- DEC 10, 2013
- MOHD NASIR ZAKARIA
Kepada
Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiNaib Presiden Umno Malaysia
Pejabat Umno
Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur
TUDUHAN SYIAH TERHADAP PEMIMPIN PAS: INGATLAH KEPADA ALLAH DATUK SERI
Datuk Seri,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengecam sikap tidak konsisten Datuk Seri selaku Naib Presiden Umno dan seorang muslim berkenaan isu tuduhan syiah kepada pemimpin nombor dua PAS dalam ucapan penggulungan Datuk Seri di dalam Perhimpunan Agung Umno 2013.
Datuk Seri mengatakan. "Kita tahu siapa pemimpin syiah dalam PAS, PAS ketepikan perbezaan politik, ini soal akidah dan soal masa depan negara, Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin syiah itu untuk menjadi orang kedua dalam PAS". Video. http:// www.youtube.com/ watch?v=G5bp_BocXWE
Pada hari berikutnya Datuk Seri bersilat lidah mengatakan Datuk Seri tidak menyebut nama individu tertentu. Sedangkan ia boleh ditafsirkan dengan jelas bahawa bayangan (innuendo) yang digunakan sangat jelas bahawa tiada orang yang dirujuk selain Tuan Haji Mohamad Sabu yang dipilih menjadi orang kedua dalam PAS.
Datuk Seri,
1. DPPNK menyeru agar kita semua bertaqwa kepada Allah dalam segala urusan kita. Sama ada ucapan dan perbuatan kita. Semua itu akan dipertanggungjawab di hadapan Allah.
2. DPPNK berpendapat tuduhan itu adalah amat berat. Tuduhan itu yang ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia dan boleh ditonton oleh jutaan yang lain di dalam talian termsuk laman Youtube adalah amat besar dosanya sekiranya tidak disertakan dengan bukti. Pada masa yang sama si yang dituduh tidak berupaya membela diri di dalam majlis yang besar seperti itu.
3. Sekiranya ia adalah satu fitnah, maka Datuk Seri ingatlah firman Allah SWT di dalam Surah al-Buruj ayat ke 10, "Sesungguhnya orang yang memfitnah orang mukmin dan mukminat dan kemudiannya tidak bertaubat, maka bagi mereka neraka jahannam dan dan bagi mereka azam dari api yang membara."
4. Seterusnya di dalam sidang akhbar, Datuk Seri telah menafikan ucapan itu ditujukan kepada Haji Mohamad Sabu. Datuk Seri, kami tidak tahu apa yang ada di dalam hati Datuk Seri. Hanya Allah Yang Maha mengetahui. Namun begitu ingatlah akan Hadis Nabi SAW. "Abdullah bin Amr mengatakan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Empat yang barangsiapa terdapat pada dirinya keempat sikap itu, maka dia adalah seorang munafik yang tulen. Barangsiapa yang pada dirinya terdapat salah satu dari sifat sifat itu, maka pada dirinya terdapat salah satu sikap munafik itu, sehingga dia meninggalkannya. Iaitu, apabila dipercaya dia berkhianat (dan dalam satu riwayat: apabila berjanji dia ingkar), apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia menipu, dan apabila bertengkar dia curang." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
5. Datuk Seri, DPPNK menyeru agar kita berpegang kepada ajaran Islam. Kemukakanlah bukti. Cakaplah di tempat yang sepatutnya. Berilah keadilah kepada semua. Semoga Allah beri keadilan kepada kita di Mahkamah Keadilan Rabbul Jalil. Janganlah Datuk Seri ikat tangan orang yang tidak mampu pertahan diri, kemudian Datuk Seri pukul dan sorak lawan Datuk Seri. Lekeh sangatlah Datuk Seri.
6. Datuk Seri, DPPNK merasakan ucapan ini hanyalah sekadar sandiwara Datuk Seri bagi mengalih perhatian rakyat dari isu-isu negara yang lebih penting. Dengan kenaikan tarif eletrik yang tidak serius disentuh, kenaikan kos hidup, isu tol dan lain-lain yang membebankan rakyat.
7. Datuk Seri, yang lebih lawak ialah, Datuk Seri adalah seorang Menteri Kabinet, tetapi memberi arahan kepada Datuk Seri Jamil Khir yang juga Menteri Kabinet. Adakah ini caranya arahan dan gaya pengurusan negara kita. Ini bukan Kabinet dapur Datuk Seri. Adakah ia bermakna Datuk Seri Jamil Khir tak tahu bekerja? Lemah sangatkah beliau sehingga perlu diberi arahan dan diajar secara terbuka? Bagi kami ini adalah satu penghinaan kepada Datuk Seri Jamil Khir.
