boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, December 3, 2013

Kah kah ka - bersyukurlah, negara kita dapat naik satu tangga !...

Hebat ler tu,, dari tangga 54 nak ke tangga 53,,, berehh..... janji ada naik...



BAHASA   

Malaysia naik satu tangga Indeks Persepsi Rasuah, TI-M gesa kerajaan lebih serius

Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International hari ini, naik satu anak tangga daripada kedudukan 54 ke 53 berbanding 2012.
Kedudukan CPI yang diukur berdasarkan skor daripada 0 ke 100 (0 paling tinggi rasuah ke 100 paling bebas rasuah) menyaksikan Malaysia mendapat skor 50 mata berbanding 49 mata yang diperoleh pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar (gambar), berkata prestasi tersebut masih perlu diperbaiki dan kerajaan harus lebih tegas dalam menangani isu melibatkan rasuah di dalam negara.
"Kita berada di landasan tepat, tetapi mereka (kerajaan) perlu bekerja lebih keras untuk menangani rasuah dan lebih efisien," katanya semasa membentangkan laporan CPI 2013 di Holiday Villa hari ini.
Akhbar berkata, prestasi itu disifatkan masih pada kedudukan sederhana meskipun pelbagai langkah dibawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) diperkenalkan untuk menangani isu berkaitan rasuah.
"Tahap rasuah yang berlaku di Malaysia masih belum turun dengan signifikan," katanya.
Malaysia berada di kedudukan ketiga bagi skor CPI antara di kalangan negara Asean, Singapura berada pada kedudukan pertama dengan 86 mata dan diikuti Brunei Kedua dengan 60 mata.
Berbanding Singapura, kedudukan Malaysia masih jauh ketinggalan malahan negara jiran tersebut berada pada tangga kelima daripada keseluruhan 177 negara yang mengambil bahagian dalam kajian skor CPI ini. - 3 Disember 2013.
MENYUSUL LAGI

Agaknya la, kalau keputusan mahkamah tidak membebaskan mantan Presiden MCA Ling Leong Sik dalam kes PKFZ, nama negara mungkin boleh naik banyak anak tangga....
Wang negara lingkup berbillion,, penipunya boleh bebas,,, best kan undang-undang di Malaysia,, hanya berkesan untuk golongan ikan bilis,,, ikan jerung bebas melakukan apa saja...

2 comments:

  1. umno berrasuah secara berjemaah...dari Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) sampailah Kehakiman...semuanya x boleh diharap...benteng terakhir yg kita ada hanyalah memandaikan melayu bodoh yg masih menganut agama umno dulu, kini dan selamanya...

    ReplyDelete
  2. Kalau tangga ke 53 pun malaysia dah hampir bankrap, cuba bayangkan tangga ke 60. Hanya si bahlol macam juragon je tak berapa nak nampak kesan rasuah ni. IQ rendah punya makhluk.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari