boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PRK Kerdau. Show all posts
Showing posts with label PRK Kerdau. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Sebelum dan selepas PRK Merlimau dan Kerdau...

Salam Sejahtera....

Tahniah aku ucapkan kepada pengundi UMNO BN di PRK Merlimau dan Kerdau, tahniaah,, anda memang bijak,,,, bijak sangat... kenapalah kecik-kecik du tak mampus...
Ko orang lihat ni ...

.
Suratkhabar muka depan sebelum PRK Merlimau dan Kerdau...


Hari ini pula...

EKONOMI

Harga RON95 perlu dikaji semula

KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.

Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.

Tambah Yeoh, diharap trend kenaikan harga pasaran minyak mentah global itu bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila krisis politik di Timur Tengah kembali reda.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi semasa ekoran kenaikan harga makanan dunia.

''Penganalisis ekonomi berpendapat, peningkatan harga makanan akan menyebabkan kadar inflasi tempatan melonjak melebihi tiga peratus pada tahun ini,'' jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini, Yeoh berkata, prestasi Malaysia adalah baik dengan pertumbuhan dijangka pada paras enam peratus.

''Pertumbuhan kukuh akan disokong oleh pemulihan dalam sektor eksport serta harga komoditi yang kukuh,'' tambah beliau.

Selain itu, prestasi pasaran saham tempatan juga kekal positif dan dijangka mencecah paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.


Sama-sama kita pakat-pakat tunggu bala yang sendiri tempah, sendiri tunggu dan terima...

Friday, March 4, 2011

PRK DUN Kerdau - Lihat dan nilailah dengan tafsiran sendiri!...

Salam sejahtera,
Lihatlah apa yang ada dalam gambar di bawah ini..,


Tak mau nak komen apa-apa,, dengan gaya dan stail calon lulusan AlAzhar seperti didalam gambar, sesuaikah beliau nak menjadi calon kepada penduduk Kerdau..
Sendiri fikirlah....

PRK DUN N28 Kerdau - Fatwa songsang dari Ulamak UMNO!!

Salam Sejahtera.
Nampaknya selagi ada PRK, maka selagi itulah terserlah lafaz-lafaz songsang yang bertentangan dengan hukum syarak..
Kenapa boleh jadi begini..., bayangkan, As Syeikhul Mej Jeneral boleh mengeluarkan ungkapan.. "Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka yang sama sekali berbeza dengan politik dan perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat,’’.

Nampaknya apa yang dimaksudkan itu Islam lain, politik lain, atau dalam ertikata politik suku, agama suku...

Tuan-tuan pembaca sekelian... awai-awai lagi Allah S.W.T telah menunjukkan kepada kita,, betapa sesatnya orang yang memiliki ilmu agama, jika cara penghidupannya dengan memilih kesesatan... semakin hari semakin bertambah sesat dengan tanpa disedarinya...Masyaallah.

Berita berkaitan. DI SINI/ .

.

Thursday, March 3, 2011

PRK DUN KERDAU - Isu remeh temeh...

Salam sejahtera,

Dalam waktu kempen PRK DUN Tenang bulan Jan yang lalu bermacam isu yang berkaitan hukum hakam agama telah diperitkakan oleh puak-puak jahil murakab termasuklah UMNO sendiri....,

Rupa-rupanya Presiden UMNO sendiri pun tak berapa nak peka dengan isu tersebut.... lantaklah....




Bila dah presiden UMNO main redah aja,,, pengikut pun kira hukum harus dharuratlah gamaknya,,, cuba tengok calon yang dibangga-banggakan lulusan alazhar... tapi ialah bahasa arab, mana ada sebut hukum pegang tangan bukan muhrim,, tak kiralah tua atau muda.....

Sunday, February 13, 2011

Senario PRK Batu Sapi...Tak Mustahil...

Salam Sejahtera.
Pertama sekali, ucapan takziah buat semua waris dan ahli keluarga.. ..


Strategi di PRK Batu Sapi mereka menang dengan jayanya dan dapat menambah undi....

Apakah akan berlaku lagi di Kerdau..tak mustahilkan...

Berita berkaitan DI SINI .

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari