boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label ron95. Show all posts
Showing posts with label ron95. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Harga Minyak Petrol RON 95 dah turun sebayak 69 sen...

Harga minyak sebenar sebelum rakyat dok bising kerana RON 97 lebih murah dari RON 95,,,,




Semalam waktu balik dari Johor, singgah isi minyak di Shell Lebuh Raya Plus Kulaijaya.... ini harga terkini....





RM 2.72 ..... ambik ko... turun lah tu... turun ke poket UMNO...asyik dok kena tipu la kita......



Wednesday, April 11, 2012

Awas - Siap sedia pengguna RON95..

Strategi yang berjaya setiap kali dirancang,,, minyak masak, gula.... dan yang terkini......


Nak naikkan harga dah terlepas cakap........ nak jual juga ... tak untung,, jangan jual lagi bagus,,, yang mampos rakyat.....


Tuesday, June 14, 2011

RON 95,- MyKad dah tak laku... Apakah ada kaitan dgn N3 yang lepas..i

Salam Sejahtera.

Berita hari ini pengecualian untuk pemegang mykad yang menggunakan kenderaan dari membeli Ron95 atau NGV, ini baru betui...kalau tidak boleh timbul satu prasangka atau persepsi tidak baik,,,

Disamping itu baru bertepatan dengan slogan menggunakan barangan Malaysia...,

Sebenarnya aku pun dah lupa apa sebenarnya, cuma petang tadi SMS masuk, Adukataruna yang hantar,, memperingati aku balik,, awas dan hati-hati.... apa tidaknya,, sebelum ini aku ada tulis DI SINI dan juga DIsini,

Apa pun kalau benarlah dengan apa yang aku tulis ini telah diberi perhatian, oleh pihak yang berwajib.....alhamdulillah,

Aku tetap akan menulis lagi.... Terima kasih Aduka..tolong peringat.....eeeiii aku takut...tak sanggup...,

.

Saturday, June 11, 2011

Di Antara Utara dan Selatan Malaysia..

Salam Sejahtera...


Di utara semenanjung pintu sempadan dengan negara Thailand lebih banyak jika nak dibandingkan dengan Selatan yang bersempadan Singapura.

Kalau diutara kita mulakan dengan negeri Perlis, ada dua pintu yang resmi, Padang Besar dan Wang Kelian, dan yang popular Padang Besar, Di kedah pula di Bukit Kayu Hitam, di Perak Pengkalan Hulu manakala di Kelantan lagi banyak, Bukit Bunga, dan Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan lain-lain yang tak resmi..

Namun dari segi pelaksanaan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan bantuan agensi Rela dan sebagainya..

Tetapi di Selatan.... .




Pintu masuk hanya satu negeri sahaja iaitu Johor melalui Johor bahru dan Lingkaran Kedua ... itu sahaja... tetapi penguatkuasaannya, entah lah...Untung jadi orang Singapura...

.

Monday, June 6, 2011

1Malaysia takut dengan negara Singapura...

Salam Sejahtera...

Entah sumpahan apa yang melanda rakyat Malaysia yang begitu takut dengan negara Singapura, apakah kerana sumpahan Hang Nadim ketika Singapura di langgar todak...

Cuba kita imbau balik....

Masaalah pekerja rakyat Malaysia di Singapura isu CPF, tak selesai, diam begitu aja,,,

Isu penjualan air, siapa cerdik...siapa kena tipu.....

Pencerobohan ruang udara oleh tentera udaranya....

Jambatan Bengkok, kesian Mahathir...

Pulau Batu Putih, win-win...Malaysia putih mata...

Stesyen KTMB di Bukit Cagar dan rezab tanah landasan KTMB dari Woodland ke Bukit Cagar,, terbarai......

Mungkin ada lagi, aku pun tak ingat... banyak lagi.....

Dan yang terbaharu.... lihat gambar dibawah......




Penjualan Minyak Subsidi Ron95, tu pun tak boleh ambik tindakan,, sampai ada hamba Allah ambik gambar ni hantar kat Harian Metro hari ini.....

Kenapa tiada tindakan kepada rakyat Singapura, berbanding dengan rakyat negara Thai di sempadan yang selalu kita lihat kena tangkap dan diambil tindakan...

Kenapa... apakah ini arahan APCO?!!!!


Wednesday, May 25, 2011

Tiada KAITAN Pilihanraya.... Boleh percaya ka...

Salam Sejahtera,

Menteri yang tukang jaga harga barang hari ini, telah mengistiharkan tiada kenaikan harga barangan yang berasaskan petrolieum,,, he he.. katanya tiada kaitan dengan pilihanraya umum tak lama lagi...

