Perwakilan: Rosmah naik jet untuk keselamatan
Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan, Affendi Zahri hari ini mempertahankan kontroversi kerajaan menaja penerbangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi.
Katanya, penggunaan jet peribadi oleh pasangan hidup Datuk Seri Najib Razak itu untuk tujuan keselamatan semata-mata.
“Kalaulah apa-apa terjadi kepada tubuh badan dan keselamatan isteri perdana menteri sudah tentu bebanan emosi kepada perdana menteri kita, dia (Najib) kena fikir 27 bilion, huih, sayang o," katanya ketika membahaskan usul ekonomi yang dibawa perwakilan Umno Kelantan.
Affendi sekali gus mengkritik pembangkang yang didakwanya banyak membuat tohmahan kepada pasangan negara itu kebelakangan ini.
Ucapan beliau itu menggamatkan suasana dan mencuit hati perwakilan di dalam mahupun di luar dewan.
Suasana lebih menghiburkan apabila Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Amiruddin Badaruddin turut mencelah sebelum Affendi meneruskan perbahasan.
"Kalau benda itu kelulusan rasmi, apakah itu rasmi? Rasmi ini adalah apabila mendapat jemputan, bukannya isteri perdana menteri itu nak pergi holiday (bercuti). Kalau pergi holiday saya pun tak setuju, lainlah kalau dia jemput saya sekali.
"Tapi ini dijemput, jadi teruskan. Isu keselamatan tidak ada had harga...," tambahnya lagi.
Masa pemimpin berharga
Affendi juga berkata, penggunaan jet peribadi atau helikopter untuk pemimpin kanan negara amat penting kerana masa mereka yang begitu berharga dan tidak boleh dibazirkan.
Tambahnya, kerana kemudahan itulah, Najib semalam dapat pulang ke Pahang untuk meninjau masalah banjir dan kembali semula untuk persidangan parti itu dalam masa yang singkat.
"Kalau nak murah lagi tahu perdana nenteri nak naik apa?
"Naik kereta lembu mahu? Sampai tahun depanlah," katanya timbalan Ketua Umno Titiwangsa itu, disambut ketawa perwakilan.
'Seri Perdana lambang kebanggaan'
Dalam perbahasan itu juga, Afendi juga turut menyebut beberapa isu yang dibangkitkan pembangkang, antaranya, tarif elektrik Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri yang menelan jutaan ringgit.
Beliau menjelaskan bahawa kediaman itu sebagai lambang kebanggaan negara maka sewajarnya ia cantik dan terang benderang.
"Isu elektrik Seri Perdana, semua takkan kita nak tengok rumah perdana menteri gelap gelita, kalau gelap gelita pergi kuburlah.
"Rumah Seri Perdana ini adalah lambang kemegahan yang diberikan kepada perdana menteri, kena cantik. Bak kata orang tua-tua besar periuk, besarlah keraknya.
"Takkan kita nak terangkan rumah perdana menteri Seri Perdana, tiap-tiap kali kita datang, buka lampu. (Kemudian) kita masuk rumah kita katup lampu. Itu rumah Abu Nawas bukan rumah Seri Perdana," katanya.
Pengerusi tetap kemudiannya menyampuk, sekali gus menceriakan sidang perbahasan.
"Takkan masuk bilik air pun nak tutup lampu?" kata Amiruddin.

.
fahaaaaaam...kalau tidak abis mati orang lain dihempap dek bini Najib ni....
ReplyDeletekalo guna gaji sendiri x pe la gak...gi mampos la dia nak naik kereta lembu sekali pon...macai ohh macai
ReplyDeleteTakut pula nak naik Mas ataupun Air Asia lepas ni. Ada pilihan lain lagi ke untuk rakyat M'sia?
ReplyDeleteCepat lupa kan madet kata lebih baeik syaitan yang dikenali daripada, malaikat yang tidak kenali.
ReplyDeleteJilat jgn tak jilat..bodek jgn tak bodek,untung2 bikmama approve projek..kaya ooo,watla aper korang nak wat wahai umngok..
ReplyDeleteTul jugak... kalo naek mas/a asia ti kena balon dr penumpang laen tu cam ne?
ReplyDeleteInilah dunia Melayu................ sampai bila pun kita tak maju , harapkan bangsa lain yang memajukan negara kita ....... percaya tak?
ReplyDeletelembu 2 dan lanun2 dah buta hati untuk nyatakan yang benar...yang penting fulus w/pun dilembukan sampai mampos sbb bodoh dan pemalas...tapi dok marah cina tak abis2???yg hairan dalam gelap gi berunding dgn cina utk dpt komisen dan jual tanah????bila teriak kat kg dan felda aku pejuang melayu....rupa2nya pejuang bangsat!!!!
ReplyDeletenaik kreta lembu lagi bagus. Boleh jimatkan duit negara. duit negara tu bukan duit mak bapak dia.....
ReplyDeleteDidepan menjilat, membodek..dibelakang menghentam, memaki hamun pemimpin sendiri apatah lg kalau tak dapat yg dihajati..jadilah melayu yg bermaruh
ReplyDeletePerhimpunan angguk2, jerit2.....biasalah....Kat Malaysia,pembangkang semuanya dilabel dengki. Ditakdirkan kapal terbang jatuh membawa pemimpin2 atau mem pemimpin parti pencadang, nescaya akan ditangkap dahulu pemimpin 2 pembangkang yang keluar isu itu dulu. ...
ReplyDelete