boikot
Segarkan ingatan anda...
Wednesday, December 11, 2013
Surat Terbuka Dewan Pemuda PAS Kedah kepada Haji Mat Sabu
Friday, July 19, 2013
Tahniah buat Artis Kita Abby Abady...
Namun,, tak kesampaian rasanya...
Friday, May 10, 2013
Adoi.. Orang Pas pakai songkok 3 jengkal, perangai pun adui..
Thursday, October 25, 2012
Gambar-gambar demontrasi Pemuda PAS di Ibu Pejabat MCA
Friday, July 13, 2012
Pemuda PAS - Ikutlah gaya teknik Rafizi Ramli...
Dari isu cincin permata Rosmah, isu lembu NFC dengan Shahrizat , isu Shafie Afdal dgn Zahida Rafik, dan yang terkini isu LRT Najib terlibat, yang mana semua yang terlibat didedahkan secara terang dan jelas...
Bila kita tengok pada tajuk cerita, baca pun sedap, ada dia punya klimak dan tahu siapa empunya angkara... berbeza dengan cerita yang disampaikan oleh Dewan Pemuda PAS,, jikalau bukti dah ada, lengkap semuanya, yakin betui,, apa nak selindung-selindung lagi,, bagilah tahu , Timbalan Menteri mana yang melakukan kerja terkutuk tu,,, janganlah sekadar bagi klu-klu yang samar-samar,,
Klik pemuda-pas-dakwa-timbalan-menteri-terima-habuan-rm80-000- ,
Tak payahlah nak rasa kesian-kesian lagi kat puak-puak UMNO ni,,, belasah aja... Macam mana nak lawan dengan UMNO kalau Pemuda macam ni... ...
Friday, November 11, 2011
Pemuda dan Srikandi PAS Ditangkap "Berciuman'..??
Thursday, June 16, 2011
Tahniah Pemuda Perak...
| 30,000 pemuda Perak sertai Bersih 2.0 |
| Harakahdaily |
Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, seramai 30 ribu akan bersama-sama untuk turun di dalam himpunan tersebut dan menyeru kepada rakyat Negeri Perak yang dinafikan hak mereka memilih menteri besar yang sah supaya dapat turut bersama. “Kami tegaskan bahawa apa yang akan dilakukan ini adalah satu jihad menegakkan keadilan dan kami ingin pastikan satu cara yang akan merubah sistem pilihan raya yang benar-benar bersih tanpa penyelewangan,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulangi bahawa himpunan itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi ianya bertujuan menuntut agar kerajaan akur dengan tuntutan rakyat supaya pilihan raya perlu bersih bagi memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya yang akan datang kerana telah banyak menyusahkan dan menipu rakyat selama ini. “Kita hanya menuntut pihak Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia agar melaksanakan tuntutan penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara. “Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan,” katanya. Selain itu, ujarnya semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Tambahnya, iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih sementara media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik. “Kami tidak gentar dengan pelbagai ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memastikan kegagalan himpunan ini nanti tetapi kami pertegaskan bahawa himpunan tersebut adalah hak dan demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. “Kami bersama badan bukan kerajaan atas nama Bersih akan bersedia berdepan dengan Perkasa yang mengetuai Kotor (Badan Bertindak Pilihanraya Kotor) nanti,” katanya. |
Wednesday, January 26, 2011
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak - Tak Payah lah....

IPOH, 16 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan bahawa akan tetap menerus perancangan bagi menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.