8. Datuk Seri, surat ini adalah pandangan ikhlas kami kepada Datuk Seri. Semoga surat ini Datuk Seri baca dengan tenang dan jauh dari prasangka. Sesungguhnya tiada seorangpun dari kita yang mampu menongkat langit.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar. Akhukum fillah
Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
He he he,, aku teringin nak tengok Zahid Hamidi minta maaf macam Khir Toyo minta maaf kat Teressa Kok,,, baru ada akai,,, atau pun macam Midah Osman kena bayar Saman malu kat YB Khalid Samad...
Hukuman yang layak diterima Zahid adalah dipijak mukanya seperti kontroversi Abu Zar dan Bilal. Itu yang paling layak untuk manusia angkuh ini.
ReplyDeleteDia dah lupa dunia nie sat saja kita dok dalam nya ,dia tak sedaq yang anak dia baru saja kemalangan ,baru pegang jawatan yang rakyat tak mampu untuk membela diri , inilah akibatnya jika dilantik ketempat yang salah dengan rasa ujub dan bongkak pada diri sendiri takbur dengan kuasa yang diberi.
ReplyDeleteAku mohon pd ALLAH SWT supaya MENGLAKNAT HAMBANYE YG BERNAMA ZAHID HAMIDIyg sombong angkuh dan BODOH AGAMA.AMINNN
ReplyDeleteyop, dia tahu ke munafik tu menatang apa? wakaka
ReplyDeleteAhli PAS buat solat hajat perdana agar Allah SWT memberi petunjuk kpd beliau spt mana yg pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah dahulu.
ReplyDeletePada pandanga aku....
ReplyDeleteZahd Hamidi hanya berlagak tegas dihadapan lembu betina tapi percakapannya kabur tiada fakta dan bukti kukuh cuma..omong kosong.
Itu sebabnya pabila wartawan ungkit semula kenyataan orang no. 2 adakah Mat Sabu... Jawapannya.... dia tidak sebut nama sesiapa.
Perbuatannya itu sudah jelas bahawa dia sudah bersedia untuk berbohong dan berdulak-dalik.
Apakah ahli PAS masih tidak.ketahui bahawa dalam parti UMNO Baru...bercakap benar adalah salah dalam peraturan dan undang-undangnya ? Lihat saja ketuanya Najib. Nilai sendiri berapa banyak perkataan yang keluar dari mulutnya bersifat jujur dan benar.... Dan berapa banyak ayat yang berbelit bertujuan untuk menipu.
Ahli PAS dan penyokongnya mesti bersedia menghadapi ancaman fitnah yang disengajakan bagi mengkucar-kacirkan ahli PAS yang lemah memahami politik semasa.
Strategi UMNO Baru untuk terus kekal berkuasa hanya tinggal dua fasa saja iaitu bangsa melayu dan agama islam. Pekara yang lain sudah ditelan oleh rasuah.
Mereka akan cuba pelbagai cara untuk memecahkan perpaduan islam dalam PAS agar ahli sentiasa dirasuk curiga, keliru, takut, marah dan hilang akal waras.
Cuma nak ingatkan...bab agama, biar pemimpin peringkat tertinggi yang keluarkan kenyataan bagi mengulas isu semasa.
huh satu lagi samseng ganti tempat nazri aziz, surat peringatan tu bukan saja tertuju pd org tu sorang tapi pd TKT yg fitnah DSAI dan juga semua org umnu yg berperangai samada salah satu atau kesemua 4 sifat yg disebut.
ReplyDeletecayalah DPPNK, ni baru pemuda. kpd pemimpin parti seberang, jgn cuba2 kacau pemimpin kami, ingat tim presiden kami boleh dihina sesuka hati?
aku harap saman tn hj mat sabu akan sampai segera pd si mulut celupar ni dan kita sama2 doa bagi dia telan balik kata2 dia!
ini akibatnya apabila orang kurang akal diangkat jadi menteri.........yang mengangkatnyan tentu sah kurang akal........
ReplyDeletedh lama x tgk org buat solat hajat biar pecah perut...
ReplyDeletewahai ahli umno yg keras kematu. cuba check pemimpin2 hampa yg kaya raya tu. depa dapat milik harta secara halal atau haram? nak suruh isytihar harta pun tak berani sedangkn pemimpin dap kafir pun sanggup isytihar harta. toksah la dok berlagak mulia sangat
ReplyDelete...masih aku x lupa menjelang PRU yg lalu barua ni kata nk dedahkan 3 org pemimpin pembangkang terlibat pencerobohan LD sampai la ni habuk pun tarak mmg bangsat punya menteri
ReplyDeleteZahid Hamidi @ sijawa tu bukan cerdik sangat, dulu masa jadi ketua pemuda umno @ lem... pernah buat kenyataan yang tak cerdik membabitkan Singapura.
ReplyDeleteDia nak cari publisiti dan nak pecah belahkan ahli pas.
ReplyDelete