Biasalah jawapan pemimpim UMNO semua yang tidak tu jadi benar belaka, jadi faham-fahamlah... Pilihanraya umum bakal akan di adakan...

Moga-moga rakyat Malaysia tak tertipu lagi..

.
.

Menteri: Tiada kenaikan RON95, diesel, LPG
Kuek Ser Kuang Keng
Mei 25, 11
2:09pm

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

NONE"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.

"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.

"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Tiada kaitan pilihan raya

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lalu.

azlanIsmail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

Ditanya adakah pengekalan harga bahan api ini ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Ismail berkata: “Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya.”

“Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka. Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan," katanya.

NONEIsmail juga menolak tanggapan bahawa pengekalan harga bahan api itu juga adalah berikutan desakan pembangkang.

"Kita tidak dengar pun daripada pembangkang. Pemuda Umno pun ada buat usul dan sebagainya. Ia bukan sebab pembangkang,” katanya.

Ismail juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terpengaruh dengan khabar angin terutama yang dibawa oleh parti pembangkang.

“Saya dapat lihat dalam blog, dalam Facebook, dalam risalah yang dikeluarkan oleh pembangkang mengatakan bahawa kerajaan akan menaikkan harga. Ada yang kata 20 sen, 30 sen. Semua cerita itu adalah cerita bohong, cerita tidak benar,” katanya.

Kerajaan sentiasa prihatin

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana “cerita bohong” yang dibawa oleh pembangkang ini lebih dipercayai.

“Percayalah kepada kerajaan (kerana) kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar segala pandangan daripada rakyat. Sebelum membuat sesuatu keputusan kerajaan akan ambil kira semua sudut."

“Apa yang kerajaan buat ini jelas menggambarkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat. Jadi, saya harap cukuplah jangan percaya kepada cerita bohong daripada pembangkang ini.”

Awal hari ini, wartawan sibuk 'mengejar' beberapa menteri di Putrajaya bagi mengetahui keputusan kabinet berhubung cadangan mengurangkan subsidi bahan api itu.

azlanAdalah difahamkan bahawa jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.

Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.

Panel NEC akan putuskan

NONENONEPanel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri), yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (bawah, kiri). Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (atas, kanan) juga menganggotai majlis itu.

ahmad husni hanadzlahNONEDalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (kanan) di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

azlanTaklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.

[Baca berita penuh]


,

Ish,ish, merayau lagi dia....

Salam Sejahtera,

Baru semalam sampai balik ke tanah air selepas lawatan dan melawat anak gadis di Amerika, hari ini pergi lagi... agaknya kediaman Seri Perdana hanya sekadar untuk tempat melepas berak saja lah....

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai sebelum berlepas bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Ke-17 Nikkei Tokyo, Jepun di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi. - Foto BERNAMA
May 25, 2011 3:17 pm


Apa nak kisah kan, subsidi gula dah pun diselaraskan 20 sen, hari ini sepatutnya minyak RON 95 pulak, tetapi tangguh dulu... dalam kantung negara banyak lagi..tungguuuuu lain hari..

Terima kacih BN....kerana naikkan harga gula...kami sedia menunggu harga RON 95, silalah buat pelarasan.....


.

Tuesday, May 24, 2011

Tuesday, March 8, 2011

Sebelum dan selepas PRK Merlimau dan Kerdau...

Salam Sejahtera....

Tahniah aku ucapkan kepada pengundi UMNO BN di PRK Merlimau dan Kerdau, tahniaah,, anda memang bijak,,,, bijak sangat... kenapalah kecik-kecik du tak mampus...
Ko orang lihat ni ...

.
Suratkhabar muka depan sebelum PRK Merlimau dan Kerdau...


Hari ini pula...

EKONOMI

Harga RON95 perlu dikaji semula

KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.

Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.

Tambah Yeoh, diharap trend kenaikan harga pasaran minyak mentah global itu bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila krisis politik di Timur Tengah kembali reda.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi semasa ekoran kenaikan harga makanan dunia.

''Penganalisis ekonomi berpendapat, peningkatan harga makanan akan menyebabkan kadar inflasi tempatan melonjak melebihi tiga peratus pada tahun ini,'' jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini, Yeoh berkata, prestasi Malaysia adalah baik dengan pertumbuhan dijangka pada paras enam peratus.

''Pertumbuhan kukuh akan disokong oleh pemulihan dalam sektor eksport serta harga komoditi yang kukuh,'' tambah beliau.

Selain itu, prestasi pasaran saham tempatan juga kekal positif dan dijangka mencecah paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.


Sama-sama kita pakat-pakat tunggu bala yang sendiri tempah, sendiri tunggu dan terima...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari