comment:

  1. Nak bawak ke mahkamah mana ? Singapura ?

    Mahkamah Malaysia mana boleh percaya .

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari