boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, June 14, 2011

Keputusan Majlis Fatwa - Kalau Haram....itu tidak tepat,mengelirukan...

Salam Sejahtera,

Isu halal haram ASN/ASB memang tak selesai, perkara ni memang dah lama dah, apa yang aku ketahui, keputusan majlis fatwa negeri Selangor tu dikeluarkan zaman Mufti SS Datuk Ishak Baharom lagi,

Berita aku dapat sendiri dari salah seorang ahli majlis fatwa Selangor iaitu dari Dato Haji Hassan Ahmad (Mufti PP sekarang), sebabnya ialah Negeri Perak waktu tu mengeluarkan keputusan harusss, jadi aku sendiri tanya kepada Dato Hassan selepas habis kuliah di Ijtimak Sungai Petai Taiping Perak.

Untuk pengetahuan semua, ahli-ahli majlis Fatwa negeri Selangor waktu tu, semuanya yang berkualiti belaka, selain dari Dato Hassan, seorang lagi ialah Dato Hasyom Yahaya, (bekas mufti Wilayah), kedua-dua mereka ini adalah pakar hukum Feqah yang menjadi rujukan dan menjadi penasihat syariah oleh semua bank-bank dan koperasi yang menjalankan sistem islamik.

Jadi bila berita hari ini keluar mengatakan Majlis Fatwa Selangor mengelirukan, aku rasa orang yang mengatakan tu yang keliru,, ia mengambil mudah dengan apa yang dikeluarkan oleh Jakim untuk menyelamatkan ASN/ASB... mungkin Jakim ada helah dan dalil lain,, tetapi aku tetap berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Selangor dalam isu ASN/ASB... haram tu haramlah....

DALAM NEGERI

ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan

KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.

"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.

"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.

Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.


6 comments:

  1. MM

    DAH KENA CUCUK HIDUNG DENGAN SANG PENGUASA...DEPA NAK KATA APA...

    MM

    AKU RASA NAK SALAHKAN SI HARUSSSANA SINI PUN BUANG KARAN JE

    MM

    KALAU PR PERINTAH MALAYSIA
    AGAK2 ULAMA DAN MUFTI NI SEMUA DITUKARKAN KE ATAU DIKEKAL

    MM

    SOALAN CEPUMAS NIHH

    ReplyDelete
  2. HANG TUNGGU , LEPAS NI MAJLIS FATWA PULAU PINANG PULAK HARAMKAN ASN/ ASB.

    HABIS UMAT ISLAM TAK DAK SIMPANAN.
    YANG KAWAL CINA DAP ! INI MAINAN DAP NIH.

    KALAU BEGITU BAGAIMANA PULAK DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM YANG DIGUNAPAKAI TERMASUK DI KELANTAN ?

    ReplyDelete
  3. U...

    Kalau PR yang perintah Malaysia, Mufti-mufti termasuk Harussani semua jadi baik belaka, ikut hukum Alquran, sebab pemerintah dgn ulama sepakat...Kalau pemeriintah haprak, mufti turut haprak.....

    Anony...

    Hukum kalau dah haram, haramlah...BANK Islam kan dah ada, simpanlah, Kerajaan kelantan adalah negeri pertama dlm Malaysia guna bank ISLAM..

    ReplyDelete
  4. Baliklah pada simpanan emas .ASN pun dulu banyak yang merudum baru ni je naik sedikit. Duit kertas sekarang pun dah kecik sebab barang naik harga.ASN tu tak payah belilah,
    depa ambil duit pun untok UMNO pakai juga, projek sana projek sini.

    ReplyDelete
  5. anoni..hoi bodoh sombong

    belajaq lagi ..mangaji

    pi kelantan nuu..belajaq dengan tok guru

    jangan dok dalam pikiran tu asyik melayu.melayu ..melayu

    hampa tau dak..hampa pun pemuja perkaumana no wahid yang orang lain pun benci gak

    kalau betullah kata HANG TUAH >. TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA

    NAH HANG TUAH PUN DAH KATA MELAYU TAKKAN HILANG,,YANG KITA MAHU PERJUANAGN ISLAM

    ReplyDelete
  6. Fatwa takde review ke macam sijil halal?
    Sebab peratus peganngan mesti akan berubah2.
    Tak macam yoga dulu, kalau dah kata menyerupai agama lain tak boleh ubah jadi tak sepura pula.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari