boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, December 25, 2013

Woii.. Beruntungnya Najib....

Aku tak tau nak kata apa-apa lagi,, apa permainan sebenarnya,, jangan nanti pemimpin PAS yang dijadi kambing hitamkan...


Najib hanya mahu berbalah, kata Uskup

"Ini bukannya lelaki yang belajar di sekolah Katolik kita. Dengan berkata demikian, (Najib) hanya ahli politik yang mahu berbalah. Saya berdoa agar Allah menyedarkan beliau (Najib) untuk menjadi seorang negarawan," kata beliau.
Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam secara terbuka menyatakan kekecewaan atas pendirian Datuk Seri Najib Razak dalam isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang bukan Islam di negara ini.

endon funeral 201005 murphy pakiamPakiam, yang bakal mengosongkan jawatannya itu, merujuk kepada ucapan Najib ketika perhimpunan agung Umno lalu yang menegaskan untuk mempertahankan penggunaan perkataan "Allah" untuk orang Melayu sekalipun dunia mentertawakan Malaysia.

"Beliau (Najib) patut berhenti (memperkatakan hal itu.) Saya sangat kecewa dengan apa yang beliau katakan ketika perhimpunan agung Umno. Saya sangat terkejut...

"Ini bukannya orang yang belajar di sekolah Katolik kita. Dengan berkata demikian, (Najib) hanya ahli politik yang mahu berbalah. Saya berdoa agar Allah menyedarkan beliau (Najib) untuk menjadi seorang negarawan," kata beliau.

Najib bersekolah di Sekolah St John yang terletak berhampiran rumah ketua Uskup tersebut dan juga lokasi majlis majlis minum petang Krismas tahunan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) hari ini.

Pakiam berkata demikian kepada para wartawan ketika ditanya mengenai permintaan Najib kepada orang Islam dan Kristian untuk menghentikan perdebatan isu "Allah".

Najib dilaporkan berkata demikian di majlis sambutan Krismas peringkat kebangsaan di Pulau Pinang hari ini.


Najib hanya mahu berbalah..... mestilah... hero melayu....lepas tu buat taik kat orang lain.... phuiii....


3 comments:

  1. Sekurangnya2 najib berani mnyatakn pendirian beliau secara tegas...anwar ada berani ke...??? Apa pula kenyataan morsidol pas..presiden pas di dpn ahli pas dan apa kata mereka didpn dap..cittt ckp tak serupa bikin...apa pula pendirian admin dlm isu ini??? Cam sokong gereja je...mat sabu tak payah tanya lah, sbb semua org tahu dia jenis apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu cakap olang apa jenis wahingat itu amat sabu olang lu butui hantu punya olang tak tak pakai otak pakai lutut.

      Delete
  2. Pemimpin UMNO menemui jalan buntu untuk menyelesaikan isu yg mudah ini. Di Sabah dan Sarawak dibenarkan tetapi tidak di semenanjung, padahal dalam satu negara dan satu pemimpin. Kenapa ada dua undang2 yg berbeza dan bertentangan pula? Yang pentingnya beri kefahaman kpd penganut islam dan agama selain islam boleh diamalkan tetapi dilarang untuk disebarkan kpd penganut islam, bukannya susah sangatpun. Hendak memperlihatkan UMNO mempertahankan islam untuk kepentingan politik partinya, dgn kaedah tidak betul maka keputusan jadi caca marba pula.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari