boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, June 23, 2011

Pencacai UMNO sanggup membohongi Yang Dipertuan Agung...

Salam Sejahtera,


Sebelum ni kes KSN negeri Selangor, Kusrin secara tiba-tiba terus dilantik menjadi KSN, inilah dalangnya......

Kini dia buat buat perangai lagi, atas arahan pimpinan UMNO.... Teraniya kakitangan kerajaan yang berkhidmatan dengan tegas....


KP JKR: PAS dakwa KSN bohongi Agong
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mendakwa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan melakukan pembohongan terhadap Yang di-Pertuan Agong berhubung pertukaran jawatan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Beliau berkata, pembohongan ini jelas terbukti apabila Mohd Sidek memaklumkan kepada Tuanku Mizan bahawa pertukaran jawatan itu dipersetujui oleh Judin sedangkan Judin secara tegas menolak pertukaran jawatan itu.

"Apa yang berlaku KSN telah membuat pertukaran tersebut dengan menyatakan bahawa telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Beliau kemukakankan kepada Yang di-Pertuan Agong seolah-olah Judin telah setuju.

"Ini menunjukkan bahawa KSN telah melakukan penipuan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana sepatutnya sebelum KSN mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, dia telah mempersembahkan sesuatu yang telah selesai dari sudut proses-proses yang mendapat persetujuan tiga pihak," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau merujuk laporan akhbar Berita Harian hari ini bahawa lima persatuan sekerja telah memperakui bahawa sebarang pertukaran dan pinjaman jawatan mesti mendapat persetujuan tiga pihak.

Tiga pihak terbabit ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), JKR dan individu yang ingin ditukarkan iaitu Judin sendiri.

"Kemudian barulah diangkat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan kemudian barulah diangkat oleh KSN kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya yang juga naib presiden PAS.

Menyifatkan pembohongan itu suatu yang memalukan, Mahfuz menggesa perkhidmatan KSN diberhentikan segera.

"Amat malang sekali apabila KSN berbohong terhadap ketua negara oleh itu Perdana Menteri harus mengambil tindakan segera, tidak harus berlalu begitu sahaja," katanya.

Rombak Kabinet

Selain itu, beliau menggesa kabinet sekarang dirombak dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ditukar kerana gagal mengendalikan kes ini.

"Rombakan kabinet perlu dilakukan segera untuk memastikan JKR mempunyai seorang menteri yang baru yang mampu untuk melaksanakan tugas kerana saya yakin bahawa isu yang membabitkan pertukaran jawatan ini ada kaitan dengan kedudukan menteri yang gagal untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Tambahnya, jawatan Judin ditukarkan kerana menteri tidak senang dengan integriti yang ada pada Judin.

"Ia berpunca daripada menteri sendiri yang tidak begitu selesa dengan integriti yang ada pada Judin," katanya.

Akhir April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim ditukar jawatan daripada Ketua Pengarah JKR kepada Ketua Eksekutif CIDB berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Tempatnya itu diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.

Bagaimanapun pertukaran itu ditolak Judin dan beliau masih memasuki pejabat sebagai ketua pengarah JKR seperti biasa sehingga kini.



4 comments:

  1. apa nak jadi malaysia ni? jika betul yang dikatakan oleh ybmahfoz bermakna ksn pun tak amanah dalam menjalankan tugas! ksn perlu dikenakan tindakan tatatertib!

    ReplyDelete
  2. Apakah KSN yg baik ini (org Pekan Phg)sanggup jadi penipu? Biar betul YB Mahfuz.

    ReplyDelete
  3. Sebenar nya ramai ketua jabatan kerajaan kaki pembohong. Dengar cerita dari seorang kawan Panglima Angkatan Tentara yang baru bersara tu pun kaki pembohong.
    Tapi Malaysia bolih macam tu lah kalau tidak macam mana mamat sekor ni layak jadi KSN. Tak caya cuba semak latar belakang dia.

    ReplyDelete
  4. Hang pun,

    Carilah ulasan orang lain untuk siar. Yang hang siar ulasan orang tak lulus SRP buat apa ?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari